Anda di halaman 1dari 31

BAB II

KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Saluran bertingkat dan bercerun adalah salah satu cabang dari jenis saluran
terbuka dan telah menjadi judul kajian bagi ramai pengkaji-pengkaji yang
mengemukakan pelbagai aspek kriterion yang boleh dikaitkan untuk tujuan rekabentuk
dan penemuan baru dalam kemajuan bidang itu sendiri. Secara umum, saluran bertingkat
telah ditemui dalam pelbagai rekabentuk dan saiz. Biasanya, saluran bertingkat
mempunyai cerun tertentu dan tingkat yang bersiri sepanjang cerun. Terdapat juga
saluran berdasarkan batu halangan dan saluran condong biasa.
Walau bagaimanapun, skop kajian ini akan menjurus kepada analisis hidraulik
rekabentuk saluran bertingkat sahaja. Kajian literatur akan melibatkan sumber-sumber
pengkaji terdahulu yang menganalisa sifat dan ciri-ciri alirannya dan akan memetik hasil
rumusan atau kesimpulan daripada pengkaji-pengkaji sebelum ini. Ini termasuk dengan
penggunaan terbitan persamaan-persamaan yang boleh diaplikasikan untuk mendapatkan
nilai sebenar kehilangan tenaga dan ciri-ciri aliran dan profil bagi kes-kes tertentu yang
akan dibincangkan di dalam bahagian metodologi kajian.
Secara umumnya ia melibatkan halaju aliran, tenaga yang dihasilkan, ciri-ciri
aliran, pengaruh nisbah panjang kepada tinggi anak tingkat dan kesan kehadiran kolam
dalam setiap anak tingkat.
2.2 Konsep Asas Saluran Terbuka.
Saluran terbuka adalah saluran di mana air mengalir di dalamnya tidak tertutup
oleh sempadan pepejal keseluruhannya tetapi mempunyai permukaan bebas yang
terdedah kepada tekanan atmosfera. Aliran saluran terbuka juga bergantung sepenuhnya
kepada daya tarikan graviti bumi dan inersia alirannya.
2.2.1 Jenis-jenis Aliran
Aliran dalam saluran terbuka secara umumnya menghasilkan 3 keadaan iaitu
aliran lamina, aliran gelora, dan aliran peralihan. Keadaan ini, berlaku dalam beberapa
keadaan penting di dalam saluran yang mungkin mempengaruhi sistem saluran
bertingkat.
Aliran lamina berlaku apabila zarah-zarah mengikuti laluan yang selari dengan
kedudukannya sama pada setiap keratan berikutnya. Ia hanya akan berlaku pada
kelajuan aliran yang rendah. Bagi aliran peralihan, ia merupakan satu gabungan atau
perubahan dari lamina ke gelora yang agak sukar dijangka dan mungkin berlaku seketika
sahaja di dalam saluran. Aliran gelora merupakan aliran yang berlaku apabila aliran
7
berhalaju tinggi dimana zarah-zarahnya tidak lagi bergerak dalam satu laluan selari
tetapi bercampur aduk.
Perubahan-perubahan aliran ini, secara langsung akan mempengaruhi ciri-ciri
aliran di dalam saluran bertingkat. Perubahan halaju aliran akan memberikan kesan
lompatan hidraulik aliran yang berbeza-beza. Ia memberikan ciri-ciri aliran yang
berbeza untuk setiap aliran dalam siri lompatan hidraulik setiap tingkat untuk kecerunan
yang berbeza.
2.2.2 Kesan daripada Daya Graviti dan Daya Inersia
Nombor Froude ialah nisbah daya inersia kepada daya graviti yang
mempengaruhi aliran untuk mengalir melalui cerun. Jika Fr = 1.0, maka aliran adalah
aliran genting. Manakala jika Fr < 1.0 aliran adalah aliran subgenting. Jika Fr > 1.0 ia
adalah aliran genting lampau
gD
v
Fr
(2.1)
Dengan,
v = halaju aliran
g = pecutan graviti
D = ukur dalam hidraulik
2.2.3 Kesan daripada Daya Kelikatan
8
Nisbah daya inertia dengan daya kelikatan dapat menentukan samada aliran
adalah lamina, turbulen ataupun peralihan. Ia berdasarkan kepada magnitud Nombor
Reynolds iaitu,

vL
R
e

(2.2)
dengan v = halaju purata aliran
L = panjang ciri saluran

= kelikatan kinematik cecair


Apabila nilai Re < 500 aliran lamina
500 < Re < 12500 aliran peralihan
12500 < Re aliran turbulen
2.2.3 Ciri-ciri aliran napah dan menyiring dalam saluran bertingkat biasa.
(i) Aliran Napah
Mengikut M. R. Chamani dan N. Rajaratnam ( Fellow, ASCE ), apabila aliran
napah berlaku, satu aliran jet akan terbentuk setara dengan kadar alir yang kecil di hulu
saluran. Trajektori jet ini terbentuk untuk suatu sudut dan susutan h tertentu di hujung
meninggalkan setiap tingkat ke tingkat seterusnya seperti rajah 2.1. Fenomena ini lebih
dikenali sebagai susutan hidraulik.
Dalam pada itu, impak dari jatuhan trajektori jet ini, satu anjakan ketinggian di
hasilkan untuk air yang berkumpul di atas tingkat iaitu perubahan paras aliran air dari
rendah ke tinggi di atas setiap tingkat yang dinamakan sebagai lompatan hidraulik.
9
Fenomena ini akan mengunjur kepada pelesapan dan kehilangan tenaga kepada aliran
selain dari melihat perubahan dan profil aliran secara umummya. Rujuk rajah 2.1.
Fenomena-fenomena ini mempunyai pendekatan tersendiri dan banyak kajian
telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Tetapi kajian literatur ini tidak akan
membincangkan susutan hidraulik ini dengan lebih lanjut.
Rajah 2.1 Susutan hidraulik dan trajektori limpahan.
10
Rajah 2.2 aliran napah penuh
Rajah 2.3 Aliran separa napah
(ii) Aliran Menyiring
11
Apabila kadar alir yang besar dilalukan ke atas saluran, aliran menyiring akan
terbentuk. Ia akan berlaku apabila kedalaman aliran adalah melebihi ketinggian tingkat.
Aliran ini akan menyiring di sepanjang saluran dan diikuti dengan pusaran yang
berterusan di setiap tingkat di bawah arus menyiring utama.
Menurut M. R. Chamani dan N. Rajaratnam ( Fellow, ASCE ), fenomena aliran
menyiring ini akan menggalakkan perubahan momentum dengan pusaran cecair yang
terperangkap di atas tingkat. Aliran utama akan melalui di setiap pusaran yang
seterusnya melambatkan aliran menyiring utama. Rujuk rajah 2.2.
Rajah 2.4 (a) aliran napah dan (b) aliran menyiring.
12
Rajah 2.5 Pusaran di bawah aliran menyiring.
2.2.4 Pengukuran kadar aliran.
Untuk kajian ini, v nosh telah dipilih untuk dijadikan sebagai kayu pengukur
halaju aliran di hilir saluran manakala kadaralir Q dapat ditentukan di hulu dengan
mengukur kedalaman air. Dengan nilai Q yang sama di dalam sistem, nilai cd aliran
dapat ditentukan. Bacaan ujikaji diambil 3 kali nilai kedalaman di hulu dan hilir saluran.
Pengiraan aliran melalui empang limpah bertakuk v ditulis sebagai,
2
5
H . tan g 2 c
15
8
Q
d
(2.3)
Dengan,
Q = Kadaralir
c
d
= pekali corolis kadar alir.
13
g = graviti
= sudut bukaan takukan v
H = kedalaman paras air dari dasar takukan.
Rajah rekabentuk takukan v boleh digambarkan seperti rajah 2.6. Penggunaan
rumus ini bergantung sepenuhnya kepada kedalaman H aliran yang melimpah keluar
dari takukan v. Selalunya, nilai pekali kadar alir adalah < 1.0 iaitu antara 0.5 ke 0.7 dan
selalunya dianggarkan sekitar 0.6.

Rajah 2.6 Keratan empang limpah takukan v.
2.3 Tenaga dan daya dalam rekabentuk saluran bertingkat biasa.
2.3.1 Tenaga di dalam aliran.
Aliran yang melalui keratan saluran boleh diungkapkan jumlah tenaganya
dengan ketinggian turus dalam meter air. Tenaga ini diungkap dalam satu persamaan
merangkumi ketinggian turus dari datum, turus tekanan dan turus halaju iaitu,
45
0
45
0
H
Paras Air
14
Persamaan tenaga,
2
A
A A
g 2
v
cos d Z H + + (2.4)
dengan,
Z
A
= Ketinggian titik A di atas satah datum saluran.
d
A
= Ukur dalam titik A di bawah permukaan air
= Sudut kecondongan dasar saluran
v
A
/2g = Turus halaju aliran yang melalui titik A
Untuk saluran yang landai atau rata, perbezaan ketinggian adalah = 0, jumlah tenaga
diungkapkan,
2
g 2
v
d Z H + + (2.5)
Rajah 2.7 Tenaga aliran dalam saluran terbuka.
2.3.2 Kehilangan tenaga dalam aliran.
15
Di dalam aliran menyiring, tambahan daripada aktiviti pusaran di antara aliran
utama dengan air yang terperangkap di atas tingkat, elemen pusaran yang besar yang
sentiasa terbentuk hasil dari aktiviti ini akan terganggu lalu dibawa terus mengharungi
aliran menyiring utama.
Mengikut kajian M. R. Chamani dan N. Rajaratnam ( Fellow, ASCE ), kedua-
dua kejadian ini berfungsi untuk menggalakkan kehilangan tenaga di dalam aliran
menyiring di atas saluran bertingkat. Anggapkan satu bahagian dalam saluran yang
terdiri daripada aliran penuh berhampiran dengan hilir saluran, jika datum dikira dari
hilir untuk bahagian itu, jumlah turus tekanan hulu saluran E
u
boleh ditulis sebagai,
g V y Z E
u u u
2 /
2
0
+ + ( 2.6 )
dengan,
Z
0
= Ketinggian saluran hulu dan diatas dasar saluran bertingkat.
y
u
= Kedalaman aliran
V
u
= Halaju aliran
dan jumlah turus untuk bahagian berhampiran dengan dasar saluran E
b
boleh ditulis
sebagai,
g V E
m
b
2 /
2

( 2.7 )
dengan,
= Pekali Coriolis yang boleh dinilai dari profil halaju
V
m
= Halaju purata campuran air-udara
Ralat berkaitan dengan persamaan di atas akibat mengabaikan turus piezometrik adalah
1 3%. Sekiranya E adalah kehilangan turus, maka,
16
( )
u
m
u
y Z
g V
E
E
+

0
2
2 /
1

( 2.8 )
Selain dari itu, kehilangan tenaga juga adalah disebabkan oleh fenomena
tempatan seperti lompatan hidraulik, formasi lompatan di hujung saluran bertingkat dan
ketinggian tingkat h itu sendiri. Dalam faktor skala ketinggian tingkat juga boleh
melibatkan faktor percampuran udara-air yang berlaku di sepanjang saluran bertingkat
seperti yang diketengahkan oleh pengkaji dan pendiskusi Robert M. Boes di dalam
kajian literaturnya berjudul Hidraulics of skimming flow on Modelled stepped
spillways.
Mengikut diskusi Robert M. Boes, dipetik pengarang Jorge Matos yang
membincangkan bahawa kesan ketinggian tingkat memberikan pengaruh yang tinggi
terhadap kehilangan tenaga. Ini memberikan kesimpulan bahawa ketinggian h adalah
tidak bersandar di dalam julat kadar alir melawan ketinggian tingkat yang diuji.
Kehilangan tenaga mengikut Stephenson (1991) dapat ditingkatkan ke tahap
maksimum sekiranya kedalaman aliran menyiring adalah 1/3 daripada daripada
kedalaman kritikal (d/h
c
= 1/3). Untuk itu, nisbah optimum untuk ketinggian tingkat
terhadap h
c
kedalaman kritikal aliran diberikan mengikut Tozzi (1992), Diez-Cascon et
al (1991), Matos dan Quintela (1995) bahawa H
opt
/hc ~ 0.3.
17
Rajah 2.8 Kesan ketinggian tingkat terhadap kehilangan tenaga dengan skala 1:15
18
Ketinggian tingkat optimum: H/hc = 0.3
H(m) = 0.125; 0.25; 0.50; 0.75; (skala1:15)
(Em-Eo)/Eo
Ymax/hc Ymax/hc
Ymax/hc Ymax/hc
= 13.5
= 19.0
= 15.5
= 23.8
Rajah 2.9 (a) Kesan kehadiran tingkat terhadap percampuran udara-air dan (b)
Hubungan antara purata penumpuan udara untuk aliran menyiring.
19
Sin/ q
0.2
(Sin)
0.3
/ q
0.2
C

(
%
)
C

(
%
)
l/h, h(mm)
l/h, h(mm)
.6, 125
.6, 62.5
.6, 31.25
.8, 125
.8,31.25
.6, 125
.6, 62.5
.6, 31.25
.8, 125
.8,31.25
Rajah 2.10 Kehilangan relatif tenaga untuk aliran menyiring
20
.6, 125
.6, 62.5
.6, 31.25
.8, 125
.8,31.25
Tozzi(1994)
l/h, h(mm)

E
/
E
u
q (L/s/m)
0.7
0.2
Rajah 2.11 Kehilangan tenaga di dalam aliran napah dengan lompatan hidraulik di
setiap tingkat.
21
Rajaratnam telah menganalisis kehilangan tenaga aliran pada saluran berdasar
ufuk melalui kajiannya. Hasil analisis menunjukkan graf perubahan kehilangan tenaga
relatif, E/E
o
melawan yc/h untuk saluran bertingkat yang mempunyai 8, 10, 20, dan 30
tingkat untuk h/l = 0.421, seperti yang ditunjukkan pada rajah 2.12 di bawah. E/E
o

ialah tenaga yang hilang per jumlah tenaga di hulu.
Rajah 2.12 Perubahan kehilangan relatif E/E
o
dengan y
c
/h untuk h/l = 0.421
22
Dalam kajiannya, Rajaratnam telah menetapkan sebagai nisbah kehilangan
turus per tingkat kepada jumlah turus, N mewakili jumlah bilangan tingkat dan h
mewakili ketinggian tingkat. Maka kehilangan tenaga pada tingkat pertama diwakili oleh
(h + 1.5y
c
) dan tenaga yang tertinggal ialah (1 )(h + 1.5y
c
). Kemudian, tenaga yang
tertinggal di dasar tingkat kedua diungkapkan sebagai (1 )[(1 )(h + 1.5yc) + h].
Maka tenaga yang tertinggal selepas N bilangan tingkat ialah:
( ) ( )

+ +
1
1
1 ) 5 . 1 ( 1
N
i
i
c
N
h y h E
(2.9)
Dengan menganggap halaju aliran pada hulu saluran = 0, maka
c o
y Nh E 5 . 1 +
(2.10)
Oleh itu, perubahan kehilangan tenaga relatif ialah
o
o
o
E
E E
E
E

(2.11)
Penemuan Rajaratnam dengan hasil plotan grafnya dengan y
c
/h dan mendapati
bahawa akan menyusut jika y
c
/h bertambah, seperti di dalam rajah 2.13. Nilai untuk
h/l = 0.421, 0.526, 0.726, dan 0.842 adalah berdasarkan kajian model Horner. Daripada
graf, didapati bahawa sekiranya y
c
/h bertambah daripada 0.1 hingga 0.8, nilai akan
menyusut dari 0.77 hingga 0.15. Pada y
c
/h 0.8, aliran menyiring akan berlaku. Walau
bagaimanapun, nilai adalah tidak bergantung kepada parameters h/l untuk y
c
/h kurang
daripada 0.25.
23
Rajah 2.13 Perubahan nilai dengan nilai y
c
/h.
Daripada graf yang telah diplot oleh Rajaratnam ini, satu persamaan untuk dapat
ditentukan, iaitu:
Pekali Coriolis,

,
_

1
]
1

,
_

+
1
]
1

,
_


h
y
l
h
l
h
c
log 27 . 0 54 . 0 35 . 0 3 . 0
(2.12)
24
2.4 Pengaruh saluran bertingkat berkolam terhadap aliran.
2.4.1 Pengenalan saluran bertingkat berkolam.
Daripada pengarang jurnal rekabentuk hidraulik saluran bertingkat berkolam,
Detlef Aigner, kaskada saluran bertingkat telah digunakan untuk mengambil kadaralir
limpahan empangan atau di cerun curam. Tiap-tiap tingkat memberikan satu jatuhan jet
air yang membentuk satu siri jatuhan lalu tenaga akan dihilangkan sedikit demi-sedikit
untuk setiap jatuhan melalui proses lompatan hidraulik atau limpahan aliran menyiring.
Pergerakan tetingkat dalam satu siri ini membolehkan air diudarakan atau
berlaku percampuran baik antara air dan udara di dalam saluran. Sekiranya setiap tingkat
direkabentukkan suatu takungan kecil bertujuan untuk menghilangkan tenaga,
rekabentuk akan di namakan saluran bertingkat berkolam.
Mengikut pengarang, kebanyakan kajian yang dijalankan adalah mengikut
rekaan tingkat yang rata sahaja dan sedikit kajian yang dijalankan untuk tingkat yang
berkolam atau bertakung. Persidangan (1954) yang telah dikarang di dalam stauanlagen
and Wasserkraft ( takungan dan tenaga air ) menerangkan kaskada sebagai peresap
tenaga telah diabaikan kerana pengaruh cuaca sejuk dan salji ais ketika itu. Walaupun
begitu, penerbitan kajian terkini dan bengkel antarabangsa di Zurich ( March 2000 di
Switzerland ) menunjukkan minat dan kecenderungan di dalam rekabentuk hidraulik
saluran bertingkat dan kajian mengenainya telah meningkat kebelakangan ini.
25
2.4.2 Rekabentuk hidraulik saluran bertingkat berkolam.
Pengiraan untuk menentukan dimensi minimum untuk rekaan saluran bertingkat
berkolam (resapan tenaga sepenuhnya) dapat dipandukan dengan menggunakan rajah
2.13 dengan mengambil kira pertambahan keselamatan 5% terhadap rekaan konjugat
kedalaman dan panjang minimum untuk satu tingkat. Rekabentuk ini mematuhi prinsip
persamaan berikut untuk pengiraan 2 dimensi.
Takrifan parameter,
s = ketinggian tingkat
h
c
= ukurdalam kritikal
h = paras limpahan air
h
1,2
= ukurdalam bersiri lompatan hidraulik
L = panjang tingkat
L
p
= posisi impak jet
L
j
= panjang lompatan hidraulik
w = ketinggian takukan / penghalang
q = kadaralir tentu
C
d
= pekali kadaralir
v = halaju aliran
g = graviti konstant
Nilai cerun saluran dikira dengan nisbah panjang kepada tinggi tingkat termasuk
ketebalan dinding takuk penghalang.
L
s
tan
(2.13)
26
Kedalaman kritikal h
c
digunakan sebagai pembantu pembolehubah untuk mewakili
kadaralir tentu aliran,
3
2
g
q
h
c
(2.14)
Kadaralir tentu dikira dengan formula asas limpahan piawai.
Pekali kadaralir C
d
( untuk kes takukan segiempat sama, Bollrich 2000 ) perlu
mengambil kira kesan kehadiran halaju.
3
2
2
3
2
h g C q
d
(2.15)
1
1
]
1

,
_

+
+
1
]
1

+
+
2
5 . 0 1
6 . 1 1000
1
1 615 . 0
w h
h
h
C
d (2.16)
Halaju (v
1
) hilir aliran di akhir jet boleh dikira dari persamaan tenaga ( tanpa kehilangan
tenaga ) seperti di bawah,
( )
1
]
1

+
+ + +
2
3
1 1
2
2
h w
h
h h s w g v
c
(2.17)
1
1
v
q
h
(2.18)
Lompatan hidraul diandaikan terbentuk sepenuhnya dan boleh dikira dengan konjugat
persamaan ukurdalam ( Bollrich 2000 )

,
_

,
_

+ 1 8 1
2
1
3
1 1
2
h
h
h
h
c
(2.19)
27
Ketinggian empangan takukan w dengan pertambahan 5% faktor keselamatan untuk h
2

dikira,
1 2
05 . 1 h h w (2.20)
Panjang L yang diperlukan untuk tiap-tiap tingkat boleh ditentukan dengan berdasarkan
kepada nilai panjang jatuhan jet Lt mengikut Oficerow ( Bollrich, 2000 ) dan panjang
lompatan hidraulik Lw ini berdasarkan U.S.B.R.. Walaupun begitu, terdapat
kemungkinan lain untuk mengoptimakan lagi panjang tingkat, contohnya, dengan
meminimakan panjang jet itu sendiri.
W S
L L L +
(2.21)
h
h
h w
L
S
S

,
_

556 . 0
1512 (2.22)
2
6h L
W

(2.23)
Persamaan diatas membolehkan kita untuk merekabentuk saluran berkolam bertingkat
dengan panjang lompatan hidraulik yang penuh. Rajah 2.12 dan 2.13 menggambarkan
keputusannya.
2.4.3 Perbezaan rekabentuk dan fungsi kaskada.
28
Secara umumnya, terdapat dua jenis aliran yang biasa dibezakan iaitu aliran napah dan
aliran menyiring. Peralihan aliran antara kedua-dua daerah boleh ditentukan oleh
persamaan yang dipermudahkan oleh Chanson (1994b),
L
h
h
h
s
s
c
465 . 0 057 . 1
(2.24)
Lompatan hidraulik di dalam aliran napah dibezakan antara saluran bertingkat dengan
berkolam dan tanpa berkolam. Dimensi saluran berkolam dapat dianggarkan nilainya
sama seperti di dalam rajah 2.14 dan 2.15. Had aplikasi rekabentuk untuk kaskada
dengan lompatan hidraulik penuh boleh dianggarkan dengan menggunakan persamaan,
6
16 . 0 55 . 0
1
]
1

,
_


L
h
LN
h
h
s
s
c
(2.25)
Penggunaan kaskada yang melebihi had rekabentuk keputusan persamaan di atas adalah
untuk aliran tanpa lompatan hidraul dan tenaga kinetik aliran akan diterima oleh
takungan seterusnya. Kajian ini terhad dan tidak akan membincangkan ia dengan lebih
lanjut.
2.4.4 Perbandingan penukaran tenaga untuk saluran bertingkat berkolam dan
saluran bertingkat biasa.
29
Untuk saluran bertingkat biasa, bilangan tingkat dan kekasaran permukaan yang
lebih akan menghasilkan pengurangan tenaga yang lebih baik ( Chanson, 1994a ). Ini
bermakna aliran menyiring dengan proses pencampuran air-udara yang kuat akan
menghilang sejumlah besar tenaga aliran berbanding aliran napah.
Kehilangan tenaga maksimum yang mungkin diperoleh boleh ditentukan dengan
menganggap jumlah ketinggian empangan H ditukarkan kepada aras tenaga melalui
jatuhan kaskada. Kehilangan tenaga dirujuk sebagai H . Darjah kehilangan (kehilangan
tenaga yang dikaitkan dengan kemungkinan kehilangan tenaga maksimum dalam unit
ketinggian H
max
) diterangkan sebagai sebagai suatu fungsi dengan nisbah ketinggian H
kepada kedalaman kritikal h
c
. Untuk kaskada, sebagai contoh, kehilangan tenaga
maksimum adalah
(2.26)
Perubahan tenaga sentiasa berada di bawah had lengkuk graf ini. Analisa
Chanson (1994a), Mates dan Quintela (1995) menunjukkan keputusan yang pelbagai.
Secara umumnya, untuk aliran menyiring, pekali geseran menjadi faktor yang
mempengaruhi persamaan kehilangan tenaga. Tetapi untuk aliran napah, diperhatikan
bilangan tingkat yang lebih banyak mempengaruhi kehilangan tenaga dan bukannya
geseran.
30
Rajah 2.14 Aliran saluran bertingkat berkolam.
Rajah 2.15 Rekabentuk saluran bertingkat berkolam.
31
Rajah 2.16 Kecenderungan saluran bertingkat berkolam.
Rajah 2.17 Had antara aliran napah dan aliran menyiring di atas saluran
bertingkat berkolam dengan lompatan hidraulik atau tanpa lompatan hidraulik.
32
Aliran menyiring
Aliran napah
Kolam bertingkat
2.5 Kajian-kajian lain berkaitan dengan saluran bertingkat.
Daripada penulis M. R. Chamani dan N. Rajaratnam, Fellow, ASCE berjudul ciri-
ciri aliran pada saluran bertingkat, menerangkan hasil kajian mereka berkenaan model
bertingkat sebanyak 30 tingkat yang dimulakan oleh Essery dan Horner (1978) telah
membuktikan kehadiran aliran menyiring berlaku apabila nisbah y
c
/h ~ 0.8.
Hasil kajian M. R. Chamani dan N. Rajaratnam membuktikan bahawa untuk
kejadian aliran berudara penuh terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian bawah dan
atas aliran. Didapati kehilangan relatif tenaga di dalam saluran bertingkat adalah di
dalam julat 48-63% dengan mengambil kira pengaruh proses kejadian pengudaraan
aliran menyiring. Fenemena sebenar di tapak dipastikan mengalami proses
penrcampuran udara secara semulajadi yang lebih besar nilainya berbanding ujikaji .
Adalah dibuktikan, di mana 90% daripada pemecahan semulajadi aliran adalah dikira
sebagai sebagai kedalaman sebenar aliran itu di dalam aliran saluran bertingkat.
Terdapat pelbagai kajian yang mengaitkan faktor jenis jatuhan aliran samada napah
atau aliran menyiring. Ini seterusnya membawa kajian ke peringkat baru iaitu
penggunaan nisbah yc/h yang telah dikaji oleh pelbagai pengkaji literatur yang telah
digabungkan di dalam diskusi pengarang M. R. Chamani dan N. Rajaratnam mengenai
perhubungan antara penilaian analisis teoritikal berbanding pengamatan experimen
sebenar dapat digambarkan seperti rajah 2.16.
Pembahagian ciri-ciri aliran boleh dibahagikan kepada dua daerah penting iaitu
daerah atas dan daerah bawah. Untuk daerah aliran bawah, profil halaju boleh
digambarkan oleh persamaan Karman-Prandtl untuk aliran pusaran lampau dengan
menggunakan nilai kekasaran dasar di dalam persamaan. Untuk daerah aliran atas,
halaju aliran berkurang dengan peningkatan kedalaman aliran dari dasar saluran.
33
Rajah 2.18 Perbandingan nilai experimental dan teoritikal untuk aliran menyiring
untuk saluran bertingkat.
Mengikut pengarang litratur dan diskusi I. Ohtsu, Y. Yasuda, and M Takahashi,
telah mengetengahkan teoritikal analisis berkenaan lompatan semerta di hujung saluran
bertingkat untuk mengkaji keadaan dalam keseimbangan serta tenaga baki di hujung
saluran. Berikutan nilai kedalaman subkritikal lompatan hidraulik yang terbentuk ini
boleh digambarkan dengan persamaan berikut mengikut anggaran dimensional:

,
_

tan , ,
2
c c
dam
c
h
H
h
H
f
h
y
(2.27)
Dengan,
H
c
= ukurdalam kritikal
H
dam
= ketinggian empangan saluran hulu.
H = Ketinggian tingkat
= cerun saluran
34
Mengikut experimen, takrifan lompatan hiraul di hilir saluran ini berlaku apabila
lengkungan aliran terbentuk ketika aliran berhalaju tinggi menyebabkan tekanan di hilir
hujung saluran bertingkat adalah pada tahap maksimum. Di bawah keadaan
keseimbangan, halaju separa-seragam aliran dapat diterangkan sebagai,
sin
8
d
f
g
V
(2.28)
Dimana d = ukurdalam terkritikal diatas lekukan hilir hujung saluran bagi aliran separa-
seragam dan f adalah faktor geseran yang didefinisikan sebagai,
2
2
sin . 8
2
1
4
V
gd
V
f
o


(2.29)
Dengan menggunakan persamaan (2.3), nilai terkritikal Froude Number untuk aliran
separa-seragam juga boleh ditulis sebagai,

tan
8
cos . f gd
V
F
(2.30)
Setelah ujikaji dijalankan, telah dibuktikan bahawa faktor geseran adalah hampir malar
di dalam julat dari 0.6<H/hc<1.25 untuk = 55
o
(Yasuda dan Ohtsu 1999). Oleh itu,
const
h
y
c

2
dengan
( ) [ ]
c
h const y
2
(2.31)
Kesimpulannya kedudukan lompatan hilir saluran didapati terletak pada tingkat terakhir
saluran bertingkat.
35
Rajah 2.19 Definisi posisi lompatan hidraulik di hujung saluran bertingkat.
Rajah 2.20 Hubungan relatif ukurdalam hilir saluran fenomena lompatan
hidraulik
36

Anda mungkin juga menyukai