Anda di halaman 1dari 71

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES SME3023 TAJUK: ISU BAHASA PENGANTAR

NAMA NURUL ASHIKIN BT AHMAD ASHRI NO MATRIKS D20091034966

SITI AMINAH BT ISMAIL


NAJIEHAH BT YUSOFF SITI NORAIDA BT RAMLI SITI NAILAH SAKINAH BT MOHD SALEH

D20091034978
D20091035055 D20091035014 D20091035018

NAMA PENSYARAH:

DR. SAZELLI BIN AB. GHANI

Sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain, dsb) Percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005) Alat yang digunakan untuk menyampaikan isi dan ilmu

Bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan atau komunikasi dalam pengajaran (di sekolah) atau perundingan (mesyuarat, dsb) (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005) Bahasa yang ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya.

Bahasa-bahasa ini telah ditetapkan oleh Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) sebagai bahasa pengantar.

Penggunaan bahasa yang sesuai adalah penting untuk memastikan proses P&P berjalan dengan lancar dan komunikasi dua hala dapat diwujudkan Bagi meningkatkan pencapaian pelajar, dia haruslah

mahir

dalam

bahasa

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran. Dalam kes Matematik, pelajar haruslah mahir dalam bahasa pengantar dan bahasa Matematik seperti simbol Matematik. (Smith & Ennis, 1961:113)

Pendapat tokoh tentang bahasa


Prof Datuk Dr Kamaruddin berpendapat sistem pendidikan menggunakan satu bahasa pengantar paling berkesan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional.

Dato Ir Haji Ahmad Zaidee Laidin, Bekas NC UITM, beliau menyatakan bahawa: Punca kekayaan adalah ilmu dan punca ilmu adalah penyelidikan. Punca penyelidikan ialah menguasai bahasa yang digunakan dalam bidang tertentu.

Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi Bahagian IV : bahasa pengantar utama Sistem di semua institusi Pendidikan pendidikan dalam Sistem Kebangsaan Pendidikan Kebangsaan (Perkara 17) kecuali yang dikecualikan oleh Menteri Pelajaran.

Bahagian II :

Tafsiran

SJK menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar utama dan menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib. SK menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib.

ISU 2: PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA DI SEKOLAH ISU 1: PPSMI ISU 3 : MBMMBI

BAHASA PENGANTAR DI SEKOLAH

PPSMI
Apa itu PPSMI
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Nama rasmi bagi salah satu Dasar Pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan.

Apa itu PPSMI


Dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. (PPSMI) telah termaktub sebagai keputusan Dasar Kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat

Menurut kenyataan Tun Dr Mahathir, pelaksanaan PPSMI disebabkan beliau melihat pegawai dalam Kementerian Luar Negara tidak mampu menggunakan bahasa Inggeris untuk mengurus hal-hal antarabangsa. Beliau telah bercadang untuk menubuhkan sekolah aliran Inggeris semula, tetapi cadangan beliau dikatakan tidak disetujui oleh UMNO, maka beliau telah mengumumkan bahawa akan melaksanakan dasar PPSMI mulai tahun 2003. (New Strait Times 20.7.2002; The Sun 19-20.11.2005) Salah satu sebab lain pelaksanaan dasar ini adalah lebih 90% graduan Melayu tidak berjaya mendapat pekerjaan, lantaran kelemahan mereka dalam bahasa Inggeris (Lee 2003 : 32)

Rasional Pelaksanaan PPSMI


Atas dasar keprihatinan Kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

KRONOLOGI PPSMI
PPSMI termaktub sebagai keputusan dasar Kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri 19 Julai 2002 pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir B. Mohamad Mengikut KPM, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat Sekolah Menengah.

2003

2007

Januari 2008

Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009

lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mei 2009

Sasterawan Negara menolak dasar ini Buat pertama kali dalam sejarah mereka menentang dasar kerajaan

Jun 2009

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"

Julai 2009

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

Jenis sekolah
SK SJKT

Matematik
210 min

Sains
90 min

SJKC

180 min (BC) 120 min (BI)

90 min (BI) 90 min (BC)

SM & T6

320 min

320 min

JENIS SEKOLAH SK
SJKT

BAHASA BM BI BT BI BC BI BM BI

SJKC
SM & T6

Isu 1:
Isu pelajar dan PPSMI

Isu 4: Ketidaksediaan guru dengan pelaksanaan PPSMI

Isu-isu PPSMI
Isu 3:

Isu 2:

Jurang pencapaian Malaysia dalam TIMSS

Jurang pencapaian pelajar sekolah bandar dan luar bandar

Isu 1: Isu Pelajar Dan PPSMI


Kajian Nor Hashimah Jalalludin (2002) 75% Pelajar tidak setuju Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. 77% setuju Bahasa Melayu mampu menyampaikan Sains dan Matematik dengan berkesan 70% yakin akan cemerlang dalam Sains dan Matematik jika diajarkan dalam Bahasa Melayu

Isu 1: Isu Pelajar Dan PPSMI


Tahap penguasaan bahasa inggeris yang rendah dalam kalangan pelajar

Persepsi pelajar terhadap subjek matematik

LANGKAH MENGATASI

Pendedahan awal kepada anak-anak

PERANAN IBUBAPA

Memberi motivasi kepada anak-anak

Guru bahasa inggeris yang berkualiti

Memperkasakan kualiti guru bahasa inggeris

PERANAN KERAJAAN

Isu 2: Jurang pencapaian pelajar Malaysia dalam TIMSS


Tahun 1999 Skor 519 Kedudukan Malaysia 16

2003

508

10

2007

474

20

2011

440

26

Gred Purata Nasional (PMR)


Tahun
2008 2009 2010 2011 Gred Purata 2.83 2.78 2.74 2.71

Perbezaan TIMMS dan GPN


Kaedah Persampelan TIMMS adalah rawak Sistem P&P berlandaskan peperiksaan Soalan Peperiksaan

Mengapa ini berlaku?

Isu-isu dalam TIMSS

Cara mengatasi

Isu3 : Jurang pencapaian pelajar sekolah bandar dan luar bandar


Guru di sekolah luar bandar kurang berpengalaman
Kurang insfrastruktur yang lengkap

Punca

Kurang motivasi daripada ibubapa

Guru di sekolah luar bandar kurang berpengalaman


Penempatan guru di luar bandar perlu mengambil kira kepentingan pendidikan pelajar luar bandar. Pelajar memerlukan guru berpengalaman untuk memberi pengajaran. Bukannya bergantung kepada guru baru sematamata. Kita bimbang jika hanya guru baru ditempatkan di luar bandar ini akan menyebabkan pelajar di situ tidak berpeluang mendapat tunjuk ajar dan kemahiran daripada guru berpengalaman

Kurang infrastruktur yang lengkap


Bilik darjah kurang kondusif. Ketiadaan kemudahan asas seperti makmal computer yang menyukarkan para pelajar mencari alternatif pembelajaran lain selain apa yang diajar oleh guru di dalam kelas. perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh; penyelenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah Kekurangan bahan rujukan

Kurang motivasi daripada ibubapa

Ibubapa berpendidikan rendah

Tidak memahami kepentingan bahasa inggeris

Tidak memberi motivasi kepada anak-anak

Langkah penyelesaian
Peranan guru

Peranan kerajaan Peranan ibubapa

Peranan Guru
Mempelbagaikan kaedah mengajar

Mengenalpasti kebolehan dan keupayaan pelajar

Memberi motivasi kepada pelajar dan juga ibubapa

Peranan kerajaan
-Menyediakan peruntukan yang besar untuk meningkatkan prasarana sekolah. -menghantar guru yang berpengalaman dalam bahasa inggeris dan matematik ke -tambahkan sekolah luar sumber rujukan bandar di dalam bahasa inggeris
-memberi penerangan kepada masyrakat tentang kepentingan bahasa inggeris dan perkembangan pendidikan semasa

Peranan ibubapa

Luangkan masa bersama anak-anak

Memberi sokongan moral kepada anakanak

Menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak sekolah dan guru bagi mengetahui perkembangan anak-anak di sekolah

Isu 4: Ketidaksediaan guru dalam pelaksanan PPSMI


Kajian yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004 di 242 buah sekolah menengah di seluruh negara menunjukkan bahawa guru tidak mempunyai kesediaan untuk mengajarkan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana hanya 54.7% guru Sains dan 62.2% guru Matematik mampu menerangkan konsep Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Langkah penyelesaian:
Latihan kepada guru Latihan perlu dilaksanakan secara berterusan. Gunakan pendekatan yang sesuai dan menggunakan ICT dalam pengajaran Mengadakan ujian penilaian yang khusus kepada guru Mengenalpasti guru-guru yang berkebolehan dalam melaksanakan PPSMI

Program Team Taeching


Guru Bahasa inggeris di sekolah diberi mandat untuk membantu guru sains dan matematik dalam pengajaran

PPSMI VIDEO

DEFINISI BAHASA IBUNDA Bahasa ibu (ibunda) atau bahasa sendiri yang dipakai sejak kecil. CONTOH BAHASA IBUNDA Melayu kelantan Bahasa orang asli Bahasa tamil Bahasa cina

KEPENTINGAN BAHASA IBUNDA -Membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam proses P&P. -Meningkatkan komunikasi sesama kaum -Merapatkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan -Apabila menggunakan bahasa Ibunda secara berterusan, bahasa Ibunda tidak akan lapuk ditelan zaman.

Do you want to save the language or do you want to save the child?

[MACKEY(1984:44-45)]

KAEDAH MEMARTABAT BAHASA IBUNDA


1)Pertubuhan Hari Bahasa Ibunda Sedunia

21 FEBRUARI 2012:Tamil Foundation,LLC cultural Development Centre,KL & Selangor Chinese Assembly Hall dan Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya telah menganjurkan sambutan Hari Bahasa Ibunda Sedunia di Dewan Angsana Universiti Malaya.

UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) telah mengumumkan 21 Februari setiap tahun sebagai Hari Bahasa Ibunda Sedunia pada November 1999. Ia adalah untuk memperingati 4 orang mahasiswa yang dibunuh oleh polis Pakistan dalam satu demonstrasi untuk menuntut hak-hak bahasa Ibunda mereka - Bahasa Bengali. (dipetik dari laman sesawang Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG 18 Feb 2012)

2)Mengadakan seminar dan kempen mengenai kepentingan bahasa Ibunda

19 JULAI 2010:Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Seminar Bahasa Rojak yang dirasmikan oleh Raja Muda Perak Darul Ridzuan iaitu Raja Dr. Nazrin Shah.
3)Penggunaan media massa Rancangan di TV kebanyakannya menggunakan bahasa ibunda seperti rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Upin & Ipin ,drama Tamil, drama cina dan sebagainya.

FAKTOR WUJUDNYA ISU BAHASA IBUNDA DALAM PENGAJARAN


Melayu

-Di Malaysia terdapat tiga kaum yang majoriti iaitu:

Cina

India

Guru lebih berpengalaman dan meningkatkan keyakinan untuk mengajar

Pencapaian pelajar meningkat

KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA DALAM PENGAJARAN


Proses pembelajaran mudah difahami pelajar
Komunikasi antara guru dan pelajar berjalan dengan lebih lancar

Menurut Ketua Pengarah Unesco, Irina Bokova di Paris pada 12 MEI 2011, kanak-kanak akan cemerlang jika didedahkan dengan pelajaran menggunakan bahasa ibunda khususnya di peringkat rendah.Beliau turut menyatakan bahawa terdapat bukti menunjukkan kanak-kanak di seluruh dunia seperti di Mexico dan Peru yang mendapat pendidikan peringkat rendah dalam bahasa ibunda akan cemerlang di bilik darjah dan sebagai satu dasar, pertubuhan itu sentiasa menggalakkan pengajaran dalam bahasa ibunda khususnya di peringkat rendah dan bagi mata pelajaran yang sukar.Selain itu,beliau menyatakan bahawa ini memerlukan sedikit belanja dan sukar untuk dikendalikan kerana keperluan buku teks dan yang lain-lain tetapi mutu pelajaran akan meningkat jika terdapat pembelajaran dalam bahasa ibunda

(sumber dari laman Utusan Malaysia Online 12 MEI 2011)

ISU KEKELIRUAN MEMILIH BAHASA IBUNDA


KESAN NEGATIF PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA DALAM PENGAJARAN

ISU PELAJAR KURANG MENGUASAI BAHASA LAIN

KESUKARAN GURU

ISU PENGGUNAAN BAHASA CAMPUR/ROJAK DALAM PENGAJARAN

LANGKAH PENYELESAIAN

Menubuhkan tiga sekolah mewakili setiap kaum

Menubuhkan satu jenis sekolah sahaja

Menubuhkan Tiga Sekolah Mewakili Setiap Kaum

Kelebihan Proses P&P akan menjadi lebih berkesan

Kanak-kanak akan cemerlang jika didedahkan dengan pelajaran menggunakan bahasa ibunda khususnya di peringkat rendah (Ketua Pengarah Unesco, Irina Bokova, Paris) Beliau berkata, terdapat bukti menunjukkan kanak-kanak di seluruh dunia seperti di Mexico dan Peru yang mendapat pendidikan peringkat rendah dalam bahasa ibunda akan cemerlang di bilik darjah.

Menubuhkan Tiga Sekolah Mewakili Setiap Kaum

Kelebihan Tiada pertelingkahan berlaku diantara pelajar

Kelemahan
Perpaduan tidak tercapai

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pensyarah di Universiti Utara Malaysia terhadap pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada bangsa Melayu,Cina dan India.Kebanyakan pelajarpelajar mempunyai sentimen perkauman yang tinggi.Polarisasi di alam kampus amat membimbangkan.Para pelajar lebih suka bergaul dengan kaum sendiri dalam segala hal.Semua ini berlaku disebabkan oleh proses sosialisasi yang dilalui sebelum memasuki alam kampus. (Mansor Mohd Nor et al.2006)

Menubuhkan satu jenis sekolah sahaja


Kelebi han

Perpaduan antara kaum tercapai Menyeragamkan bahasa yang digunakan dalam P&P Sains dan Matematik iaitu Bahasa Melayu.

Kelema Pelajar bukan han


Melayu sukar memahami isi pengajaran Kaum India dan Cina rasa tergugat.

Penyelesaian Terbaik

Menubuhkan satu jenis sekolah sahaja di peringkat rendah dan menengah yang terdiri daripada berbilang kaum bagi menyelaraskan bahasa pengantar dalam subjek Sains dan Matematik.

PENUBUHAN SEKOLAH WAWASAN

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza di dalam sebuah kawasan. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).

KONSEP Usaha melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara dengan menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang seragam

TUJUAN DAN MATLAMAT SEKOLAH WAWASAN

Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang

Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran

Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah

Isu ketiga

Memartabatkan Bahasa Malaysia/Melayu Dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

DEFINISI MBMMBI

Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai
dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA DASAR PPSMI DAN DASAR MBMMBI?

Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains
dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina/Tamil dan sekolah menengah.

Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di

sekolah jenis kebngsaan Tamil.

MENGAPAKAH DASAR MBMMBI DIPERKENALKAN?


Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Malaysia. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.

BAGAIMANAKAH PENDEKATAN SOFT LANDING DILAKSANAKAN DI SEKOLAH? Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021.

PERINGKAT PELAKSANAAN MBMMBI

Kohort Tahun 1 (2009) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014. Kohort Tahun 1 (2010) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015. Kohort Tahun 1 (2011) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016. Kohort Tahun 1 (2009) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013. Kohort Tahun 1 (2010) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014. Kohort Tahun 1 (2011) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.

Rasional
Sejak PPSMI diperkenalkan enam tahun lalu, ia memberi kesan negatif kepada pelajar sekolah rendah terutama di luar bandar.

Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains


dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut.

Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi


semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an.

Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.

Strategi Memartabatkan Bahasa Melayu


Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Melayu Asas Berbahasa (Back To Basics) Didik Hibur Penggunaan Bahasa Melayu Standard Merentas Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P Program Bacaan Guru Bahasa Melayu Berkualiti Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif Bahasa Melayu Bahasa Ilmu dan Komunikasi Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Melayu di Universiti Luar Negara Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi

Strategi Memperkukuhkan Bahasa Inggeris


Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Asas Berbahasa (Back to Basics) Didik Hibur Modul Language Arts Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Penetapan Model Bahasa Inggeris Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Sumber P&P Makmal Komputer Guru : Contact Time Berkualiti Perkongsian dan Jaringan Guru Kepimpinan Sekolah

Guru

Pelajar

Pihak yang terlibat menjayakan dasar MBMMBI

Ibu bapa

Sekolah

Kerajaan

Peranan Guru
i. Memupuk kesedaran dan minat murid terhadap subjek bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui kaedah, strategi dan teknik P&P

ii. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P iii. Menganjurkan dan menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam program bacaan iv. Mewujudkan Persekitaran Pembelajaran yang kondusif v. Mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat

Melaksanakan dasar MBMMBI

KELEBIHAN

KELEMAHAN Kos yang tinggi untuk import guru bahasa inggeris dari luar negara.

Proses p&p sains dan matematik lebih berkesan dan menarik. Pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar. Guru mudah untuk melaksanakan p&P.

Memerlukan masa untuk melaksanakannya


Kurangnya pakar bahasa untuk menterjemah buku-buku BI ke dalam BM

Rumusan
Bahasa memainkan peranan penting di dalam mendidik negara bangsa kerana bahasa merupakan alat komunikasi yang paling berkesan. Bahasa pengantar yang betul akan menjadikan sesebuah komunikasi itu sangat berkesan kerana kedua-dua pihak

akan saling memahami dan mereka dapat mencapai


persetujuan bersama.

Rumusan
Pelaksanaan dasar penggunaan bahasa yang digubal oleh kerajaan haruslah

dilakukan tanpa menjejaskan pencapaian pelajar.

Warga pendidik perlu melakukan lonjakan berganda untuk menterjemahkan dasar dan strategi pengukuhan penguasaan bahasa Inggeris dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan.

Penggunaan bahasa yang betul dan tepat adalah perlu agar rakyat di negara ini tidak ketinggalan dalam mencapai arus globalisasi yang penuh dengan halangan dan cabaran.