Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
NAMA: 1. RASYIDAH BINTI AHMAD FUAD (911107105740) 2. NURUL HUDA BINTI ABDUL WAHAB (910412-02-5072) 3. NAJWATUL HUSNA BINTI JOHAN (910922-01-5384) KUMPULAN :PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL
ISI KANDUNGAN
BIL 1.
MUKA SURAT
CATATAN
2.
2.0 Pengenalan
3.
3.0 Laporan 3.1 Laporan sebelum KOT 3.2 Laporan semasa KOT 3.3 Laporan selepas KOT
4.
4.0 Lampiran
1.0 PENGHARGAAN
Assalammualaikum dan Salam ukhwah. Kami pelajar dari PISMP Pendidikan Seni Visual semester 4 ambilan januari 2011. Terdiri daripada Rasyidah Binti Ahmad Fuad, Najwatul Husna Binti Johan dan Nurul Huda Binti Abdul Wahab. Alhamdulillah. Segala pujian kami panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dariNya dapat kami menyiapkan laporan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) ini. Oleh sebab itu, kami juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kami kepada pihak-pihak yang telah membantu kami. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Baseni Bin Jantra. Dengan berkat pertolongan dan segala tunjuk ajar dari beliau, kami dapat menyiapkan laporan ini dengan sempurna InsyaAllah. Terima kasih juga kepada pensyarah dari unit kokurikulum kerana mereka sudi meluangkan masa untuk memastikan kami dan rakan-rakan boleh melakukan tugasan ini tanpa sebarang masalah. Seterusnya, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan kami yang telah banyak membantu untuk melengkapkan tugasan ini. Tanpa mereka mungkin kami akan menghadapi banyak masalah dalam tugasan ini. Selain itu, terima kasih kerana mengambil berat dan tidak jemu-jemu memberi pendapat yang positif kepada kami. Akhir sekali, terima kasih buat keluarga tersayang kerana memahami dan tidak putus-putus menyokong serta mendoakan kami di sini. Semoga kalian sentiasa dilindungi Allah S.W.T. sekali lagi terima kasih untuk semua yang terlibat. Sesungguhnya hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian. Syukran.
2.0 PENGENALAN
Sukan bukanlah suatu perkara yang asing kepada para pelajar. Melalui sukan ini, para pelajar didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran bersukan, bidang ini bukan sahaja mampu menyumbang kepada tahap kesihatan yang baik, malahan mampu menjana pendapatan peribadi, melonjakkan nama ahli sukan dan juga nama Negara sekiranya dapat dipacu dengan cemerlang sekali. Selain itu, perancangan dan latihan yang rapi adalah sangat diperlukan. Perbincangan dan susun atur jadual program yang baik akan melancarkan lagi kejohanan ini. Seterusnya, kerjasama daripada semua pihak dan komitmen yang padu perlu ada untuk memperoleh kejayaan yang baik. Justeru, pihak guru pelatih perlu mengambil serius perihal pengurusan kejohanan sukan ini. Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke-11, 2013 merupakan kejohanan olahraga tahunan yang dijalankan saban tahun di padang IPGKBA. Tujuan Temasya olahraga ini dianjurkan adalah untuk menggilap kecemerlangan pelajar maktab ini khususnya dalam sukan olahraga. Selain itu, melalui temasya olahraga ini dapat memberi peluang kepada seluruh warga maktab perguruan IPGKBA terutamanya guru pelatih dalam mengurus, melaksanakan, melatih dan menilai kemampuan untuk menganjurkan kejohanan yang besar di peringkat sekolah nanti. Melalui temasya olahraga ini juga dapat menunjukkan kerjasama sepasukan yang amat tinggi untuk mengadakannya. Berkat kerjasama yang diberikan oleh para bakal guru, pensyarah, staf sokongan, dan pentadbiran maka temasya olahraga ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Setiap agenda yang ingin dijalankan memerlukan perancangan yang rapi. Jadi ini tidak terkecualilah untuk merancang projek Kejohanan Olahraga Tahunan ini. Pelbagai aktiviti kecil telah dijalankan untuk merancang organisasi yang akan bertanggungjawab mengendalikan KOT kali ini. Bagi pengurusan KOT ini akan dikendalikan oleh PISMP Ambilan Januari 2011.
Pada 18 Januari 2013, mesyuarat kecil telah diadakan diantara PISMP Pendidikan Seni Visual, PISMP Tesl dan PISMP Matematik. Di dalam mesyuarat berkenaan, kami telah membincangkanperlantikan ajk kecil mengikut kelas. Seterusnya, tugasan akan dibahagikan mengikut kumpulan kecil. Ketika ini kesemua wakil daripada setiap kelas akan menghadirkan diri untuk sesi perlantikan AJK tertinggi dalam organisasi.
Pada 21 Februari 2013, kesemua pelajar PISMP Ambilan Januari 2011 iaitu seramai 210 orang akan dibahagikan tugas mengikut kelas masing-masing. Dalam kumpulan ini, terdapat Sembilan kelas yang terdiri daripada kelas PSV, Kajian Sosial, Matematik dan tesl. Perbincangan dibuat secara terpirinci telah dijalankan semasa berada didalam kelas masing-masing. Hal ini bertujuan supaya setiap ahli kumpulan jelas dengan tugasan masing-masing.
Bermula pada tarikh berikut, latihan rumah sukan telah dijalankan. Latihan ini bagi memastikan setiap rumah sukan dapat mengutip mata untuk rumah sukan masing-masing. Selain itu, ia merupakan persediaan awal untuk sukantara. Semasa sukantara, AJK yang terlibat iaiti AJK daripada kelas PISMP Tesl dan PISMP Kajian Sosial telah menjalankan tugas dengan menyediakan padang serta menjadi hakim setiap acara.
Pada 23 Februari 2013, sekali lagi perbincangan kecil dijalankan antara ketua-ketua kumpulan. Perbincangan dijalankan bagi tujuan memilih baju yang
sesuai untuk pegawai semasa hari KOT berlangung. Baju yang ditetapkan menepati tema dan selesa dipakai ketka bertugas di padang.
Seterusnya, semasa 8 Mac 2013, mesyuarat kecil diadakan bagi tujuan penyerahan senarai nama penuh para pegawai yang akan bertugas pada hari sebelum dan semasa KOT. Senarai nama diserahkan kepada ketua Program KOT iaitu Hazim Syahmi. Senarai nama diperlukan bagi memaklumkan kepada ketua program tentang AJK kecil supaya mudah memberi arahan. Bagi kelas PISMP PSV, AJK yang terlibat adalah terdiri daridapa AJK hiasan khemah VIP, AJK makanan, AJK sambutan VIP, AJK dokumentasi, AJK buku program, AJK teka kacang, AJK peralatan.
Pada 10 Mac 2013, AJK protokol iaitu dari kelas PISMP Matematik membuat perbincangan mengenai gimik yang akan dibuat semasa perasmian KOT. Setelah perbincangan selesai, kata sepakat telah dicapai dengan memilih kain rentang yang bergantung sebagai gimik perasmian. Hal ini telah dipersetujui oleh ketua program dan mendapat kerjasama untuk menjayakannya.
Keesokkan harinya, AJK yang terlibat di bahagian khemah VIP membuat perbincangan tentang tema dan susunan tentatif. Bagi AJK khemah mereka perlu menyediakan kain bagi menghias khemah. Perbelanjaan yang mereka perolehi adalah daripada bendahari dan tajaan dari beberapa penaja. Selain itu, pada hari yang sama juga, pembaca doa perlu berjumpa dengan pensyarah untuk memastikan doa yang dibaca bersesuaian dengan majlis. Bagi AJK buku program, perlu mengemas kini tentatif dengan teliti serta berjumpa dengan pensyarah sebelum dicetak.
Pada 12 Mac 2013, raptai penuh dijalankan. Disebabkan cuaca hujan, raptai dijalankan sehingga lewat petang untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar pada hari KOT berlangsung keesokkannya. Bagi hiasan khemah, kerjasama yang baik dapat dilihat dengan dapat menyiapkan khemah dengan cepat. Selain itu, pinjaman peralatan seperti kerusi VIP, meja dan PA sistem dibuat pada hari yang sama. Segala susunan pergerakkan untuk hari KOT berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang serius
3.3 Laporan Selepas KOT Lebih kurang pada pukul 1 petang, kejohanan olahraga tahunan IPGKBA berjaya ditamatkan. Jumlah mata keseluruhan telah diketahui dan siapa yang berjaya dan tidak berjaya menjadi juara juga sudah diumumkan. Pada kali ini olahragawan masih diungguli oleh saudara Zulfikar dan olahragawati pula dimenangi oleh saudari Amalina Roslan. Keseluruhan ahli rumah juga sangat berpuas hati kerana kesemua rumah berjaya memperoleh hadiah hasil daripada usaha keras yang dilaksanakan. Semua ahli rumah dan pensyarah saling berganding bahu dengan erat bagai aur dengan tebing bagi memantapkan kejohanan olahraga ini. Menang kalah adat permainan dan tahun depan boleh lebih meningkatkan lagi mutu dan kualiti rumah sukan, peserta dan atlet masing-masing. Hadiah-hadiah yang telah diberikan telah diperolehi hasil daripada
sumbangan-sumbangan dan kutipan daripada pelbagai pihak. Setelah tamat, semua ahli jawatankuasa dan pelajar dikehendaki membersihkan padang mengikut pembahagian tugas yang telah diagihkan mengikut kelas. Semua pelajar saling bekerjasama mengangkat barang-barang untuk disimpan kembali ke dalam stor. Padang juga perlu dibersihkan dan memastikan keadaan padang dan peralatan yang telah digunakan baik seperti sediakala. Selepas selesai semua aturcara ini, kami mendapat pelbagai pujian dan banyak kata-kata positif daripada pensyarah dan pihak yang terlibat hasil pengurusan yang telah kami lakukan. Banyak ilmu baru yang dapat kami perolehi tentang cara bagaimana untuk melangsungkan kejohanan olahraga tahunan di sekolah nanti. Pemilihan ahli jawatankuasa yang mantap sangat penting supaya setiap tugas dapat dilakukan sengan lancar. Kerjasama dan pembahagian tugas, serta bajet yang betul sangat berguna. Selain itu, kita juga perlu menanamkan sikap bertanggungjawab dan tidak berkira dalam mengeluarkan wang dan penggunaan masa. Seorang guru seharusnya bersikap professional dan fleksibel dalam apa jua keadaan. Tidak ketinggalan juga, kami dikehendaki membuat laporan hasil daripada pengalaman dan pengetahuan baharu yang telah kami perolehi berdasarkan hasil daripada pengurusan yang telah kami lakukan. Kejayaan kami juga merupakan markah yang akan kami perolehi daripada pensyarah pembimbing kami bagi subjek
kokorikulum ini. Pada pendapat kami, kejohanan olahraga pada kali ini sangat member manfaat yang besar kepada kami semua yang bakal menjadi pendidik untuk generasi akan datang. Kami dapat meyemai banyak nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidkan dan Rukun Negara. Guru yang baik juga harus bijak dan patuh mengikut arahan yang telah diberikan. Sebagai contoh, kami dikehendaki menjalankan tugas mengikut arahan yang telah diberikan daripada ketua-ketua setiap bahagian, hal ini bagi memastikan semua perkara dapat diuruskan dengan baik dan lebih sistematik. Kami berharap agar kesemua perkara yang telah kami pelajari ini menjadi salah satu panduan untuk kami nanti. Seawalnya, banyak perkara yang tidak kami ketahui dan setelah daripada hasil perbincangan melalui mesyuarat dan
ahlijawatankuasa, kami dapat mengtahui dengan lebih jelas bagaimana cara daripada awal sehingga akhir kejohanan harus dilakukan. Kami juga lebih bijak menguruskan peralatan dan masa walaupun banyak halangan yang menimpa seperti keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, kami perlu membuat alternatif lain supaya kejohanan olahraga tahunan ini tetap berlangsung dengan lancar dan baik. Kesimpulannya, kejohanan olahraga tahunan ini dapat meningkatkan minat serta bakat guru-guru dalam bidang kerja dapat diperkembangkan lagi. Selain itu, ia juga dapat membantu kita dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek antara guruguru pelatih. Melalui hasil pengurusan ini, guru-guru pelatih yang berdisiplin dan berkeyakinan diri dapat dilahirkan mengikut tahap dan kemampuan masing-masing dalam pelbagai bidang. Akhir kata, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Yang baik, dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.
LAMPIRAN