Anda di halaman 1dari 4

5.

KEBOLEHTADBIRAN

Kebolehtadbiran merupakan ciri praktik yang terdapat dalam sesuatu ujian dan ia merupakan faktor penting dalam sesuatu ujian. Ciri ini merujuk kepada kelancaran atau kelicinan perlaksaan ujian di dalam bilik darjah atau dewan peperiksaan. Pihak pentadbiran ujian harus mengetahui tentang bilangan pelajar yang akan menduduki peperiksaan, bilangan tempat duduk calon, masa mula dan tamat ujian, arahan yang akan dikeluarkan pada peringkat awal, pertengahan dan akhir ujian. Pentadbiran ujian yang sempurna sangat penting supaya semua pelajar mempunyai suasana yang sesuai untuk memberi jawapan terbaik.Dengan adanya suasana yang sesuai, kita lebih yakin bahawa jawapan diberi adalah berasaskan penguasaan pelajar dalam bidang yang diuji dan bukannya sumbangan faktor-faktor gangguan.

5.1

Faktor-faktor Pentadbiran Ujian

Berikut diturunkan beberapa faktor pentadbiran ujian yang perlu dipertimbangkan. 1) Arahan pengendalian ujian hendaklah jelas Ini akan memudahkan pentadbiran ujian, aktiviti ujian dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Arahan dalam ujian bertulis berbeza dengan arahan ujian lisan atau ujian amali. Begitu juga arahan dalam kertas ujian mestilah jelas supaya dapat mengelakkan pelajar terlalu bertanya-tanya kepada penyelia peperiksaan tentangapa yang harus dibuat ataupun tugasan sesuatu item atau soalan yang kurang jelas. 2) Penyediaan bilik peperiksaan Untuk menjaminkan kelicinan mentadbirkan sesuatu ujian, penyediaan bilik peperiksaan juga memainkan peranan penting. Ini kerana dengan keadaan bilik peperiksaan yang mempunyai perudaraan dan pencahayaan yang baik akan mempengaruhi keadaan calon ketika menjawab ujian. Meja-meja calon juga hendaklah disusun mengikut peraturan. 3) Pengedaran kertas soalan dan pengutipan kertas soalan Cara-cara untuk mengedarkan kertas soalan dan alat-alat ujian hendaklah mengikut suatu sistem yang baik. Arahan yang diberikan oleh pengawas peperiksaan hendaklah jelas tanpa kekeliruan. Setiap skrip jawapan yang dikutip hendaklah bersistematik. 4) Permarkahan

Setiap kerja permarkahan hendaklah dipermudahkan dan dipercepatkan mengikut cara yang sesuai. Satu contoh yang boleh diberikan berkaitan kebolehtadbiran ini ialah dalam satu ujian, terdapat dua item 50 dalam buku ujian tetapi tempat menanda jawapan hanya terdapat satu bulatan sahaja dalam borang OMR iaitu item 50. Dewan peperiksaan akan menjadi kecoh dan bising. Pelajar akan mengangkat tanga meminta penjelasan dan penyelia peperiksaan akan kehulu dan hilir untuk memberikan penjelasan dan menunggu arahan dari badan peperiksaan. Keadaan ini tidak seharusnya wujud sekiranya susun atur item atau soalan dalam kertas ujian telah diberi perhatian yang rapi oleh pembinanya dan penyemak soalan ujian tersebut. Secara am, ciri kebolehtadbiran sesuatu ujian boleh diukur bermula daripada menyediakan item/soalan ujian sehinggalah ke peringkat permarkahan. Sekiranya proses ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekangan serta dengan kos yang minimum, kita boleh katakan ujian itu mempunyai ciri kebolehtadbiran yang tinggi.

6.0

KEMUDAHTAFSIRAN

Ciri kemudahtafsiran sesuatu ujian adalah berkait rapat dengan penilaian. Sesuatu ujian dianggap berfaedah kepada penggunanya sekiranya skor bagi ujian berkenaan dapat diterangkan dengan jelas. Tujuan ujian ialah mendapatkan pencapaian atau maklumat mengenai seorang individu atau sekumpulan pelajar. Keputusan ujian itu haruslah mudah ditafsirkan supaya maklumatmaklumatboleh didapati seperti berikut: (a) Pencapaian seseorang pelajar dalam kelas. (b) Kekuatan dan kelemahan pelajar. (c) Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran. (d) Kesesuain strategi pengajaran. (e) Perbandingan antara keputusan ujian-ujian yang berlainan. (f) Kesesuaian alat-alat bantu mengajar yang digunakan. (g) Kesesuaian aras kesukaran isi pelajaran yang diajarkan atau diuji.

Maklumat-maklumat diatas hanya boleh diperolehi daripada pentafsiran keputusan ujian itu. Ini bermakna markah-markah yang didapati oleh calon haruslah mudah ditukarkan dalam angka statistik seperti: Min Sisihan piawai Skor piawai Z Skor piawai T Dengan cara yang demikian, kita boleh katakan bahawa ujian itu mempunyai ciri kemudahtafsiran yang tinggi.

7.0

KESIMPULAN

Ciri-ciri ujian yang baik dan bermutu tinggi ialah ujian yang mempunyai ciri-ciri kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran yang tinggi. Dalam proses penyediaan ujian, guru harus menimbangkan segala ciri tersebut supaya menghasilkan suatu ujian yang diakui sah. Untuk menyediakan suatu ujian yang mempunyai kelima-lima ciri yang tinggi, kita haruslah mematuhi langkah-langkah berikut: (a) Isi soalan dan aras kemahirannya hendaklah disediakan berdasarkan tujuan ujian dan jadual penentuan ujian (b) Berikan bilangan soalan yang berpatutan demi mengelakkan tekaan. (c) Skrip-skrip jawapan hendaklah diperiksa mengikut skim peraturan memberi markah. (d) Sediakan ujian yang boleh ditadbirkan dengan licin tanpa gangguan (e) dari peringkat persediaan tempat ujian hingga peringkat permarkahan. (f) Pastikan keputusan-keputusan yang diperolehi selepas memeriksa (g) skrip-skrip jawapan mudah ditukarkan kepada angka statistik untuk membuat interpretasi mengenai pencapaian calon.

Anda mungkin juga menyukai