Anda di halaman 1dari 1

2) 3 peristiwa menarik: Bab 1-Sebaik sahaja sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia pergi

ke hutan untuk memulakan pekerjaan iaitu mencari rotan di dalam hutan. Adit turut bersamasama ayahnya mencari rotan di dalam hutan pada pagi itu. Sebelum itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya untuk mendapat ikan yang banyak. Kemudian, dia meletakkan belat tersebut kembali lalu mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk menemani ayahnya pergi ke hutan selepas sarapan pagi. Bab 5- Ah Tong berasa harian apabila melihat Adit tidak pergi ke sekolah biarpun sudah mendaftar, namun begitu setelah Pak Katan menjelaskan bahawa Adit tidak mendapat tempat untuk tinggal di asrama, maka Ah Tong memahaminya dan dia mempelawa Adit menumpang kenderaannya untuk ke sekolah. Adit begitu gembira kerana Ah Tong sudi menolongnya. Bab 9-Adit akhirnya sembuh, namun begitu kakinya telah tempang. Akan tetapi kecacatannya itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan persekolahan. 3) 3 peristiwa menarik yang mempunyai unsur: Setia kawan Apabila Adit terlibat dalam kemalangan pula, kakinya cedera dan menjadi tempang. Akan tetapi kecacatannya itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan persekolahan. Kesungguhan Adit ini telah mendapat perhatian daripada pihak sekolah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang memberikan bantuan dengan menawarkan tempat untuknya di asrama. Akeh masih berkawan baik dengan Adit walaupun Adit telah cacat daripada kemalangan dan Akeh berkongsi katilnya di asrama dengan Adit. Tekun menjalankan tugas Adit mula serasi dengan rutin hariannya mengejar masa untuk ke sekolah, Dia berusaha untuk meningkatkan prestasinya dalam pelajaran. Adit berpeluang untuk melompat kelas. Hal tersebut telah menggembirakan gurunya. Namun begitu, Adit sering keletihan, kesihatannya terganggu. Hal ini menyebabkan dia semakin kurus, namun, tidak dia pernah mengeluh. Menghadapi cabaran Adit dan ayahnya pergi ke hutan. Adit tidak menghiraukan keadaan pakaiannya yang sudah lusuh, lantaran menyedari kemiskinan hidupnya. Mereka mendamar dan mengutip hasil hutan untuk dijual dan hasil jualannya nanti hanya cukup untuk membeli makanan dan keperluan harian sahaja, tetapi tidak cukup untuk membeli pakaian baru.

Anda mungkin juga menyukai