Anda di halaman 1dari 68

Tajuk 4: Perkembangan Professional Guru Matematik

Perkembangan Profesional Guru Matematik

Wacana akademik

Badan-badan akademik

Peranan guru Matematik

Pendidikan sepanjang hayat

4.1 Wacana Akademik


Wacana: Sekumpulan ayat memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita.

Seminar
Seminar merupakan satu perjumpaan untuk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik akan menjadi wadah dan wacana untuk berkongsi pengalaman yang dilalui para pendidik, pengkaji, pengamal dan semua pihak yang terlibat dalam pendidikan sains dan matematik.

Seminar Pengajaran dan Pembelajaran untuk Mata Pelajaran Sains dan Matematik disertai oleh guru-guru cemerlang untuk saling bertukar idea dan berinteraksi dalam usaha meningkatkan kepentingan Sains Matematik demi kemajuan teknologi dalam bidang Sains dan Matematik. Dengan ini, para guru Matematik dapat memperkembangkan pengetahuan dengan melibatkan diri dalam seminar-seminar tersebut dan seterusnya telah memperkembangkan profesional diri sebagai guru Matematik.

Bengkel merupakan mesyuarat atau perbincangan secara berkelompok untuk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu. Bengkel Penandaan Matematik Kertas 1 dan 2 untuk guru-guru sekolah rendah bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru berkenaan supaya lebih berkualiti, bersedia dan berdaya saing. Pengetahuan ini dapat diaplikasikan pada situasi lain yang serupa seperti peperiksaan bulanan atau ujian pra.

BENGKEL

Bengkel Inovasi Pedagogi dalam Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah merupakan satu sesi perkongsian pengalaman untuk mengaplikasikan strategi melukis gambar rajah dalam menyelesaikan masalah matematik. Guru Matematik wajar menerokai pelbagai strategi menyelesaikan masalah serta dapat mengaplikasikannya dengan mengambil kira perbezaan individu seperti kebolehan, minat, gaya pembelajaran serta pelbagai kecerdasan pelajar.

PERSIDANGAN
Persidangan LINUS Kebangsaan juga memainkan peranan yang penting dalam memperkembangkan pengetahuan kepada guru-guru Matematik. Objektif persidangan ini termasuklah berkongsi rahsia amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran untuk literasi dan numerasi khususnya untuk murid-murid yang masih lemah. Justeru, satu komuniti pembelajaran profesional dalam kalagan FasiLINUS dan guru-guru LINUS dapat diwujudkan supaya prestasi murid yang menguasai literasi dan numerasi dapat dicapai.

Buku Isu-isu Pendidikan Sains dan Matematik Edisi pertama 2008 tebitan Universiti Teknologi Malaysia ditulis untuk satu perkongsian ilmu melalui dapatan dalam kajiankajian yang telah dan sedang dijalankan secara berterusan berkenaan mata pelajaran Sains dan Matematik. Penyelidikan, penemuan dan perbincangan dalam buku ini berkisar kepada isu-isu tahap kompetensi guru-guru Sains dan Matematik. Buku ini dapat menjadi rujukan kepada guru-guru, pensyarah-pensyarah dan mereka yang terlibat dalam membuat perancangan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam usaha untuk sama-sama menyumbang kepada peningkatan prestasi yang dicita-citakan melalui Falsafah Kebangsaan dan Dasar Wawasan Negara.

BUKU

Buku Pedagogi dalam pendidikan Matematik, 2001 dapat membantu guru-guru Matematik dalam menambahkan pengetahuan mengenai cara-cara, strategi-strategi dan teknik-teknik dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik secara efektif di dalam kelas. Dengan ini, guru Matematik akan menggunakan strategi yang paling berkesan seperti strategi pemusatan murid bagi mengajar topik masa. Hal ini dapat menambahkan pengalaman murid semasa mempelajari topik ini di dalam kelas dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Jurnal merupakan terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu. Jadi, amatlah penting bagi guru-guru terutamanya guru Matematik untuk mengemas kini dan sentiasa prihatin terhadap peristiwa yang berlaku terutamanya mengenai subjek Matemaik. Jurnal Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Sikap dan Pencapaian Matematik bagi Murid-murid Sekolah Rendah meliputi kajian untuk meninjau keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif terhadap sikap dan pencapaian Matematik apabila guru pelatih menggunakan pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Dapatan kajian menunjukkan kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk meningkatkan pencapaian Matematik tetapi tiada perbezaan yang signifikan dalam sikap murid terhadap Matematik antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Natijahnya, guru-guru Matematik seharusnya menggunakan kaedah atau strategi yang lain dan lebih berkesan untuk mengubah sikap murid terhadap Matematik.

JURNAL

Jurnal Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih memberi pendapat bahawa sikap, minat dan motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian masing-masing. Justeru, guru dan pelajar harus berusaha untuk memupuk sikap, minat dan motivasi supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif yang telah disasarkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih yang bersikap positif berminat dalam kerjaya perguruan serta bermotivasi tinggi untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya. Mereka juga menunjukkan prestasi yang lebih baik semasa latihan mengajar berbanding mereka yang tidak berminat dan rendah motivasinya.

BADAN-BADAN AKADEMIK
Persatuan guru-guru Matematik

NCTM

NUTP

Persama

National Council Of Teachers Of Mathematic (NCTM)


Bermula pada tahun 1920. Tujuannya : menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik. NCTM memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan matematik yang sempurna dan menyediakan perkembangan profesional yang berterusan untuk setiap guru matematik. Misi NCTM : menunjukkan visi dan memberi pemimpinan yang perlu supaya pelajar mendapat pendidikan matematik yang berkualiti tinggi. NCTM ialah satu pertubuhan profesional yang mendapat mandat dan kekuatannya dari ahliahlinya yang terdiri daripada guru-guru matematik sekolah, pensyarah universiti dalam bidang pendidikan dan juga institusi pendidikan seperti perpustakaan kolej dan sekolah.

Melalui NCTM, guru-guru Matematik akan mengetahui tentang perspektif asas yang perlu dirujuk oleh pendidik dalam membuat keputusan yang melibatkan pendidikan Matematik di sekolah seperti keadilan, kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran dan teknologi. Hal ini secara tidak langsungnya telah meningkatkan profesional seseorang guru Matematik. Guru-guru Matematik dapat mempraktikkan kandungan dokumen Principles and Standards for School Mathematics di dalam kelas mereka. The Illuminations dibangunkan untuk menyediakan rancangan mengajar bagi guru. Hal ini telah meningkatkan profesional guru Matematik. NCTM telah menyediakan ruang dan peluang untuk peningkatan profesionalisme guru melalui persidangan atau seminar kepimpinan, tahunan atau regional. Dalam persidangan atau seminar, para pakar dan guru saling berkomunikasi dan bertukar idea-idea yang bernas untuk membuat sesuatu keputusan. Justeru, profesional guru Matematik dapat diperkembangkan.

National Union of Teacher Profession (NUTP)

NUTP merupakan sebuah kesatuan pembela profesion perguruan yang prihatin terhadap perkhidmatan para guru, perhubungan kerjaya, keistimewaan khas serta perkaraperkara lain yang berkaitan dengan profesion perguruan. Objektif : menjadikan Kesatuan Sekerja yang cekap dalam memperjuangankan hak guru-guru serta berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang. NUTP berusaha meningkatkan kebajikan ahli-ahli dari segi sosial dan kebendaan menurut lunas undang-undang sebagai kesatuan sekerja. Di samping membantu kaum guru memahami peranan mereka dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), NUTP juga berusaha untuk meningkatkan imej dan martabat profesionalisme guru.

NUTP telah menolak pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di peringkat sekolah rendah. Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Pheng, berkata delegasi menolaknya selepas mendapati majoriti murid di sekolah rendah mengalami kesukaran mengikutinya terutama dari segi memahami istilah Sains serta Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mulai tahun 2013, program Pembangunan Profesional Berterusan untuk guru akan dipertingkat dengan tumpuan kepada keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata profesion guru abad ini dibina atas dasar persaingan, iaitu pendidikan selepas tamat persekolahan, latihan dan pembangunan kerjaya. Justeru, ia perlu selari dengan visi dan misi negara ke arah menyediakan rakyat berilmu dan berkemahiran. Tuntasnya, guru-guru Matematik dan lain dapat memperkembangkan kemahiran serta meningkatkan profesionalisme guru.

Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA)


Ditubuhkan pada tahun 1970 oleh sekumpulan ahli yang terdiri daripada ahli akademik dan guru sekolah seluruh negara. Misinya : meletakkan sains matematik dan ilmuannya ke tahap yang unggul dalam pengartikulasian, pencanggihan, penerokaan, penyatuan ilmu dan pembinaan insan. Berusaha untuk mendapatkan kerjasama dan sokongan daripada orang ramai yang berminat di dalam bidang Matematik. Persatuan ini menjemput semua pensyarah matematik di universiti, institut, kolej dan guru-guru sekolah, mereka yang menggunakan sains matematik sebagai alat di dalam perniagaan atau profesion mereka dan mereka yang mengiktiraf khidmat besar matematik di dalam pembinaan tamadun untuk menjadi ahli persatuan ini.

Dengan menyertai persatuan ini, para guru Matematik dapat mengekalkan status dan memajukan minat orang ramai terhadap bidang Sains dan Matematik. Selain itu, guru-guru Matematik juga dapat melaksanakan kemajuan dalam pengajaran Sains dan Matematik. Justeru, sesi pengajaran dan pembelajaran guru-guru Matematik menjadi lebih menarik serta berkesan dan seterusnya telah melahirkan generasi muda yang berminat dalam kedua-dua bidang Sains dan Matematik. Guru-guru Matematik juga dapat mengembangkan kemahiran komunikasi melalui penglibatan diri secara aktif dalam persatuan ini. Hal ini disebabkan persatuan ini bermatlamat untuk menyediakan kaedah komunikasi antara pelajar, guru dan lain-lain yang berminat di dalam bidang matematik dan pengajaran matematik.

Guru-guru Matematik dapat memelihara minat dalam pengajaran dan penglibatan Sains dan Matematik serta kepenggunaannya. Guru-guru Matematik juga dapat mengambil langkah-langkah yang efektif bagi mengembang pandangan-pandangan persatuan berhubung dengan sebarang persoalan yang mempunyai kesan terhadap pembelajaran dan pengajaran sains matematik.

PERANAN Guru Matematik


Perkembangan pengetahuan

Peranan Guru Matematik Perkembangan potensi kendiri Perkembangan komunikasi

PERKEMBANGAN PENGETAHUAN
Bagi seorang guru, setiap amalan profesionalismenya perlu dikaitkan dengan pengetahuan yang dimilikinya. Ini adalah kerana setiap unsur dalaman (pengetahuan) perlu dikaitkan dengan satu unsur luaran (amalan) supaya unsur dalaman itu menjadi eksplisit. Setiap guru yang profesional perlu kerap memindahkan pengetahuannya kepada orang lain.

Samb.
Proses pemindahan pengetahuan berlaku pada perbincangan tak formal antara rakan sekerja. Pemindahan pengetahuan boleh dilaksanakan secara induktif, cth:

Lantaran itu, proses pemindahan pengetahuan bukan sahaja memindahkan pengetahuan sedia ada, tetapi proses ini boleh juga membina suatu pengetahuan yang baru. Oleh itu, suatu pengalaman baru boleh dibina daripada pengetahuan sedia ada secara deduktif, iaitu daripada umum kepada yang spesifik. Menurut Polanyi, 1967, pemindahan sesuatu pengetahuan memerlukan proses mental yang berfokus. Hal ini disebabkan sesuatu pengetahuan itu perlu disusun aturkan supaya mudah difahami dan diterima oleh orang lain. Oleh itu, seorang guru Matematik ialah seorang individu profesional yang mempunyai kemahiran mental yang sedemikian.

Guru Matematik yang profesional seharusnya memiliki kemahiran untuk membuat perkaitan antara amalan dengan pengetahuan. Mereka perlu berkemahiran untuk memindahkan pengetahuan tersebut. Kedua-dua kemahiran ini menjadikan pengetahuan yang dimiliki oleh seorang guru adalah eksplisit. Pemilikan pengetahuan eksplisit adalah ciri profesionalisme seorang guru Matematik yang boleh menyumbang pada kecemerlangan institusi pendidikan mereka.

Pengetahuan yang berkesan adalah satu proses yang berterusan bagi memperkembangkan potensi kendiri masingmasing bagi setiap guru profesional. Guru perlu menyedari tentang kepentingan untuk sentiasa belajar bagi mempertingkat dan meneruskan profesionalisme masing-masing. Kesedaran ini menggalakkan setiap guru untuk mengambil inisiatif sendiri untuk belajar tentang sesuatu yang baru walaupun tiada sebarang bantuan luaran. Contohnya, seminar-seminar, persatuan Matematik seperti NCTM dan PERSAMA, Kursus Peningkatan Profesionalisme Pengajaran Matematik serta kerap membaca isu-isu semasa mengenai subjek Matematik.

PERKEMBANGAN POTENSI KENDIRI

Proses perkembangan potensi kendiri guru ini bermula apabila mereka mengenalpasti sumber yang diperlukan bagi pembelajaran barunya. Contohnya, sumber-sumber bagi guru-guru Matematik untuk menambahkan ilmu adalah buku-buku Matematik, jurnal Matematik seperti Teaching Children Mathematics dan The Mathematics Teacher, seminar Matematik dan lain-lain. Menurut Knowles (1975), tindakan kendiri seorang yang profesional adalah seorang guru profesional menggunakan keberkesanan pemikirannya untuk memahami ilmu baru di peringkat pemerolehan ilmu berkenaan. Pemikiran yang sedemikian dilengkapi pula oleh perasaannya yang peka untuk menguasai ilmu itu pada peringkat seterusnya; Peringkat penguasaan ilmu. Keduadua unsur kognitif serta afektif diperlukan bagi menjiwai sesuatu ilmu.

PERKEMBANGAN KOMUNIKASI
Komunikasi sifat mengufuk: Komunikasi antara seorang guru profesional dengan rakan sejawat. Komunikasi sebegini berlaku antara individu yang setara. Komunikasi sifat menegak : komunikasi ini berlaku antara pentadbir sekolah dengan gurunya. Komunikasi menegak menggunakan kuasa sebagai punca kewibawaan. Persamaan taraf antara guru menyebabkan komunikasi antara mereka menjadi lebih terbuka. Ini berlaku kerana komunikasi antara guru lebih berfokus terhadap perkongsian pengalaman dan maklumat bagi tujuan mencari penyelesaian terhadap sesuatu cabaran pendidikan.

Kegiatan koloboratif menyediakan peluang bagi guru untuk sama-sama bekerja dan belajar dalam kumpulan kecil. Menurut Smylie (1995), kegiatan kumpulan koloboratif guru menggalakkan perkongsian antara mereka. Perkongsian yang sedemikian menyediakan wacana untuk guru sama-sama berbincang tentang kepercayaan serta amalan semasa terhadap pendidikan. Setiap guru sedang melaksanakan penilaian kendiri terhadap kepercayaan serta amalan pendidikan masing-masing semasa perkongsian tersebut. Jadi perkongsian pengetahuan antara guru-guru seperti guru Matematik mampu menambah perasaan kekitaan dan kesamaan antara guru serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi bagi mencapai ciri profesionlisme seseorang guru.

Guru yang profesional juga percaya bahawa komunikasi yang berkesan perlu dilaksanakan melalui teladan. Role-model profesionalisme perlu ditunjukkan secara eksplisit kepada rakan sejawat. Peranan sedemikian dilaksanakan oleh seorang guru profesional secara ikhlas.
Keikhlasan itulah yang akan menyentuh sanubari rakan sejawat mereka. Lantas, rakan sejawatnya akan sama-sama berusaha untuk mencapai visi kecemerlangan profesion perguruan.

PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

Pendidikan sepanjang hayat

Pendidikan Jarak Jauh

PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT


Pendidikan sepanjang hayat atau livelong education adalah pendidikan dari alam prasekolahan dan berterusan sepanjang hayat. Oleh yang demikian Perdana Menteri menekankan dalam konteks dunia global sekarang, modal insan yang benarbenar berkualiti sangat diperlukan jika negara ingin melangkah ke era ekonomi global yang berpaksikan pengetahuan (Berita Harian, 1 Mei 2006). Natijahnya, guru-guru wajar mengamalkan pendidikan sepanjang hayat untuk menbangunkan kerjaya seseorang bagi meningkatkan profesional sebagai seorang guru.

Pendidikan Jarak Jauh


Pendidikan Jarak Jauh adalah satu bidang pendidikan yang bertumpu kepada memberi pendidikan kepada pelajar yang tidak berada di satu lokasi setempat seperti di institusi pengajian tinggi atau IPT. Melalui pembelajaran jarak jauh (PJJ) pelajar dan pengajar berkomunikasi di waktu dan ketika yang berlainan dan bersesuaian dengan masa lapang mereka. Profesion perguruan adalah satu profesion mulia yang mencurahkan ilmu pengetahuan dan mendidik pelajar sehingga mereka berjaya ke peringkat pengajian tinggi dan akhirnya menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara. Jadi, guru-guru Sains dan Matematik seharusnya menyokong amalan pendidikan sepanjang hayat dengan menyertai kursuskursus yang berkaitan dengan bidang Sains dan Matematik untuk meningkatkan profesional guru.

Open Universiti Malaysia (OUM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah menawarkan Program Khas Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) kepada guru-guru terlatih dan pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan bukan siswazah (PPPBS/ PPPLD) untuk meningkatkan taraf akademik dan seterusnya berpeluang dilantik sebagai PPP Siswazah (DG 41). Program ini dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Skim Pinjaman Boleh Ubah. Selain itu, pembelajaran di OUM direka bentuk untuk memenuhi kehendak dan masa masing-masing. Pendidikan terbaik serta fleksibel hanya boleh didapati di OUM. Kursus-kursus yang ditawarkan termasuklah Sarjana Muda Pendidikan Matematik, Sains dan TESL. Kursus pendidikan bidang Matematik yang ditawarkan di universiti adalah untuk menyediakan bakal pendidik dalam bidang matematik. Kursus di peringkat sarjana muda ini bertujuan untuk menyediakan pendidik di dalam bidang Matematik yang berdedikasi dan mempunyai daya kepimpinan dalam menjalankan tugas sebagai guru. Semasa pengajian pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus mengikut pengkhususan yang dipilih seperti matematik. Pelajar juga akan diajar dengan kursuskursus berkaitan kaedah pendidikan dan teknik-teknik mengajar.

Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris ( MBMMBI)

Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris Matematik di Sekolah Bestari

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Trenda dan Isu Pendidikan Matematik

TMK dalam Pendidikan Matematik

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Program Literasi Dan Numerasi (LINUS)

Bertujuan membangunkan sumber tenaga manusia bagi mencapai taraf negara maju yang dapat bersaing dalam era globalisasi. Dilaksanakan secara berperingkat dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah UPSR, PMR, SPM&STPM dilaksanakan scr dwibahasa dari tahun 2003-2007. Terdapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak tentang pelaksanaan PPSMI. Telah dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012.

mencapai taraf negara maju dan persiapan supaya dapat bersaing dalam era globalisasi. memudahkan perolehan ilmu kerana kebanyakan asas istilah-istilah sains dan matematik adalah berasal dari Bahasa Inggeris. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Langkah-langkah dalam PPSMI

-Kelas tambahan -latihan bagi guru -sekolah dibekalkan dengan bahan pembelajaran untuk digunakan sebagai bahan bantu pembelajaran dan rujukan guru. -Perisian pengajaran ( perisian multimedia dalam bentuk cakera padat(CD) boleh digunakan oleh guru untuk sesi P&P.

Kesan Positif

-dapat mengelakkan mengelakkan salah faham dalam kebanyakan istilah

sn&math yang telah dimelayukan. -Membangunkan generasi pelajar yang mampu menguasai bidang sains dan teknologi di tahap tinggi. -Pendedahan yang awal kepada sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris akan membolehkan pelajar mengakses maklumat dan menerokai maklumat dengan mudah.

Kesan Negatif

-Bahasa ibunda adalah lebih sesuai untuk menjadi bahasa pengantar dalam

pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik kerana BM lebih mudah difahami. -Dasar lebih memihak kepada murid di bandar yang mempunyai lebih banyak kemudahan untuk belajar. -Mewujudkan perbezaan prestasi antara murid yang sosio-ekonomi ibu bapa mereka yang berpendapatan rendah sama ada di luar bandar dan di bandar. -Pencapaian negatif pelajar terutama di kawasan luar bandar, pendalaman dan FELDA kerana kemudahan pembelajaran yang terhad. -Pelajar tidak dapat memahami dan mengikuti pembelajaran serta penguasaan istilah atau konsep yang diajar oleh guru-guru dengan baik disebabkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka yang lemah.

Matematik di Sekolah Bestari


Sekolah Bestari ialah suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Pada peringkat permulaan, 4mata pelajaran, iaitu BM, BI, Math dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik P&P. Objektif Pembangunan pelajar secara holistik. Membuka peluang dan memperkukuh kebolehan individu. Mendemokrasikan proses pendidikan. Menghasilkan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran berfikir dan berasakan teknologi.

Kurikulum Matematik Sekolah Bestari


Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah diolah khusus untuk mengambil kira penekanan baru dalam dasar pendidikan seiring dengan perkembangan dalam bidang teknologi. Matlamat Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah membentuk pelajar yang berpemikiran mantik serta berkemahiran menggunakan pengetahuan matematik secara berkesan dan bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah supaya berupaya menangani cabaran dalam era teknologi maklumat.

Untuk mencapai matlamat Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah, kurikulumnya mempunyai objektif seperti berikut

TMK dalam Pendidikan Matematik


Penggunaan

ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses P&P. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).
Dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi

Pengajaran Berbantukan Komputer

topik yang diajar. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran malah mengubahkan kepentingan sesuatu topik dalam matematik.

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Henderson and Landersman, 1992) mendapati : Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan. Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara. Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidangbidang lain.

Kebaikan komputer dalam P&P ( Menurut Baharuddin & Mohd, 1995)


Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masingmasing.
Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar. Memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik. Menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan.

Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)


Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. KSSR mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip-prinsip tersebut: 1. Pendekatan Bersepadu 2. Perkembangan Individu Secara Menyeluruh 3. Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid 4. Pendidikan Seumur Hidup KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK


Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik ini diolah dan disusun semula. Penyusunan semula ini mengambil kira kesinambungan yang berterusan ke peringkat seterusnya. Langkah yang diambil adalah selaras dengan keperluan untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran matematik kepada murid yang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagai.

MATLAMAT KSSR BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK

untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF KSSR BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK


KSSR bagi mata pelajaran matematik membolehkan murid: Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks.

Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik. menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan harian. Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya.

Menghargai dan menghayati keindahan matematik.


Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.

KERANGKA KURIKULUM MATEMATIK

Kerangka kurikulum matematik menunjukkan program matematik yang diguna pakai di peringkat sekolah rendah. Pembelajaran matematik dirancang bermatlamatkan pembentukan murid yang berfikrah matematik.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN


Kurikulum Standard Matematik Sekolah Rendah digubal dengan memberi penekanan kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid. i. Standard Kandungan Kenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan) dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid dalam sesuatu subtopik.

ii.

Standard Pembelajaran Kenyataan khusus tentang apa yang murid patut tahu dan boleh lakukan dari segi pengetahuan atau konsep yang difahami dan keupayaan melakukan sesuatu yang membolehkan murid menunjukkan profisiensi mereka dalam pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur. Standard Pembelajaran tidak menunjukkan langkah pengajaran pembelajaran. Ini bertujuan memberi peluang kepada guru menggunakan kreativiti dalam menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif untuk murid membentuk konsep dan mengembangkan kemahiran, sikap dan nilai dalam matematik.

CONTOH STANDARD KANDUNGAN DAN PEMBELAJARAN KSSR MATEMATIK BAGI TOPIK MASA DAN WAKTU
Contoh STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing untuk 5.1 Menamakan hari dan bulan dan menerangkan aktiviti sejajar dengan hari persekolahan.

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk (i) Menyatakan waktu dalam sehari. (ii) Menyatakan dalam urutan peristiwa dalam sehari (pada hari persekolahan sahaja). (iii) Menamakan hari dalam seminggu mengikut urutan. (iv) Menamakan bulan dalam setahun.

Program Literasi dan Numerasi (LINUS)


LINUS adalah Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (ScreeningSaringan). Program LINUS dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M) dan dilaksanakan pada tahun 2010. Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid yang berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti Program LINUS.

Melalui program ini, setiap murid menjalani proses saringan tiga kali setahun bagi mengenal pasti mereka yang menghadapi masalah membaca, menulis dan asas pengiraan yang kemudian diletakkan di dalam kelas pemulihan khas untuk meningkatkan prestasi mereka.
Program LINUS ini wajib dilaksanakan ke atas semua sekolah SK, SJK(T), dan SJK(C).

Program ini dikendalikan oleh guru Bahasa Melayu, Matematik dan Guru Pemulihan.
Instrument dibina dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa MelayuBahasa Inggeris, Bahasa Cina-Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil-Bahasa Inggeris.

Program Numerasi
dilaksanakan untuk memastikan semua murid berkeupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran mengira. Dalam konteks kurikulum negara kita, proses mengira ditakrifkan sebagai tambah, tolak, darab dan bahagi. Empat proses tersebut disebut sebagai operasi asas aritmetik.

Proses Pelaksanaan Numerasi


Ada 3 saringan yang perlu dilalui oleh murid tahun 1,2 dan 3 yang akan bermula pada bulan MAC, JUN dan SEPTEMBER. Sekiranya murid gagal melepasi saringan 1, mereka akan ditempatkan di kelas LINUS.

Proses Numerasi (Tahun 1)


Semua murid Tahun Satu akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 pada awal tahun untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas numerasi mereka. Murid yang dikenal pasti masih belum mencapai kemahiran asas numerasi akan diasingkan daripada murid arus perdana akan diajar insentif oleh guru LINUS dibantu oleh guru pemulihan khas LINUS dilaksanakan dalam waktu Matematik Murid yang berjaya dipulihkan melalui program ini, akan meneruskan pembelajaran di aliran perdana

Kandungan Modul

Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumi aspek nombor bermula dari sifar hingga angka 1000, yang melibatkan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi, di samping mengaplikasikannya dalam pengiraan pengukuran seperti dalam jadual di atas. Oleh itu, murid berupaya membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000; membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor; menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu, ukuran dan sukatan pada akhir Program Numerasi.

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI


KONSTRUK Konstruk 1 Konstruk 2 Konstruk 3 Konstruk 4 Konstruk 5 Konstruk 6 Konstruk 7 Konstruk 8 Konstruk 9 Konstruk 10 Konstruk 11 Membilang Memahami nilai nombor Membuat seriasi Mengenal mata wang Malaysia Menyatakan waktu Mengendalikan operasi asas Mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia Mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu Menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang KEUPAYAAN Pra nombor dan mengenal angka

Konstruk 12

Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan menghasilkan instrumen saringan untuk mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas literasi dan numerasi sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia. Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Semua instrumen saringan mengukur konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman kandungan (depth of the content) yang akur dengan perkara yang dipelajari murid dalam tahun berkenaan

Pelaksanaan PBS bagi sekolah rendah mulai Tahun 2011 adalah berdasarkan kepada Akta Pendidikan 1996. PBS ialah pentaksiran yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS terdiri daripada komponen berikut, iaitu Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik.

Jadual Pelaksanaan Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3)

Jadual Pelaksanaan Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6)

Pentaksiran Sekolah (PS)


Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan

dilapor oleh guru di sekolah yang berkenaan.


PS dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan

seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran sumatif di akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.
PS

berfungsi

sebagai

pentaksiran

untuk

pembelajaran

dan

pentaksiran tentang pembelajaran dan merujuk kepada Standard

Prestasi yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan berdasarkan


KSSR.

Kerangka Standard Prsetasi Matematik yang digunakan dalam PS


Standard Prestasi murid Sekolah Rendah di Malaysia dalam pembelajaran Matematik mengikut tahap pencapaian masing-masing adalah seperti berikut: Band 6 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah matematik yang kompleks secara kreatif dan inovatif Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dengan menggunakan pelbagai strategi Tahu dan faham pengetahuan matematik bagi melakukan langkah-langkah pengiraan matematik secara terbimbing, penukaran dan menyelesaikan masalah matematik mudah Tahu dan faham pengetahuan asas matematik dan boleh melakukan operasi asas matematik, penukaran asas dan menyelesaikan masalah yang melibatkan perkataan Tahu dan faham pengetahuan asas matematik Tahu pengetahuan asas matematik

Band 5

Band 4

Band 3

Band 2 Band 1

Kepentingan pentaksiran dalam bilik darjah matematik


Mewujudkan bilik darjah yang seimbang Merancang perancangan pengajaran dan

pembelajaran. Menyediakan maklum balas dan insentif Mengenal pasti masalah pelajar. Membuat penilaian dan pengredan kemajuan pelajar.

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)


Berdasarkan pentaksiran PISA dan TIMSS, pencapaian murid di Malaysia dalam bidang Matematik dan Sains masih rendah berbanding murid di negara-negara maju.

Hasil Kajian PISA dan TIMSS menjadi salah satu input utama dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

TRANSFORMASI PENDIDIKAN MATEMATIK

Menurut PPPM, transformasi pendidikan matematik akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun. Banyak inisiatif yang telah dibangunkan merupakan sebahagian daripada transformasi yang akan dilaksanakan. Inisiatif pertama ialah memperkenalkan program School Improvement Partners (SI Partners) Plus and School Improvement Specialist Coaches (SISC) plus di Kedah dan Sabah dalam usaha membimbing guru bagi mata pelajaran Matematik, terutamanya di sekolah-sekolah yang berada dalam Band lima, enam dan tujuh. Inisiatif yang lain pula ialah melancarkan Video e-Guru untuk ditonton di semua sekolah. Menerusi video e-Guru, setiap guru akan mendapatkan gambaran bersifat amali tentang amalan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru cemerlang di bilik darjah dan berharap akan dimanfaatkan bagi menjayakan dasar Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Kementerian akan melaksanakan latihan kemahiran berfikiran aras tinggi (HOTS) kepada 31,000 guru Sains dan Matematik Tingkatan Satu, Dua dan Tiga dan menerusinya diharapkan 20 peratus soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah soalan pemikiran aras tinggi.

Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris(MBMMBI)


Dasar ini adalah untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. Dasar ini menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Pelaksanaan Matematik)

MBMMBI(Mata

Pelajaran

Sains

dan

Dasar ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat(soft landing) mulai tahun 2012. Garis panduan yang betujuan untuk membantu pihak selkolah untuk membuat keputusan tentang pemilihan bahasa dalam melaksanakan P&P Sains dan Matematik telah dikeluarkan bagi melincinkan pelaksanaan dasar tersebut dalam tempoh peralihan ini.

Antara perkara-perkara yang tertakluk dalam garis panduan tersebut ialah:


Pemilihan penggunaan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematk tertakluk kepada kesediaan guru dan murid di peringkat sekolah. Sekolah diminta menggunakan glosari yang dibekalkan oleh KPM dalam usaha untuk menerangkan istilah dan konsep Sains dan Matematik dalam pengajaran.

Pada tahun 2016, dasar MBMMBI akan dilaksanakan sepenuhnya.