Anda di halaman 1dari 7

JBC 7010 SJK (C) LI CHI

KAMPUNG ABDULLAH,
85000 SEGAMAT, JOHOR.

KERTAS CADANGAN
KAJIAN TINDAKAN
2009

TAJUK

MURID AUTISMA: MENANGANI MASALAH TUMPUAN


PERHATIAN DALAM PEMBELAJARAN BAHASA CINA
DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH PENYEKATAN MOBILITI

OLEH:
CIK TAY PEI LING
(PENDIDIKAN KHAS)
1. Tajuk
Murid Autisma: Menangani Masalah Tumpuan Perhatian dalam Pembelajaran
Bahasa Cina dengan Menggunakan Kaedah Penyekatan Mobiliti.

2. Nama Penyelidik
Cik Tay Pei Ling

3. Nama & Alamat Sekolah


Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Li Chi
Kampung Abdullah, 85000 Segamat, Johor.
Kod Sekolah: JBC 7010

4. Latar Belakang Kajian


Sewaktu saya menjalani P&P Bahasa Cina di kelas Pendidikan Khas
Dua (PK2), saya menghadapi masalah tumpuan pengajaran walaupun kelas
saya hanya mempunyai 7 orang. Daripada 7 orang murid saya ini, terdapat 4
orang murid autisma dan 3 orang murid Sindrom Down. Mereka masing-
masing mempunyai masalah bahasa, komunikasi dan sosial pada tahap
berbeza. Setelah saya meneliti corak tingkahlaku dan personaliti anak-anak
murid saya, saya mendapati 2 orang murid autisma yang bertingkah laku
hiperaktif tidak boleh menumpu perhatian sewaktu pembelajaran. Keadaan ini
sedikit sebanyak telah mengganggu proses P&P dalam kelas.
Secara umumnya, autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan
para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya
ia berlaku. Kanak-kanak autisma mempamerkan kesemua atau sebahagian
ciri daripada yang berikut: suka bersendirian, sukar bergaul langsung dengan
individu lain, menunjuk tingkah laku aneh dan tidak boleh menggunakan atau
memahami bahasa (Hamid Arshat, 2009). Maka, kegagalan menumpu
perhatian dan memahami arahan guru oleh 2 orang murid autisma ini juga
mengganggu proses pembelajaran mereka.
5. Masalah / Fokus Kajian
Masalah utama yang sering murid hadapi ialah masalah tumpuan perhatian
pada guru. Mereka suka bersendirian dan seoleh-oleh hidup dalam dunia
sendiri. Dalam dunia sendiri mereka, mereka suka berlari ke sana sini,
menyanyi, menconteng buku, memutar-mutar pensil dan menepuk-nepuk
tangan. Oleh itu, kajian ini memfokuskan masalah murid dalam tumpuan
pembelajaran dengan penyekatan mobiliti mereka (immobilization).

6. Rasional Kajian
Kajian ini dijalankan kerana 2 orang murid autisma dari kelas PK2 ini sering
gagal mengikuti kelas. Tingkahlaku mereka juga telah mengganggu
pembelajaran rakan kelas lain.

7. Objektif Kajian
Objektif Umum: Untuk memastikan semua murid kelas PK2 boleh mendapat
ilmu sewaktu proses pengajaran & pembelajaran Bahasa
Cina dengan tumpuan perhatian yang setinggi mungkin.2
orang murid autisma bertingkahlaku hiperaktif itu dapat
dikawal dan menumpu perhatian dalam kelas.
Objektif Khusus:
1. Mengawal tingkahlaku 2 orang murid autisma yang bermobiliti tinggi.
2. Membina amalan rutin 2 orang murid autisma untuk mendengar
arahan guru semasa proses P&P: membaca dan menulis.
3. Menanam rasa minat belajar murid kelas PK2.

8. Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran adalah seramai 2 orang murid autisma bertingkahlaku
hiperaktif dalam kelas Pendidikan Khas 2: Woon Zi Jie & Pang Kim Seong.

9. Strategi Tindakan
Aktiviti 1: Setiap kanak-kanak hiperaktif memerlukan program rawatan
tersendiri memandangkan kepada kekuatan kekuatan dan
kelemahan kelemahan yang ada padanya. Ada yang memerlukan
latihan pengubahsuaian tingkah laku (behavioral modification
therapy), terapi pemakanan, dan ubat-ubatan untuk
mengurangkan keresahan bergantung kepada keperluan (Hamid
Arshat, 2009). Dalam kajian ini, saya akan menggunakan kaedah
pengubahsuaian tingkah laku untuk mengurangkan mobiliti Zi Jie
dan Kim Seong. Strategi ini melibatkan susunan meja dan kerusi
kelas yang ditunjuk seperti di bawah:

Rajah 1: Pelan Kelas semasa P&P


Aktiviti 2: Pemerhatian: Woon Zi Jie amat suka menyanyi. Selain itu, dia
suka menconteng dan membaca buku yang bergambar dan
berwarna-warni. Oleh itu, mobiliti Zi Jie mungkin boleh dikurangkan
dengan susunan meja sebegitu dan pembacaan buku kesukaan
dia.
Aktiviti 3: Pemerhatian: Bagi Pang Kim Seong pula, dia amat suka membaca
kad gantung binatang dan buku Sains. Oleh itu, mobiliti Kim Seong
boleh dikurangkan dengan susunan meja sebegitu dengan kawalan
pembantu pengurusan murid kelas (PPM) serta diberikan kad
binatang dan buku Sains.
Aktiviti 4: Teknik pengajaran berpusatkan murid dengan pendekatan secara
individu. Bagi setiap waktu kembar Bahasa Cina (60 minit), setiap
murid akan belajar bersama saya selama 7 hingga 10 minit
mengikut keadaan. Jika waktu Bahasa Cina hanya sewaktu sahaja
(30 minit), masa untuk setiap murid adalah 3 hingga 5 minit
mengikut keadaan. Bagi Woon Zi Jie dan Pang Kim Seong, mereka
akan belajar pada giliran terakhir semasa rakan kelas lain sedang
membuat lembaran kerja.

10. Jadual Pelaksanaan Kajian


Masa/ Tempoh Aktiviti
Minggu Pertama • Guru mengeluarkan buku bacaan perkataan dan
(1 minggu) buku aktiviti murid.
• Guru membuka buku bacaan perkataan murid.
• Guru memegang tangan murid, menunjuk jari murid
pada teks dan membaca teks buku.
• Guru memegang tangan murid untuk membimbing
murid menyiapkan lembaran kerja pada buku
aktiviti.
• Murid mungkin tidak memberi respon atau cuba
melepaskan tangan guru.
• Jika murid bertindak ganas, guru akan
memegang tangan murid dengan lebih kuat lagi
atau memberhentikan tindakan mengikut keadaan
murid.
• Guru mengeluarkan buku bacaan perkataan dan
buku aktiviti murid.
• Guru membuka buku bacaan perkataan murid.
• Guru memegang tangan murid, menunjuk jari murid
pada teks dan membaca teks buku.
• Guru memegang tangan murid untuk membimbing
Minggu ke – 2 dan
murid menyiapkan lembaran kerja pada buku
minggu ke – 3
aktiviti.
(2 minggu)
• Murid mungkin tidak memberi respon atau memberi
respon pada kandungan pengajaran tertentu
sahaja: contoh: nyanyian
• Murid mungkin mulai menerima cara
pembelajaran ini dan tidak bertindak ganas lagi.

• Guru mengeluarkan buku bacaan perkataan dan


buku aktiviti murid.
• Guru membuka buku bacaan perkataan murid.
• Guru tidak perlu memegang tangan murid.
Minggu ke – 4 dan • Guru dan murid menunjuk jari pada teks bersama-
minggu ke – 5 sama.
(2 minggu) • Guru membaca teks buku dan murid mengikut.
• Guru masih memegang tangan murid untuk
membimbing murid menyiapkan lembaran kerja
pada buku aktiviti.

• Guru mengarah murid untuk mengeluarkan


buku teks atau buku bacaan.
• Guru dan murid menunjuk jari pada teks bersama-
Minggu ke – 6
sama.
(1 minggu)
• Guru membaca teks buku dan murid mengikut.
• Guru tidak perlu memegang tangan murid untuk
bimbingan lembaran kerja.
11. Anggaran Kos Kajian

Item Kos seunit Jumlah Kos


Kertas A4 RM 10.00 x 1 unit RM 10.00
Jumlah RM 10.00

12. Rujukan

Hamid Arshat. Kanak-kanak yang Hiperaktif. 2009: http://www.hamidarshat.com/


index.php?option=com_content&task=view&id=184&Itemid=166

Hamid Arshat. Kanak-kanak Autistik. 2009: http://www.hamidarshat.com/index2.


php?option=com_content&do_pdf=1&id=199