Anda di halaman 1dari 1

Buah Naga Buah Istimewa

Nama lain bagi buah naga ialah buah Pitaya. Buah eksotik ini berasal dari Mesir. Pada kurun ke-18, buah ini dibawa ke Amerika Selatan dan telah dikomersialkan. Kini buah naga sangat popular dan digemari oleh masyarakat tempatan. Terdapat tiga jenis buah naga. Setiap jenis buah ini berbeza dari segi warna dan isi kulitnya. Terdapat buah naga yang berisi merah dan berkulit merah jambu, berisi putih dan berkulit merah jambu, serta isi berwarna putih dan berkulit kuning. Buah ini sangat unik kerana bunga buah naga ini akan berkembang pada waktu malam dan mula menguncup pada sebelah paginya. Buahnya pula boleh mencapai berat antara 150 gram hingga 500 gram. Pokok buah naga ini serumpun dengan kaktus. Oleh sebab itu, tumbuhan ini tidak memerlukan air yang banyak untuk hidup. Pokok ini akan hidup subur di kawasan tanah berpasir. Selain itu, pokok ini ditanam secara organik, iaitu tanpa menggunakan sebarang baja kimia atau racun serangga. Buah naga kaya dengan vitamin C dan beta kerotin. Buah ini bukan sahaja sedap dimakan mentah, malah dapat dijadikan jem, jus atau sirap. Buah naga kaya dengan pelbagai khasiat terutamanya dalam membantu sistem penghadaman, mencegah kanser usus besar dan penyakit diabetes serta merendahkan tekanan darah tinggi. Selain itu, buah naga dapat mengurangkan kolestrol dan melegakan batuk.

Anda mungkin juga menyukai