Anda di halaman 1dari 1

KEMAHIRAN PROSES SAINS

Pemerhatian : Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang sesuatu

Mengelaskan : Mengasingkan dan mengumpulkan sesuatu kepada kumpulan berdasarkan kriteria berdasarkan ciri atau sifat sepunya

Meramal : Membuat jangkaan tentang sesuatu berdasarkan pemerhatian, pengalaman atau data yang boleh dipercayai

Membuat inferens : Membuat kesimpulan awal yang munasabah, mungkin benar atau tidak benar, bagi menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian

Mengukur dan menggunakan nombor : Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor, alat berunit piawai atau alat sebagai unit rujukan

Berkomunikasi : Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, rajah dan model.

Menggunakan perhubungan ruang dan masa : Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isi padu, berat dan jisim sesuatu objek dengan masa

Mentafsirkan data : Penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan

Membuat hipotesis : Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara.

Mengawal pembolehubah : Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan.

Mendefinisikan secara operasi : Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan