Anda di halaman 1dari 3

Merokok adalah satu tabiat yang bukan hanya tidak sihat, malah merbahaya dan boleh mendatangkan pelbagai

jenis penyakit yangkritikal. Terdapat banyak tips untuk berhenti merokok tetapi majoritinya terdiri dari senarai perkara yang kita harus buat atau sebaliknya yang agak sukar untuk diamalkan. Merokok sebenarnya adalah satu tabiat dan ia mengambil masa untuk diubah. Untuk menghentikan tabiat yang tidak sihat ini, ianya mestilah mempunyai ciri-ciri yang mudah untuk diterapkan dalam kehidupan seharian supaya tidak terasa seperti bebanan yang terlalu berat untuk dilaksanakan. Berikut adalah tips mudah untuk mereka yang ingin berhenti merokok. Anda boleh cuba semua atau pilih salah satu, tapi ingat ia tentu tidak berjaya tanpa niat yang ikhlas. (Gambar oleh visualpanic) 1. Selalu Berpuasa. Amalan berpuasa dari pandangan islam ialah untuk mengawal nafsudari melakukan maksiat. Apabila berpuasa, kita tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk merokok pada waktu malam, jika kita selalu berpuasa, kita tidak hanya dapat menghentikan tabiat merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah. Amalan ini boleh juga diamalkan oleh mereka yangbukan beragama Islam. 2. Berikan hadiah kepada diri sendiri. Tetapkan satu habuan yang harus diberikan pada diri sendiri sekiranya tidak merokok untuk jangka waktu tertentu. Gunakan duityang sepatutnya digunakan untuk membeli rokok itu untuk membeli habuan yang positif untuk diri anda sendiri. Ataupun sedekahkan sahaja duit tersebut. Tentu lumayan pahala yang bakal diperolehi nanti. 3. Luangkan masa terluang bersama anak & orang tersayang. Seperti juga ibu bapa kita, tentu kita tidak mahu anak-anak kita merokok bila mereka dewasa kelak. Untuk mencapai matlamat ini kita haruslah menjadi contoh yang positif kepada mereka. Selalunya ibu bapa secara otomatik tidak akan merokok di hadapan anak mereka, terutama anak kecil. Tabiat meluangkan masa terluang dengan anakanak ini secara tidak langsung dapat mengurangkan malah menghentikan tabiat merokok disambil mengeratkan hubungan kekeluargaan. 4. Aktif bersukan. Individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan

menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan motivasi diri. 5. Sibukkan diri dengan kerja amal dan sukarela. Kita selalu lupa dan tidak bersyukur betapa bertuahnya kita mempunyai kesihatan yang baik. Kita seharusnya mengambil iktibardari mereka yang dijadikan tidak sempurna atau berpenyakit yangmerbahaya. Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri kita.

Di antara kesan sampingan merokok termasuklah :1. 2. Deria hidung kurang sensitif. Gigi mudah rosak manakala gusi mudah bengkak. Keadaan ini lambat laun boleh menyebabkan tisu tulang penyokong gigi termusnah dan akhirnya terpaksa dicabut. 3. Kemujaraban atau keberkesanan sesuatu ubat yang digunakan untuk merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang itu kerap merokok. 4. 5. Keupayaan fizikal dan mental terganggu. Jari dan gigi sering terstain warna coklat. Keadaan ini disebabkan oleh kesan tar dalam rokok yang boleh menyebabkan seseorang hilang keupayaan menghidu dan nafasnya berbau. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut. Emfisima, asma dan penyakit sistem pernafasan lain. Penyakit jantung. Kanser larinks dan esofogus. Kanser paru-paru. Kanser pankreas.

Zat apa saja yang terdapat dalam sebatang rokok? Nikotin merupakan zat utama yang terdapat pada rokok. Namun, lebih dari 700 jenis bahan kimia tambahan kemungkinan digunakan oleh perusahaan rokok untuk menambah kenikmatan merokok. Beberapa bahan bahkan begitu beracun sehingga beberapa pabrik rokok besar biasanya akan memiliki standar yang tinggi untuk membuang bahan-bahan beracun yang sangat berbahaya tersebut.
Selain itu, asap rokok mengandung 4.000 zat kimia, termasuk arsenik, aseton, butan, karbon monoksida, dan sianida. Asap rokok yang dihirup oleh perokok maupun perokok pasif akan menganduk 43 zat yang diketahui menyebabkan kanker. Itu sebabnya bagi perokok pasif bisa mendapat dampak negatif yang lebih mengerikan jika asap rokok dihirup mereka.