Anda di halaman 1dari 45

KEBUDAYAAN MELAYU

AHLI : AHMAD FAKHRUL RAZI BIN ABD MANAP MOHAMAD KHAIRUL ASHRAF BIN MOHAMAD SAID MUHAMAD SABRI BIN ABDUL RASHID M. HASMIE

PENGENALAN
Sebelum kedatangan agama Islam 600 tahun yang lalu , masyarakat Melayu berpegang

kepada fahaman animisme. Mereka menyembah segala yang berunsur alam seperti batu, matahari, busut, sungai dan sebagainya. Kemudian, pengaruh orang India mula mendedahkan orang Melayu kepada amalan agama Hindu.

Tradisi Animisme yang bercampur dengan kepercayaan

Hindu mengakibatkan orang Melayu mempercayai makhluk ghaib dan makhluk halus yang mampu menjadi penyebab dan penyembuh kepada penyakit. Mereka juga boleh berkomunikasi dengan makhluk ghaib melalui jampi atau menurun. Selepas kedatangan Islam 600 tahun yang lalu, amalanamalan tersebut kian pupus dan tidak diamalkan. Namun, masih terdapat penyakit yang memerlukan pawang atau bomoh untuk menjalankan rawatan tradisional seperti santau, buatan orang, sihir, badi dan sebagainya.

AMALAN ORANG MELAYU


Mantera Berdamping Menurun Pemujaan Menilik Bakar kemenyan mandi limau

Mengulik mayang

Mantera
Mantera ialah susunan kata-kata puitis yang

mempunyai maknan tertentu untuk sesuatu maksud dan tujuan tertentu. Cara perhubungan manusia dengan makhluk ghaib. Mantera terbahagi kepada tiga jenis ; 1. Jampi 2. Serapah 3. Penawar

Jampi dikaitkan dengan aktiviti mengubati penyakit.


Serapah digunakan untuk mengelakkan

gangguan makhluk halus. Penawar untuk menurunkan bisa.


Tangkal dan Sembur digunakan untuk menyembuh penyakit.

ASPEK AGAMA DAN KEPERCAYAAN


Sebelum kedatangan Islam, jelas didapati bahawa orang Melayu begitu mudah menerima

pengaruh luar dan menyerap sebagai amalan. Situasi amalan tersebut berubah apabila kedatangan Islam mula masuk ke alam Melayu. Masyarakat Melayu mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dan meninggalkan segaa perbuatan yang dianggap syirik itu.

Contoh Kepercayaan
Percaya kepada hantu dan syaitan

- Al-Quran menyatakan bahawa makhluk halus sentiasa berazam merosakkan akidah manusia dengan melakukan perbuatan syirik. - Mereka percaya hantu berada di mana sahaja seperti air, paya, hutan, pohon rendang, bukit.

Damping, Saka, Membela

- Dalam masyarakat Melayu, ada pepatah yang menyatakan Hidup berakal mati berhantu yang menjelaskan seseorang itu dianggap hebat jika dia mati, dia meninggalkan hantu belaannya untuk diwarisi. - Perkara ini berlaku semasa ajaran Islam masih belum mendalam dan meluas.

Berdamping, Membela, Saka


Masyarakat Melayu dahulu berpegang kepada pepatah

hidup berakal mati berhantu


Seseorang itu dianggap hebat apabila dia mati, dia meninggalkan belaannya kepada wariswarisnya.
Belaan makhluk halus seperti toyol, hantu raya, jin, pelesit.

Pertentangan dengan agama Islam

- Pemujaan merupakan ilmu sihir yang menggunakan patung atau tengkorak. Penggunaan mantera yang menyeru dengan mengusap tengkorang atau patung yang disediakan untuk pemujaan.
Penggunaan ayat Al-Quran

- Bismillah dan Lailahaillah.. Digunakan dalam amalan air pinang untuk perubatan oleh bomoh.

Membakar Kemenyan

- Kemenyan sejenis bauan hitam berbelang putih. - mempunyai bau yang unik dan disukai makhluk halus. - Kemenyan dibakar untuk menyampaikan mesej kepada makhluk halus.

Pemujaan
Dikenali juga sebagai ilmu sihir. Pemujaan menggunakan patung atau tengkorak yang diasapkan dengan kemenyan

dan diseru dengan mantera yang bercampur aduk dengan bahasa Melayu dan Sanskrit. Setelah diseru, hantu-hantu tersebut diarahkan bomoh untuk membuat sesuatu tugas dalam proses mengubati penyakit. Amalan perbubatan ini bertentangan dengan hukum hakam Islam dan tidak diamalkan lagi.

Menilik
Bertujuan untuk meramal jenis penyakit

sama ada gangguan makhluk ghaib atau penyakit biasa seperti demam, pening dan penyakit lain. Sesetengah bomoh ada yang menggunakan kemenyan, lilin dan telur untuk menilik. Bomoh akan menilik air pinang yang dijampi.

Bagaimana meramal tilikan ?


1. Air pinang bertukar warna = merah cair merah pekat. 2. Sewaktu mula menjampi, bulu roma bomoh menegak menandakan ada sesuatu gangguan. 3. Gerak rasa dalam (bomoh), seram tengkuk, telinga memberi isyarat pesakit diganggu

makhluk halus. 4. Tanda pada pesakit ialah mata meliar, suhu badan panas, sejuk pada bahagian kaki. 5. Bayangan kejernihan air pinang menunjukkan tahap gangguan sama ada kuat atau tidak.

Peralatan Pengubatan
Kemenyan Air Kapur barus Limau

Kain 3 warna
Benang 3 warna Kelapa muda kuning

Bunga

Sirih pinang
Paku, buah keras Kacang hijau Air perigi Lada hitan

Peralatan Pengubatan

Kajian Perubatan Tradisional Melayu


Aspek Agama dan Kepercayaan Aspek Bahasa Aspek Politik Aspek Sosial Aspek Sosioekonomi

AGAMA dan KEPERCAYAAN


Masyarakat Melayu dahulu menganut

kepercayaan animisme iaitu kepercayaan karut terhadap kuasa luar biasa yang ada pada matahari, pokok besar, hutan dan semangat. Kemudian, mereka beralih setelah menerima kedatangan agama Hindu yang lebih bersifat kepercayaan terhadap dewa-dewa .

Kehadiran agama Hindu telah menyebabkan kepercayaan masyarakat Melayu bercampur.


Contohnya amalan melenggang perut,

penggunaan pokok pisang dalam amalan perubatan dan sebagainya.

Kedatangan agama Islam ke Alam Melayu

telah mengubah pemikiran dan ilmu perubatan masyarakat Melayu. Dengan kedatangan Islam, masyarakat mula menolak amalan perbuatan yang syirik dan khurafat. Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir masyarakat yang masih mengamalkan amalan yang melanggar hukum syarak.

Contoh Amalan :

ASPEK BAHASA
Berpegang kepada pepatah hidup berakal mati berhantu

Masyarakat Melayu begitu mementingkan kehebatan diri mereka sepanjang zaman mereka. Pepatah ini juga menerangkan yang masyarakat Melayu gemar membela makhluk halus dan apabila mereka mati, makhluk itu diwarisi oleh generasinya dan menunjukkan betapa hebatnya sesebuah keturunan itu.

Jampi dan Mantera Dalam amalan perubatan juga, masyarakat

Melayu menggunakan jampi dan mantera sebagai salah satu ramuan dalam mengubati penyakit.
Mantera merupakan susunan kata puitis yang mempunyai makna tertentu yang dianggap kata-kata magis untuk perubatan masyarakat dahulu.

Batang kena batang kadam, Batang buruk sangkar babi, Hilang senak hilang tajam, Aku tawar mintak menjadi. (Jampi Cika)

Ulik mayang diulik, Ulik dengan jala jemala, Ulik mayang diulik, Ulik dengan tuan puteri, Yang laut balik ke laut, Yang darat balik ke darat..

Pengaruh bahasa Arab

bismillah lailahaillallah Selepas kedatangan Islam ke alam Melayu 600 tahun dahulu, masyarakat Melayu semakin menerima ajaran Islam dan mengamalkan perubatan dengan menggunakan kalimah suci Al-Quran sebagai salah satu ramuan dalam perubatan.

Penggunaan Ayat Suci Al-quran Selain itu, masyarakat Melayu

kini lebih kehadapandengan mengamalkan ilmu perubatan menggunakan ayat suci Al-Quran. Mereka tidak hanya menggunakan sepatah dua perkataan daripada Al-Quran sahaja, malahan ada yang membaca hampir keseluruhan surah mahupun ayat-ayat pendek dalam merawat penyakit. Ayat-ayat itu sememang dilihat mujarab dan sering digunapakai sebagai ramuan dalam perubatan kaedah Islam.

Bahasa Sanskrit

Penggunaan bahasa Sanskrit yang bercampur aduk dengan bahasa Melayu ditemui dalam amalan pemujaan untuk tujuan perubatan. Bomoh menyeru patung yang mewakili lembaga dengan mantera untuk mengubati pesakit. Namun, amalan ini ditinggalkan kerana bertentangan dengan hukum hakam agama Islam.

ASPEK SOSIAL
Kepercayaan terhadap Bomoh untuk mengubati penyakit.

Masyarakat Melayu dahulu sememangnya menjadikan bomoh atau pawang sebagai doktor kerana pada masa itu amalan perubatan tradisional sememangnya satusatunya alternatif untuk menyembuhkan penyakit.

Amalkan Cara Hidup meminta izin

Amalan meminta izin mempamerkan kecenderungan masyarakat Melayu, biarpun dalam konteks moden, untuk menjalinkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa ghaib. Mereka percaya bahawa sekiranya mereka tidak melakukan perihal tersebut, ia dapat mencetuskan kemarahan kuasa yang tidak diterangkan. Kemarahan tersebut seterusnya akan berlarutan sehingga menyebabkan penyakitpenyakit tertentu seperti kaki berbisa dan sebagainya.

Komunikasi dengan alam Ghaib ( makhluk halus)

Contohnya : Amalan menurun iaitu keadaan seseorang itu diserapi oleh jin ke dalam tubuh. Bomoh yang membela atau memelihara jin sahaja yang boleh melakukan amalan menurun. Mantera dibacakan untuk menyerap ke dalam tubuh manusia dan bomoh mula berkomunikasi dengan jin yang merasuk ke dalam badan mangsa.

Golongan Bomoh atau Pawang menjadi tempat rujukan Masyarakat Melayu tidak mempunyai ilmu perubatan yang canggih dan moden. Bomohbomoh dan pawang kampung menjadi tempat rujukan dan merawat segala penyakit yang dihadapi. Jadi golongan ini sentiasa menjadi perhatian dan dihormati oleh masyarakat sekeliling kerana mereka berupaya menjadi pengantara dengan makhluk halus dan mengubati segala penyakit yang dirawat.

Menunjukkan kehebatan seseorang

Amalan damping/saka diamalkan oleh masyarakat Melayu dahulu di mana seseorang itu dianggap hebat apabila tiba saat kematian, dia akan mewariskan saka kepada warisnya. Amalan itu diteruskan kepada waris-waris yang seterusnya.

Aspek Kesenian
Seni Tampak Keris

Keris turut digunakan dalam perubatan masayarakat Melayu yang menunjukkan identiti dan semangat .

Tengkorak

Patung menyerupai manusia

CONTOH ADAT ISITIADAT BERUBAT KAMPUNG DI MELAKA

Pengenalan
Adat berubat kampung dikatakan dilakukan di

kawasan Pantai Daerah Jasin khususnya di Kampung Sungai Rambai dan Sebatu. Tujuan diadakan untuk mengelak penduduk kampung daripada penyakit berjangkit. Namun tidak ada siapa tahu siapa yang mula mengamalkan adat ini. Berubat kampung ini diadakan setahun sekali dan diadakan pada bulan safar.

Terdapat empat langkah yang dilakukan oleh orang Melayu zaman dahulu sebelum memulakan adat istiadat berubat kampung.

Persediaan Peralatan Upacara Selepas upacara

Persediaan
Tarikh adat diadakan apabila pihak yang menganjurkan perjumpaan ini akan mendapat

tanda-tanda yang tidak baik melalui mimpi. Kemudian pihak tersebut akan berjumpa bomoh untuk bertanyakan maksud mimpi tersebut. Setelah mengetahui mimpi tersebut mimpi buruk hari untuk mengadakan upacara ditetapkan. Penghulu kampung seterusnya mengumunkan kepada seluruh kampung tentang tarikh adat tersebut.

Peralatan
Pucuk daun nipah yang boleh didapati di tepi sungai. Dipisahkan satu demi satu daun dari lidinya. Daunnya dianyam bentuk jari lipan Bahan pokok kabung yang berwarna hitam, perca kain berwarna hitam,putih dan merah disisipkan juga pada jari lipan Rupa bentuk jari lipan bersamaan dengan gantungan yang terdapat pada pintu masuk rumah orang India. kain perca berukuran 1x24cm digunting,diikat di lengan. Semua bahan tersebut bererta sirih, kapur, pinang atau gambar dimasukkan ke dalam raga buluh untuk dibawa ke rumah perjumpaan istiadat berubat kampung diadakan.

Upacara
Setiap keluarga di dalam kampung diwakili dalam istiadat

ini. Ketua keluarga sama ada ayah atau ibu membawa raga yang berisi peralatan. Raga yang dibawa dikumpulkan di tengah rumah atau di serambi. Upacara ini dilakukan selepas waktu zohor dan dilakukan oleh seorang bomoh. Bomoh akan membaca mentra sambil berdiri ditengahtengah longokan raga. Bomoh akan menaburkan bertih dan merenjis tepung tawar ke arah raga dan kawasan sekitarnya. Kanak-kanak dikumpulkan satu tempat dan menghulurkan kepala kepada bomoh untuk dijampi dan digosok pada ubun-ubun kepalanya.

Selepas Upacara
Raga yang berisi peralatan berubat kampung dibawa balik

ke rumah masing-masing. Sirih yang dijampi dikeluarkan dari raga dan diberi makan kepada penghuni rumah. Air penawar juga turut diminum oleh penghuni rumah. Kemenyan yang dijampi dibakar dan dibawa sekeliling rumah pada waktu magrib. Kain perca putih,merah dan hitam dipintal seperti tali dan diikat pada lengan setiap penghuni rumah. jari lipan digantung di pintu masuk rumah yang menghala ke jalan. Bagi mengelak wabak dari masuk kampung jari lipan" yang besar sama besar lebar ukuran jalan raya direntang di sempadan antara kampung.

Aspek Sosial
Hubungan Sosial

Hubungan sosial orang Melayu pada zaman dahulu wujud melalui kepercayaan terhadap adat istiadat berubat kampung. Wujud interaksi antara pengajur dan penduduk kampung yang saling berkerjasama mengikuti upacara berubat kampung. Hubungan bomoh dan penduduk kampung amat rapat kerana mereka percaya bahawa bomoh memiliki satu kuasa untuk melawan penyakit. Kesimpulannya orang Melayu pada zaman dahulu bersatu atas satu kepercayaan dan menjadikan hubungan sosial antara penduduk bertambah baik.