Anda di halaman 1dari 69

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

TAJUK 1 PENGENALAN SENI ALAM MELAYU

1.1 Sinopsis Pengenalan Seni Alam Melayu menerangkan tentang seni tampak masyarakat di Alam Melayu khususnya di Malaysia. Seni tampak yang dimulai dengan lukisan-lukisan gua di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Seterusnya tentang artifak-artifak peninggalan zaman prasejarah. Seni kaum peribumi seperti kaum Jah Hut, Mah meri dan tenunan pua kumbu oleh kaum Iban juga dibincang untuk lebih mengenali seni Alam Melayu. Simbol-simbol yang

digunakan pada karya seni mereka dan maknanya dikaji untuk mentafsirkan mesej yang ingin disampaikan.

1.2 Hasil Pembelajaran: 1) Menganalisis bentuk dan makna hasil lukisan gua, artifak dan Seni Pribumi.

1.3 Kerangka Tajuk-tajuk

Pengenalan Seni Alam Melayu

Lukisan Gua

Artifak

Seni Pribumi

Kaum Jah-hut

Kaum Mah meri

Pua Kumbu

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 1.4 Pengenalan Seni di Alam Melayu telah lama wujud. Kewujudannya dibuktikan dengan penemuan-penemuan pelbagai artifak sejarah khususnya artifak seni di beberapa tapak arkeologi di seluruh negara. Artifak-artifak sejarah meliputi hasil seni seperti artifak peninggalan Zaman Logam.

Selain artifak-artifak, lukisan-lukisan di gua juga merupakan manisfestasi manusia terhadap kehidupan mereka dan membuktikan bahawa manusia di zaman dahulu telah mempunyai cara untuk mengekspresi perasaan mereka seperti lukisanlukisan gua yang terdapat di Bukit Tambun, Perak, Gua Balambangan, Sabah dan Gua Niah, Sarawak.

Lakaran pada dinding-dinding gua menunjukkan hubungkait yang sangat rapat antara kehidupan dan alam sekitar. Lakaran-lakaran yang dihasilkan kelihatan tidak bertindih di antara satu sama lain. Penceritaan tentang sesuatu peristiwa itu sangat signifikan dan istimewa seolah-olah dirancang.

Pada asalnya seni tampak di Alam Melayu lahir kerana keinginan manusia untuk menghasilkan peralatan bagi memudahkan urusan atau kehidupan seharian mereka. Penghasilan peralatan seperti peralatan memburu dan pertanian telah membuktikannya. Penghasilan patung-patung dikalangan kaum pribumi bukan untuk tujuan beribadat atau untuk disembah. Kaum-kaum pribumi yang masih kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi.

Manusia zaman dahulu juga ingin mengekpresikan hubungan antara alam dan kehidupan mereka. Semangat alam diadun dengan kepercayaan dan disebatikan dalam kehidupan. Kepercayaan mereka terhadap alam telah melahirkan beberapa pantang larang dalam transformasi bentuk alam ke bentuk tampak. Motif-motif pada pua kumbu misalnya, tidak akan dihasilkan sewenang-wenang oleh

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI penenunnya. Pelbagai pantang larang masih dipegang untuk menghindarkan penenun daripada ditimpa pelbagai musibah. 1.5 Lukisan Gua Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia, lukisan gua telah dijumpai di Gua Tambun di Perak, Gua Niah di Sarawak dan Gua Balambangan di Sabah. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

Lukisan gua di Bukit Tambun Menurut M. Matthews, seorang penulis yang menulis di dalam terbitan isu Malaya Dalam Sejarah Majalah Persatuan Sejarah Malaya pada bulan November 1959 berkata, Lukisan di Gua Tambun menggunakan satu warna tidak jelas. Dalam sesetengah kumpulan, warnanya unggu pekat dan dalam kumpulan lain, warnanya merah pudar. Banyak lukisan ini memaparkan individu-individu lelaki yang dilukis kasar. Ada di antara haiwan yang dilukis ini mudah untuk dikenalpasti tetapi ada juga yang kurang jelas dan imaginasi diperlukan untuk membayangkan apa sebenarnya yang cuba digambarkan oleh pelukis tersebut.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Tetapi kebanyakan lukisan di sini agak jelas di lihat dan memaparkan haiwan seperti dugong, tapir, dan rusa. Rusa yang dilukis di sini amat menarik kerana kesemuanya kelihatan seperti rusa betina yang sedang bunting dan salah satu darinya juga mempunyai bayangan anak rusa di dalam perutnya! Pada suatu masa dahulu, lukisan yang membentuk galeri gambar ini terpampang sepanjang lebih dari seratus kaki, tetapi masa dan cuaca telah menghapuskan sebahagian besar lukisan ini.

Gambaran haiwan di dinding Gua Tambun Sesetengah kajian mengatakan bahawa hematit (bahan yang menghasilkan warna merah) telah digunakan untuk menghasilkan lukisan-lukisan gua di Gua Tambun. Kebanyakkan pengkaji percaya bahawa ia telah dilukis oleh masyarakat Zaman Noelitik.

Selain itu, terdapat juga lukisan lain di gua tersebut yang dipercayai dilukis oleh masyarakat awal orang asli seperti yang terdapat di Lenggong, Sungai Siput, Perak, di Hulu Kelantan, di Pahang dan juga di Kedah. Lukisan-lukisan tersebut boleh dikelompokkan ke dalam beberapa bentuk iaitu bentuk manusia, haiwan, geometrik, sampan, unsur alam dan juga bentuk abstrak. Ia dihasilkan dengan menggunakan arang. Pada bahagian lain di Gua Kain Hitam, yang terletak berdekatan dengan Gua Niah, lukisan dinding sepanjang 200 kaki telah dijumpai. Garisan-garisan pada lukisan tersebut adalah tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI susunan manusia yang menari. Turut dijumpai di Gua Kain Hitam tersebut adalah bot-bot lama, tembikar China dan manik kaca. Lukisan-lukisan ini dilukis menggunakan tanah atau batu merah yang berada tidak jauh dari gua tersebut.

Gambaran aktiviti manusia di dinding Gua Kain Hitam

Gambaran haiwan di dinding Gua Kain Hitam

Manakala lukisan di dinding Gua Balambangan, Sabah menggambarkan cantuman bentuk laktis ( oval berjalur) dengan garisan memanjang. Bentuk-

bentuk sebegitu mungkin satu bentuk abstrak yang menggambarkan satu fenomena di ketika itu. Di Gua Tasob Madai pula terdapat lukisan gua yang mewakili lukisan gua Zaman Neolitik. Lukisan ini menggunakan arang dengan gambaran motifmanusia, unsur alam, haiwan, sampan dan abstrak. Motif-motif ini menjadi bukti tentang aktiviti manusia di ketika dahulu. 1.6 Artifak Artifak bermaksud barang-barang buatan manusia (terutama alat perkakas dan senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman. Tempoh prasejarah negara Malaysia bermula daripada kesan-kesan terawal penempatan manusia yang diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun 1400.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Faktor cuaca banyak memberi kesan pada artifak-artifak prasejarah termasuk barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat daripada batu dan besi. Kebanyakan artifak, termasuk kawasan perkuburan, telah ditemui di ruang yang terlindung di dalam gua-gua. Satu-satunya peninggalan binaan yang masih boleh dilihat adalah batu-batu asas bangunan yang dibina semasa era kerajaan purba di Kedah dan di Santubong, Sarawak di sekitar abad ke-5 sehingga abad ke-13.

Cara hidup berburu dan mengumpul makanan telah berubah dengan begitu dramatik sekali di sekitar 5,000 tahun dahulu berikutan dengan penemuan kaedah bagi menghasilkan perkakas batu yang digilap dan barangan tembikar tanah. Bukti-bukti penghidupan dari zaman Neolitik boleh ditemui di kawasannya sendiri, atau di kawasan-kawasan Mesolitik, termasuklah di Gua Niah di Sarawak, Gua Cha di Kelantan dan Gua Kechil di Pahang.

Kawasan-kawasan dari Zaman Logam di Semenanjung juga tertumpu di bahagian utara, melainkan penemuan sebuah loceng yang diperbuat dari gangsa di Muar, Johor. Penemuan-penemuan di bahagian pantai timur pula tertumpu di kawasankawasan yang mempunyai sumber emas, manakala di pantai barat pula adalah berdekatan kawasan sumber bijih timah. Kehidupan di Zaman Logam juga dapat dilihat melalui pelbagai barangan yang diperbuat daripada besi seperti sebuah alat berbentuk batang yang panjang yang dikenali dalam kalangan orang Melayu sebagai tulang mawas dan hanya ditemui di Semenanjung Malaysia.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Loceng Gangsa dari Zaman Logam

Layari Internet Dapatkan maklumat tentang 10 artifak yang telah didaftar dalam Daftar Warisan Kebangsaan 2009 yang dikenali sebagai Objek Warisan Ketara. (www.muzium negara.gov.my)

1.7 Seni Pribumi Di kalangan masyarakat Asli tempatan seperti kaum Mah Meri di Pulau Carey dan Jah Hut di Pahang, topeng adalah tunggak budaya mereka. Pelbagai jenis topeng yang terdapat dalam masyarakat Asli serta diberi nama tertentu seperti Roh, Poyang, Moyang, Bes, dan Hantu. Kaum asli ini membuat topeng untuk tujuan penyembahan dan perubatan. Topeng-topeng ini pada mulanya diukir oleh bomoh atau batin.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 1.7.1 Kaum Jah-hut

Suku kaum Jah-hut adalah suku bangsa Senoi yang mendiami negeri Pahang. Kaum ini terkenal dengan hasil anyaman dari mengkuang dan pandan, bertam, buluh dan rotan. Selain hasil anyaman, kaum Jah-hut juga sememangnya sinonim dengan pengukiran kayu terutama penghasilan arca dan merupakan lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka.

Pengukiran kayu merupakan salah satu sumber pendapatan kaum Jah-hut. Segala ciptaan dari ukiran kayu adalah berasaskan kepada imaginasi dan mimpi yang menggambarkan kuasa baik atau jahat yang ada perkaitan dengan sistem kepercayaan dan kehidupan mereka. Setiap ukiran mempunyai pelbagai maksud dari segi kepercayaan, mistik, keagamaan, lagenda serta gambaran kehidupan mereka. 1.7.2 Kaum Mah meri

Mah Meri merupakan salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli yang tinggal di Malaysia dan tergolong di dalam kumpulan besar yang digelar orang Senoi. "Mahmeri" bermaksud orang hutan manakala dalam istilah, Mahmeri memberi maksud bersisik. Mereka juga dikenali sebagai orang laut, sesuai dengan lokasi penempatan mereka yang berhampiran dengan laut iaitu di sepanjang pantai Negeri Selangor dan Pulau Carey.

Moyang Harimau Berantai

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Kaum Mah Meri terkenal dengan hasil ukiran topeng kayu serta ukiran yang digunakan di dalam amalan kerohanian tradisi mereka. Kreativiti mengukir patungpatung berbentuk dewa-dewa, figura manusia, alam flora dan fauna amat menakjubkan. Ukiran kayu Mah Meri bukan dicipta untuk tujuan beribadat atau untuk disembah. Kaum Mah Meri yang kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi. Ukiran kayu kaum Mah Meri melambangkan roh atau semangat yang wujud dan mempunyai pengaruh ke atas pelbagai aspek kehidupan mereka sama ada secara positif atau pun negatif. Ukiran yang dinamakan Moyang Sauh dipercayai berpengaruh ke atas keselamatan para nelayan ketika mereka turun ke laut. Moyang Sauh yang digambarkan dalam ukiran Mah Meri mempunyai bentuk seakan-akan seekor ikan atau naga laut menjadikannya sebuah ukiran yang kelihatan menyeramkan namun sangat indah pada masa yang sama. Untuk memastikan para nelayan selamat pulang, bomoh Mah Meri akan menghasilkan ukiran Moyang Sauh dan mengadakan satu upacara di tepi pantai dengan menyediakan pulut kuning dan makanan yang lain sambil meminta pertolongan Moyang Sauh agar nelayan mereka selamat di laut hinggalah mereka pulang ke darat. Ukiran serta makanan tersebut kemudiannya ditinggalkan di tepi laut setelah upacara tersebut selesai.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Moyang Jantung

Moyang Sauh

Moyang Naga

Ukiran Mah Meri juga memainkan peranan yang penting dalam usaha mereka untuk menyembuhkan penyakit seperti demam, sakit perut dan penyakit yang berkaitan dengan pembuangan air kecil. Untuk mengubati pesakit, salah seorang ahli keluarga pesakit tersebut perlu menghasilkan ukiran kayu yang

melambangkan roh atau semangat yang dipercayai berpengaruh ke atas penyakit tersebut. Ukiran ini kemudian diberikan kepada bomoh mereka yang akan menjalankan upacara bagi mengalihkan penyakit tersebut dari pesakit kepada ukiran kayu itu dan kemudian membuangnya ke laut atau ke dalam hutan, lalu secara simboliknya mengeluarkan penyakit itu dari badan pesakit. Nama topeng dalam masyarakat Mah Meri berdasarkan cerita dan kepercayaan masyarakat untuk tujuan perubatan, penyembahan dan hiburan. Nama seperti Moyang Tetek Lanjut, Moyang Labi-Labi dan Moyang Katak Kala, sentiasa menjadi sebutan. Selalunya topeng ini dipakai oleh batin dan bomoh sebagai perantara alam metalizik dan realiti. Bentuk-bentuk topeng masyarakat Asli ini tidak menggunakan warna tetapi rupa topeng dibezakan melalui corak, gaya dan piuhan.

10

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Terdapat topeng yang dipiuhkan untuk menimbulkan imejan yang menggerun, menakut serta melucukan. Terutamanya topeng untuk tujuan penyembuhan penyakit. Kebanyakan bomoh di kalangan masyarakat Asli berperanan sebagai tabib dan hakim, maka topeng menjadi mekanisme penjelmaan mereka dari manusia kepada makhluk magis.

Ukiran topeng Kaum Mah meri

Jenis kayu yang paling digemari untuk dibuat ukiran adalah kayu nyireh batu. Keindahan ukiran ini terserlah bukan sahaja pada alunan urat kayu nyireh yang indah atau warna kayu yang menarik tetapi juga pada rekabentuk ukiran itu sendiri yang ringkas tetapi sungguh anggun serta membawa makna di dalam budaya kaum Mah Meri. Oleh sebab ini, setiap ukiran yang dihasilkan adalah seunik urat-urat kayu nyireh batu yang membentuk ukiran itu sendiri. Setiap ukiran tertakluk kepada tafsiran pengukir yang menghasilkannya, kepakaran pengukir untuk membentuk kayu ini serta keunikan mutu kerja pengukir tersebut. Ukiran berukuran satu kaki tinggi memakan masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan. Selain daripada ukiran kayu, hasil anyaman juga memainkan peranan yang penting dalam budaya Mah Meri lebih-lebih lagi bagi kaum wanita Mah Meri.

11

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Sebelum mereka dianggap layak untuk berkahwin, seorang wanita kaum Mah Meri perlu menguasai kemahiran menganyam pelbagai jenis barangan seperti bakul memburu, bekas simpanan, tikar serta perhiasan upacara.

LAYARI INTERNET

Layari internet dan dapatkan gambar beserta nama 5 patung kaum Jah-hut dan Mah meri 1.7.3 Pua Kumbu

Pua Kumbu merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini berwarna kemerah-merahan atau coklat tua. Pua kumbu ditenun oleh wanita kaum Iban yang sudah mahir menenun kerana pua jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun. Pua kumbu menjadi kemegahan di kalangan wanita kaum Iban dan jika dilihat dengan teliti, ia turut memaparkan corak kehidupan seharian masyarakat Iban.

Bagaimanapun, motif-motif itu kerap dikaitkan dengan kepercayaan dan pantang larang mereka. Antara motif-motif yang digunakan:

Motif Engkeramba

Penerangan Merupakan gambaran figura roh.

Kepercayaan Dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang Biasanya, motif ini hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang

Fauna

Buaya

mempunyai kuasa untuk menjaga

12

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Motif Penerangan Kepercayaan tempat berhuma (tanaman padi). Mempercayai bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka. Ular membawa petanda buruk dimana kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu dantidak ditenun dengan sewenang-wenangnya Katak ditenun dengan gaya seperti manusia. menurut kepercayaan kaum Iban, selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak dan dikatakan mempunyai kuasa untuk mencipta bayi Harimau dan tikus kasturi sering dikarang dalam bentuk abstrak Dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini dianugerahkan keberanian. Burung pembawa alamat baik kain yang mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan dalam apa pekerjaan. Rusa mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu Serangga labah-labah, kunang-kunang, kala jengking dan lipan Flora rotan, pucuk paku, pucuk rebung, buahbuahan, biji benih dan bunghabungaan. bulan, awan larat, alat tenun

Alam & Alatan

13

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Mengikut kepercayaan, jika seseorang itu berkeras untuk menghasilkan motif atau corak pua kumbu di luar kemampuannya, ia dipercayai akan 'memakan diri' dan kain tersebut tidak dapat dihasilkan. Maksud memakan diri itu pula adalah pembuat itu akan jatuh sakit dan ada sahaja perkara lain yang menghalangnya untuk menyiapkan tenunan tersebut. Penenun yang mahir biasanya memperoleh motif serta corak menerusi mimpi yang kemudiannya diterjemahkan dalam tenunan pua kumbu. Apabila selesai setiap pua kumbu dihasilkan, penenun akan membuat sebuah tatu di tangan yang bermakna penenun tersebut adalah pakar atau telah ditauliahkan. Penenun yang mencapai tahap tertinggi boleh dikenali dengan tatu di badan mereka. Mereka akan mempunyai tatu di beberapa tempat di anggota badannya termasuk di bahagian leher. Pua kumbu pada zaman dahulu sering digunakan dalam upacara kelahiran, perkahwinan, pengkebumian,

perubatan, menyambut kepala (selepas ngayau/memenggal kepala) dan upacara bercucuk tanam.

Kemahiran menghasil kain tenunan merupakan satu kemestian bagi wanita suku kaum Iban, malah kebolehan itu juga pernah menjadi faktor tarikan utama kaum lelaki suatu ketika dulu. Bagi masyarakat Iban, seni tangan itu bukan sahaja menggambarkan kerajinan dan ketekunan malah sikap bertanggungjawab di dalam rumahtangga. Dahulu jika seseorang wanita Iban yang tidak mempunyai kepandaian menenun kain, dia tidak akan dipilih sebagai calon isteri dan lambat bertemu jodoh. Kini sebahagian kecil sahaja masyarakat Iban yang memiliki kemahiran menenun pua. Walaubagaimanapun, pua yang dihasilkan adalah antara yang terbaik di kalangan suku kaum Dayak.

14

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Pua Kumbu, motif: buah terabai/Lang Tuai

15

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Pua Kumbu, motif: tangga begi 1.8 Rumusan Seni di Alam Melayu sangat unik. Ia menggambarkan hubungan antara manusia dan alam secara rohaniah. Penggunaan motif atau simbol boleh dikaitkan dengan kepercayaan dan budaya hidup masyarakat di alam Melayu.

16

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

TAJUK 2 PENGENALAN SENI VISUAL MALAYSIA


2.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi maklumat dan latihan berkaitan seni visual di Malaysia merujuk kepada seni visual sebelum merdeka dan selepas merdeka.

Sejarah perkembangan seni Malaysia

agak baru jika dibandingkan dengan

negara-negara lain. Ia meliputi tempoh setengah abad. Kesenian visual yang menjadi tradisi Melayu adalah daripada pelbagai bidang seni. perkembangan Seni Visual seperti berikut: Maklumat

yang dibincangkan adalahh mengikut tajuk-tajuk

- Artifak - Catan Cina - Catan air - Seni bina - Seni Plastik - Seni Arca - Seni Bina - Seni Moden - Seniman - Karya-karya terkenal

2.2 Hasil Pembelajaran: 1) Menganalisis pengaruh Seni Barat dalam Seni Oriental dan Seni Malaysia 2) Membanding beza dan menghubungkaitkan pengaruh Seni Visual Barat dengan Seni Visual Di Malaysia. 3) Menggunakan pengetahuan dan menerangkan kronologi perkembangan Seni Visual Malaysia selepas merdeka. 4) Menganallisis perkembangan Seni Visual selepas merdeka. 5) Menunjukkan sikap patriotik terhadap karya seni Malaysia 17

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2.3 Kerangka Tajuk-tajuk

Pengenalan Seni Visual Malaysia

Perkembangan Seni Visual Malaysia

Sebelum Merdeka

Selepas Merdeka

Artifak

Seni Plastik

Catan Cina

Seni Arca

Catan Air

Senibina

Senibina

Seni Moden

Seniman

Karya-karya Terkenal

2.4 Kandungan Isi

2.4.1 Perkembangan Seni Visual Sebelum Merdeka

Apakah yang anda faham tentang seni visual sebelum merdeka ?

2.4.1.1 Artifak

Artifak adalah barang-barang sejarah hasilan manusia seperti peralatan, senjata atau ornamen.

18

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI A) Tembikar

Seni tembikar telah wujud dalam budaya Melayu di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. Ini terbukti dengan penemuan barangan tembikar seperti di

Gua Cha, Kelantan, Bukit Tengku Lembu, Perlis, Ulu Tembeling, Pahang, Bukit Tambun, Perak dan Gua Niah, Serawak.

Ragam hias pada permukaan pada permukaan serpihan tembikar berbentuk sederhana yang ditemui didapati dibuat secara spontan dan dibakar pada suhu sebarang suhu. Di Johor, dijumpai pecahan tembikar yang dihiasi Para pengkaji sejarah dengan motif geometri berbentuk tulang ikan.

menggunakan serpihan-serpihan tembikar yang ditemui sebagai petanda untuk menggambarkan tamadun dan budaya zaman silam

B) Keris

Keris menjadi sejenis senjata warisan Melayu sejati yang telah digunakan di Tanah Melayu sejak lebih daripada 700 tahun yang lalu. Selain sebagai

senjata untuk mempertahankan diri, keris juga merupakan satu lambang yang menjadi kemegahan serta kebanggaan bangsa dan negara.

Contoh keris yang wujud di Malaysia Keris Semenanjung, Keris Taming Sari, Keris Pekaka, Keris Panjang dan Keris Madura.

2.4.1.2 Catan Cina

Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah

berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China.

19

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak

kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin.

Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.

2.4.1.3 Catan air

Sejarah seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. Ia meliputi tempoh setengah abad. Kesenian visual bukan menjadi tradisi Melayu. Seni visual ini wujud oleh perintis karya-karya cat air dan cat minyak para pegawai Kolonial British yang berkhidmat di Pulau Pinang pada akhir tahun 1770an yang mengikut estetik zaman Victoria. Seni lukis Malaysia bermula dalam tahun 1930an dengan terciptanya karya-karya catan awal oleh Yong Mun Seng, Abdullah Ariff dan lain-lain lagi.

Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisanlukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.

20

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan

Konstruktivisme.

2.4.1.4 Seni bina

Tidak dapat dinafikan masyarakat dahulu kala mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang seni bina. Terdapat bangunan-bangunan yang menarik disamping mempunyai reka bentuk seni bina yang unik. Contohnya, istana,

rumah berhala, monumen, tembok, bangunan pentadbiran kerajaan, stesen keretapi, pusat pengajian, sekolah, masjid, dan lain-lain lagi.

Dianggarkan terdapat lebih kurang 35,000 buah bangunan sebelum perang yang berada di 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara wajar dipulihara (Syed Zainol Abidin Idid, 1995).

Fielden (2000) berpendapat bahawa bangunan bersejarah mempunyai nilai senibina, estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial dan juga politik serta rohani yang simbolik.

Contoh senibina sebelum merdeka: (1) Bangunan Stadthuys di Banda Hilir, Melaka (1641). (2) Balai Besar di Alor Setar, Kedah (1735). (3) Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (1888). (4) Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir, Melaka (1728). (5) Gereja St. George Anglican di George Town, Pulau Pinang (1817). (6) Balai Seni di Alor Setar, Kedah (1893).

21

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Rumusan :

Perkembangan seni visual Malaysia sebelum merdeka adalah sebagai minat atau rekod sejarah. Merupakan zaman baru bagi pelukis Malaysia dan seni halus tidak dipentingkan. Aktiviti seni dipengaruhi oleh suasana penjajah iaitu menekankan genre lukisan dan catan lanskap dalam aliran Realisme. Era baru dalam aliran naturalis dan figura manusia.

Latihan 1.1

Bincang dan hasilkan jadual kronologi tentang perkembangan seni visual sebelum merdeka berkaitan :

Stail dan bentuk tema bahan gaya aliran tahun

2.5 Perkembangan Seni Visual Selepas Merdeka


Apakah perbezaan di antara aliran seni visual sebelum merdeka dan selepas merdeka?

2.5.1 Seni Plastik

Istilah plastik digunakan kepada semua imej-imej spatial. Seniman mengenalpasti dari aspek perletakan imej di dalam ruang plastik merujuk kepada keperluan 22

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI permukaan dan perasaan seniman. Seni plastik juga adalah satu terma dalam seni visual yang memberi maksud unsur plastik dalam bahan-bahan yang boleh dibentuk dan dibina. Unsur plastik ini menjurus kepada aspek seni dari segi

bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan yang merangkumi objek tiga dimensi.

Seni plastik di Malaysia melibatkan hasil karya catan, arca, senibina, tembikar, ukiran, tenunan senjata dan sebagainya. Membentuk ialah teknik menghasilkan karya dengan cara mengukir, menguli, menempa, mengurut, dan menggelek. Bahan yang digunakan ialah kayu, tanah liat, batu dan sebagainya. Membina pula ialah menghasilkan karya seni dalam bentuk tiga dimensi secara mengikat, melentur, menyambung, membentuk, menjalin, mencantum dan sebagainya. Bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini ialah batu, kayu, logam, besi, keluli dan sebagainya.

Dalam lewat tahun 50-an telah berlaku konflik dalam seni akibat perbalahan dominasi oleh pengamal aliran abstrak dan ekspresionistik. Seniman dan peminat aliran realisme rasa tercabar dan telah bangkit. Dalam tahun 1960-an pemilihan gaya abstrak adalah lebih formalistik dan berbentuk individualistik. Gaya avant garde yang dipolori oleh penghargaan. Abstrak Ekspresionisme Amerika telah diberi

Sekitar dekad

1980-an dan 1990-an memperlihatkan cubaan serius untuk Seniman pada

menerapkan ciri nasional atau keaslian seni plastik moden.

sekitar tahun 80-an menghasilkan karya di luar ciri seni plastik konvensional dan tidak terikat pada media, bahan dan proses berkarya.

2.5.2 Seni Arca

Arca dihayati sebagai satu cabang kesenian yang berkaitan dengan pengkajian bentuk-bentuk tiga dimensi yang melibatkan formalistik seni seperti ruang, jalinan,

23

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI warna, struktur dan rupa. berbanding dengan catan. Seni arca di Malaysia boleh dikatakan masih baru

Seni arca moden mula berkembang di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an. Menurut T.K.Sabapathy (1976), karya-karya arca Syed Ahmad Jamal, Latiff Mohidin, Cheong Laitong, Yeoh Jin Leng dan Tang Tuck Kan membangkitkan halhal yang menghubungkan catan dengan arca.

Aliran Ekspresionisme dan Abstrak Ekspresionisme meresap ke dalam seni arca. Contohnya, karya Syed Ahmad Jamal The Link (1963), yang sama tema dengan catannya.

Arca-arca yang bersifat figuratif dan representasi dapat dilihat menerusi karyakarya Anthony Lau. Antara karya awal Anthony Lau adalah arca Djin Api (1959), Forest (1968) dan Ecstacy (1986)

Dekad 1970-an memperlihatkan perkembangan arca yang pesat. Pada tahun 1976 satu pameran Tinjauan Seni Arca Moden Malaysia telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. Antara yang turut serta adalah Anthony Lau, Chan Teck Meng, Teo Tien Eng, Syed Ahmad Jamal, Cheong Laitong dan Latiff Mohidin.

Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi Mara merupakan salah sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam melahirkan ramai pengarca ternama dan berpotensi seperti Zakaria Awang, Ariffin Ismail, Mad Anuar Ismail, Wan Ahmad Wan Mohamod, Ham Rabeah Kamarun, Ramlan Abdullah, Tengku Sabri Tengku Ibrahim, Zulkifli Yusof, Raja Shahriman dan Bayu Utomo.

Dari segi tema, para pengarca berinteraksi terhadap persekitaran seperti persoalan agama, budaya, alam dan kehidupan secara umumnya. Peningkatan minat dan kecenderungan seniman kepada seni arca dan media campuran jelas

24

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI kelihatan awal dekad 1990-an. Pelbagai bentuk arca terhasil, sama ada secara konvensional, bersifat galeri, pemasangan (installation) atau pun arca persekitaran.

2.5.3 Seni Bina

Sebagai sebuah negara yang mempunyai kebudayaannya sendiri, senibina Malaysia mengandungi unsur-unsur budaya kebangsaan yang berteraskan kebudayaan masyarakat berbilang kaum.

Yang dimaksudkan dengan senibina adalah melingkupi:

1.

Binaan tempat kediaman iaitu rumah atau taman perumahan.

2. Bangunan-bangunan awam seperti masjid, hospital, perpustakaan, muzium dan sebagainya. 3. Bangunan-bangunan kerajaan. 4. Bangunan-bangunan perniagaan. 5. Aspek-aspek umum seperti pintu gerbang, menara, tugu peringatan dan sebagainya. 6. Taman-taman dan kawasan rekreasi.

Menjelang era pasca- merdeka, suatu aspek yang turut mengalami perubahan ketara ialah gaya rupa seni bina. Para arkitek yang baharu sahaja menamatkan pengajian di luar Negara telah membawa fahaman baru dalam seni bina di bandarbandar utama Negara yang sebelum ini dikuasai oleh gaya rupa senibina kolonial, anglo-Indian, elektik dan sebagainya.

Antara bangunan-bangunan utama yang dapat digolongkan dalam senibina moden ialah bangunan istana raja-raja Melayu di tiap-tiap negeri, bangunan parlimen (1963), bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (1959), Stadium Negara (1964), Muzium Negara, Masjid Negara, Bank Bumiputra, Dayabumi, Bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan berkembar Petronas dan Menara Telekom.

25

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Bentuk dan corak senibina moden memperlihatkan perubahan-perubahan yang nyata tetapi disesuaikan dengan ciri-ciri senibina asli Malaysia. Dari semasa ke semasa binaan-binaan baru didirikan bagi memenuhi keperluan pembangunan Negara dan keperluan masyarakat.

Beberapa orang arkitek seperti Howard Ashley, Baharuddin Kassim, Hisham Albakri (kumpulan arkitek JKR yang mereka bentuk Masjid Negara) dan W. Ivor Shipley (arkitek JKR yang merekabentuk bangunan Parlimen) mengadaptasi factor-faktor setempat ke dalam rekabentuk moden.

2.5.4

Seni Moden

Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamat yang sama dengan Wednesday Art Group. Ahli-ahli terdiri daripada

Abdullah Ariff, Tay hooi Keat, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William K.K. Lau. Mereka memperkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas melukis, sesi perbincangan dan pameran.

Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.

Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama. Ini membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya mereka.

Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah

memaparkan karya-karya Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng,

26

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.

Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun, antara yang telah membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard, Tan Sri Ghazali Shafie, Tan Sri Dato Azman Hashim, Tan Sri Kamarul Ariffin, Tan Sri Zain Azraii, Professor Ungku Aziz, Puan P.G. Lim dan ramai lagi.

Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit.

Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri. Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Acara-acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni, ahli politik dan diplomat.

Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.

27

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga

tahun dalam bidang Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan.

Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu. Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics, Textiles, Fashion dan Industrial Design.

Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture, Ceramics, Chinese Brush Painting, Photography dan Commercial Art.

Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan New Scene seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang

berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.

Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan.

Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.

28

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia.

Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat mewujudkan sebuah badan yang betul-betul mewakili pelukis, memperbaiki kedudukan pelukis dan bekerjasama dengan kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni lukis di Malaysia dan Luar negara.

Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah melahirkan guru-guru pemegang ijazah bagi institut, maktab dan sekolah-sekolah serta para profesional yang lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus. Kursus Ijazah selama tiga tahun ditawarkan oleh Jabatan Kemanusiaan. Studio Seni lukis dan Sejarah Senilukis dan Kemanusiaan. Ini termasuk

USM menawarkan

kursus Seni halus bagi Catan, Fotografi, Teori-teori Seni, Seni Arca, Rekabentuk Grafik, Aspek-aspek Seni Asia Tradisional, Aspek-aspek Keseniaan Asia Moden dan latihan Ilmiah. USM juga menawarkan kursus Master of Art dalam Sejarah Senilukis.

Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara juga telah memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang. Badanbadan swasta seperti firma-firma petroleum dan para peminat seni yang berada , telah mula membeli karya-karya untuk dijadikan koleksi simpanan.

Awal tahun 1980an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan munculnya catan pemandangan yang naif, sambungan akademik aliran realisme dan karya-karya yang menyedut inspirasi dari mitos dan lagenda yang kaya di rantau ini.

29

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2.5.5 Seniman

Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah

memaparkan karya-karya seniman terkenal seperti Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.

Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit.

Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan

dipersembahkan

oleh Majlis Kesenian Persekutuan.

Kejayaan Chuan telah

membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa.

Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.

Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan New Scene seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi.

30

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.

Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia.

2.5.6

Karya-karya terkenal

2.5.6.1 Yong Mun Sen (1896 -1962)

1.

Pohon-Pohon Kelapa Media : Cat Air Tahun :1951

2.

Rumah Atap Di Tepi Pantai Media : Cat Air Tahun : 1960

2.5.6.2 Abdullah Ariff

Abdullah Ariff, Coconut Plantation Dawn, Cat Air, 1948

31

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Abdullah Ariff, Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya, Cat Air, 1960 Dato Mohd Hoessein Enas

2.5.6.3

Dato Mohd Hoessein Enas, Potret Diri, Pastel Kapur, 1958

32

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Dato Mohd Hoessein Enas , Gadis Melayu, Cat Minyak, 1959

3.

Nobat Media : Cat Minyak Tahun : 1962

4.

Mengutip Daun Tembakau Media : Cat Minyak Tahun : 1963

5.

Pengantin Perempuan Iban Media : Cat Minyak Tahun : 1963

2.5.6.4 1.

Datuk Syed Ahmad Jamal Perhubungan ( Arca ) Media : Besi Waja Tahun :1963

33

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Datuk Syed Ahmad Jamal, Mandi Laut, Cat Minyak Atas Papan, 1957

2.5.6.5

Anthony Lau (1933 -

Anthony Lau, Djin Api, Kayu, 1959

2.

Lembu Liar ( Arca ) Media : Batu & Habuk Simen Tahun : 1963

34

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Anthony Lau, Rimba, Besi, 1968

4.

Hasil Rimba ( Arca ) Media : Besi Tahun : 1966

2.5.6.6 1.

Tay Hooi Keat (1910 - 1989) Jalan Pinang Media : Cat Minyak Tahun :1955

2.

Pondok Melayu, Pulau Pinang Media : Dakwat Tahun : 1952

3.

Pemandangan Pohon Media : Campuran Tahun : 1961

35

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Tay Hooi Keat, Lembu Berlaga, Cat Minyak, 1958

5.

Kapal Haji Media : Cat Minyak Tahun : 1966

2.5.6.7

Ibrahim Husin (1939 -

1.

Kekecuhan Media : Arkrilik Tahun :1969

Ibrahim Husin, Pak Utih, Campuran, 1967

36

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Ibrahim Husin, Are You Alone Out There ?, Arkrilik, 1969

2.5.6.8

Zulkifli Dahalan

1.

Di Dalam Ruang Rumah Media : Cat Minyak Tahun :1974

2.

Satu Hari Di Bumi Larangan Media : Cat Imulsi Tahun : 1977

2.5.6.9

Dzulkifli Buyung (1948 -

Dzulkifli Buyung, Kelambu, Kapur Pastel

37

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2. Membakar Semut Media : Kapur Pastel Tahun : 1967

Dzulkifli Buyung, Kapal Kertas, Kapur Pastel, 1966

4.

Lidi Media : Kapur Pastel Tahun : 1962

2.5.6.10 A. Latiff Mohidin

A.Latiff Mohidin, Pago Pago, Cat Minyak, 1962

38

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2. Imago Senja ( Cetakan ) Media : Kayu Tahun : 1969

A.Latiff Mohidin, Siri Langkawi, Kayu

2.5.6.11 Mazli Mat Som

Mazli Mat Som, Yati, pastel, 1964

39

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Mazli Mat Som, Menanti Nelayan, Cat Minyak, 1965

2.5.6.12 Khaw Sia 1. Menyeberang Sungai Media : Cat Air Tahun :1958

2.5.6.13 Lai Foong Moi

Lai Foong Moi, Waktu Pagi Di Kampung, Cat Minyak, 1958

40

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2.5.6.14 Patrick Ng Kah Onn (1932 )

Patrick Ng Kah Onn, Menjemur Kain, Gauce, 1961

Patrick Ng Kah Onn, Semangat Angin, Tanah Dan Air, Cat Minyak, 1958

2.5.6.15 Yeoh Jin Leng (1929 -

1.

Sawah Padi Media : Cat Minyak Tahun :1963

41

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2.5.6.16 Jolly Koh

Jolly Ko, Paku Kipas, Cat Minyak, 1968

2.5.6.17 Khalil Ibrahim

1.

Pantai Timur 1 Media : Lilin Dan Pewarna Batik Tahun :1988

Khalil Ibrahim, Pantai Timur 2, Lilin Dan Pewarna Batik,1978

42

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2.5.6.18 Chua Thean Teng

1.

Di Tepi Pantai Media : Lilin Dan Pewarna Batik Tahun :1958

Chua Thean Teng, Musim Buah, Lilin Dan Pewarna Batik, 1968

Rumusan

Seni visual selepas merdeka semakin matang dan menjadi bidang professional. Persepsi masyarakat terhadap seni visual mula berubah daripada peringkat rendah ke peringkat antarabangsa. Seni visual juga menjadi salah satu simbol perpaduan kaum. Kemunculan catan hard-edge, arca dan karya mula menggunakan perisian komputer. Institut dan akedemi seni swasta memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang.

43

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Latihan 2.1

Bina jadual perbandingan perkembangan seni visual selepas merdeka daripada hasil analisa terhadap bahan bacaan dan internet mengenai : - tokoh - bentuk aliran karya - bentuk dan makna - tema - tahun - stail

44

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

TAJUK 3 APRESIASI KARYA SENI ORIENTAL


3.1 Sinopsis Menurut Drs. Sidi Ghazalba, dalam bukunya Pandangan Islam Tentang Seni menerangkan seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sekelompok manusia melalui pancaindera kelima ekoran fitrah semula jadi yang cinta kepada seni. Manusia memerlukan satu media perantaraan untuk meluahkan perasaaan dan emosi untuk dikongsi bersama manusia lain.

Menurut Zakaria Ali, apresiasi seni adalah latihan yang melibatkan deria pandang dan sentuh yang mampu membantu kita menikmati karya dengan lebih seronok lagi.

Menghayati seni adalah satu bidang yang perlu diberikan perhatian. Penghayatan karya seni memerlukan bahasa seni iaitu bahasa lisan dan tulisan. Penerapan bahasa dalam penghayatan seni adalah dalam bahasa visual atau seni tampak.

3.2

Hasil Pembelajaran: 1) Menganalisis penulisan tokoh dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman. 2) Mengaplikasikan teori apresiasi untuk melihat dan menghayati karya seni.

45

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 3.3 Kerangka Tajuk-Tajuk

Apresiasi Seni Oriental

Falsafah dan Stail

Perbandingan PandanganTokohtokoh

Perbandingan Karya-karya

Tuliskan esei pendek mengenai pengertian seni oriental dan ciricirinya.

3.4

KANDUNGAN ISI 3.4.1 Pengenalan Seni Oriental Di dalam dunia ini terlalu banyak karya-karya seni telah dihasilkan secara individu atau berkumpulan. Karya seni yang dihasilkan biasanya mempunyai tujuan yang tersirat dan tersurat. Sebagai contoh, karya seni yang dihasilkan pada zaman Pra Sejarah lebih menggambarkan situasi dan aktiviti mereka sendiri.

Istilah Seni Oriental secara tradisionalnya merujuk kepada aktiviti seni dari daerah Timur Tengah, Asia Selatan dan Asia Timur. Ia termasuklan Seni Islam, Seni China dan Seni India. Istilah Oriental telah digunakan oleh masyarakat Barat untuk menjelaskan tentang kebudayaan, negara-negara dan peralatan yang berasal dari kawasan tersebut.

46

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (a) Seni Islam

Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas." Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Islam membenarkan umatnya berimiginasi dan berkreativiti dalam pemikiran mereka, perlu dijaga dan disuburkan dalam ruang dan batasan syariat. Seni Islam terdiri daripada elemen yang diulang-ulang berbentuk geometri. Tiada elemen-elemen figura. Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk mempertingkatkan agama. Seni harus menjurus kepada pengabdian diri kepada Tuhan.

Kesenian Islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah. Tiada pemisahan antara seni dan agama. Seseorang seniman perlu memahami ajaran Islam yang hendak disampaikan melalui seni sama ada seni lukisan, muzik, seni bina dan seni pentas. Kesenian Islam perlu mempunyai mesej yang jelas. Kesenian boleh mendidik manusia supaya menjadi insan yang baik dan

47

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI insan yang hampir kepada Allah. Para seniman mempunyai tanggungjawap sosial dalam konteks syariah islamiah. (b) Seni China

Menurut ahli sejarah, Kesenian Cina yang terawal sekali ditemui pada akhir Zaman Batu ialah Seni Tembikar. Bidang Kesenian Cina Seni Tembikar Kebanyakkan tembikar neolitik yang terbaik di dunia datanganya dari negeri Cina. Tembikar Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam. Bentuk-bentuk

tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut tebal dan berbadan kecil. (c) Seni India Kesenian India bermula dari Dinasti Maurya, tahun 132 s.m. Berasaskan kepada keagamaan dan pemujaan. Ianya mencapai kegemilangan pada zaman Gupta, contoh Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. Ia berkembang maju pada zaman Maurya, contoh Tiang Asoka. Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid. Seni Bina dan Seni Ukir berkembang maju pada zaman Maurya, contoh Tiang Asoka. Mencapai kegemilangan pada zaman Gupta, contoh Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid. Nilai-Nilai Dharma dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan apa yang harus dilakukan. Dharma individu memerlukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan. Dharma dikaitkan degan tugas, tanggungjawab dan aturan memberi makna kepada kehidupan manusia iaitu memberi individu identiti dan makna kepada peranannya dlm hidup. Kepercayaan kepada Tuhan kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batas pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas pemikiran agama orang Hindu. Karma prinsip asas bagi aliran pemikiran falsafah dan agama yang berasal dari India.

48

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Latihan 1.1

Jelaskan tentang perzezaan seni Islam dengan seni India dari sudut keagamaan.

3.4.2 Falsafah dan Stail Pengenalan Philos dalam bahasa Yunani bermaksud bermaksud kecintaan terhadap sesuatu

manakala

Sophia

kebijaksanaan

atau

pengetahuan.

Maka Philosophia secara jelasnya membawa maksud mencintai akan kebijaksanaan.

Socrates, Plato dan Aristotle merupakan ahlli falsafah Yunani yang terkenal. Idea mereka telah mempengaruhi perkembangan falsafah seni di barat juga di Malaysia.

Falsafah seni adalah sesuatu yang global dan secara umumnya terbahagi kepada falsafah barat, falsfah Islam dan falsafah timur. Falsafah seni pula adalah proses mencari jawapan kepada keindahan. Malahan ia juga memberikan gambaran gabungan nilai keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seseorang pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan.

Falsafah seni bukan sahaja merupakan proses mencari jawapan kepada keindahan malahan juga memberikan gambaran tentang gabungan nilai keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seorang pengkarya seni dalam karya yang mereka hasilkan. Tohoh-tokoh falsafah yang ternama adalah seperti Socrates, Plato, Leonardo da Vinci, Atistotle. Mohd Taib Osman dan lainlain. Tokoh-tokoh tersebut boleh diibaratkan sebagai kompas yang memberi panduan, pendapat dan idea tentang keindahan seni kepada para seniman.

49

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (a) Falsafah Seni Islam

Sejarah telah membuktikan bahawa, kesenian Islam berbeza dengan bentuk kesenian lain. Kesenian yang dihasilkan adalah berlandaskan kepercayaan kepada kitab Al Quran dan hadis Nabi. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya. Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia, makhluk dan alam sekitar'. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi.

50

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Manakala menurut Al-Faruqi, konsep seni Islam adalah berlandaskan konsep Tauhid dan pengabdian diri kepada Tuhan. Beliau menegaskan bahawa:Setiap motif arabesque dengan apa sahaja medium adalah penegasan kebenaran estetika yang tiada Tuhan melainkan Allah. Dia adalah Pencipta yang Esa dan Mutlak. Seni Khat Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan, bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama'). Tulisan ini mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Seni khat mempunyai kaitan rapat dengan jiwa islam, memandangkan penulisannya menggunakan huruf-huruf al-quran. Antara Seni Khat yang terkenal ialah Nasakh : diperindah oleh Ibn Muqla Khat Riq'ah : tulisan arab yang dapat ditulis dengan cepat dan sesuai dengan gerakan tangan. Khat Diwani : Catatan atau antologi karangan. inspirasi dari model khat lain. Hanya digunakan untuk hiasan sahaja. Khat Diwani Jali : Lebih bervariasi berbanding khat diwani. Khat Thuluth : digunakan untuk hiasan seperti dalam mushaf Usmani, nama kitab atau buku . Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ia juga menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi keindahannya, mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.

51

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Jenis-jenis Seni Khat Tamudun Islam kaya dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei khat. Khatnya mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang dari lapan-lapan model ini. Antaranya khat utama ialah Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi, Riq'ah, Diwani, Diwani Jali dan Raihani. Khat Kufi berasal dari Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai hiasan pada pelbagai bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul. Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-Quran), nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain. Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku berkenaan keagamaan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca, jelas serta tidak mengelirukan Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Ia banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini. Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan untuk tujuan suat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah. Khat Diwani. Diwani membawa erti catatanatau antologi karangan. Digunakan secara meluas semasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Ia digunakan untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan.

52

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Khat Diwani Jali. juka dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak bentuknya , rumit penulisannya, lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan, burung dan sebagainya. Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal. Seni Bina Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang mengagumkan. Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk yang direka oleh manusia. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan lambang atau menifestasi daripada sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. Buktinya daat dilihat melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Pada zaman tersebut, seni bina yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujd waluun dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh. Lukisan dan Arca ( Ukiran) Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan ukiran seni halus ini juga terdapat pada perabot rumah, piring, kulit buku, jubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain. Seni halus ini juga terdapat pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas, perak dan tembaga contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air, buyung, tungku dan topi besi perang. Begitu juga seni seramik yang juga terdapat pada piring dan tembikar manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias dinding, tikar permaidani, sejadah, barang-barang tenunan sutera dan sebagainya. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti kerawang, lampu dan bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lain-lain.

53

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Seni lukis pula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya tertera pada helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk arabesque dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita. Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yang boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.

Rajah 1.1: Corak-Corak Arabes 7

54

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Rajah1.2: Khat Thuluth

Rajah 1.3: Khat Diwani

Rajah 1.5: Seni Bina

1.2 Senaraikan jenis-jenis khat dan dan kegunaannya masing-masing

(b)

Falsafah Seni China

Mencius, seorang ahli falsafah China menyatakan bahawa semua benda di dunia ini termasuk ilmu terbahagi kepada dua kategori umum: Yin dan Yang.

Yin dan Yang adalah simbol mengenai keharmonian yang saling bertindak di antara unsur-unsur yang bertentangan dan berpasangan pada alam ini seperti kegelapan dan kecerahan, kelembapan dan kepanasan, langit dan bumi serta lelaki dan perempuan. Kesinambungan dan perhubungan di antara kedua-dua

55

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI unsur yang berpasanagn dan bertentangan ini telah mempengaruhi kehidupan masyarakat China. Confucius pula mempunyai pendapat bahawa manusia bukan hidup

berseorangan atau bersendirian serta terasing daripada masyarakat. Oleh itu, manusia perlu dididik tentang cara bagaimana mereka harus bertindak dalam masyarakat mengikut suatu upacara adat istiadat.

Jika wujud sifat hormat menghormati, kesopanan, kesusilaan dan tanggungjawab dalam masyarakat maka akan wujudnya keamanan dalam keluarga, masyarakat dan negara.

Menurut Falsafah Toisme pula, kerajaan yang paling berkesan ialah kerajaan yang paling kurang memerintah. Undang-undang dan peraturan yang paling sedikit yang diperkenalkan oleh sesebuah kerajaan itu, akan memudahkan kefahaman rakyat. Penekanan kepada alam pula telah menggalakkan pengikut Toisme menerokai sains dan teknologi. Falsafah Toisme juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China.

Pokok buluh pula adalah simbol

kepada kekuatan, kesabaran menanggung

penderitaan kepada kepantasan pembangunan dan perluasan kebudayaan di China.

Seni Tembikar

Kebanyakan tembikar neolithic yang terbaik di dunia datangnya dari negeri Cina. Tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam, bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut tebal berbadan kecil. Tembikar Cina zaman akhir Neolithic pula berwarna hitam dan berkilat. Tembikar Dinasti Chou mempunyai lapisan glaze yang terang pada

56

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI permukaan tembikarnya. Tembikar zaman Wangsa Ha, menggunakan glaze kelabu kekuningan yang diperbuat dari timah hitam.

Seni Tembaga Kesenian tembaga bermula pada zaman Wangsa Shang. Kebanyakan kesenian tembaga ketika itu adalah peralatan rumah dan sebahyang yang ditiru dari bentuk-bentuk tembikar. Pada akhir Wangsa Chou, ada terdapat bukti teknik tuangan bentuk huruf atas bejana-bejana telah dilakukan. Bentuk-bentuk bejana berasaskan bentuk binatang, bejana tersebut digunakan untuk 2 tujuan iaitu kegunaan harian dan istiadat keagamaan

Catan Dikatakan catan Cina bermula dengan gambar binatang. Catan Cina lazimnya dibuat di atas kain sutera atau kertas telap dakwat. Perkembangan seni catan terkenal di Zaman Wangsa Tang yang banyak berunsur ugama Budha, Taoism dan Confucianism. Zaman Sung, pelukis Cina menggunakn ciri-ciri

pemandangan san kemanusiaan

a) Ciri-ciri catan

Motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan barat. Kebayakan catan menggambarkan keindahan panorama alam dan semulajadi. Catan mempunayi falsafah

Arca dan Ukiran

Dikesan

sejak

zaman Wangsa

Shang dengan

terjumpanya

dua

arca

berbentuk harimau dan burung hantu, diperbuat daripada marmar. Terdapat banyak imej-imej Budha ditemui di candi-candi di Gua Yun Kang, Shensi. Di guagua Tung Huang, Kansu terdapat imej-imej Budha diukir pada dinding gua

57

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI tersebut. Arca-arca diperbuat daripada tanah liat yang diwarnakan, batu dan tembaga.

Seni kaligrafi Seni tulis cina yang terawal ditemui pada zaman Wangsa Shang (2000 S.M) yang ditulis di atas permukaan buluh, tulang dan kulit kura-kura. Kehadiran Confucius dan Lao-Tzu pada zaman Wangsa Chao, membantu menggalakkan pertumbuhan falsafah, kesenian dan tulisan orang China. Dalam tahun 1928-221 SM, terdapat banyak tulisan pada permukaan bejana tembaga dan batu. Tulisannya mempunyai ukuran yang sama. Terdapat 3 tulisan dicipta dalam zaman wangsa Han, iaitu tulisan bentuk biasa (pattern script), tulisan bentuk kasar (Rough Script) dan tulisan sambung (Curcive Script) Senibina Senibina di China dikatakan dapat dilihat dengan pesat pada zaman Ming, apabila Peking dijadikan Pusat Pentadbiran menggantikan Nanking

a) Ciri-ciri Senibina

Berdinding kayu beratap genting curam. Bangunan kuil dan pagoda mempunyai pintu gerbang, beratap genting melengkungn ke atas.

Catan lanskap Catan lanskap mendapat tempat yang istimewa sekali dalam perkembangan seni catan China. Catan lanskap China (Shan Shui) membawa maksud gunung dan air. Sejarah catan China berkembang dengan pesat dalam zaman Dinasti Sung.

a) Ciri-ciri Catan lanskap Tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu kepasda ekspresi yang membawa pengnertian terrhadap keseluruhan catan. Seorang artis harus dapat berinteraksi secara harmoni dengan alam dan dapat menterjemahkan

58

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI falsafahnya melalui catan. Konsep Yin dan Yang menjadi teras kepada catan lanskap China iaitu keseimbangan dengan yang melalui perlambangan kabus, air, awan, burung dan lembah.

Hukum Catan China (Berasaskan Prinsip Shi-Vitalize Spirit). Monokrom: penggunaan cat air dengan ton warna yang terhad bagi mendapatkan impak mendalam. Komposisi: mementingkan rangkaian ruang berasaskan garisan tegak dan mendatar. Ton dan suasana: Chi Yun Sheng Tungn ton yang memberi suasana yang ghairah dan dinamik. Struktur dan sapuan berus: Sapuan awal berus memberi pengertian - dibuat secara spontan dan simbol kepada alam semula jadi. Lakaran: penting sebagai pembentukan awal sesuatu gambaran. Kesesuaian lukisan dengan objek: Walaupun lukisan tidak sama dengan objek sebenar tetapi perlu ada persamaan dalaman.

Seni Bina

59

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Seni Arca

Seni Tembikar

60

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Seni Catan

Rajah : Menunujukkan lukisan zaman klasik China yang banyak memberikan gambaran kawasan pergunungan iaitu pengaruh Yin dan Yang dalam kehidupan mereka.

61

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

FALSAFAH CHINA

Mencius (Ying Yang)

Confucius

Toisme

Rajah : Falsafah China terbahagi kepada Mencius, Confucius dan Toisme Tuliskan satu essei pendek tentang konsep Yin dan Yang berdasarkan catan lanskap
.

(c)

Falsafah Seni India

Terdapat Enam aliran (sekolah) dalam Sistem Falsafah India iaitu Nyaya, Vaisheshika, Sankhya, Yoga, Mimamsa dan Vedanta. Kesemua aliran ini menerima sepenuhnya ajaran kitab Veda. Dikenali sebagai astika darshana.

Pendukung aliran Nyaya ialah Gautama dan karyanya Nyaya Sutra bertarikh kurun ke-2 SM. Nyaya bermaksud pertimbangan logik. Terdapat empat sumber ilmu pengetahuan iaitu persepsi (pratyaksha), Inferens (anumana),

Analogi/perbandingan (upamana) dan Testimoni/pembuktian (shabda)

Aliran Vaisheshika dikenali sebagai Vaisheshika Darshana. Pengasas aliran ini ialah Kanada (kurun ke-3 SM) dan karyanya berjudul Vaisheshika Sutra. Semua benda dikatakan diperbuat daripada 4 jenis paramanu (atom) iaitu atom bumi, air, api dan udara. Terdapat 5 unsur dlm pembentukan dunia iaitu dik (ruang), kala (masa), akasha (eter), manas (minda) dan atma(jiwa ).

62

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Aliran Sankhya merupakan Sistem falsafah terawal. Dipelopori oleh Kapila (kurun ke-7SM) dan karyanya ialah Sankhya Sutra. Sankhya bererti bilangan iaitu falsafah yang menghuraikan mengenai realiti dalam bilangan yang terhad dan pengetahuan yang sempurna. Dua realiti mutlak iaitu purusha (jiwa) dan prakriti (jirim), sebab dan akibat. Konsep Triguna (tigasifat) alam semesta iaitu Sattva, Rajas .dan Tamas

Pendukung Aliran Yoga ialah Patanjali (kurun ke-2 SM) dan karyanya ialah Yoga Sutra. Konsep Tuhan mutlak iaitu memperjelaskan realiti Tuhan. Penyatuan roh individu dengan roh duniawi menjadi tujuan hidup. Latihan minda dan fizikal iaitu latihan mengawal serta mematikan fungsi anggota badan, pancaindera, minda, intelek dan ego tanpa menghilangkan kesedaran diri iaitu pengalaman jiwa. Disiplin minda dan fizikal membantu mencapai moksha.

Mimansa bererti siasatan. Objektif utama ialah menegakkan kewibawaan kitab Veda serta ritualnya. Pendukungnya ialah Jaimini yang menyusun falsafah ini secara sistematik dan mencipta teks Purva-mimansa Sutra pada 400 SM. Kepentingan sistem tafsiran Veda.

Vedanta dikenali sebagai Uttara Mimansa. Pelopor ialah Badarayana yang mencipta karya Brahma Sutra (400SM) atau juga dikenali sebagai Vedanta Sutra. Teks asas ialah karya-karya Upanishad, Brahma Sutra dan Bhagavad Gita. Pendukung falsafah ini yang terkenal ialah Sankara. Dua aliran utama iaitu Advai ta (non-dualistic) dan dvaita (dualistic). Advaita (yang didukung oleh Sankara) menyatakan Atman (jiwa) dan Brahman (Tuhan) bukanlah dua entiti yang berbeza. Dvaita (didukung oleh Ramanuja dan Madhva) menyatakan Atman dan Brahman adalah berlainan tetapi tidak terpisah. Aliran Ramanuja disebut Vis is tadvaita- Vedanta dan Madhva dikenali sebagai Dvaita- Vedanta. Ahimsa terdapat unsur-unsur positif seperti kasih sayang, simpati, belas kasihan, murah hati, jasa dan pengorbanan diri. Mengelak daripada melakukan

63

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI kekejaman atau mencederakan. Satya kebenaran. Pengetahuan benar yg merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yg benar,ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan. Perpaduan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama, penting menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat. Seni Bina dan Seni Ukir Bidang Kesenian India, Seni Arca Merupakan kesenian tertua di India dan berkait rapat dengan patung-patung keagamaan. Dibuat daripada batu marmar, kerana ia lebih tahan dari tanah liat. Zaman kegemilangan seni arca India ialah pada zaman Guptas. Berkembang maju pada zaman Maurya, contoh Tiang Asoka. Mencapai kegemilangan pada zaman Gupta, contoh Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid.

Seni arca bermula dengan patung, maka banyak patung-patung berbentuk manusia yang disimpan di kuil-kuil untuk tujuan keagamaan. Ada juga menggunakan bahan-bahan dari besi dan gangsa.

Patung Lord Siva antara arca seni dalam pergerakan istimewa. Telah mendorong ramai tukang-tukang arca India menghasilkan pelbagai bentuk arca.

Seni Lukis

Dalam bidang Seni Lukis pula kesannya boleh dilihat di dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya. Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan. Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabhrata. Contoh Gua

64

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Ellora, Badami dan Bagh. Zaman Muslim- merupakan zaman pemulihan seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi.

Dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya. Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan. Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabhrata. Contoh Gua Ellora, Badami dan Bagh. Zaman Muslim- pemulihan seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi.

Stupa dan Brobodur

Seni Arca

65

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Lukisan Miniatur Radhe Krishna

Lukisan Miniatur Rajasthani

Hasilkan satu essei pendek mengenai enam aliran dalam sistem falsafah India

3.4.3 Perbandingan PandanganTokoh-tokoh (a) Pandangan Tokoh Islam

Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Al-Ghazali, ahli falsafah terkenal Islam, juga telah mengemukakan teori estetika yang menyentuh aspek keindahan yang terdapat dalam sesuatu karya seni. Menurut Al Ghazali, keindahan yang terhasil mempunyai nilai tersendiri yang perlu dihayati. Beliau menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Al Ghazali tidak melihat sesuatu karya seni dari aspek fizikal kerana baginya manusia yang taksub pada kebendaan tidak akan berjaya memperoleh kebahagiaan yang hakiki.

66

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera. Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama :

Seni melaui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, senia suara dan sebagainya.

Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian dan sebagainya.

Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater, filem dan sebagainya.

Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan prosa.

Al Faruqi, cendekiawan Islam yang dilahirkan di Jaffa Palestin pada tahun 1921 telah membincangkan hal berkaitan karya seni Islam dan estetikanya. Al Faruqi menegaskan bahawa Tauhid merupakan prinsip utama dalam estetika Islam. beliau turut menegaskan bahawa Tuhan tidak dapat digambarkan dalam bentuk estetika. Estetika yang terhasil adalah berdasarkan daripada pengamatan dan pengalaman manusia itu sendiri. (b) Pandangan Tokoh China

Seni China dikatakan mempunyai kepelbagaian gaya. Pandangan ahli-ahli falsafah mengenai spentingeni China telah bercanggah sejak zaman China purba lagi. Confucius telah menyumbangkan peranan dalam kesenian dan

kemanusiaan (terutama dalam bidang muzik dan puisi). Namun pendapat tersebut ditentang oleh Mozi yang menyatakan bahawa seni muzik dan seni

67

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI halus adalah satu pembaziran dan membuang masa kerana ianya dikatakan untuk golongan berada dan bukan golongan miskin. Gu Kaizhi telah menjelaskan teori dalam seni lukis yang membantu pengkarya seni dalam menghasilkan karya seni mereka. Keagamaan dan falsafah akan mempengaruhi setiap penghasilan karya seni mereka. Keagamaan dan falsafah akan mempengaruhi setiap penghasilan karya seni yang banyak. (c) Pandangan Tokoh India

Seni Hindu adalah berbentuk spiritual dan falsafah, berhubungkait dengan gambaran simbolisme. Berdasarkan Kapila Vatsayan, bentuk seni bina klasik Hindu, seni arca, seni catan, sastera (kaavya), muzik dan tarian mempunyai aturan tersendiri. Setiap bentuk seni dalam kesenian Hindu ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain iaitu gambaran persembahan antara simbol dan bentuk spiritual ang lebih sempurna. Konsep saster Hindu seperti Rasa, adalah gambaran emosi yang diluahkan oleh penulis yang berkaitan dengan sensitiviti penonton. Kalidasa pula menghasilkan puisi yang mengaitkan karya seni beliau dengan rasa yang mengetengahkan konsep estetika sepenuhnya. Teori rasa mula berkemba ng dengan teks Sanskrit iaitu Natyashastra iaitu karya seni yang dihasilkan untuk Bharata Muni iaituTuhan dalam persembahan drama Fifth Veda. Krya seni ini adalah gambaran keagamaan. Teori rasa juga berkembang secara signifikan dengan estetika Kashmiri dalam puisi klasik. Latihan 1.3 Bincangkan kepentingan estetika dalam penghasilan karya seni

68

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI RUMUSAN Falsafah seni oriental seperti falsafah seni yang lain juga merupakan satu proses mencari jawapan kepada keindahan. Malahan ia juga memberikan gambaran tentang gabungan nilai keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seseorang pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan. Falsafah seni Islam lebih berkonsepkan keagamaan. Kesenian Islam dilarang meniru bulat-bulat keindahan ciptaan tuhan, di mana hasil seni tidak harus menyerupai apa-apa objek sekalipun. Maka hasil seni Islam kebanyakannya berbentuk geometrik. Falsafah China mengutamakan kehalusan seni dan direalisasikan dengan sangat abstrak dan kreatif. Pemahaman falsafah China dipecahkan pula kepada Mencius, Confucius dan Taoisme. Manakala falsafah India pula disebut Darsana, yang bersifat ketuhanan, spiritual dan percaya bahawa seni berkait rapat dengan masyarakat.

69