Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENGENALAN

1.1 Maksud dan konsep

Komputer adalah alat teknologi moden yang canggih dan mempunyai banyak kelebihan yang tidak dapat dilakukan oleh manusia. Hampir setiap perkara di dunia masa kini menggunakan komputer sebagai alat bantu termasuk dalam pendidikan. Komputer sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana berkemampuan melaksanakan berbagai-bagai tugas seperti mencari maklumat, menerima dan memproses data, menyediakan laman interaktif untuk pembelajaran dan sebagainya. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan teratur. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran.

Information and Comunication Skills (ICT) atau dalam Bahasa Melayunya dikenali sebagai Teknologi Maklumat dan Komunikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi sememangnya mempengaruhi serta memberi impak yang mendalam kepada peradaban manusia pada zaman ini. Di negara ini tiga dasar penting yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) telah menjadi landasan dan hala tuju kepada penggunaan dan pengintegrasian ICT secara komprehensif dan bersepadu di semua sekolah awam ataupun swasta. Dasar ini memberi tumpuan kepada penguasaan ICT dalam kalangan pelajar, penggunaan ICT sebagai kurikulum dan pengupaya pengajaran dan pembelajaran serta kecekapan pengurusan berasaskan ICT. Selaras dengan dasar tersebut semua sekolah disediakan secara berperingkat dengan pelbagai teknologi seperti infrastruktur, perkakasan dan perisian, serta kursus dan latihan ICT kepada guru dan pelajar. Matlamat dasar ialah membudayakan penggunaan ICT dalam amalan pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya menghasilkan masyarakat berkompetensi teknologi yang mampu bersaing pada abad ini dan yang mendatang. Bagi mempercepat hasrat negara ini projek sekolah bestari dilaksanakan bertujuan untuk menghasilkan generasi tenaga kerja yang menyumbang kepada kekayaan negara (Unit Perancangan Ekonomi, 2001; Perbadanan Pembangunan Multimedia, 2000).

1.2 Sekolah Bestari

Pelengkap kepada misi nasional untuk mencapai Wawasan 2020, konsep sekolah bestari telah diperkenalkan pada tahun 1997. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1999, 84 buah sekolah telah dijadikan sekolah rintis untuk projek sekolah bestari. Sekolah bestari didefinisikan sebagai institusi pendidikan yang mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah yang menyediakan pelajar kepada era teknologi maklumat dan antara langkah yang dijalankan untuk membestarikan sekolah termasuklah penyediaan makmal komputer, TV pendidikan dan penyediaan kemudahan SchoolNet. Jadual 1 menunjukkan secara terperinci kemudahan teknologi maklumat yang disediakan untuk setiap program yang dilaksanakan. Ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan untuk menerapkan elemen teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jadual

1:

Program

Pembestarian

Sekolah Program

Kemudahan disediakan

Sekolah Bestari

i. Melibatkan 88 buah sekolah ii. 5, 809 komputer disediakan iii. 261 pelayan (server) disediakan

Makmal Komputer

i. 4,495 makmal komputer disediakan ii. 93,372 komputer disediakan iii. 4,495 pelayan (server) disediakan

Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

i. 97,104 komputer riba disediakan ii. 69,009 projektor disediakan iii. 2,286 televisyen disediakan iv. 9,662 mesin pencetak disediakan

TV Pendidikan

i. 11,709 televisyen disediakan Kemudahan SchoolNet untuk sekolah luar bandar dan pedalaman yang tidak mempunyai aksess Internet

SchoolNet

Teknik pengajaran di sekolah bestari adalah berbeza dengan teknik pengajaran konvensional. Kaedah pengajaran akan menekankan kepada pencapaian objektif spesifik yang dicapai oleh pelajar dengan pelbagai pendekatan termasuklah secara individu, berpasangan, kumpulan kecil, dengan kehadiran fasilitator ataupun dengan menggunakan simulasi multimedia berasaskan komputer. Pelajar akan digalakkan untuk mengambil bahagian secara aktif yakni mereka akan membina dan ikut serta dalam proses pembelajaran. Teknik pengajaran ini akan melibatkan pelbagai teknik pedagogi dan kaedah pengajaran yang secara khususnya berpusatkan pelajar. Selaras dengan matlamat ini, langkah kementerian Pelajaran Malaysia khususnya yang memberi penekanan pada elemen teknologi maka keperluan pedagogi, kandungan dan pengetahuan guru perlu dititik beratkan supaya seiring dengan perkembangan semasa. Pelbagai insentif dan langkah telah dijalankan oleh kerajaan yang dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Matlamat utama sekolah bestari adalah memfokuskan kepada pembangunan tenaga kerja untuk era teknologi maklumat dan berpaksikan pada lima objektif utama iaitu:

a. Memperkembangkan potensi individu yang seimbang (intelek, rohani, jasmaniah dan emosi) b. Memperkembangkan potensi dan bakat individu c. Menghasilkan tenaga kerja yang bijak berfikir dan celik teknologi maklumat d. Pendemokrasian pendidikan e. Meningkatkan penyertaan pemegang saham

Langkah ini sebenarnya sejajar dengan hasrat kerajaan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara yang digubal dan diumumkan pada tahun 1988 yang menyatakan pedoman dan arah tuju pendidikan negara. Oleh itu, dengan wujudnya sekolah bestari ia dapat memperkembangkan lagi potensi atau bakat individu seterusnya akan dapat melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan khususnya dalam teknologi maklumat yang seterusnya akan dapat menyumbang kepada negara.

Faharol Razi (1998) menyatakan istilah Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula

mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas.

Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah seperti berikut:

1. Hubungan Interaktif : Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat. 2. Pengulangan: Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1995). 3. Maklum Balas Dan Peneguhan: Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta. Peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan dapat memotivasikan pelajar. 1.3 Sejarah Penggunaan Komputer Sebagai Alat Bantu Mengajar di Malaysia

Langkah pertama untuk melaksanakan penggunaan komputer secara besar-besaran di dalam bilik darjah telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Malaysian Institute of Microelectronic System (MIMOS) melalui projek pembangunan perisian (Zoraini, 1998). Projek perisian yang digelar Computer Integrated Learning System (ComIL) telah dijalankan secara percubaan di beberapa buah sekolah terpilih di seluruh negara mulai 1992 (Zulkifli & Raja Maznah, 1994).

Pada tahun 1995, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan program Komputer Dalam Pendidikan dengan memberi penekanan kepada empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Justeru itu, guru-guru mata pelajaran berkenaan dilatih menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, mata pelajaran Literasi Komputer juga diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1996 sebagai salah satu langkah mengaplikasikan teknologi komputer dalam pendidikan (Zakaria Ahmad, 2003).

Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehidengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996). Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasidan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC).

MSC mensasarkan tujuh aplikasi utama yang akan mewujudkan telekomunikasi global berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia ke arah negara maju dan makmur (MDC,2000) iaitu : 1. kerajaan elektronik, 2. tele-perubatan, 3. sekolah bestari, 4. kad pintar, 5. pemasaran tanpa sempadan, 6. kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia.

Dalam usaha mencapai tujuh aplikasi yang dinyatakan di atas, internet dapat diaplikasikan dalam pendidikan melalui aktiviti-aktiviti sama ada dalam tugasan harian atau yang melibatkan proses Pengajaran dan Pembelajaran untuk menyediakan pelajar yang celik IT dan dapat berdaya saing di peringkat global.. Menurut Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Malaysia (MTMK) melaporkan terdapat 10 juta pengguna internet dijangkakan pada tahun 2003. Terdapat pertambahan empat kali ganda atau pertambahan 400 peratus daripada 1.6 juta pada tahun 1998 kepada 6.5 juta pada tahun 2001 (Berita Harian, 14 Jun 2002).

2.0 Faktor Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2.1 Tujuan Utama Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Abdul Wahab Ismail Gani (2006) telah menjalankan kajian tentang penggunaan komputer terhadap pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer di Pulau Pinang. Guru-guru daripada tiga buah sekolah menengah telah dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Berikut merupakan salah satu hasil kajian yang telah dijalankan iaitu tujuan utama penggunaan komputer dalm pembelajaran.

Jadual

5:

Tujuan

utama

menggunakan Frekuensi

Peratusan (%)

komputer Tujuan Penggunaan Pencarian sumber pendidikan Pengurusan data atau maklumat Pembentangan pengajaran Hiburan/Permainan Menjadikan proses PP lebih menarik Penyampaian lebih kemas Lain-lain 36 28 55 20 64 40 4 22.4 17.4 34.2 12.4 39.8 24.8 2.5

Berdasarkan hasil kajian di atas, kita dapat lihat guru lebih suka menggunakan komputer untuk menjadikan pengajaran lebih menarik iaitu mewakili 39%. Mengapa? Tidak dapat dinafikan bahawa komputer memainkan peranan untuk menjadikan pengajaran lebih menarik. Bermacam perisian interaktif yang boleh dilakukan dengan menggunakan komputer dan membuatkan pembelajaran tidak bosan.

2.2 Teori Resapan Inovasi

Satu teori yang boleh dikaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah Teori Resapan Inovasi. Teori ini adalah satu teori yang dipelopori oleh Everett M. Rogers. ''Resapan'' merupakan proses di mana sesuatu inovasi dihubungkan melalui saluran-saluran tertentu mengikut masa dalam kalangan ahli-ahli dalam sesebuah sistem sosial (Rogers, 1983). Secara ringkasnya, teori ini membincangkan dengan mendalam bagaimana sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk idea, teknologi, barangan atau teknik-teknik berkembang dalam berbagai-bagai khalayak sehingga diterima dan diamalkan sepenuhnya oleh masyarakat.

Teori Resapan Inovasi digunakan dalam kajian ini untuk melihat tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru, faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan mereka untuk menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta melihat sikap guru terhadap sifat-sifat inovasi komputer.

Zainal (1998) menggunakan Teori Resapan Inovasi dalam bidang pendidikan di Malaysia di mana kajiannya tertumpu kepada pembuatan keputusan oleh guru-guru sama ada menerima atau menolak Projek Sains Nuffield dari United Kingdom ke dalam kurikulum sekolah menengah di Malaysia. Proses Inovasi-Keputusan yang bermula daripada peringkat penerimaan sehingga ke peringkat implementasi telah dikaji dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan telah dikenalpasti. Faktor-faktor tersebut termasuk sikap terhadap sifat-sifat inovasi yang disarankan oleh Rogers.

Cheah Phaik Kin (1999) juga mengaplikasikan Teori Resapan Inovasi dalam kajiannya yang melihat penerimaan Internet dalam kalangan pelajar Universiti Sains Malaysia. Beliau mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penerimaan Internet dalam kalangan pelajar-pelajar universiti, profil serta sifat pelajar-pelajar yang menerima internet serta melihat sifat-sifat inovasi yang mempengaruhi penerimaan atau penolakan inovasi. Hasil kajian mendapati tiada perbezaan antara pelajar aliran sains dan sastera tetapi dari segi jantina beliau mendapati lebih ramai pelajar perempuan menerima internet berbanding pelajar lelaki. Selain itu, kajiannya telah membuktikan kepentingan faktor sikap terhadap sifat-sifat inovasi dalam penerimaan sesuatu inovasi.

Justeru itu, Cheah Phaik Kin (1999) menyarankan agar kajian beliau dapat dijadikan asas untuk membentuk strategi bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dalam era teknologi informasi terkini.

Kajian yang hampir sama juga telah dijalankan oleh Jamaludin (1995) yang melihat penerimaan internet oleh pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara dan faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaannya. Kajian beliau mendapati internet lebih digunakan oleh pelajarpelajar luar negara bagi tujuan sosialisasi dan mendapatkan berita dan maklumat tentang agama dan politik tetapi tidak ketara bagi tujuan akademik.

Seterusnya, Teori Resapan Inovasi digunakan oleh Tricia Lim (1999) yang membuat kajian tentang penerimaan komputer peribadi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tricia Lim (1999) mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi individu dalam mengambil keputusan sama ada untuk menerima atau menolak penggunaan komputer peribadi serta keputusan individu untuk menerima atau menolak penggunaan komputer. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan prinsip dan pengetahuan kaedah tentang komputer mempengaruhi penerimaan dan pembentukan sikap terhadap komputer peribadi.

Selain itu, Afifah Hamdzah (2005) juga menggunakan Teori Resapan Inovasi dalam kajiannya yang bertajuk ''Pola Penerimaan Komputer Dalam Kalangan Kakitangan Organisasi Awam''. Kajian yang dijalankan dalam kalangan kakitangan teknikal Majlis Perbandaran Kuantan, mendapati kategori `orang yang ketinggalan atau laggards merupakan kategori penerima yang tertinggi berbanding dengan kategori penerima yang lain. Sifat-sifat penerima yang mempengaruhi pola penerimaan adalah sosio-ekonomi dan sifat kosmopolit. Sifat-sifat inovasi yang mempengaruhi penerimaan pula adalah faedah relatif dari segi menjimatkan masa, meningkatkan keupayaan memperolehi maklumat, lebih pilihan cara mendapatkan maklumat, mengurangkan kos, keselesaan dan mudah menjalankan kerja, kesepadanan, kerumitan dan kebolehcubaan.

Semua maklumat di atas menunjukkan hasil kajian yang dijalankan untuk melihat prestasi murid sama ada murid universiti ataupun murid sekolah yang mengaplikasikan Teori Resapan. Dalam pendidikan hari ini di Malaysia, teori ini boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Contohnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru boleh mengaplikasikan Teori Resapan ini dengan membawa pelajar ke makmal komputer. Pelajar akan dapat memepelajari sesuatu yang lain daripada apa yang mereka dapat di bilik darjah biasa. Microsoft Word, Office, Movie Maker dan banyak lagi perisian komputer yang boleh diajarkan kepada murid dapat menyediakan murid secara tidak langsung untuk menjadi seorang modal insan berminda kelas pertama supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pelajar dari negara maju negara lain.

3.0 Faktor Penguasaan Guru Terhadap Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa Dapat Meningkatkan Keupayaan Pelajar Untuk Menguasai Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

Banyak faktor yang mempengaruhi penguasaan guru dalam aplikasi komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu. Antara faktor utama ialah sikap guru itu sendiri sama ada ingin menggunakan aplikasi komputer secara maksimum ataupun tidak. Kajian yang dilakukan

Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah mendapati kebanyakan sikap guru dalam penggunaan aplikasi komputer dalam pengajaran adalah positif. Mereka cenderung dan berminat untuk meggunakan aplikasi komputer terutama guru muda. Ting Kai Chu (1998) mendapati, secara keseluruhannya guru yang muda mempunyai sikap yang positif terhadap komputer berbanding guru yang lebih berusia. Ini adalah kerana guru-guru muda ini telah terdedah dengan komputer sama ada di sekolah mahupun di universiti sedangkan golongan guru yang lebih berusia tidak mengalaminya. Dapatan yang sama juga diperoleh oleh Mukama dan Andersson (2007), iaitu guru-guru yang berusia enggan untuk berubah ke arah pengintegrasian komputer di sekolah berbanding guru-guru baru yang lebih mesra dengan teknologi maklumat. Ini menunjukkan golongan muda lebih terdedah kepada teknologi baru. Justeru itu, ia meningkatkan tahap penerimaan dan penggunaannya. Ini disokong oleh Mortimer dan Scott (2003: 35) menyatakan pengalaman menggunakan komputer mempengaruhi sikap terhadap komputer. Menurut beliau kebanyakan guru tidak memahami bagaimana hendak menggabungkan kemahiran komputer dengan pengajaran di kelas. Bagaimanapun menurut beliau, sebanyak dua per tiga daripada kalangan guru menyatakan tidak bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran, tetapi bagi kumpulan guru yang lebih muda, yang membesar dan belajar dengan menggunakan komputer lebih berkeyakinan menggunakan komputer berbanding guru-guru yang telah lama berkhidmat. Guru yang bersikap positif terhadap komputer juga adalah lebih bersedia menggunakannya berbanding dengan guru yang bersikap negatif terhadap komputer.

Merujuk kepada perkaitan di antara sikap guru dengan taraf dan status jawatan serta bidang pengkhususan (opsyen), kajian oleh Mohamad Nabzrim dan Mohamad Nayan (1997) menunjukkan data yang diperoleh daripada soal selidik dan temu bual terhadap penggunaan komputer dalam kalangan guru bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dengan penggunaan komputer. Ini disokong oleh Mukama dan Andersson (2007) yang menyatakan bahawa faktor taraf jawatan dan pengkhususan tidak memberi kesan terhadap sikap guru terhadap komputer. Namun demikian, dapatan kajian oleh Adenan (1999) menyatakan bahawa

sikap yakin dalam kalangan guru terhadap penggunaan komputer mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor latihan, kemudahan komputer dan galakan pentadbir. Berdasarkan beberapa kajian lepas juga, keengganan guru untuk berubah juga faktor signifikan yang mempengaruhi sikap guru. Ini didorong oleh sikap yakin terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran konvensional yang dianggap relevan dengan sistem peperiksaan. Golongan guru ini berpendapat bahawa jika keputusan peperiksaan yang diperoleh pada setiap tahun cukup baik dan cemerlang mengapa harus mengubah apa yang sedia baik untuk pelajar. Ini ditambah lagi dengan kurangnya kursus khususnya guru-guru yang berkhidmat di pedalaman yang seterusnya akan menyemai sifat technophobia (Mukama & Andersson, 2007). Penyelidik amat bersetuju dengan hujah ini.

Walaupun begitu, pengetahuan dan kemahiran guru Bahasa Melayu dalam bidang ini masih berada di paras sederhana. Hal ini bermakna masih banyak lagi perkara yang perlu penambahbaikan untuk guru melaksanakan aplikasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ini semaksima mungkin. Antara yang perlu diambil berat ialah pengetahuan guru dalam aplikasi komputer. Antara aplikasi komputer yang boleh digunakan oleh guru ialah hamparan elektronik, persembahan eletronik, dan Internet. Penggunaan aplikasi hamparan elektronik sememangnya memudahkan guru melakukan beban tugas dan mengajar subjek pelajaran (Lehmann, 2002; Drier, 2001). Aplikasi persembahan elektronik bukan sahaja menjadikan pengajaran guru lebih menarik dengan multimedia dan interaktiviti, malahan guru boleh menggalakkan pelajar menggunakan perisian tersebut untuk pembentangan hasil projek individu dan kumpulan. Aktiviti sebegini mengukuhkan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar yang menyemai nilai pendidikan yang positif seperti kreatif dan inovatif, bersikap bertanggung jawab dan bekerjasama antara satu sama lain, disamping meningkatkan kemahiran koloberasi dengan rakan.

Satu kajian pernah dijalankan untuk melihat sikap guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT dengan tidak pernah menghadiri kursus ICT terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Hasil analisis ujian ke atas sikap guru Bahasa Melayu yang pernah

menghadiri kursus ICT dengan guru Bahasa Melayu tidak pernah menghadiri kursus ICT telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek sikap guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT lebih bersikap positif dan berbanding dengan guru-guru yang tidak pernah menghadiri kursus ICT kerana mereka tidak

mempunyai

pengetahuan

serta

kemahiran

untuk

mengendalikan

komputer

dan

mengaplikasikan ICT dalam pengajaran. Berdasarkan dapatan kajian ini dapat menjelaskan bahawa guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri kursus ICT mempunyai sikap negatif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran.

Kajian Zulkifli dan Raja Maznah (1994) pula mendapati guru-guru yang tidak mempunyai pengalaman dengan komputer kebiasaannya mempunyai sikap yang negatif dan tahap kebimbangan yang tinggi terhadap komputer. Hal ini selari dengan pendapat Summer (1990) dalam Christensen (1997) bahawa satu daripada sebab utama guru bersikap negatif terhadap komputer disebabkan kurangnya pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berkenaan. Selain itu, kajian Becker dan Watt (1996) mendapati kewujudan sikap negatif guru disebabkan oleh guru telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional. Kajian Becker dan Watt (1996) telah disokong oleh Norin (2004) yang menyatakan kebanyakan guru yang berpengalaman telah mempunyai mind-set tentang kaedah pengajaran yang disukai mereka.

Faktor berikutnya yang dikaitkan dengan mempengaruhi penguasaan guru terhadap aplikasi komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah kemahiran asas ICT seseorang guru. Keputusan analisis Abdul Razak Idris & Norazlina Binti Adam dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2010 menunjukkan bahawa purata peratusan sebanyak 83.5 peratus daripada 132 orang guru menguasai pengetahuan asas terhadap penggunaan Internet. Ini memberi memberikan gambaran bahawa guru-guru mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan Internet.

Selain itu, faktor lain yang dilihat mempengaruhi penguasaan guru terhadap aplikasi komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah beban tugas guru. Secara tradisinya kita mengetahui bahawa tugas seorang guru ialah mengajar dan mendidik manusia, iaitu muridnya untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan berdasarkan

sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Sebaliknya tugas guru kini lebih pelbagai. Selain daripada tugas mengajar, guru juga dibebani dengan tugas-tugas perkeranian, fasilitator, motivator, perancang, penasihat kokurikulum, pemimpin kelab, persatuan, unit beruniform,

jurulatih sukan, guru data dan banyak lagi. Mengikut Che Yaakob (199I), para guru kini telah dibebankan dengan tugas-tugas sampingan yang banyak sehingga mengurangkan tumpuan mereka kepada tugas yang utama, iaitu mengajar. Penyataan Che Yaakob itu disokong melalui

kajian yang telah dilakukan oleh Abdul Shukor Shaari, Abd. Rahim Romle dan Mohamad Yazi Kerya (2006) yang menyatakan selain daripada tugas akademik, guru juga terpaksa memegang pelbagai jenis jawatan lain sama ada dalam bidang bukan akademik seperti ketua panitia dan jawatankuasa panitia, hal ehwal murid seperti disiplin, kebajikan, kesihatan, rancangan makanan tambahan dan lain-lain lagi yang berkaitan dengannya.Tugas akademik terbahagi kepada dua kategori, iaitu tugas rutin (harian) dan tugas bermusim (berkala). Antara yang termasuk dalam tugas rutin (harian) ialah mengajar subjek. Sekaligus, perkara ini menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran akan turut terjejas. Oleh itu, mereka menjadi kurang berminat untuk mempelajari dan menguasai komputer kerana terlalu sibuk dengan tugasan lain.

Faktor yang seterusnya yang dapat dikaitkan dengan penguasaan guru terhadap aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu ialah pengintegrasian internet dalam pembelajaran. Pengintegrasian ICT merujuk kepada kekerapan guru menggunakan aplikasi ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dapatan kajian melalui Jurnal Pendidikan 1

menunjukkan majoriti guru menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu bagi penyediaan dokumen seperti kertas ujian dan peperiksaan serta lembaran kerja. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap tinggi. Aplikasi hamparan

elektronik turut digunakan oleh majoriti guru sekurang-kurangya sekali dalam seminggu untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. sederhana. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap

Selain itu, majoriti guru turut didapati menggunakan aplikasi persembahan elektronik dalam pengajaran mereka sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu khususnya untuk menghasilkan slaid pengajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana. Kebanyakan guru juga mengintegrasi penggunaan CD koswer dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana. Namun begitu, guru kurang menggunakan emel untuk berkomunikasi dengan pelajar. Majoriti guru didapati langsung tidak pernah menggunakan emel untuk tujuan tersebut. Justeru,

pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap rendah. Majoriti guru didapati merujuk kepada World Wide Web untuk mendapat pelbagai maklumat berkaitan pelajaran yang diajar. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana.

4.0 Penguasaan Guru Terhadap Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa Dapat Meningkatkan Keupayaan Pelajar Untuk Menguasai Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

Pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan merupakan antara tujuan penggunaan ICT dalam pendidikan di sekolah. Salah satu faktor yang menyumbang ke arah penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer ialah sikap terhadap komputer sendiri. Sikap positif guru itu sendiri menyumbang ke arah minat murid-murid untuk menggunakan komputer. Oleh itu, sikap dan kesedaran merupakan cara yang terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer. Sikap dan keyakinan serta efikasi yang tinggi dapat membantu memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Siti Fatimah (2001) mendefinisikan Pengajaran Pembelajaran Bantuan Komputer atau PPBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek. Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar. PBK atau juga dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai beberapa ciri perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisian PPBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran. PPBK adalah berbeza dari fungsi perisian bersifat komersial. Oleh itu, mana-mana perisian PPBK yang dibangunkan mestilah melibatkan proses pembelajaran. Antaranya ciri-ciri perisian yang baik adalah seperti :

1. mesra pengguna, 2. bersifat interaktif iaitu mampu memberi maklum balas kepada pengguna, 3. kreatif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya objektif pembelajaran benarbenar tercapai, 4. tahan lasak, 5. tiada ralat dan menghiburkan.

Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut mestilah tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak disampaikan sebaik-baiknya ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan pengguna meneruskan pembelajarannya. Banyak istilah yang digunakan dalam PPBK ini. Antaranya "computer-

assisted instruction", "computer-aided instruction", "computer-assistedlearning" dan "computeraided learning". Istilah sahaja berlainan, tetapi semua menuju ke arah tujuan yang sama iaitu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kita lihat fungsinya satu persatu :

a) Computer Assisted Instruction / Computer Aided Instruction (CAI) CAI ialah satu medium yang menggunakan komputer yang menyampaikan isi-isi pembelajaran. Komputer dijadikan sebagai tempat berinteraksi dengan pengguna. Komputer juga akan mengeluarkan respon berdasarkan tahap penggunaannya oleh pengguna. Dalam proses ini, komputer mengambil alih seketika tugas guru sebagai pemudah cara. Zaman ini terdapat bermacam-macam perisian yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid sesuai dengan tahap dan zaman mereka sekarang yang berteraskan IT secara total. Jadi mana-mana guru yang menggunakan perisian komputer, maka proses tersebut dianggap sebagai pembelajaran berbantukan komputer atau CAI.

b) Computer Assisted Learning / Computer Aided Learning (CAL) Pembelajaran Bantuan Komputer atau dikenali sebagai CAL ini ialah satu bentuk pembelajaran yang menggalakkan pelajar mencari bahan pembelajaran sendiri. Ini yang membuatkan CAL ini sedikit berbeza dengan CAI. Pelajar akan menggunakan kemahiran IT untuk mencari bahan pengetahuan kendiri.

c) Courseware / Perisian Kursus Laman web Smart Learning System dan MIMOS menyatakan, perisian khusus merujuk kepada pengajaran sebenar meliputi isi kandungan pengajaran dan teknik yang digunakan guru.

d) Pembelajaran Berasaskan Web (Web-Based Learning) Secara kasarnya, pembelajaran berasaskan web ialah pengajaran yang disampaikan melalui jaringan WWW. Semua bahan pengajaran, kumpulan perbincangan, ujian dan semua hal akademik berlandaskan web. Menurut B.H. Khan (2001), sistem pembelajaran berasaskan web merupakan sistem pembelajaran yang terbuka dan fleksibel. Hal ini menunjukkan potensi web sangat luas dalam hal pendidikan. Alternatif yang ditawarkan akan menarik minat dan motivasi mereka untuk meneroka pengetahuan baru seluruh dunia yang tidak akan didapati dengan kelas tradisional. Contohnya penggunaan emel dapat meluaskan pengetahuan pelajar dengan mereka bertukar-tukar maklumat dengan rakan merentasi benua.

Walaubagaimanapun, Dr. G.S. Lee (2000) menekankan pertukaran maklumat ini perlu dipantau dan diuruskan sebaik mungkin supaya pembelajaran bermakna dapat dijalankan. Justeru, dalam kesungguhan menggunakan web sebagai alat pembelajaran, guru juga harus menekankan tentang keperluan pembelajaran agar objektif yang dirancang pada hari berkenaan dapat dicapai dengan sempurna. Duchastel (1997) menekankan terdapat empat elemen yang penting perlu dititikberatkan dalam tetapan keperluan pengajaran dan pembelajaran iaitu :

i)

Sumber maklumat

: Memperoleh maklumat baru daripada tidak ada kepada

ada dalam pengetahuan murid adalah sebeb utama pembelajaran. ii) Interaktiviti : Proses yang berlaku diantara murid dengan sumber

pembelajaran sama ada melalui simulasi, perbincangan, rujukan buku, ataupun program multimedia. iii) Berstruktur : Memastikan fokus pembelajaran pada hari berkenaan

adalah selari dengan objektif yang hendak dicapai. iv) Komunikasi : memberikan nilai tambah dalam pengetahuan iaitu murid

dapat bertukar-tukar maklumat dan dapatan yang mereka peroleh dengan rakanrakan mereka serata dunia.

5.0 Kesimpulan

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendididikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan

berasaskankomputer ini. Dalam konteks pendidikan, komputer bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

Konsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya internet dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang pelajar di dalam pelajarannya. Kajian menunjukkan stail pembelajaran pelajar banyak mempengaruhi hasil pembelajaran. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aplikasi seperti internet dapat membantu pengurusan dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar, ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata sertamembolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkankolaboratif dan perbandingan global; dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dandisebarkan dengan mudah.

Kepesatan teknologi internet ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pendidik dan pelajar demi memartabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan. Walaupun terdapatmasalah yang timbul ianya bukan satu isu yang tidak boleh diatasi malah kerajaan telahmembuat pelbagai perancangan dan perlaksanaan seperti dalam Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010 dalam memartabatkan ICT di Malaysia. Antara program

yangdilaksanakan adalah program latihan dan pendidikan ICT diperluaskan lagi di peringkatsekolah, prauniversiti dan IPT adalah pembangunan kemahiran teras dalam pelbagai bidangseperti pembangunan perisian dalam sains hayat dan aplikasi pengetahuan juga kelonggaran prakelulusan kurikulum kepada IPT supaya selaras dengan kehendak dan keperluan industri.Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan aspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan ICT khususnya dalam penggunaan teknologi internet supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju.

Anda mungkin juga menyukai