Anda di halaman 1dari 2

Penyampaian pelajaran secara amnya, dan penyampaian pelajaran Bahasa Melayu secara khususnya, memerlukan perancangan yang rapi

oleh perancangperancang kurikulum dan juga guru-guru sebagai pelakasana pengajaran berkesan. Sungguhpun perancangan pada peringkat kurikulum seperti Sukatan Pelajaran ada dijalankan tetapi perancangan pada peringkat pelaksanaannya selalu diabaikan. Apa yang dilakukan kebiasaannya adalah pengajaran yang dilakukan mengikut apa yang telah disediakan oleh buku-buku teks semata-mata tanpa pecahan minda yang bersifat kritikal.Adapun yang sepatutnya dilakukan oleh guru-guru adalah persediaan rapi dari pelbagai segi dalam menghasilkan suatu bentuk pengajaran yang menarik dan berkesan sama ada kepada kognitif murid mahu pun aspek afektifnya. Persediaan rapi yang dimaksudkan adalah perancangan pada peringkat pelaksanaan melibatkan penyediaan rancangan pelajaran. Terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan dalam perkara ini seperti objektif pengajaran, penyediaan aktiviti dan kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar yang digunakan serta akhir sekali adalah alat penilaian sebagai kayu pengukur keberkesanan objektif pengajaran. Setiap aspek tersebut perlu dititipkan dalam rancangan pengajaran harian (RPH) dengan sempurna. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan dan baik haruslah dijalankan menerusi aplikasi dan pedagogi yang berkesan. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah merupakan satau rancangan penting dan harus disediakan oleh guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti mana yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 yang menyebut bahawa setiap guru haruslah menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Hal ini bertujuan untuk membantu guru
Kerja Kursus Projek

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

memikirkan dengan jelas tentang matlamat dan objektif P&P, pemilihan isi pelajaran, kaedah dan teknik P&P, alat bantu mengajar serta persediaan penilaian. Dewasa kini, kita sering disuguhkan dengan berita-berita yang kurang menyenangkan daripada golongan penjaga terhadap corak pendidikan anak-anak mereka di sekolah. Ramai yang menganggap bahawa guru-guru di sekolah gagal membawa murid-murid ke alam yang lebih bermakna. Murid-murid gagal mengaplikasikan apa yang dipelajari di sekolah dan guru-guru pula dipersalahkan atas situasi itu. Maka, sudah tentu guru-guru sepatutnya menjadikan komentar seperti itu sebagai cabaran kepada diri masing-masing dalam mencipta kelainan sistem pendidikan di negara ini supaya mendapat penghormatan dan penghargaan daripada pihak di luar lingkungan medan pendidikan. Oleh itu, dalam tugasan ini penulis telah merancang sebuah sesi P&P dengan mendokumentasikan beberapa bahan seperti RPH, Bahan Bantu Mengajar (BBM), Item penilaian dan sebagainya. Aktiviti yang direncanakan adalah melibatkan kemahiran bahasa yang paling awal iaitu kemahiran lisan. Kemahiran lisan sangat sesuai menjadi bahan kajian disebabkan masalah sosial dan budaya masyarakat kini yang tidak semenggah. Selepas itu akan dihuraikan pula kerelevanan aspek-aspek penyediaan P&P terhadap aktiviti yang dirancang dalam RPH. Setiap huraian tersebut telah disokong dengan bukti-bukti rujukan pelbagai bahan sebagai panduan semua. Berdasarkan soalan tugasan, antara hasil pembelajaran khusus yang bakal diperoleh daripada tugasan ini ialah pelatih guru dapat menghuraikan tentang kemahiran-kemahiran bahasa yang merangkumi pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa. Selain itu, pelajar juga dapat menyediakan Rancangan Pengajaran Harian untuk mengajarkan kemahiran-kemahiran bahasa. Pelajar juga dapat membina menggunakan bahan bantu mengajar bagi kemahiran
Kerja Kursus Projek

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

bahasa tertentu selain membuat latihan penilaian kemahiran-kemahiran tersebut. Diharapkan tugasan ini dapat membantu banyak pihak khususnya guru pelatih dalam menyediakan sebuah perancangan harian yang sistematik dan penuh bermakna

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan aktiviti yang terpenting di dalam bilik darjah. Kejayaan dan kelemahan suatu proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada guru yang melaksanakannya. Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008:42), guru ialah teras kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh juga berlangsung secara tanpa guru. Sejajar dengan falsafah pendidikan negara yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani maka peranan yang sangat besar perlu dimainkan oleh seorang guru dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam falsafah pendidikan tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini dihasilkan bagi mengkaji sejauh mana kejayaan sebuah proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh seorang guru di dalam bilik darjah mampu untuk mencapai obejtif pengajarannya serta di mana letaknya unsur falsafah pendidikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung. Sebelum masuk kepada penerangan hasil kajian dengan lebih terperinci penulis membuat sedikit huraian ringkas tentang falsafah itu sendiri, falsafah pendidikan dan falsafah pendidikan kebangsaan. Dalam menjalankan kajian ini, penulis telah mengkaji rancangan pengajaran harian yang dilakukan oleh seorang guru bagi matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3. Tumpuan utama kajian adalah bagi mengupas unsur-unsur falsafah pendidikan yang diterjemahkan oleh guru terbabit dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tiga aspek utama dikaji iaitu dari segi penyampaian kandungan (rancangan pengajaran), pelaksanaan pengajaran dan juga penilaian pembelajaran. Selain itu, penulis juga turut memberikan beberapa cadangan tentang nilai-nilai murni, penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta strategi yang boleh dilakukan oleh guru matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi dalam menerapkan unsur-unsur falsafah pendidikan dari ketiga- tiga aspek iaitu penyampaian kandungan, pelaksanaan pengajaran dan penilaian pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai