Anda di halaman 1dari 39

KEPAK AYAM INTI UDANG HARIMAU DAN POKET HARTA BAHAN-BAHAN KEPAK AYAM INTI UDANG HARIMAU:

3 ketul Kepak Ayam 300gm Isi Udang Harimau 3 biji Sengkuang Cina Sepohon Daun Ketumbar (dihiris) Garam Gula Pati Ayam Serbuk Lada Putih Minyak Bijan Tepung Ubi

BAHAN-BAHAN SOS:

sudu teh Sos Tiram 300gm Sup Ayam

Tepung Ubi 1 sudu teh Sos Abalone

CARA-CARA PENYEDIAAN KEPAK AYAM INTI UDANG HARIMAU:


1. 2. Keluarkan tulang dari kepak ayam yang telah dibersihkan. Kemudian masukkan sedikit garam, gula, serbuk lada putih di atas kepak ayam. Gaulkan kepak ayam tersebut agar rasanya menjadi sebati. 3. 4. Selepas itu, bersihkan dan keringkan isi udang harimau, kemudian isinya dicincang dan dihancurkan. Masukkan sedikit garam, gula, pati ayam, tepung ubi, dan juga minyak bijian ke dalam isi udang yang telah dihancurkan. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati. 5. 6. 7. Seterusnya, masukkan isi udang harimau yang telah disebatikan tadi ke dalam kepak ayam. Kemudian gunakan pencucuk satay untuk mencucuk kepak ayam tersebut. Akhir sekali, panaskan kuali bersama minyak, dan gorengkan kepak ayam tersebut dengan api yang perlahan selama 12 minit.

CARA-CARA PENYEDIAAN SOS:


1. 2. Campurkan sos tiram, sup ayam, tepung ubi dan juga sos abalone. Gaulkan ia sehingga sebati.

BAHAN-BAHAN POKET HARTA:



80gm Kacang 'Edamamae' 3 keping 'Abura Age' 80gm Buah Labu (dipotong dadu) 80gm Isi Kepak Ayam 5gm Hirisan Udang Kering 5gm Cili Padi 2gm Lobak Manis/Chai Poh 150gm Sup Ayam 10 helai Daun Bawang (yang telah dimasak) Garam Gula Pati Ayam (Chicken Stok) Tepung Ubi

Hiasan:100gram Cendawan Putih (White Fungus - telah siap di proses)

CARA-CARA PENYEDIAAN POKET HARTA:


1. 2. Masak/Rebus buah labu terlebih dahulu sehingga ia menjadi lembik. Kemudian, masukkan sedikit garam, gula, dan juga pati ayam (Chicken Stok) ke dalam buah labu. Selepas itu, asingkan labu tersebut ke dalam bekas yang kering dan biarkan sejuk. 3. Seterusnya, panaskan kuali bersama minyak, dan gorengkan udang kering dengan api yang perlahan sehingga ia menjadi wangi. 4. 5. Masukkan sedikit cili padi, 'Cai Poh' (lobak manis) dan gorengkan ia bersama udang kering tersebut. Kemudian, masukkan sup ayam ke dalam kuali. Seterusnya, masukkan buah labu dan pastikan ia dimasak dengan menggunakan api yang perlahan. 6. 7. Apabila labu mula menjadi lembik, masukkan sedikit tepung ubi ke dalam hidangan tersebut. Selepas itu, bungkus inti tersebut dengan kepingan 'Abura Age' dan ikat 'Abura Age' tersebut dengan menggunakan daun bawang yang telah siap dimasak/rebus. 8. Seterusnya, tuangkan sedikit sos di atas Poket Harta dan panaskan ia selama 3 minit.

DAGING PANGGANG DAN HALIA MADU

BAHAN-BAHAN DAGING PANGGANG:



Daging Ribeye Bawang Merah Kecil (dikisar halus) Bawang Putih (dikisar halus) Halia Madu Garam Gula Lada Hitam

BAHAN-BAHAN SOS CENDAWAN:



Cendawan Butang Bawang Merah Kecil (dipotong dadu kecil) Bawang Putih (dipotong dadu kecil) Cili jalapeno (dipotong dadu kecil) Lada Hitam

Garam Gula Krim Whip

CARA-CARA PENYEDIAAN DAGING PANGGANG:


1. 2. 3. 4. 5. Kisarkan bawang merah kecil bersama bawang putih sehingga halus dan campurkan madu. Selepas itu, perapkan daging ribeye bersama bahan tumisan selama 30 minit. Kemudian, panggang ia menggunakan pan grill selama purata 6 - 9 minit bagi setiap bahagian). Ketepikan untuk dihidang. Simpan sisa minyak yang telah dicampurkan air untuk membuat sos cendawan.

CARA-CARA PENYEDIAAN SOS CENDAWAN:


1. 2. Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih sehingga naik bau wangi. Kemudian, masukkan cendawan butang dan cili jalapeno. Gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga rata dan masukkan whip krim dan gaul sehingga sebati. 3. Taburkan lada hitam, garam, gula dan masukkan sisa minyak daging panggang yang dicampur air tadi kedalam bahan-bahan tadi.

DAGING PANGGANG DAN KAMBING BEREMPAH BAHAN-BAHAN DAGING PANGGANG:



Daging Rusuk (dipotong 2 inci x 2 inci) Sos Tiram Herbal Campuran (bahan perapan) Garam

BAHAN-BAHAN KAMBING BEREMPAH ROSEMARY PANGGANG:



Kambing (bahagian shoulder) Lada hitam kasar Garam Herba Rosemary HP Sos

BAHAN-BAHAN SOS:

Dijorn Mustard Mustard Kasar (yang mempunyai biji) Herba thyme (dicincang halus)

CARA-CARA PENYEDIAAN DAGING PANGGANG:


1. 2. Perapkan daging selama 1 jam dan cucuk dengan lidi. Bakar sehingga masak atau setengah masak (medium well)

CARA-CARA PENYEDIAAN KAMBING BEREMPAH ROSEMARY PANGGANG:


1. 2. 3. Perapkan kambing dengan kesemua bahan. Biarkan seketika. Kemudian Panggang Kambing yang telah diperap tadi. Sedia untuk dihidangkan bersama Sos, Buah-buahan dan Kentang Bakar.

CARA-CARA PENYEDIAAN SOS:


1. 2. Gaul kesemua bahan sehingga sebati. Sedia dihidangkan bersama Kambing Panggang.

DAGING PANGGANG DAN KENTANG LENYEK CENDAWAN BAHAN-BAHAN DAGING PANGGANG:



1.2kg Daging Tali Overproof (kitchen string) 2 sudu besar Rosemary Kering 1 sudu besar Oregano Kering 1 sudu besar Lada Hitam kisar 1 sudu besar Serbuk Paprika 2 Sudu Besar Minyak Zaitun 1 Sudu Besar Garam

BAHAN-BAHAN SOS:

2 biji Bawang Besar (dipotong dadu) 4 biji Bawang Putih (dipotong dadu) 3 batang Daun Rosemary Segar Jus daging ( cawan)

2 sudu besar Serbuk Demi-Glaze 2 cawan Stok Daging (tanpa garam) 1 tin Buah Tomato

CARA-CARA PENYEDIAAN DAGING PANGGANG:


1. 2. 3. 4. 5. Ikat daging tenderloin supaya ianya akan kekal bentuk semasa sedang dimasak. Campurkan kesemua bahan perapan dan salutkan daging dengan bahan perapan ini. Perap untuk 1 jam. Di atas frying pan ataupun grill yang panas, sear permukaan tenderloin hingga berwarna perang. Bakar di dalam ketuhar selama 10-15 minit dengan suhu 180C sehingga tahap masak yang diingin dikecapi. Selepas siap, rehatkan daging di luar ketuhar dan simpan jus daging yang terkeluar semasa memasak.

CARA-CARA PENYEDIAAN SOS:


1. Tumis bawang dengan sedikit minyak panas hingga caramelized dan warna perang, api perlahan, lebih kurang 20 hingga 30 minit. 2. 3. Masukkan bawang putih, rosemary dan tumis 5 minit. Jangan hanguskan. Masukkan buah tomato, stok daging, jus daging dan 'demi-glaze' dan reneh hingga semua buah tomato hancur tanpa menghanguskan apa-apa bahan, lebih kurang 15 minit. 4. Tapis keluar semua bahan di simpan sos.

5.

Gubah rasa ikut citarasa. Kalau perlu cuka boleh dimasukkan.

BAHAN-BAHAN KENTANG LENYEK CENDAWAN:



6 biji Kentang Russet (dipotong dadu) biji Bawang Holland (dipotong dadu) @ biji Bawang Merah (dipotong dadu) 3 ulas Bawang Putih (dipotong dadu) 30 biji Cendawan Butang (dihiris dan didadu kecil) 2 tangkai Herba Oregano (daun dipotong kasar) 1 cawan besar Air Stok Ayam 1 cawan besar Krim Garam Lada Hitam (dikisar) Mentega

CARA-CARA PENYEDIAAN KENTANG LENYEK CENDAWAN:


1. 2. Panaskan air rebusan bersama dengan kentang hingga masak. Tepikan. Panaskan pan bersama sedikit minyak dan 2 sudu teh mentega. Masakkan cendawan bersama dengan bawang holland, bawang kecil dan bawang putih, tepikan. 3. Toskan kentang dan masukkan stok ayam, campurkan ramuan cendawan bersama dan masukkan krim dan 1 sudu teh mentega. 4. 5. Apabila kentang sudah masak dan lembik, lenyekkan, beri perisa garam dan lada hitam. Biar sedikit kering. Gaulkan herba oregano dan siap untuk dihidang.

BAHAN-BAHAN SAYUR PANGGANG:



2 biji Terung (dipotong dadu besar) 4 biji Lada Benggala Merah (dihiris nipis) 2 biji Zukini (dihiris nipis) Jus 1 biji Lemon Garam dan Lada 5 sudu minyak Neuvida

CARA-CARA PENYEDIAAN SAYUR PANGGANG:


1. 2. Masak terung dan lada benggala dengan api yang besar bersama 2 sudu besar minyak neuvida selama 3-5 minit. Setelah masak, gaulkan bersama jus lemon, garam, lada, minyak neuvida lebih dan juga zukini yang mentah.

DAGING TIGA RASA BAHAN-BAHAN DAGING TIGA RASA:



300gm Daging Ribeye (dipotong dadu) 2 biji Cili Bengala (hijau/merah) 10 biji Cendawan Swiss Brown 1 biji Buah Pear 2 biji Tomato Merah (dadu) 1 biji Bawang Kuning 3 ulas Bawang Putih 4 tangkai Cili Kering Sedikit Daun Pasli (dicincang) 3 tangkai Daun Bawang 10 tangkai Kacang Pea (dicincang) Garam Lada Hitam Minyak (untuk menumis) Kulit Kayu Manis

CARA-CARA PENYEDIAAN:

Tumis bawang merah, bawang putih, cili kering sehingga naik bau. Masukkan daging dan buah pear dan tunggu sehingga daging masak. Selepas itu, masukkan cendawan swiss brown ,cili benggala, tomato, kacang pea dan daun pasli. Gaul sehingga rata. Apabila mendidih masukkan garam, lada hitam dan reneh lama sikit sehingga pekat.

KAMBING PANGGANG BERSAMA SOS TOMATO ROSEMARY & AYAM PERAPAN MADU KICAP BAHAN-BAHAN KAMBING PANGGANG:

Garam Lada Hitam Mustard Dijon Rosemary Minyak Zaitun

BAHAN-BAHAN SOS TOMATO ROSEMARY:



Tomato Pronto Buah Tomato (di potong dadu) Stok Ayam

Bawang Holland (dipotong dadu) Bawang Putih (dicincang halus) Herba Rosemary Garam dan Lada Mentega

BAHAN-BAHAN AYAM PERAPAN MADU KICAP:



Sos Soya Gula Perang (direbus dalam air sehingga cair - gantian madu) Lada Hitam Bawang Putih

CARA-CARA PENYEDIAAN KAMBING PANGGANG:


1. 2. Perapkan Kambing sebelum panggang. Ambil Kambing yang telah diperapkan dan panggang.

CARA-CARA PENYEDIAAN SOS TOMATO ROSEMARY:


1. 2. Reneh kesemua bahan sehingga sebati. Apabila masak, tutup api dan masukkan mentega sehingga cair dan sebati.

CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM PERAPAN MADU KICAP:


1. 2. 3. Reneh sos soya, gula perang, lada hitam dan bawang putih bersama ayam. Renehkan ayam sehingga separuh masak. Kemudian panggangkan ayam yang telah direneh separuh masak tersebut.

KARI AYAM KERING PENANG


BAHAN-BAHAN:

9 biji Bawang Merah Kecil 4 ulas Bawang Putih 3 batang Kayu Manis 4 biji Bunga Cengkih Cabai Kering 2 biji Tomato Serbuk Kari Ayam 1 dada Ayam 1 Yogurt 2 cawan Beras 2 helai Daun Pandan Daun Kari Air Mawar

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. 2. 3. 4. Hiris 5 biji bwang merah kecil, 4 biji bawang putih dan tomato di belah 4. Selepas itu 4 cabai kering di belah 2. Dada ayam dipotong kuib. Panaskan kuali dengan 5 sudu minyak kemudian tumiskan bawang merah kecil, bawang putih 4 biji bunga cengkih dan satu kayu manis. 5. 6. 7. 8. Apabila bahan tumisan dah naik bau masukkan cabai kering dan 3 sudu besar serbuk kari. Kacau sehingga ayam itu masak kemudian masukkan tomato. Masukkan garam, gula, lada sulah secukup rasa. Renehkan sehingga agak hampir kering dan masukkan yogurt.

PAELLA VALENCIANA

BAHAN-BAHAN:

400g Beras (Calrose atau California) 160g Udang Harimau (dibuang kulit tengah) 200g Ayam (dipotong kepingan kecil) 100g Sotong (dihiris) 100g Sosej Ayam (dihiris) 120g Lala 120g Kupang 20g Bawang Putih (dicincang halus) 20g Bawang Putih (dimayang) 40g Bawang Besar (dimayang) 80g Lada Benggala Merah (dihiris nipis) 80g Lada Benggala Kuning (dihiris nipis) 80g Lada Benggala Hijau (dihiris nipis) 5g Cili Padi (dihiris nipis) 50g Kacang Hijau (green peas) 5g Daun Parsli (dicincang halus) 1g Bunga Saffron

2biji Buah Tomato Segar (dipotong dadu) 200g Coulis Buah Tomato 800ml Air Rebusan Ayam 150ml Minyak Neuvida Garam dan Lada Sulah 1 biji Buah Limau

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. 2. 3. 4. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bawang putih, bawang besar, lada benggala hingga naik bau. Masukkan bunga saffron, coulis tomato dan air rebusan ayam. Masak di atas api sederhana dan biarkan beberapa ketika. Panaskan minyak didalam kuali leper paella. Masukkan bawang putih yang dicincang halus bersama daun parsli, cili padi, ayam, sotong, sosej dan lala. 5. 6. Masukkan coulis tomato, buah tomato dan beras. Kemudian kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Tuangkan air rebusan ayam kedalam campuran beras, sedikit demi sedikit sambil menggaul hingga beras menyerap air rebusan. 7. 8. 9. Kemudian perlahankan api dan ulangi proses ini hingga nasi hamper 90% masak. Masukkan garam dan lada secukup rasa, udang, kepah dan kacang hijau. Pindahkan ke dalam ketuhar hingga nasi masak sepenuhnya. Hiasan: Potong buah limau kepada bentuk wedges dan letakkan di atas nasi paella bersama daun parsli.

Ayam berempah
BAHAN-BAHAN:

Ayam dipotong kecil Bawang Merah (dikisar) Bawang Putih (dikisar) Halia (dikisar) Serai (dikisar) Serbuk Kari Serbuk Ketumbar

Serbuk Jintan Putih Daun Kari Serbuk Kunyit Garam - Secukup Rasa Maggi Cukup Rasa - Secukup Rasa Minyak - Cukup untuk mengoreng

CARA-CARA MEMASAK:
1. 2. 3. Perapkan ayam dengan kesemua bahan, biarkan sebentar. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak dan garing. Sedia untuk dihidangkan.

PIZZA DELISHA
BAHAN-BAHAN:

Ubi Bit 1/2 biji Buah Pic 1 batang Sosej (belah 2 dan potong kepada 4 bahagian) Roti Ciabatta Roti Focaccia 1 biji Bawang Kuning (dihiris) 2 ulas Bawang Putih (didadu) 2 biji Ubi Bit (dihiris) Tomato (direbus dan dilenyek) Garam Lada Sulah Keju Mozarella (diparut) Daun Parsli (dihiris) Lada Benggala (dipotong)

CARA-CARA PENYEDIAAN PIZZA DELISHA:


1. 2. 3. 4. 5. Panaskan minyak. Tumiskan bawang kuning dan bawang putih. Masukkan ubi bit dan kacau . Sesuaikan rasa. Angkat dan sapukan di atas roti yang telah direnjis dengan minyak. Parutkan keju di atasnya dan bakar sehingga masak.

CARA-CARA PENYEDIAAN SOS PIC DAN BEET ROOT BERSAMA BAWANG PUTIH PANGGANG:
1. 2. 3. Buah pic dipotong dadu, tambahkan gula dan masak sehingga gula pekat. Campurkan pes ubi bit dan buah pic dan kisarkan bersama bawang putih. Hidangkan bersama Pizza Delisha.

PUNCH BUAH-BUAHAN TROPIKA


BAHAN-BAHAN:

Tembikai Tembikai Susu Gula Perang Gula Biasa Air Garam Lemon

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. 2. 3. 4. Potongkan tembikai susu dan tembikai biasa kepada kiub untuk diproses dan diperah. Buatkan air syrup dengan memanaskan gula perang, gula biasa dan air. Campurkan semua bahan 1 dan 2 serta tambahkan garam dan lemon secukup rasa. Hidangakan.

TART KASTARD DGN BUAH-BUAHAN

BAHAN-BAHAN PASTRI:

300g Tepung Gandum 180g Mentega Sejuk (dikiubkan) 2 sudu besar Gula 1 biji Telur 5 sudu besar Air Sejuk

BAHAN-BAHAN KASTARD:

500ml Krim 3 batang Kulit Kayu Manis Kulit dari Sebiji Lemon 2 sudu teh Esen Vanilla 3 biji Telur 2 biji Telur Kuning cawan Gula

CARA-CARA PENYEDIAAN PASTRI:


1. 2. Kisarkan di dalam food processor sehingga menjadi serbuk (crumbs). Dengan motor processor dihidupkan, tambahkan telur dan tuangkan air perlahan-lahan sehingga campuran menjadi doh. Hentikan motor processor. 3. 4. Keluarkan doh, uli sedikit dan bungkus dengan plastic cling wrap, simpan di dalam peti sejuk 30 minit. Leperkan doh yang telah direhatkan tadi dengan menggunakan penggelek sehingga setebal 3mm dan tebar memuati tin tart. 5. Pindahkan doh pastri ke dalam tin tart, kemaskan dan tekankan ke bucu-bucutin. Trim lebihan pastri. Cucuk pastri dengan garfu dan lapiskan pastri dengan kertas minyak. Tuangkan beras dan bakar dalam oven 200C selama 1520 minit (blind bake). Selepas 15-20 minit, keluarkan kertas dan beras dan bakar lagi pastri selama 10 minit sehingga keperangan.

CARA-CARA PENYEDIAAN KASTARD:


1. 2. 3. 4. Panaskan krim, renehkan 10 minit, tutup api dan biarkan perasa menyerap ke dalam krim. Pukulkan hingga sebati. Tumiskan adunan krim dan tuangkan ke dalam campuran telur. Tuangkan campuran kastard ke dalam kulit pastri, bakar dalam oven 180C selama 30-35 minit atau sehingga kastard masak. 5. Bila masak, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum mengeluarkan tart dari tin dan memotong tart untuk dihidangkan.

BAHAN-BAHAN DAN CARA-CARA PENYEDIAAN BUAH-BUAHAN:



Strawberi (dipotong) Kiwi (dipotong) Bluberi 1 cawan gula tambah 1 cawan air dimasak sehingga menjadi siap. Campurkan dengan buah-buahan.

BAHAN-BAHAN DAN CARA-CARA PENYEDIAAN KRIM LEMON:



500ml Krim (putar hingga kembang) Sedikit Jus Lemon 5 sudu besar Gula Aising (ditapis)

ROSELLE NASI AYAM BERSAMA SALAD


BAHAN-BAHAN NASI:

Nasi - 1 mangkuk Air Roselle - 1 mangkuk Sos Tiram - 1 sudu besar Garam - 2 sudu kecil

BAHAN-BAHAN TUMIS:

Bawang Merah (dihiris) - 1 biji Bawang Putih (dicincang) - 3 biji Bunga Lawang - 5 kuntum Minyak Masak - 3 sudu besar

BAHAN-BAHAN AYAM:

Dada Ayam (dipotong 2 secara mendatar) - 1 ketul Sos Tiram - 1 sudu besar

Bawang Putih (dihiris) - 3 ulas Minyak Masak - 1 sudu Garam

BAHAN-BAHAN SALAD:

Limau Bali (dikeluarkan isi) - 2 bahagian Tomato (kulit dikeluarkan dan dicincang) - biji Jus Limau - biji Kacang Badam (dipotong) - 6 biji

Minyak - 2 sudu besar Gula Garam

BAHAN-BAHAN SOS ROSELLE:



Jus Roselle (rebus kulit buah Roselle dalam air mendidih) - 1 mangkuk Minyak - 2 sudu besar Gula Garam

CARA-CARA PENYEDIAAN NASI:


1. 2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan Tumis sehingga naik bau wangi. Kemudian, campurkan bahan-bahan Nasi ke dalam bahan tumisan, dan masakkan bahan-bahan tersebut dengan api yang besar. Kacau nasi tersebut dari masa ke semasa supaya nasi tidak hangus. 3. Kemudian, kecilkan api dan masak sehingga nasi menjadi lembut kira-kira 15 minit.

CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM:


1. 2. Perapkan ayam dengan sos tiram, bawang putih dan garam yang telah dilumurkan keseluruhan ketulan dada ayam. Panaskan kuali bersama minyak dan dan goreng ayam tersebut sehingga masak dan keperangan.

CARA-CARA PENYEDIAAN SALAD:


1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaulkan sehingga rata.

CARA-CARA PENYEDIAAN SOS ROSELLE:


1. 2. 3. Panaskan kuali dan renehkan jus Roselle sehingga ia menjadi pekat. Kemudian, masukkan gula dan garam secukup rasa. Apabila gula dan garam sudah cair, masukkan minyak untuk menjadi sos.

UDANG GETAK DAN SOS MAYONIS LIMAU BAHAN-BAHAN:



3 ekor Udang Getak (ambil bahagian ekor sahaja) Garam Lada Hitam (hancur/kisar) Lada Benggala Merah 3 ulas Bawang Putih (dicincang halus) Bawang Holland (dicincang halus) Herba Dill Mayonis Krim Perisa Secukup Rasa 1 biji Tomato Tin dan 3 sudu besar sosnya 6 kiub Coklat Putih cawan Coklat Serbuk Koko Mentega Buah Pear (dibuang biji)

CARA-CARA PENYEDIAAN UDANG:


1. 2. Panaskan air bersama dengan sedikit bawang holland, bawang putih dan garam. Kemudian celurkan udang getak sehingga ianya tukar warna (lebih kurang 1-2 minit). Toskan dan ketepikan.

CARA-CARA PENYEDIAAN SOS MAYONIS LIMAU:


1. Campurkan 3 sudu besar mayonis dan tambahkan garam dan lada hitam kisar sebagai perisa. Masukkan 1 sudu besar jus perahan limau nipis. 2. Panaskan 1 sudu minyak dan masukkan bahan campuran. Tutup api sebelum ia mendidih dan masukkan herba dill yang dicincang. 3. Apabila hendak dihidang, letakkan 1 sudu teh sos di atas udang getak dan taburkan sedikit herba dill.

CARA-CARA PENYEDIAAN BUAH PEAR DIRENDIDIH:


1. Panaskan air di dalam periuk, masukkan secubit garam dan 2 sudu besar gula. Masukkan 1 sudu teh lada hitam dikisar. 2. Masak secara rendidih sehingga buah pear lembut dan empuk. Tos dan letak tepi.

CARA-CARA PENYEDIAAN SOS COKLAT GANACHE:

1.

Panaskan periuk bersama air. Kemudian coklat putih dan 3 sudu besar mentega bersama 1 sudu besar gula dan cairkan.

2. 3. 4.

Masukkan krim sehingga sebati. Tutup api dan masukkan 1 sudu teh limau nipis jus dan 1 sudu teh mentega sehingga cair. Biar rehat seketika. Kemudian tuangkan ke atas buah pear apabila hendak dihidangkan.

PASTA TAGLIATELLE BESERTA AYAM SUMBAT DAN MOUSSE HATI AYAM BAHAN-BAHAN AYAM:

0.4kg Peha Ayam 0.2kg Hati Ayam 0.5gm Keju Mozarella 20gm Herba Thyme (segar) 30gm Herba Rosemary (segar) 0.5liter Minyak Neuvida 0.15gm Garam 0.15gm Lada Hitam 40gm Kacang Perancis 40gm Lobak Merah Kecil 10gm Cendawan Butang 20gm Serbuk Brown Stock 0.1kg Biji Bawang Putih (dihiris) 1gulung Tali butchers 20gm Tomato Ceri

50gm Mentega 0.5kg Bawang besar (dipotong dadu) 2tin besar Tomato yang dikupas (Coullise) 1bungkus Herba Selasih Manis (Sweet Basil) 2sudu besar Krim Masak

BAHAN-BAHAN DOH PASTA:



400gm Tepung Lembut 100gm Tepung Suji

4biji Telur 3gm Garam 0.4ml Minyak Neuvida 20gm Dakwat Sotong

CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM:


1. 2. Bersih dan tumiskan hati ayam dengan bawang dan herba thyme segar. Untuk mousse, kisarkan daging ayam (bahagian lain selain bahagian peha) bersama keju mozzarella and masukkan krim masak. 3. Buka daging peha ayam dan bersihkan, keluarkan tulangnya. Ambil mousse dah letakkan di atas daging ayam tadi, ditutupi bersama hati ayam yang telah dimasak. Ambil keju mozzarella dan letakkan sedikit di atas hati ayam. 4. 5. Gulungkan peha ayam dan ikat menggunakan tali butcher. Letakkan garam dan lada hitam secukup rasa. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, gorengkannya sehingga warna keperangan. Seterusnya masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit. 6. 7. Tumiskan bawang putih, bawang besar bersama dengan selasih keping segar sehingga penjadi sedikit kuning. Kemudian masukkan sos tomato (coullise) dan ceri tomato. Kacau sehingga pekat dalam tempoh masa 5 hingga 7 minit. 8. Setelah doh pasta dimasukkan ke dalam mesin pasta sehingga menjadi Tagliatelle, celur pasta taglitelle selama 3 minit dan masukkan ke dalam sos tadi. 9. Bersihkan kacang perancis dan lobak merah kecil. Kemudian panaskan air berisi garam dan biarkan sehingga ia menggelegak. Celurkan kacang perancis dan lobak merah kecil ke dalam air panas yang berisi garam tadi. 10. Panaskan minyak neuvida dan tumis semua sayur-sayuran dengan baik. Masukkan bawang putih bersama. 11. Sementara menumis sayur, ambil beberapa ceri tomato dan dimasukkan dalam minyak neuvida (penuh) dan letakkan ke dalam ketuhar untuk confit (biarkan sehingga masak). 12. Campurkan 20gram serbuk brown stock dan campurkan bersama 2liter air sejuk sehingga larut . Masak sehingga mendidih, pekat dan likat. 13. Hiris cendawan butang dan tumis sehingga perang. Kemudian tuangkan brown stock yang dilarut tadi dan gaul sehingga menjadi likat. 14. Keluarkan ayam dari ketuhar. Buangkan tali butcher dan potong ayam menjadi kepingan. 15. Susun pasta kemudian hiaskan bersama sayur-sayuran begitu juga dengan peha ayam tadi dan ceri tomato tadi. 16. Kemudian tuangkan sos ke atas pinggan. Sedia untuk dihidangkan.

CARA-CARA PENYEDIAAN DOH PASTA:


1. Masukkan semua bahan kedalam pembancuh dan bancuhkan bahan-bahan tersebut menggunakan cangkuk pembancuh (hook).

2.

Kemudian, keluarkan doh dan balutkan doh tersebut . Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk dah biarkan selama 45 minit.

3.

Selepas 45 minit keluarkan doh dan uli sehingga leper dan masukkan ke dalam mesin pasta.

Tip: Jangan letak inti terlalu banyak untuk mengelakkan dari limpahan.

BAHAN-BAHAN MAGGI AGLIO OLIO:



Setengah Bawang Holland (dihiris) Satu sudu besar Daun Bawang 1bungkus Maggi Kari Garam secukup rasa Satu cawan air

BAHAN-BAHAN SOS:

Air Rebusan Maggi Satu sudu besar Mentega Satu sudu besar Tepung 2 sudu besar Krim Garam secukup rasa Secubit Gula

BAHAN-BAHAN AYAM:

2 paket Rempah Kari Maggi 1 biji lemon Dada Ayam Lada

CARA-CARA PENYEDIAAN MAGGI AGLIO OLIO:


1. 2. 3. Rebus Maggi bersama secawan air dan perencah kari sehingga al-dente. Panaskan minyak dan masak bawang Holland sehingga lembut dan masukkan hanya Mee Maggi yang dimasak tadi. Tambahkan daun bawang dan garam.

CARA-CARA PENYEDIAAN SOS:


1. 2. 3. Masak mentega dan tepung selama 2 minit sehingga menjadi roux. Masukkan air rebusan Maggi tadi dan masukkan krim. Tambahkan gula dan garam.

CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM:


1. 2. Perap ayam bersama rempah kari dan jus lemon dan lada selama seminit. Masak ayam selama 15 minit atau sehingga masak.

MAGGI MI GORENG ALA JEPUN


BAHANBAHAN UTAMA:

1 bungkus Maggi Mi Goreng Pluz Asli Pedas 10 keping Rumpai Laut Jepun 1 sudu teh 'Wasabi' Bermayonis

BAHAN-BAHAN A:

100gm Jejari Ketam (dihiris halus) 100gm Timun (dihiris halus 8 cm panjang) 100gm Lobak Merah (dihiris halus 8 cm panjang)

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. 2. 3. 4. Masak Maggi Mi Goreng Pluz Asli Pedas seperti biasa. Letakkan Maggi Mi Goreng Pluz Asli Pedas di atas rumpai laut jepun. Kemudian sapukan 1 sudu teh wasabi bermayonis dan susu Bahan-bahan A. Gulung kemas dan hidangkan.

TELUR SCRAMBLE,TURKEY DAN HAM BAHAN-BAHAN:



Telur Susu penuh krim Lada hitam Garam Ham Ayam Belanda Mentega Mayonis

CARA-CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur 10 biji ke dalam mangkuk dan whiskan. Kemudian, panaskan kuali dengan 2 sudu mentega dan masukkan telur ke dalam kuali dan jangan berhenti kacau sehingga separuh masak. 2. 3. 4. 5. Masukkan susu penuh krim. Angkat terus telur dan masukkan ke dalam bekas lain. Masukkan mayonis, lada hitam dan turkey ham dan kacau hingga rata. Sejukkan dan siap dihidangkan.

KERABU ULAM SELOM

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Tomato dipotong dadu - 1 biji Daun Selom - 2 cekak Serai - 2 batang Kantan - 2 bunga Bawang Besar - 1 biji Halia - 2cm Cili Padi - 4 batang separuh mentah

8.

Udang Kering - digoreng (terpulang seberapa banyak yang ingin dihidangkan)

** Bahan numbor 1-7 : harus direcik halus dan digaul.

BAHAN-BAHAN SAMBAL KELAPA:



Cabai Merah - 3 biji (dibuang biji) Cili Padi - 2 biji Bawang Besar - biji Serai & recik - 1 batang Balacan - Sedikit sahaja Udang Kering - digoreng separuh garing Jus Limau Kastari - 6 biji Kelapa parut yang segar - 1 mangkuk Garam dan Gula - secukup rasa ** Bahan-bahan boleh dikisarkan dengan food processor atau tumbuk dengan lesung batu.

CARA-CARA MEMASAK:
1. Apabila sambal dikisar sebati, gaulkan bersama bahan-bahan yang telah direcik dan juga separuh mentah.

KARI UDANG AROMA BAHAN-BAHAN:



5kg Udang Harimau 7 labu Bawang Merah Besar 3 labu Bawang Putih 2 biji Halia biji Lengkuas 3 batang Serai 2 set Rempah 3 Sekawan(BUAH PELAGA BUNGA CENGKIH BUNGA LAWANG OR KAYU MANIS) 1 peket Serbuk Kari Ikan (di bancuh dengan air) 2 tangkai Daun Kari (dicarik) 7 helai Daun Limau Purut 1 ikat Daun Ketumbar (dihiris) 5 biji Tomato (dipotong belah empat) 4 biji Cili Merah dan Hijau 1 botol Sos Cili Maggi 1 paket Maggi Cukup Rasa Secukup rasa Gula, Garam, Lada Hitam

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan udang terlebih dahulu, gunting bahagian kepala, kaki dan ekor. Belah bahagian kulit belakang udang keluarkan kotoran udang. 2. Panaskan minyak di dalam periuk untuk menumis bahan yang dikisar hingga terbit aroma. Masukkan rempah 3 sekawan, serai, pes kari dan sos cili, kacau hingga naik minyak. 3. 4. 5. 6. 7. Masukkan daun kari, daun limau purut kemudian masukkan udang selama 5 minit. Tambah sedikit agar tidak hangit. Masukkan Maggi Cukup Rasa, garam, gula dan lada hitam untuk bahan perasa. Apabila dan hampir masak masukkan tomato, daun ketumbar dan cili hijau dan merah. Angkat dan hidangkan.

MOCHI SAKURA

BAHAN-BAHAN:

1kg Tepung Pulut 250ml Air 2 Cawan Kacang 1 Cawan Gula

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. 2. 3. 4. Tepung pulut diayak dan digaul dengan air hingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras. Kacang di goreng garing dan dibiarkan sejuk seketika. Kemudian kisar halus gula dan kacang. Gaul sekali. Letakkan di dalam mangkuk besar. Ketepikan. Adunan tadi dibentukkan bulat-bulat sebesar syiling 20 sen dan kemudian rebus di dalam air mendidih sehingga ia masak. 5. 6. ***Tips bebola mocha akan timbul bila ia masak. Tapis bebola mochi dan kemudian gelekkan dengan campuran kacang dan gula tadi. Pastikan rata dan sedia untuk dihidang.

OTAK-OTAK UDANG

BAHAN-BAHAN:

5 biji Bawang Besar 10 ulas Bawang Putih 1 inci Halia 1 inci Lengkuas 20 tangkai Cili Kering 1 cawan Santan Pekat/Susu Cair 2 sudu Maggi Cukup Rasa 5 sudu besar Air Asam Jawa 2 sudu besar Serbuk Kunyit 10 helai Daun Kunyit 1 kg Isi Udang (dicuci bersih) 4 keping Isi Ikan Aluminium Foil (untuk membungkus)

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. 2. 3. 4. Campurkan kesemua bahan-bahan dan sesuaikan rasa. Susun daun kunyit di atas aluminium foil. Letakkan bahan kisar, kemudian letakkan udang dan letak bagi bahan kisar. Bungkus bersama aluminium foil dan bakar dengan suhu 200C selama 10-15 minit.

TOMYAM SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:

1 bungkus kecil Perisa Tomyum Maggi 1 Sudu Kecil Pes Tomyum Maggi 5 ekor Udang (dibersihkan) Sotong sederhana saiz (dibersihkan dan dipotong hirisan) 1 biji Tomato (dipotong wedges) 4 batang Jagung Muda (dihiris menyerong) 2 helai Daun Limau Purut (dikoyakkan) 7 helai Daun Selasih 2 keping Asam Keping cawan Santan 2 cawan Air 1 sudu besar Nampla Secukup Rasa Garam Secukup Rasa Gula Bahan-bahan Tumisan: 2 inci Lengkuas (ditumbuk kasar)

2 batang Serai (dititik) inci Halia (ditumbuk kasar) 3 batang Cili padi (tumbuk kasar) Bahan-bahan Kisar: 10 batang Cili Kering (dibuang biji dan dicelur dalam air panas) biji Bawang Besar 3 ulas Bawang Putih 1 sudu kecil Udang Kering/Belacan *campur 1 cawan air

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. 2. 3. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan tumisan. Gaulkan sehingga naik bau wangi. Kemudian masukkan pula bahan kisar dan biarkan sehingga wangi dan masak. Selepas itu, masukkan asam keping, perisa serbuk dan pes tomyum Maggi untuk seketika hingga sebati. Setelah itu, tambahkan air dan biar mereneh.

4.

Masukkan pila daun limau purut dan daun selasih sehingga sebati ke dalam kuah. Apabila telah sebati, keluarkan semula serai, lengkuas, daun, limau purut dan selasih dari periuk.

5. 6. 7.

Sesudak itu, masukkan sayuran, udang dan sotong berserta dengan santan dan biar masak. Tambahkan perisa nampla dan perasakan dengan gula. Boleh ditambah sedikit garam secukup rasa. Jikalau kuah menjadi terlalu pekat, tambahkan atau 1 cawan air (mengikut citarasa) dan biarkan seketika.

NASI BAWANG AROMA

Bahan-bahan: 5kg Beras Basmathi 2 biji Bawang Merah Besar (dimayang) 1 labu Bawang Putih (dimayang) 1 biji Halia (dimayang) 2 batang Serai (dititik) 2 batang Kulit Kayu Manis 5 biji Buah Pelaga (dititik) 1 tin Minyak Sapi 160ml Susu Sejat Secukup rasa Garam dan Lada Hitam 5 helai Daun Pandan

Rempah 2 sekawan

Cara-cara penyediaan: 1. 2. 3. Basuh beras terlebih dahulu sebanyak 3 kali, kemudian rendam untuk seketika. Sementara menunggu beras tapi kembang, sediakan bahan tumisan. Panaskan periuk bagi mencairkan minyak sapi untuk menumis bawang besar merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga agak keperangan. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Kemudian masukkan 2 sekawan dan juga serai. Tumis sehingga naik bau. Tapiskan beras yang direndam tadi dan masukkan air panas hingga menutupi beras. Biarkan sehingga air tadi mendidih, masukkan daun pandan yang telah disimpul. Apabila air telah hampir kering, masukkan susu sejat dan bahan perasa. Kecilkan api dan biarkan sehingga nasi dah cukup masak. Angkat dan hidangkan semasa masih panas.

IKAN BAKAR

Bahan-bahan: 5 ekor Ikan Siakap 3 sudu besar Serbuk Cili 2 sudu besar Serbuk Jintan Manis 2 sudu besar Serbuk Kunyit 2 sudu kecil Garam 8 helai Daun Kunyit 4 helai Daun Pisang

Cara-cara penyediaan: 1. Bersihkan ikan dan perapkan bersama serbuk cili, serbuk jintan manis dan serbuk kunyit dan garam selama 30 minit. Sapu pada bahagian kulit ikan dan juga bahagian dalam ikan. 2. 3. Setelah itu, balutkan ikan dengan daun kunyit dan kemudian dengan daun pisang. Bakar ikan di atas tempat memanggang (BBQ Pit) selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak.

Bahan-bahan Sambal Limau: 5 biji Bawang Besar 4 ulas Bawang Putih 1 inci Halia 15 tangkai Cili Kering 1 sudu kecil Belacan

3 biji Jus Limau Nipis 3 helai Daun Limau Purut (dikoyakkan) 2 sudu kecil Garam 3 sudu besar Gula 50ml Minyak Neuvida 1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa

Cara-cara penyediaan Sambal Limau: 1. Kisarkan bersama, bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan belacan. Masukkan sedikit air agar dapat dikisar halus. 2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi dengan api yang sederhana besar. Tumis sehingga pecah minyak. 3. 4. Kemudian, masukkan daun lima purut, jus limau nipis, garam, gula dan Maggi Cukup Rasa. Masak selama 4 minit. Angkat dan sedia dihidangkan.

Bahan-bahan Kicap Cili Padi: 2 cawan Kicap Manis cawan Cuka cawan Gula (dilarut dalam air panas) 15 tangkai Cili Padi (dihiris) 1 biji Bawang Besar (dihiris halus)

Cara-cara penyediaan Kicap Cili Padi: 1. 2. Campur kesemua bahan dan gaul sehingga sebati. Sedia untuk dihidangkan.

BEBIRI JINTAN ISTIMEWA



Bahan Utama: 6 keping Daging Bebiri/Kambing (dipotong kepada kiub kecil)

Bahan-bahan Kisar: 2 biji Bawang Holland 2 ulas Bawang Putih 1 inci Halia 5 tangkai Cili Hijau 10 tangkai Cili Kering (direndam dalam air panas)

inci Belacan 2 sudu teh Udang Kering

Bahan-bahan Campuran Rempah: 2 sudu besar Serbuk Cili 3 sudu besar Serbuk Jintan Manis 3 sudu besar Serbuk Jintan Putih **semua dicampur dengan 1 cawan air

Bahan-bahan Rempah untuk Tumisan: 2 batang Kulit Kayu Manis 5 biji Buah Pelaga 3 biji Bunga Lawang

Bahan-bahan Perisa: Secukup rasa Garam 2 sudu teh Lada Hitam (dikisar) 3 sudu besar Sos Cili 4 suidu besar Kicap Manis

Cara-cara penyediaan: 1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan rempah untuk tumisan sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan-bahan Kisar dan masak selama 5 minit dan naik bau. 2. Masukkkan daging bebiri/kambing dan masak sehingga sedikit keperangan dan sehingga bahan-bahan tadi telah meresap ke dalam daging bebiri/kambing. 3. 4. 5. Kemudian masukkan bahan-bahan campuran rempah dan gaul sehingga sebati. Apabila daging dan rempah sudah hampir masak, masukkan sos cili lada hitam kisar dan kicap manis. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Garam boleh digantikan dengan perisa granule secukup rasa.

SALAD NUSANTARA

Bahan-bahan untuk Salad: 6 batang Kacang Panjang (dihiris halus) 1 biji Timun (dipotong kiub) 2 biji Tomato (dipotong kiub) 1 batang Bunga Kantan (hiris halus) 3 helai Daun Limau Purut (dihiris halus)

Bahan-bahan Tumisan : 1 batang Serai 4cm Halia (diketuk) 4cm Lengkuas (diketuk) 3 biji Cili Padi (diketuk) 3 ulas Bawang Putih (diketuk) 1 sudu besar Udang Kering

Bahan-bahan Lain: 1 sudu kecil Belacan 3 sudu besar Gula Perang/Gula Melaka 1 cawan Air 2 biji Jus Limau Nipis 1 genggam Kacang Tanah (ditumbuk)

Cara-cara penyediaan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Untuk sos salad, panaskan kuali dan masukkan minyak. Kemudian tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau. Masukkan belacan dan kacau sehingga belacan larut. Masukkan gula dan air dan didihkan sehingga kuah menjadi pekat. Kemudian angkat dan tapiskan ke dalam mangkuk. Masukkan jus limau nipis. Tambahkan gula secukup rasa pada sos tersebut. Toskan bahan-bahan untuk salad. Hidangkan salad bersama sos dressing dan taburkan kacang tanah di atasnya.

PUCUK PAKU TUMIS LADA



Bahan Utama : 3 ikat Pucuk Paku (dibersihkan dan dipotong)

Bahan-bahan Kisar: 5 batang Cili Padi 3 batang Cili Hijau 1 biji Bawang Besar 2 ulas Bawang putih 1 inci Halia 1 inci Kunyit Hidup/1 sudu teh serbuk kunyit

1/3 inci Belacan

Bahan-bahan Lain: 1 batang Serai (dihiris) Secukup rasa Garam sudu teh Gula Secukup rasa Lada Sulah 2 biji Cili Merah (dihiris)

Cara-cara penyediaan: 1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan kisar bersama dengan hirisan serai sehingga naik bau dan wangi. 2. 3. 4. 5. Masukkan pucuk paku dan tunggu sehingga hampir masak. Tambahkan garam, lada sulah secukup rasa dan gula. Masukkan hirisan cili merah dan gaul sebentar. Tutup api, angkat dan ketepikan. Sedia untuk dihidangkan.

KEK CAWAN

BAHAN-BAHAN:

1 cawan - tepung gandum 2 sudu kecil - baking powder 2 cawan - gula perang 1 sudu kecil - garam cawan - serbuk koko 2 biji - telur cawan - minyak masak 1 cawan - susu cair 1 cawan - air panas

CARA-CARA MEMASAK:
1. 2. 3. Gaul Tepung Gandum, Tepung Penaik, Gula Perang, Garam, Serbuk Koko, Telur, Minyak Masak dan Susu Cair. Kemudian masukkan air panas. Tuangkan dalam cawan cupcakes dan bakar 20 minit dengan darjah 170 darjah celcius.

HIDANGAN:
1. 2. Krim Coklat (Panaskan krim dan masukkan coklat dan gaul sehingga sebati) Krim Whipping

3. 4. 5.

Buah-buahan campuran Kacang Walnut Sprinkles Warna

DRAGONBALL

BAHAN-BAHAN:

Sotong (dikisar lumat) Udang dihiris dua Kentang direbus dan dilenyek Herba Oregano kering Garam Lada Hitam Serbuk Roti Telur Minyak

CARA-CARA MEMASAK:
1. 2. Gaul kentang lenyek dengan sotong dan lobak. Tambahkan garam, lada hitam dan herba kering oregano dan gaul sehingga sebati.

3. 4. 5.

Bulatkan adunan menjadi bebola kecil dan sumbat udang. Celup dengan telur dan salut dengan bread crumbs. Goreng hingga garing.

CUCUK AYAM
BAHAN-BAHAN:
Ayam

Dada ayam dipotong kiub Santan Krim Mustard

CARA-CARA MEMASAK:
1. 2. 3. Perapkan ayam dengan santan dan mustard. Letak garam dan lada putih secukup rasa selama 1 jam. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sampai masak atau grill atas barbeque hingga masak.

BAHAN-BAHAN:
Nenas

Nenas dipotong kiub Gula

CARA-CARA MEMASAK:
1. 2. Perapkan nenas dengan gula selama 10 minit. Goreng dengan menggunakan kuali sampai masak.

BAHAN-BAHAN:
Sos Oren (alternatif)

Jus Oren Mentega

CARA-CARA MEMASAK:
1. 2. Panaskan jus oren di atas kuali Masukkan sedikit mentega dan kacau hingga rata.

HIDANGAN:
1. Ambil satu ayam dan satu nenas cucuk dengan kayu satay.

MOUSSE COKLAT

BAHAN-BAHAN:

120gm Coklat Putih ('bittersweet' atau 'semisweet' dipotong ketulan) 2 biji Telur Kuning (saiz besar) 60gm Gula Halus sudu kecil Extrak Vanila Tulen 250 ml Whipping Krim (35-40% kandungan lemak)

HIASAN:

'Whipped' Krim Raspberries Segar Coklat (diparut)

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. 2. Panaskan periuk bersama 50ml krim. Sementara itu, dengan menggunakan periuk 'stainless steel' bersaiz sederhana yang telah dipanaskan, masukkan ketulan kecil coklat dan kacaukan ia sehingga coklat itu cair dengan sempurna. 3. Selepas itu, masukkan coklat cair tadi ke dalam krim yang dipanaskan.

4.

Pada masa yang sama, pukul telur kuning dan campurkan ia ke dalam bahan-bahan tadi. Gaul sehingga sebati. Tutup dan masukkan ia ke dalam peti sejuk untuk sementara.

5.

Sementara bahan-bahan tadi menyejuk, pukulkan 'whipping' krim di dalam bekas yang lain bersama gula dan extrak vanila sehingga ia menjadi adunan yang lembut.

6.

Kemudian, keluarkan bahan yang telah disejukkan tadi. Kacau ia dengan perlahan dan masukkan 2 sudu penuh 'whipping' krim ke dalam campuran coklat tadi untuk cairkan warnanya.

7. 8.

Kemudian salutkan baki 'whipping' krim ke dalam campuran coklat dan gaulkan secara perlahan sehingga sebati. Akhir sekali, letakkan 'mousse' coklat dengan menggunakan sudu dan massukan ia ke dalam pinggan atau gelas untuk 6 hidangan mengikut citarasa. Tutup dan sejukkan untuk beberapa jam.

Untuk hidangan:Hidangkan 'Mousse' coklat yang telah disejukkan tadi bersama 'whipped' krim, raspberries segar, buah-buahan segar, kacang tumbuk, serbuk atau parutan coklat, puri buah dan sebagainya mengikut citarasa.

Anda mungkin juga menyukai