Anda di halaman 1dari 8

Artikel 1 http://w1.hmetro.com.

my/articles/Binakerjayacemerlang/Article

Bina kerjaya cemerlang

TENTU sukar bagi pelajar memperoleh pengetahuan berbentuk latihan praktikal atau terdedah dengan persekitaran pekerjaan sebenar jika tiada pengalaman. Malah peluang itu cukup berharga dan harus direbut sebelum melangkah alam pekerjaan untuk membina kerjaya cemerlang dalam industri. Di sini disediakan 10 panduan berguna bagi membantu anda memperoleh yang terbaik demi masa depan.

1. BERPEGANG PADA MATLAMAT Sebelum memulakan latihan amali, luangkan masa bagi menyenarai matlamat yang ingin dicapai bagi memahami lebih mendalam kursus yang anda ikuti, mempelajari kemahiran atau rangkaian baru. Menerusi cara ini anda pasti berusaha dan merasai satu pengalaman berbeza jika tahu apa yang ingin dicapai dari awal.

2. POSITIF

Banyak syarikat beranggapan pelatih yang menjalani praktikal sepatutnya diberikan tugasan mudah di peringkat awal kemasukan kerja. Ini termasuklah membuat salinan kertas cadangan, membawa peralatan untuk majlis yang bakal diadakan atau membantu menyusun atur sekitar majlis. Tanamkan nilai positif, tidak kira apa jua jenis

tugasan diberikan, anggap ia satu pengalaman baru wajar dipelajari sekalipun sekadar melihat dan mendengar apa yang berlaku sekitar anda. 3. ELAKKAN BERSIKAP NEGATIF

Jauhi dari bersikap negatif. Jangan suka mengadu atau merungut, tidak menghormati, mengumpat atau berkelakuan tidak profesional. Anda sukar berjaya dalam hidup apabila bos anda beranggapan yang anda adalah seorang yang sombong, tidak suka membantu dan sering menyusahkan.

4. RAJIN BERTANYA

Tiada siapa tahu mengenai semua perkara terutamanya berkaitan pekerjaan yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Jika anda tidak pasti, tiada salahnya berta-nya. Pihak atasan lebih suka anda bertanya dan mendapatkan kepastian terlebih dulu seperti langkah pe-nyelesaian sesuatu tugasan diberikan berbanding melihat anda membuat kesilapan. Atau mungkin lebih ketara, berterus terang bahawa anda tidak mampu melakukannya.

5. AMBIL INISIATIF

Orang yang bersemangat amat diperlukan. Berfikir di luar kebiasaan dan jadilah penyelesai masalah apabila didatangi cabaran dalam pekerjaan. Jika anda tidak pasti sama ada anda melangkaui sempadan atau tidak, bawa berbincang dengan penyelia.

6. DAPATKAN PENDEDAHAN

Beberapa tugasan dari jabatan berlainan ada kalanya perlu disudahkan. Jangan menolak kerja dan sering mengadu anda dibebani atau menjalani latihan amali yang teruk. Tawarkan diri memikul tugasan baru, berinteraksi dengan mereka yang datang dari jabatan berlainan dan ambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti syarikat.

7. PELAJARI DARI SETIAP PENGALAMAN YANG ANDA PEROLEH

Rebut peluang untuk menghadiri setiap mesyuarat, seminar, persidangan dan sebarang majlis yang diadakan syarikat. Ambil bahagian dalam sebarang sesi latihan dan menyemak bahan yang dicetak syarikat bagi meningkatkan pengetahuan anda.

8. BINA RANGKAIAN

Lampiran mengenai latihan praktikal yang anda ikuti antara cara terbaik untuk membina rangkaian bagi mendapatkan pekerjaan sebaik saja konvokesyen. Tingkatkan rasa kagum penyelia, pengurus atau bos anda sudah memadai buat anda dan selepas itu tidak mustahil pekerjaan menanti. Sekalipun tidak didatangi sebarang tawaran daripada syarikat berkenaan, mereka bakal memberi anda beberapa panduan berkesan supaya mudah memperoleh pekerjaan dalam industri berkaitan.

9. REKOD PENCAPAIAN

Kolej kebiasaannya memerlukan anda mengemukakan laporan amali. Jangan tunggu

hingga penghujung latihan amali untuk berbuat demikian. Buat senarai aktiviti dan pencapaian setiap hari atau setiap minggu. Adakah sepanjang latihan amali anda membantu menyusun risalah, menyelaras majlis, melakukan kaji selidik terhadap tahap kepuasan pelanggan? Anda perlu menyenaraikan kesemuanya kerana ia bakal dimasukkan di dalam ringkasan biodata nanti.

10. NIKMATI KESERONOKANNYA

Latihan praktikal adalah pe-ngalaman pembelajaran yang menarik. Ia juga masa untuk anda menambah kenalan, memperluaskan lagi rangkaian baru dan berseronok. Cuba berfikiran terbuka dan bersemangat mengenai idea atau cara baru melakukan pelbagai perkara yang bermanfaat buat anda.

Sangkaan yang tidak realistik dan kurangnya persediaan menempuh alam pekerjaan adalah dua penghalang terbesar yang dihadapi graduan baru apabila men-cari kerja. Fahami apakah yang diperlukan sebelum terjun di dalam kerjaya pilihan kerana dengan cara itu akan mendapat ganjaran daripada usaha anda dalam masa terdekat.

Ketahui personaliti anda bagi kesesuaian kursus dan menangi iPad2 yang ditawarkan. Ia sah hingga 30 Mac 2012.

Sementara pendaftaran awal bagi sesi kemasukan Januari 2012 bakal menerima biasiswa berjumlah RM1000 selain peluang tambahan memenangi iPad2. Untuk maklumat lanjut SMS : KLMU MADU NAMA hantar ke 36600. Artikel ini disiarkan pada : 2011/12/18

Artikel 2
http://sekalibicara.blogspot.com/2012/06/5-langkah-menentukan-hala-tujuselepas.html

5 langkah menentukan hala tuju selepas SPM

"Sebenarnya adalah sangat penting bagi pelajar-pelajar sama ada yang sedang berada di tingkatan empat apatah lagi di tingkatan lima untuk menentukan hala tuju mereka selepas SPM sebelum mereka menduduki peperiksaan itu." Oleh Mohd Fuad Razali

PADA 29 Mac 2012 yang lalu, lapan hari selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 diumumkan, saya dijemput oleh pentadbir Sekolah Menengah Vokasional Alor Setar (SMVAS) untuk menyampaikan anugerah kepada 75 orang pelajarnya yang mendapat keputusan 4A dan ke atas dalam peperiksaan itu. Saya dijemput atas

kedudukan saya sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan.

Selain guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar yang menerima anugerah, pelajar-pelajar tingkatan lima SMVAS turut menghadiri majlis berkenaan.

Dalam ucapan pada majlis itu, saya menyatakan harapan bahawa pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini akan mencontohi kesungguhan dan kegigihan yang ditunjukkan oleh senior mereka. Apatah lagi daripada 75 pelajar yang diraikan itu, tiga orang berjaya mendapat keputusan 8A manakala tujuh orang lagi mendapat 7A. Bagi saya itu adalah pencapaian yang sangat baik!

Berikutan kehadiran pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada akhir tahun, maka saya mengambil kesempatan itu untuk memberikan pesanan kepada mereka supaya melakukan satu perkara yang sangat penting ketika ini iaitu menentu atau menetapkan ke manakah hala tuju mereka selepas menduduki SPM nanti.

Sebenarnya adalah sangat penting bagi pelajar-pelajar sama ada yang sedang berada di tingkatan empat apatah lagi di tingkatan lima untuk menentukan hala tuju mereka selepas SPM sebelum mereka menduduki peperiksaan itu.

Hala tuju yang dimaksudkan ialah arah yang hendak dituju oleh pelajar-pelajar dengan berbekalkan keputusan SPM yang akan diperoleh nanti. Perkara itu penting kerana ia membabitkan masa depan pelajar-pelajar sendiri iaitu apa yang hendak mereka capai dalam kehidupan mereka pada masa akan datang.

Dalam menentukan hala tuju selepas SPM, ada lima langkah perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar, iaitu: Pertama, menentukan impian dan cita-cita. Cara paling mudah adalah pelajar bertanya pada diri sendiri: Apakah pekerjaan yang ingin dilakukan lima atau 10 tahun akan

datang? Adakah pelajar bercita-cita hendak menjadi doktor, jurutera, atau peguam? Pengaturcara komputer? Usahawan? Kontraktor? Juruterbang?

Jika pada saat ini, pelajar-pelajar masih belum mempunyai sebarang impian dan citacita, maka eloklah mula menerokanya sekarang. Lihat pada diri sendiri, apakah minat, bakat dan kecenderungan yang ada. Pelajar juga boleh mendapatkan pandangan daripada ibu bapa, abang atau kakak, saudara-mara, guru, kaunselor. Sekarang ada banyak maklumat yang boleh dicapai menerusi internet. Kata orang, maklumat sekarang berada di hujung jari. Hanya dengan sekali klik, pelbagai maklumat diperolehi. Pelajar juga boleh mendapatkan buku-buku mengenai pelbagai jenis kerjaya di pasaran.

Kedua, cari dan dapatkan maklumat mengenai cara untuk mencapai cita-cita itu. Contohnya, jika hendak menjadi jurutera, mesti mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan. Maknanya, apakah kelayakan yang perlu ada untuk mencapai cita-cita atau kerjaya idaman kita.

Sesetengah kerjaya memang memerlukan kelayakan khusus dalam bidang tertentu. Tidak dapat tidak, anda mesti memiliki ijazah atau sijil dalam bidang berkenaan untuk menceburi kerjaya itu. Misalnya, untuk menjadi doktor, perlu memiliki ijazah dalam bidang perubatan. Untuk menjadi peguam, perlu memiliki ijazah dalam bidang undangundang. Untuk menjadi akauntan, perlu mempunyai ijazah dalam bidang perakaunan. Ketiga, cari dan dapatkan maklumat bagaimana hendak memiliki kelayakan yang diperlukan itu. Misalnya, untuk mendapat ijazah dalam bidang kejuruteraan, pelajar perlu belajar di universiti yang menawarkan kursus kejuruteraan. Jadi, cari maklumat kursus apa yang perlu diikuti untuk mendapatkan kelayakan dalam bidang itu serta di manakah kursus itu ditawarkan.

Keempat, cari dan dapatkan maklumat mengenai syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk masuk mengikuti pengajian atau kursus itu. Setiap kursus ada syarat-syarat minimum yang ditetapkan untuk pelajar memohon. Biasanya untuk mengikuti kursus

peringkat ijazah memerlukan kelulusan STPM, matrikulasi/asasi atau diploma.

Jika pelajar memilih untuk mengikuti program matrikulasi selepas mendapat keputusan SPM, maka pelajar perlu tahu apakah syarat yang diperlukan untuk memasuki kursus matrikulasi.

Kelima, menetapkan sasaran keputusan yang sepatutnya dicapai untuk membolehkan pelajar mencapai impian dan cita-cita mereka. Jika diteliti, syarat yang ditetapkan oleh pihak universiti ialah syarat kelayakan minimum untuk memohon. Bermaksud, itulah sekurang-kurangnya keputusan yang perlu diperoleh pelajar untuk melayakkan mereka memohon kursus yang ditetapkan.

Bagaimanapun, pelajar perlu ingat bahawa pelajar sebenarnya perlu bersaing dengan ramai pemohon lain. Dan kemungkinan ada pemohon yang mendapat keputusan yang lebih baik dan lebih tinggi. Oleh itu, sebaik-baiknya tetapkanlah sasaran untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam SPM nanti.

Ambil sekeping kertas. Tuliskan dengan besar apakah keputusan peperiksaan yang ingin dicapai bagi setiap subjek dalam peperiksaan SPM kelak. Tampal kertas itu di dinding atau di meja belajar atau di mana saja yang memudahkan pelajar melihat setiap hari.