PERISTIWA MENARIK ( NOVEL PAPA ) Berdasarkan novel PAPA… (akhirnya kau tewas jua!

) keistimewaan novel ini telah dimanifestasikan oleh Julia menerusi ketabahan hatinya menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Setelah Intan Maliana, ibu Julia meninggal dunia, Julia masih tekun belajar sehingga berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan seterusnya melanjutkan pelajarannya ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Novel ini turut memaparkan pengorbanan seorang isteri demi mengukuhkan kasih sayangnya terhadap suaminya. Sebagai seorang isteri yang taat, Intan Maliana sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali kedua meskipun sedar akan risiko yang bakal dihadapinya sekiranya Intan Maliana meneruskan kandungannya itu. Akhir sekali, Intan Maliana koma dan menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah tiga tahun.

http://novelpapa.blogspot.com/

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful