Anda di halaman 1dari 19

Oleh: Rahim Bin Nanang Siti Zulaiha Binti Kasby

Konservasi merupakan perkataan yang berasal daripada conservation yang terdiri daripada kata con (together) dan servare (keep/save) yang membawa maksud usaha memelihara apa yang kita miliki (keep/save what you have), namun secara bijaksana (wise use).
Idea ini dikemukakan oleh Theodore Roosevelt (1902) yang merupakan orang Amerika pertama yang mengemukakan tentang konsep konservasi.

Kamus Dewan Konservasi didefinisikan sebagai menjaga, memelihara sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan American Dictionary Konservasi adalah menggunakan sumber daya alam untuk memenuhi keperluan manusia dalam jumlah yang besar untuk jangka masa yang lama Randall (1982) Konservasi adalah peruntukan sumber daya alam antara waktu terbaik atau optimum

International Union For Conservation Nature And Natural Resources (1968) Konservasi merupakan pengurusan udara, air, tanah dan mineral ke organisma hidup termasuk manusia sehingga dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia The Wildlife Conservation Society (1980) Konservasi adalah pengurusan penggunaan kawasan bumi dimana wujudnya hidupan sehingga dapat memberikan atau memenuhi keuntungan yang besar dan dapat diperbaharui untuk generasi yang akan datang

Pendidikan konservasi berkaitan dengan cara memelihara dan menguruskan alam sekitar dengan bijak

1. Kesedaran Membentuk kesedaran kepada individu dan masyarakat terhadap alam semula jadi. 2. Pengetahuan Memberi pengetahuan asas tentang kepentingan serta masalah dan krisis alam semula jadi 3. Sikap Melahirkan individu yang mempunyai sikap sayangkan alam semula jadi serta bertindak dengan proaktif untuk memelihara alam semula jadi

4. Kemahiran Melahirkan masyarakat yang mempunyai kemahiran untuk memelihara alam semula jadi. Kemahiran perlu dalam menyelesaikan masalah alam sekitar 5. Kebolehan menilai

Membantu individu dan masyarakat supaya dapat menilai dan mengambil kira faktor sekitaran dalam semua tindakan
6. Bekerjasama

Melahirakan masyarakat yang sentiasa bekerjasama dan bertanggungjawab dalam menghadapi isu dan krisis yang berkaitan alam sekitar

Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan menjadi kotor dan beracun. Manusia yang menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yang membawa mudarat kepada kita. Oleh itu, kebersihan sungai perlu dijaga agar sumber air yang diperoleh selamat digunakan.

Aktiviti pembalakan yang berleluasa akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Sekiranya aktiviti ini tidak dapat dikawal, jumlah tumbuhan hijau akan berkurangan dan akan menyebabkan cuaca semakin panas dan tidak stabil. Oleh itu, beberapa usaha telah dilakukan seperti membanteras pembalakan secara haram dan membuat hutan simpan di tempat-tempat tertentu untuk memastikan flora dan fauna terjaga dengan rapi

Perkembangan teknologi masa kini dan peningkatan aktiviti manusia telah menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar. Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan penurunan taraf kesihatan dan keselamatan penduduk, penipisan lapisan ozon, penghapusan hidupan akuatik serta kepupusan flora dan fauna

Hasnul Faizal Hushin Amri (2009). Pendidikan Luar Open University Malaysia Pelancongan dan Rekreasi

http://palafne.blogspot.com/2008/09/sejarah-pengertian-dan-definisi.html http://studentipg.blogspot.com/2011/03/konservasi-alam.html

http://www.scribd.com/doc/50869116/esemen-pj
http://www.scribd.com/doc/26994294/pendidikan-konservasi

Anda mungkin juga menyukai