Aspek kebersihan sememangnya perlu dititikberatkan dan diberi perhatian yang penting bagi menjamin kehidupan yang selesa dan selamat.Walaubagaimanapun, faktor-faktor luar kawalan seperti bencana banjir sering kali mengubah strategi dan penstrukturan hidup seharian. Banjir yang melanda seringkali membawa beberapa kesan yang negatif seperti masalah jangkitan penyakit kulit kudis buta atau Scabies. Berpandukan Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1, modul 1, Kesihatan
Fizikal, standard kandungan kesihatan diri dan reproduktif serta standard pembelajaran 1.1.4 dan 1.1.5 adalah dirujuk . Aspek kebersihan fizikal kanak-kanak kurang diberi perhatian oleh keluarga terutamanya cara menjaga kebersihan anggota badan seperti kepala, badan, kaki, tangan dan organ gental dengan cara yang betul dan selamat. Perkara ini dapat di lihat berdasarkan gambarajah 1, terdapat jangkitan pada tangan murid ini dipercayai telah dijangkiti penyakit kudis buta atau scabies
Gambarajah 1
Kesan daripada jangkitan bukan sahaja kepada fizikal kanak-kanak tersebut, malah ia juga akan mengganggu pembelajaran mereka kerana tidak hadir ke sekolah. Selain daripada itu, pelajar ini merasa tersisih semasa belajar mahupun semasa bersosial kerana rakan-rakan mereka akan menjauhi daripada menghampiri kerana khuatir dijangkiti penyakit kudis buta. Reaksi menjauhkan diri daripada rakan yang mempunyai penyakit adalah kesedaran ibu bapa tentang bahaya yang mungkin timbul sekiranya dihinggapi penyakit
hipotesis digunakan adalah sebagai panduan untuk menjalankan penyelidikan dan menerangkan kaedah untuk melaksanakan sesuatu kajian. Hipotesis memberi jangkaan penyelidik mengenai hubungan antara pembolehubahpembolehubah seperti yang
i.
1.1.4 Menjaga kebersihan diri iaitu kepala, badan, tangan, kaki dan organ genital dengan cara mandi yang betul.
ii.
1.1.5
Menjaga kebersihan tangan dan kaki iaitu cara serta masa mencuci dengan betul.
murid seharusnya tahu dan faham serta dapat mengaplikasikan kaedah-kaedah penjagaan kesihatan serta kesannya sekiranya aspek kebersihan diri diabaikan. Bimbingan, latihan, pemberian ganjaran, pengukuhan dan tunjuk ajar yang berterusan adalah penting bagi menjamin perubahan tingkah laku yang berkesan .
Oleh itu, ketika proses pengajaran dan pembelajaran, penetapan objektif pengajaran yang hendak dicapai oleh seharusnya menyumbang kepada kesedaran serta perubahan tingkah laku murid ke arah hidup yang lebih sihat dengan mengamalkan amalan kesihatan yang betul. 5.0 Tempat dan Masa Kajian
Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah rendah di daerah Segamat, Johor iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Paya, sebagai sampel. Para responden adalah terdiri daripada murid tahun 1 yang mempunyai tahap kebersihan diri yang berbeza mengikut latar belakang keluarga . Seramai 20 orang murid telah dijadikan responden dalam populasi kajian ini. Masa untuk membuat penyelidikan adalah pada waktu pengajaran pendidikan kesihatan, pada pukul 9.30 pagi bertarikh 5 Februari 2013.
6.0 Instrumen dan kaedah kajian instrumen kajian merupakan cara yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat seperti soal selidik. Instrumen kajian merupakan soal selidik yang di bina sendiri oleh penyelidik. Sebelum soal selidik digunakan dalam kajian ini, guru telah menerangkan tentang cara-cara pengisian maklumat yang diperlukan.. Instrumen yang digunakan adalah mengikut aras, pengetahuan dan pengalaman murid supaya dapatan yang diperolehi lebih tepat dan telus. Instrumen yang digunakan adalah dalam bentuk soal selidik , yang mana murid dikehendaki menandakan menjawab pada petak yang mereka fikirkan sesuai dengan jawapan mereka. Eviden yang dikemukan adalah berkisar kepada tajuk yang terdapat pada dokumen standard tahun 1 dan standard pembelajaran yang telah mereka pelajari. Ianya meliputi cara-cara penjagaan kebersihan diri serta perlatan yang digunakan meliputi anggota badan iaitu kepala, badan, tangan, dan kaki. Rajah 2, adalah instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Kaedah perlaksanaan, kajian ini dijalankan secara berkumpulan atau dalam erti kata dijalankan secara kelas. Murid secara individu menjawab soalan yang diberikan berdasarkan pengalaman serta pengetahuan sedia ada mereka. Sebelum instrumen ini dihasilkan, satu kajian rintis berkaitan peralatan untuk menjaga kebersihan telah dilaksanakan terlebih awal. Antara tujuannya ialah untuk mengelakkan murid terkeliru atau tidak faham tentang ilustrasi dan jenama barangan yang digunakan iaitu sabun atau cecair untuk mandian. 7.0 Data , Analisis dan Rumusan Kajian
Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini adalah melalui maklum balas daripada instrumen yang diedarkan kepada responden. Data ini merupakan sumber maklumat yang terpenting kerana ia diperlukan untuk menyokong tajuk kajian, mendapatkan fakta dan respon daripada murid . Graf 1, adalah data dalam bentuk graf yang telah diperolehi melalui kajian yang telah dijalankan. Berdasarkan graf tersebut , jumlah murid yang menggunakan bahan pencuci mandian yang tidak mempunyai antiseptik adalah lebih tinggi iaitu seramai 12 orang berbanding murid yang menggunakan pencuci yang mempunyai antiseptik iaitu seramai 8 orang sahaja.