Anda di halaman 1dari 18

1.

PENDAHULUAN

Bina Insan Guru (WAJ3114) merupakan satu matapelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua pelajar PISMP. BIG diperuntukan tiga kredit bersama 120 jam interaksi. Semua pelajar wajib lulus BIG. Program ini di realilsasikan melalui satu aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian di bawah kelolaan dan kendalian HEP BPG/IPG. Aktiviti- aktiviti yang dirancang ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri- ciri dan kualiti insan guru yang unggul.

Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu mengaplikasi pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

Program ini diharap dapat melahirkan guru- guru yangg memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan,...pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yangg memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

2.0

RASIONAL

Program Bina Insan (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yangg mempunyai akhlak, nilai- nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura kegguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Guru.

3.0

OBJEKTIF KURIKULUM BIG

Program BIG adalah untuk memberi peluang kepada pelajar: Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani(spiritual) dan sosial. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama tugas dan secara

bertanggungjawab berkumpulan. Berupaya bergikir

dalam

melaksanakan

secara

reflektif

dan

kritikal

keatas

pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

4.0

LAPORAN AKTIVITI

Tarikh Aktiviti Hari Jam

: 19 Mac 2012 : Bertolak ke Tasik Kenyir : Isnin (hari pertama) : 8.00pagi-2.00petang

Pada hari pertama, kami seramai 23 orang guru pelatih terdiri daripada opsyen Pendidikan Seni Visual bertolak daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu pada jam 9.00 pagi . Sebelum bertolak kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang berbeza kaum dan agama untuk menjaga alatan-alatan serta barang-barang dapur. Kami membawa barang-barang kami mengikut kumpulan. Hal ini bertujuan untuk melatih kami melalui pergaulan, semangat kerjasama dan berorganisasi dalam satu kumpulan walaupun berbeza dari segi fizikal. Kematangan, bangsa dan agama. Keadaan ini dilihat sangat berkesan kerana sebagai seorang guru saya perlulah diberi pendedahan dan latihan terutama dari segi bersosial, berkomunikasi dan pergaulan antara masyarakat yang pelbagai ragam dan gaya di kampung ataupun di bandar. Pendedahan ini sememangnya bagus untuk guruguru baru yang akan di posting ke kawasan pedalaman. Kami tiba di Tasik Kenyir pada pukul 12.00 tengahari di jeti kawasan tersebut . Kami kemudiannya diarahkan memasukkan begbeg serta peralatan yang dibekalkan ke dalam boat house untuk ke Pulau Poh yang jaraknya selama 15 minit dari Jeti. Seterusnya setelah sampai di lokasi itu , kami mendengar taklimat oleh Komander Pasukan untuk BIG fasa 1 ini. Pada masa yang sama kami dibahagi kepada 6 kumpulan dalam pasukan untuk melakukan aktiviti di sini. Selain itu kami juga turut diarahkan untuk memasangkan khemah secara berkumpulan dan tidur bersama kumpulan yang ditetapkan . Walaupun 3-4 orang dalam setiap khemah tetapi kami selesa memandangkan khemah baru yang kami gunakan.
3

Penerangan taklimat mengenai keselamatan di atas Houseboat sebelum bertolak ke Pulau Herba

Perjalanan yang memakan beberapa minit untuk sampai ke destinasi utama kami iaitu Pulau Herba.

Akhirnya,

sampai

jua

kami ke destinasi utama kami.

Para guru pelatih mendapat penerangan dari ketua kumpulan Penerangan dari ketua kumpulan dalam pembahagian kumpulan mengenai perkara untuk seterusnya.

Para guru pelatih diarahkan untuk membuat barisan mengikut kumpulan yang telah diagihkan

Tarikh Aktiviti Hari Jam

: 19 Mac 2012 : Bantu Mula : Isnin (hari pertama) : 4.30ptg. - 6.30ptg

Pada sebelah petang hari pertama, kami melakukan aktiviti Ikatan Bantu Mula yang di uruskan oleh En Rosmadi. Ilmu dan kaedah Bantu Mula ini sangat berharga bagi kami kerana ia mengajar kami bagaimana menyelamatkan orang yang tercedera semasa berada di dalam hutan. Kami juga belajar cara-cara untuk membalut bahagianbahagian anggota badan yang tercedera semasa berlaku kecemasan dengan menggunakan kain anduh atau kain segi 3. Antara jenis-jenis balutan yang diajar kepada kami adalah balutan kepala, balutan tangan,balutan kaki dan anduh tangan.

Kami diajar cara ikatan anduh Kami turut diajar cara balutan sekira sekiranya mangsa mengalami mangsa mengalami kecederaan di kepala

tangan yang patah

Tarikh Aktiviti Hari Jam

: 19 Mac 2012 : Latihan Dalam Kumpulan : Isnin (hari pertama) : 9.00malam -10.30malam

Selepasnya aktiviti Ikatan Bantu Mula,pada jam 7.00 malam, kami sempat persiapkan diri untuk menunaikan solat magrib dan isyak secara berjemaah serta mendengar tazkirah daripada ustaz Fahmi. Pada malamnya selepas solat magrib dan isyak , kami dibahagikan kembali dalam kumpulan yang telah diaturkan pada sebelah pagi sebelum sampai ke Pulau Poh , Tasik Kenyir . Aktiviti pada sebelah malamnya ini adalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang merupakan suatu aktiviti yang sentiasa dijalankan pada mana-mana program yang dianjurkan oleh IPG . Pensyarah yang terlibat dalam aktiviti ini adalah En. Aziz yang merupakan seorang pensyarah yang pakar dalam aktiviti Latihan Dalam Kumpulan . LDK pada siri 2 ini sangat mencabar dan menguji semangat berpasukan kami dengan memberikan tugasan yang senang tetapi sukar untuk dilaksanakan oleh pelatih guru kerana memerlukan komintmen guru pelatih sepanjang masa. Jika difikirkan tujuan tersirat aktiviti ini bukanlah untuk main-main. Tetapi ianya memfokuskan nilai semangat berpasukan dan lebih yakin berhadapan orang ramai . Selain itu , kami dapat pengalaman yang baru bersama rakan-rakan daripada suku kaum yang berbeza-beza .

Tarikh : 20 Mac 2012 Aktiviti : Aktiviti Air Hari Jam : Selasa (hari ke-2) : 6.30 pagi 6.00 petang

Pada hari kedua, kami telah diuji dengan aktiviti air yang melibatkan semua guru pelatih yang menghadiri khusus ini. Aktiviti ini dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A yang terdiri daripada kumpulan 1,3, dan 5 dan kumpulan B daripada kumpulan 2,4,dan 6. Kumpulan A yang melakukan water konfident dan kumpulan B melakukan Kayak. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan ketahanan dan keyakinan semasa berada di dalam air. Sebagaimana kita ketahui bahawa tugas guru adalah berisiko terutamanya apabila di hantar ke kawasan pedalaman yang melibatkan kawasan yang bersungai. Kebiasaan guru terpaksa mengharungi laluan sungai yang agak berisiko dan menjadi penyelamat kepada anak muridnya apabila berlaku perkara yang tidak diingini semasa berenang. Melalui aktiviti air inilah para guru pelatih diberikan latihan dan bimbingan bagi menghadapi situasi yang dinyatakan tadi. Itulah sebenarnya tujuan utama mengapa kami perlu belajar untuk berenang. Melalui aktiviti ini , pensyarah pembimbing yang bertugas untuk melaksanakan aktiviti air ini memberitahu caracara dan kaedah-kaedah yang berkesan semasa berenang di dalam air . Pada mulanya kami diberi peluang untuk merasai kesejukan air tasik tersebut sebelum kami diuji dengan water confident di kawasan tersebut. Seterusnya kami dipakaikan jaket keselamatan khas untuk menapungkan diri di permukaan air tasik dan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam tasik untuk menjalani ujian water confident . alaupun pada permulaannya agak takut dan gementar , tetapi ianya hilang serta merta setelah setengah jam di dalam air bersama rakanrakan yang lain. Apabila difikirkan, memang seronok berenang dan kami akui berenang merupakan perkara yang paling bermanfaat untuk dilakukan jika mempunyai masa terluang.

Pada sebelah petang, kumpulan A dan B bertukar-tukar aktiviti. Kami diuji dengan kemahiran berkayak dan dibahagikan secara berpasangan lelaki dan perempuan dalam satu kayak . Ini adalah untuk menjamin keselamatan kerana jika berpasangan secara perempuan dan perempuan, ianya amat dikhuatiri membahayakan peserta tersebut . Jadi apabila berlainan jantina mereka akan saling membantu antara satu sama lain untuk mengelakkan daripada berlakunya karam. Sebelum meneruskan aktiviti kayak ini, pensyarah bimbingan yang bertugas memberi keterangan dan kaedah-kaedah yang betul sebelum aktiviti di bermula . Tujuan utama aktiviti berkayak adalah menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta khusus . Kami diarahkan mengelilingi pulau yang mengambil masa melebihi setengah jam . Aktiviti berkayak ini memerlukan cara dan teknik yang betul dalam mengendalikan sesebuah kayak itu .

Kolam water confident bahagian lelaki

Kolam water confident bahagian lelaki

Taklimat sebelum memulakan aktiviti berkayak

Tarikh Aktiviti Hari Jam

: 21 Mac 2012 : Kembara ke Pulau Herba : Rabu (hari ke-3) : 8.00 pagi 12.00 tghari

Pada hari ketiganya , kami diberi peluang untuk menikmati keindahan alam semula jadi melalui keunikan herba yang terdapat di Pulau Herba Jarak antara Pulau Poh dan Pulau Herba agak tidaklah juah dan hanya mengambil masa 15 minit sahaja.. Setelah tiba di sana. kami menyusuli Jungle Trekking terlebih dahulu sambil mengenali pelbagai pokok herba yang jarang ditemui di mana-mana tempat . Setelah sampai di kawasan yang ingin dituju , kami juga turut berpeluang menikmati minuman herba seperti tongkat ali , kacip fatimah dan mahkota dewa . Walaupun rasanya agak pahit tapi jika difikirkan minuman ini mujarab untuk sebarang penyakit yang melibatkan luaran dan dalaman setiap individu . Pak Majid iaitu seorang pegawai KETENGAH menjelaskan bagaimana Tasik Kenyir ini berlaku. Dia memberitahu sebanyak 7 buah kampung, 2 sekolah ditenggelami air untuk pembinaan Tasik Kenyir.

Penerangan taklimat dari Pak Majid sebelum memulakan junge trekking.

Sepanjang kami trekking.

perjalanan jungle

Ketibaan kami dialualukan dengan dihidangkan air ubatan oleh pihak Pak Majid semasa berada di Pondok

semasa

Tarikh Aktiviti Hari Jam

: 20 Mac 2012 : Memasak : Rabu (hari ke-3) : 1.00ptg. 6.00ptg.

Pada sebelah petangnya pula kami berkesempatan menikmati makanan tengah hari di kawasan air terjun yang sangat unik dan cantik pemandangannya . Kami ditugaskan memasak makanan tersebut dengan bekalan yang disediakan dan memasak dalam satu kumpulan . Walaupun pada awalnya sangat sukar untuk menyalakan api untuk memasak makanan apabila kami perlu memasak di celah-celah batu, tapi kumpulan kami tetap berusaha semampu yang boleh agar hidangan disediakan tepat pada masa dan waktu yang ditetapkan . Alangkah terkejutnya kami bahawa aktiviti memasak ini dikira sebagai satu pertandingan oleh pensyarah bimbingan . Tapi kami tetap menyediakan persembahan makanan yang terbaik walaupun bahan serba kekurangan sewaktu penyediaan makanan. Kami telah

mengunakan kretiviti masing-masing agar makanan lebih menarik untuk dihidangkan kepada pensyarah bimbingan dan juga selaku juri.

Tibanya di Air Terjun Saok sangat dinanti-nanti oleh pihak kami

Kami bertungkus-lumus menyiapkan hidangan berdasarkan masa yang telah ditetapkan

Akhirnya, hidangan siap jua untuk dihidangkan kepada para juri makanan

10

Tarikh Aktiviti Hari Jam

: 20 Mac 2012 : Malam Kebudayaan : Rabu (hari ke-3) : 9.00mlm 11.00mlm

Aktiviti pada sebelah malamnya pula lebih melibatkan semangat berpasukan dan keupayaan berdrama oleh setiap guru pelatih . Pada malam itu juga dikenali sebagai malam kebudayaan yang merupakan malam terakhir kami menjalani aktiviti khusus Bina Insan Guru bagi sesi 2012 siri pertama ini. Kami ditugaskan agar membincangkan mengenai suatu drama yang melibatkan pendidikan dan patriotisme. Jadi kumpulan kami berbincang untuk melakonkan sebuah sketsa bebas seta nyayian lagu patriotisme dalam tema pendidikan. Setiap daripada kami saling bertukar-tukar idea dan pandangan bagi menyempurnakan sketsa tersebut . Dan akhirnya kumpulan 3 berjaya menjadi johan persembahan terbaik pada malam tersebut. Ini membuktikan semangat kerjasama antara pasukan saling memerlukan antara satu sama lain dan bersaudaraan yang dijalinkan sesama manusia sangat erat walaupun terdiri daripada berbeza budaya , adat , bahasa , cara hidup , dan agama. Melalui malam kebudayaan juga saya dapat belajar bagaimana kehidupan kaum-kaum lain kerana kumpulan kami terdiri daripada kaum Cina, India, Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak. Memang seronok dapat

mengetahui kehidupan mereka walaupun berbeza.

Pelbagai ragam dan gelak ketawa dapat disaksi sepanjang program berlangsung

11

Tarikh : 22 Februari 2012 Aktiviti : Malam Kebudayaan Hari Jam : Khamis (hari terakhir) : 6.30pagi 10.00pagi

Pada hari terakhir pula , kami mengemaskan alatan dan khemah untuk pulang ke kampus IPG Kota bharu pada wal pagi lagi. Upacara penutupan majlis Kursus Bina Insan Guru selamat disempurnakan oleh Kem Komander serta dirasmikan oleh Encik Tuan Haji Harun bin Mahmood. Ucapan yang disampaikan amat jelas dan mendalam maknanya kepada kami terutamanya dari aspek pendidikan . Seorang guru perlulah menjadi ikutan kepada pelajarnya, hal ini kerana setiap pendidik merupakan conroh teladan kepada anak didiknya . Jika baik cara ajaran yang diterapkan maka baiklah apa yang dilaksanakan dalam kehidupan harian mereka . Disini dapat dilihat peranan guru sendiri sangat besar nilainya kepada generasi yang akan datang .

Pembarisan semasa menyanyikan lagu Patriotik & Negaraku

Majlis di serikan dengan pengerusi majlis yang berkaliber

Majlis disertai

penutupan dengan yang

turut para terlibat

pensyarah sepanjang berlangsung

program

12

5.0

Kesimpulan Kesimpulan kecil yang dapat saya lakukan ialah jika dinilai dari segi kelebihan program ini , ianya memberi kesan yang mendalam kepada setiap guru pelatih bagi menilai kemampuan mental dan fizikal serta ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi setiap aktiviti semasa BIG ini dijalankan . Selain itu, aktiviti sebegini mampu memberikan pengalaman kepada guru pelatih tersebut mengenai cabaran menjadi seorang pendidik yang berwibawa pada suatu masa kelak. Manakala kekurangan yang dapat dikenalpasti adalah seperti kekurangan bilik air. Walaupun bekalan air cukup untuk menampung aktiviti selama 4 hari 3 malam ini, tetapi ianya tidak dapat menghentikan rungutan para guru pelatih tentang masalah penggunaan bilik air. Jadi sebaiknya pembinaan bilik air sepatutnya lebih banyak lagi bagi memenuhi memenuhi keperluan sampingan kepada para guru pelatih . Selain daripada itu terdapat juga rungut guru pelatih mengenai khemahkhemah yang uzur dan tidak sesuai untuk digunakan. Kami juga tidak mempunyai bekalan air masak yang cukup untuk digunakan kerana pihak penganjur tidak menyediakan kemudahan tersebut. Dari segi ancaman pula, jika dilihat dari aspek pengurusan masa amat padat dengan aktiviti yang telah disusun tetapi ianya tidak menghalang untuk kami meneruskan aktiviti ini sebagaimana yang telah ditetapkan. Walaupun skima dan bersifat kebudak-budak aktiviti yang kami jalankan namun ada hikmah yang tersendiri yang kami dapat. Disiplin ahli juga amat baik walaupun ada di antara kami melakukan kesalahan kecil seperti terlewat bangun, tidur tetapi hal sebegini tidak mencacatkan program ini dan cuaca amat baik . Cuaca pada masa itu juga sesuai dengan aktiviti yang telah dirancang seperti berkhemah , berkayak dan sebagainya . Suasananya nyaman dan tidak dipengaruhi dengan banyak gangguan kerana lokasinya

merupakan pulau yang menarik dan sesuai untuk aktiviti sebegini . Dari sudut peluang pula, aspek penambahbaikan program ini tidaklah begitu banyak kerana program BIG ini telah dilakukan banyak
13

pembaharuan dari semasa ke semasa cuma perubahan daripada kurikulum BIG yang mengalami perubahan. Aspek keselamatan kawasan tersebut juga haruslah diambil kira . Hal ini disebabkan banyak binatang agak berisiko yang merayau di kawasan tersebut seperti monyet liar dan khinzir . Perkara ini perlulah diambil serius agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini kepada para guru pelatih. Pihak penganjur juga perlu betanggungjawab untuk membuang khinzir tersebut di pulau-pulau lain atau di tanah daratan. Sebagai Konklusinya , bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.

14

6.0

Refleksi Kendiri Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana saya telah berjaya melaksanakan Bina Insan Guru (BIG) sesi pertama bagi tahun 2012 yang dilaksanakan di Pulau Poh, Tasik Kenyir. Program yang telah mengambil masa selama 4 hari 3 malam ini benar-benar telah memberi saya banyak pengalaman yang baru dan amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian

terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan . Melalui BIG ini juga , saya diberi pendedahan yang amat berguna mengenai tanggungjawab seorang guru itu kepada generasi yang akan datang dan pengorbanan guru dalam menempuh cabaran daripada pelbagai aspek . Banyak teguran membina yang telah diberikan oleh pensyarah bimbingan dalam mencapai motif utama bagi merealisasikan matlamat sebenar Bina Insan Guru ini kepada saya dan rakan-rakan guru pelatih yang lain . Program ini adalah mata pelajaran yang wajib lulus oleh setiap guru pelatih PISMP Ambilan Jan 2012. Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian

Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi kepada guru pelatih . Dalam membentuk modal insan yang cemerlang dan berguna bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, setiap guru pelatih perlu mempersiap sepenuhnya ilmu di dada agar dapat menjalankan tugas seorang pendidik dengan dengan baik dan sempurna. Pengalaman juga menekankan dan menjadikan seorang guru lebih berilmu pengetahuan. Hal ini kerana ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemahiran-kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan pengetahuan terhadap teknologi terkini perlu diperkemaskan lagi. Dengan kata lain, seorang guru perlulah sentiasa up to date dengan mengamalkan adab-adab yang terpelihara dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

15

Sebagai

seorang

bakal

guru,

sepanjang

program

ini

berlangsung, saya dapat mempelajari dan mengaplikasi pelbagai pengalaman yang belum pernah dirasai. Pengalaman ini tidak mungkin saya dapat kecapi tanpa dorangan dan sokongan yang mantap dari pada Encik Shukri Bin Yaacob yang banyak menbantu dan

membimbing saya menjadi seorang guru pelatih opsyen PSV di IPGM Kampus Kota Baharu ini. Dengan dorangan seorang tutor yang berkaliber ini program bina insan guru ini memberi banyak impak yang berguna sebagai Pembina semangat mengharungi pahit manis sebagai bakal pendidikan bangsa suatu hari nanti. Dalam menjalani program ini juga, banyak pengalaman baru yang dapat saya perolehi tidak kira pahit atau pun manis. Pelbagai aktiviti yang saya dan rakan-rakan yang lain jalankan sepanjang program ini berlangsung antaranya berkayak, water confident, jungle trecking, latihan dalam kumpulan (LDK) , pertandingan memasak dan malam kebudayaan . Kami juga berkesempatan untuk melawat ke Pulau Herba yang terkenal dengan keunikan dan merupakan tempat yang sesuai bagi pelancong untuk mengenali pokok-pokok herba seperti tongkat ali , mahkota dewa , kacip fatimah dan sebagainya . Pada keseluruhan aktiviti yang dilaksanakan , ianya boleh dikatakan setiap aktiviti yang dilakukan amat menarik dan mempunyai motif tersendiri dalam pelbagai aspek dan hanya kami semua dapat menilai kepentingannya dan dapat untuk diaplikasikannya pada nanti kelak.

Walau bagaimanapun, dapat saya simpulkan secara ringkas, program BIG tidak lain kerana bagi memupuk semangat melakukan kerja secara berkumpulan. Sebelum program BIG ini kami hanya di dedahkan kerja berkumpulan sesama rakan sekelas kami sahaja, tapi pada kali ini dapat menguji bagaimana kerjasama kelas saya bersamasama kelas yang lain. Kerjasama yang di tunjukkan adalah amat baik dari semua pihak tidak kira berlainan kelas, bangsa mahupun agama. kami telah bersama-sama berganding bahu atau bekerjasama dalam ahli kumpulan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti supaya tidak
16

menjadi beban kepada kami kerana masa dalam setiap aktiviti kami dihadkan. Dengan itu, kami melaksanakan kerja dengan begitu tekun dan sabar. Kami saling merujuk antara satu sama lain untuk memantapkan lagi kerja ahli sepasukan kami ini. Disinilan kami belajar berkerjasama sesama ahli kumpulan. Kami membahagikan tugas antara ahli kumpulan supaya tugas yang di laksanakan berjalan dengan lancar. Kami menyedari bahawa kerjasama penting semasa berada dalam kumpulan kerana tanpa kerjasama ini akan

mengendalakan segala aktiviti yang sedang dilakukan.Sepanjang saya berada di sana sememangnya tidak pernah lepas dari diperhatikan oleh para pensyarah. Hal ini lebih membuatkan diri saya sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga tidak kira dalam apa keadaan sekalipun. Walaupun terdapat kekurangan antara kami semasa aktiviti ini bermula, ianya tidak menghalang setiap program yang dilaksanakan berjalan dengan apa yang diimpikan oleh para pensyarah bimbingan dan pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu . Secara umumnya, saya tidak mempunyai masalah mengenai persekitaran di sungai poh tersebut . Walaupun ada rakan-rakan yang mengadu tentang kawasan yang berlumpur , tandas yang kurang selesa dan kurang menepati apa yang diinginkan daripada program ini . Bagi saya sendiri suasana perkhemahan dan tempat ini tidaklah seteruk yang dikatakan , bahkan ianya bertujuan untuk melatih guru pelatih bagi menyesuaikan diri mereka dengan keadaan sebegini apabila menjadi guru dan ditugaskan untuk mengajar di kawasan pedalaman kelak . BIG ini juga telah berjaya membantu saya menjadi seseorang yang lebih yakin kepada kebolehan diri sendiri dan bersemangat melaksanakan sesuatu. Melalui aktiviti berkayak kami diberi peluang untuk mengelilingi Pulau Poh yang agak mencabar daya ketahanan. Kami dibahagikan secara berpasangan lelaki dan perempuan untuk mengendalikan sebuah kayak. Walaupun berlainan jantina , ianya tidak menghalang kami untuk berkerjasama dalam satu pasukan untuk menempuhi aktiviti lasak ini dengan penuh bersemangat . Aktiviti kayak

17

ini bukanlah suatu aktiviti yang sering saya lakukan pada hujung minggu seperti berbasikal,berjoging dan . Bahkan ianya merupakan satu aktiviti yang menguji mental dan fizikal semasa melakukan aktiviti ini. Dengan pengalaman yang pernah saya lalui semasa berkayak pada sekolah menengah dahulu , saya telah aplikasikan sebaik mungkin untuk melakukan aktiviti berkayak ini agak ianya berjalan dengan lancar. Kami telah diuji dengan kemahiran berkayak dan water confident bagi memantapkan keberanian apabila berada di air . Taklimat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah penasihat cukup mantap bagi memberi dorongan kepada guru pelatih sebelum menjalani aktiviti air. Kami dipaksa menyelam di dalam air dan berenang di Tasik Kenyir bagi menguji ketahanan nafas. Namun ianya tidak mematahkan semangat saya untuk bersama rakan-rakan yang lain meneruskan aktiviti renang ini sampai selesai . Jika dilihat dari aspek yang lebih luas, perkara ini amat penting kerana sebagai seorang guru saya pasti akan diberikan pelbagai tugas sama ada dalam sekolah atau diluar sekolah. Jadi dengan adanya pendedahan seperti ini yang banyak membantu saya untuk lebih yakin menghadapi tugasan, saya pasti akan lebih berusaha untuk melaksanakan tugasan yang diberikan itu dengan sempurna dan jayanya. Sebagai konklusinya , dalam membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menekankan manjadikan seorang guru lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu, kemahiran-kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan pengetahuan terhadap teknologi terkini perlu diperkemaskan lagi. Sekian, terima kasih.

18

Anda mungkin juga menyukai