Anda di halaman 1dari 19

1.

PENGENALAN Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Bermulanya pada tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini. Mengikut kata-kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Ini bermaksud cara dan pengajaran di antara KBSR dan KSSR tidak mengalami transformasi seratus peratus tetapi kurikulum KBSR ini akan ditingkatkan lagi melalui Kurikulum KSSR dan ini akan memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran guru-guru di sekolah. Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan

menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang di sedia dan dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan

penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

2.0

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) Berbicara mengenai proses pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tidaklah mengubah kesemua aspek yang terlibat dalam pelaksanaan Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR) sama ada dari aspek struktur, bidang pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Secara ringkasnya boleh dikatakan ianya masih mengekalkan dan menggunakan serta memberi fokus terhadap aspek-aspek tersebut.

3.0

ASPEK YANG TERLIBAT DALAM KSSR 3.1 Prinsip Melalui transformasi kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuhkan serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) dan mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk, organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk membangunkan KSSR. KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 bermula dengan Tahun 1 di semua sekolah rendah seluruh negara. KSSR mempunyai empat prinsip iaitu pendekatan bersepadu,

perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk

semua murid dan pendidikan seumur hidup. Prinsip KSSR adalah berasaskan prinsip KBSR. 3.2 Bidang Bidang Pelajaran KSSR tidak akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) tetapi dilaksanakan secara beriringan dengan KBSR dengan memperkenalkan beberapa perubahan. Melalui KSSR, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Oleh itu, guru-guru sedang dalam proses disediakan dan dilatih untuk KSSR. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul asas iaitu modul asas, modul teras tema dan modul elektif. Modul Asas Teras yang mengandungi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Cina SJKC, Bahasa Tamil SJKT, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik. Modul Asas Tema yang mengandungi mata pelajaran Dunia Seni Visual, Dunia Muzik dan Dunia Sains & Teknologi. Penggunaan Modul Asas Elektif yang mengandungi Bahasa Tamil SK, Bahasa Arab dan Bahasa Iban. 3.3 Struktur Jika di dalam kurikulum KBSR telah membahagikan kepada tiga bidang asas iaitu aspek komunikasi, Kemanusiaan dan alam sekeliling, perkembangan individu. Bidang komunikasi meliputi komponen kemahiran asa yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris , Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Manakala dalam aspek manusia dan Alan Sekelilingnya, murid akan didedahkan komponen kerohanian, nilai dan sikap; manusia dan persekitaran nya yang melibatkan mata pelajaran pendidikan Islam dan moral; Alam dan Manusia. Tidak lupa juga dalam aspek perkembangan individu yang meliputi komponen kemahiran hidup,

kesenian dan kesihatan serta kurikulum yang melibatkan mata pelajaran muzik, seni, pendidikan jasmani dan kesihatan. Walau bagaimanapun. KSSR telah mengalami transformasinya di mana reka bentuk kurikulumnya tidak lagi menekankan pada bidang tetapi kepada menekankan kepada enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan; keterampilan diri; fizikal dan estetika serta literasi sains dan teknologi. Sains dan Teknologi dalam KSSR bermaksud penguasaan kepada pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik selain penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik serta kemahiran berasaskan teknologi. Seterusnya iaitu perkembangan fizikal dan estetika memberi makna perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri serta pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Kemudiannya ialah kerohanian, sikap dan nilai yang membawa maksud kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap serta nilai. Kemanusiaan pula bermaksud penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Kemanusiaan juga menggalakkan kepada penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan. Akhir sekali iaitu keterampilan diri iaitu pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. ( Kementerian Pelajaran Malaysia, Utusan Malaysia, 30 November 2010)

3.4

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran KSSR Strategi pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan adalah Negara. bergantung
4

Keberkesanan kepada

pengajaran teknik

dan dan

pembelajaran

pengolahan

penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir. Selain itu, strategi yang digunakan adalah pendekatan berpusatkan murid. Di dalam KSSR juga proses pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar atau lebih dikenali sebagai kepelbagaian teknik. Kurikulum standard menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran seperti hands-on learning, pembelajaran melalui bermain, inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran secara konstruktivisme serta pembelajaran masteri. Walau bagaimanapun, kurikulum KBSR dahulu turut juga

menggunakan pendekatan berpusatkan kepada murid, seseorang guru seharusnya mewujudkan suasana persekitaran yang mampu merangsang pembelajaran sama ada dari segi kemudahan fizikal kelas mahupun sosial emosi. Kemudahan fizikal kelas meliputi dengan memberi ruangan pembelajaran yang selesa, adanya sudut pembelajaran yang lengkap dengan bahan serta bahan-bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran mereka. Manakala aspek sosial emosi pula para guru memainkan peranan penting dalam memahami perasaan mereka sebagai kanak-kanak yang mudah sensitif. Penggunaan bahasa yang mesra kepada murid. Selain itu, bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah

menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif. Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan ataupun individu. Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama ataupun kepada kebolehan yang pelbagai. Para guru boleh mempelbagaikan kaedah melalui aktiviti seperti lakonan,

permainan, lawatan, bercerita mahupun pidato. Secara tidak langsung dapat menimbulkan rasa minat dalam diri murid-murid untuk belajar.
5

4.0

PERBEZAAN ANTARA CIRI-CIRI KBSR DAN KSSR Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu langkah usaha bagi menyusun kembali dan menambah baik kurikulum sedia ada dimana KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) iaitu bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke -21. Walau bagaimanapun, banyak pembaharuan dan perbezaan yang dapat diperhatikan dalam kurikulum KSSR berbanding KBSR yang melibatkan 8 aspek iaitu reka bentuk, pedagogi,

pengurusan kurikulum, bahan kurikulum, organisasi, kandungan, kaedah pentaksiran dan peruntukan masa di sekolah. 4.1 Reka bentuk kurikulum Dari segi Reka bentuk kurikulum, KSSR dikatakan berasaskan enam tunjang yang meliputi aspek Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. Manakala KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Hal ini bermakna transformasi reka bentuk kurikulum telah dipertingkatkan dalam proses P&P guru bersama murid. 4.2 Pedagogi Dalam kurikulum KSSR, para pendidik memainkan peranan yang penting agar kaedah pengajaran menjadi lebih berkesan. Walaupun kandungan pedagogi sudah diperkenalkan semasa kurikulum KBSR. Namun berbeza sedikit berbanding kurikulum dahulu, di mana guru-guru diberi penegasan dan penekanan yang lebih efektif berbanding dahulu. Para murid dibimbing supaya dapat mengatasi masalah semasa menghadapi sebarang kekeliruan dalam pembelajaran. Penggunaan teknologi dan maklumat diaplikasikan secara menyeluruh bagi setiap sekolah dalam
6

pedagogi KSSR. Hal ini diberi perhatian supaya membentuk pelajar seiring dengan kemajuan arus dunia. 4.3 Pengurusan Kurikulum Dalam pengurusan kurikulum. kurikulum KSSR berasaskan standard kandungan dan pembelajaran. Iaitu penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut diketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Fokus kurikulum dalam KSSR ialah bermula dari tahap prasekolah iaitu perkembangan sosio-emosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul). Seterusnya fokus kurikulum ke tahap 1 (Sekolah Rendah) tahun 1-3 menekankan penguasaan kemahiran 4M dan kemahiran asas TMK, perkembangan sosio-emosi, kognitif, sikap dan nilai. Peringkat yang paling tinggi Tahap II Sekolah Rendah tahun 4-6 iaitu pengukuhan dan aplikasi 3M termasuk menaakul, kemahiran asas TMK, sikap , nilai dan sebagainya. 4.4 Bahan kurikulum Dari aspek perbezaan bahan . Jika kurikulum yang digunakan dalam

melaksanakan KSSR

semasa kurikulum dahulu, KBSR

menggunakan pendekatan berdasarkan sukatan pelajaran manakala KSSR pula menggunakan dokumen standard kurikulum. Sukatan pelajaran merupakan sukatan atau jilid yang sudah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Pembahagian tajuk ini sudah ditetapkan dalam tajuk buku teks yang telah disediakan. Manakala dokumen standard ialah bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Aspek bahan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu standard kandungan dan standard pembelajaran. Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang rancangan pengajaran mereka. Hal ini bermaksud murid-murid perlu mencapai standard tersebut dalam satu tempoh persekolahan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, para
7

pelajar turut dibantu dengan sokongan kokurikulum seperti buku teks, modul pengajaran dan buku panduan kreativiti. Dari segi tumpuan atau kandungan kurikulum KSSR lebih memberi tumpuan kepada penguasaan 4M(menulis, membaca, mengira,

menaakul) berbanding 3M (menulis, membaca, mengira) pada KBSR. Elemen menaakul telah diperkenalkan. Menaakul adalah satu cara untuk murid berfikiran secara logikal. kemahiran menaakul mampu membantu membuat antara baik dan buruk. Dengan kata lain, murid mampu mengaplikasikan perkara yang telah dipelajari semasa P&P dalam kehidupannya. Jadi transformasi ini merupakan satu usaha untuk penambahbaikan kurikulum sedia ada untuk memastikan murid akan dibekalkan dengan pengetahuan yang cukup, dan kemahiran yang berpelbagai serta pemikiran yang tinggi. 4.5 Organisasi Dalam organisasi pembelajaran KSSR lebih menekankan penggunaan modul-modul pembelajaran dan pengajaran kepada murid- murid . Jika hendak dibandingkan dengan kurikulum dahulu iaitu KBSR yang lebih berteraskan kepada sukatan mata pelajaran. Para guru sudah diberi sukatan-sukatan pelajaran yang perlu diaplikasi dan dihabiskan mengikut tempoh yang sudah ditetapkan semasa dalam P&P bersama murid. Hal ini menjadikan Dalam kurikulum KSSR, penggunaan modul dibahagikan kepada dua mengikut tahap perkembangan pemikiran murid. Modulmodulnya adalah Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif bagi tahap I. manakala bagi tahap II, modul komunikasi Modul Komunikasi Elektif, Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai, Modul Fizikal dan Estetika, Modul Sains dan Teknologi, dan Modul Kemanusiaan.

4.6

Kaedah Pentaksiran Selain daripada aspek-aspek yang telah diterangkan di atas, KSSR juga melakukan transformasi berkaitan dengan aspek pentaksiran yang mengambil kira aspek kepelbagaian murid semasa mereka belajar. KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran

berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan jika ingin dibandingkan kurikulum dahulu iaitu KBSR yang terlalu terikat dengan peperiksaan. Oleh itu, pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik dilakukan. Oleh hal demikian, pentaksiran formatif berasaskan sekolah dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam

pembelajaran. Di mana kaedah pentaksiran yang berpelbagai seperti bersifat autentik dan holistik dapat diaplikasikan. 4.7 Elemen KSSR sentiasa merancang untuk mempertingkatkan kualiti murid di sekolah semasa P&P berjalan. Dalam hal ini beberapa elemen telah diperkenalkan dengan nama Elemen Nilai Tambah dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR). Antaranya adalah Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Nilai tambah ini bertujuan untuk memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Hal ini bagi membentuk transformasi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Elemen keusahawanan diperkenalkan dalam KSSR bagi memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawanan yang sememangnya mempunyai potensi yang besar untuk diterokai dan secara tidak langsung dapat
9

mengurangkan. bilangan siswazah menganggur sebaik sahaja bergraduat di masa hadapan. Seperti elemen nilai tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam perlaksanaan KSSR pada tahun hadapan. Murid akan didedahkan dengan kemal4an tersebut dalam proses P&P supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran murid untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan. Memantapkan kemahiran

murid berasakan elemen ini juga dilihat mampu membuka ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam mendapatkan pelbagai maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada di dalam bilik darjah sahaja. 4.8 Peruntukan masa persekolahan Berlaku perubahan peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Hal ini kerana kerajaan telah menggariskan penekanan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris selaras dengan pemansuhan dasar PPSMI. Walau bagaimanapun, peruntukan masa ini bukan hanya diterhadkan kepada subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, malah turut melibatkan keseluruhan masa pengajaran guru semasa P&P berlangsung. Seperti yang kita ketahui masa guru mengajar di sekolah ialah selama 6 jam sehari. Jika seminggu selama 30 jam atau 1800 minit. Melalui KSSR masa pengajaran guru di sekolah ditingkatkan lagi selama 1380 minit seminggu.

10

5.0

IMPLIKASI PERUBAHAN KURIKULUM KBSR KEPADA KSSR Pada pandangan saya, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan bersesuaian pada masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses

melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. 5.1 Penambahan Penguasaan Kemahiran Menaakul Dari segi tumpuan atau kandungan kurikulum KSSR lebih memberi tumpuan kepada penguasaan 4M berbanding 3M pada KBSR. Tahap satu (tahun 1 3) perlu menguasai kemahiran asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Tahap dua (tahun 4 6) memberi tumpuan kepada pengukuhan dan aplikasi 4M juga kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Tumpuan pembelajaran Prasekolah melibatkan perkembangan sosioemosi,

kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 3M dan menaakul. Kelebihan KSSR dikata lebih terserlah setelah elemen menaakul diperkenalkan. Menaakul adalah satu cara untuk murid berfikiran secara logikal. Ia adalah satu langkah yang bijak. Ini kerana anak seawal 7 tahun dididik kemahiran menaakul supaya dapat membantu dalam membuat pilihan atau keputusan antara baik dan buruk. Jadi transformasi ini merupakan satu usaha untuk penambahbaikan kurikulum sedia ada untuk
11

memastikan murid akan dibekalkan dengan pengetahuan yang cukup, dan kemahiran yang pelbagai serta berpemikiran yang tinggi. Tambahan pula dunia kini semakin mencabar dan memerlukan daya-daya pemikiran yang tinggi. Secara tidak langsung sebagai persediaan menempuhi cabaran abad ke-21 kelak. 5.2 Pemansuhan Buku Teks Dari segi penggunaan buku teks yang telah dimansuhkan bagi darjah 1 dan 2. Ini bermaksud kurikulum KSSR telah menggantikan penggunaan buku teks dengan modul-modul serta nota ringkas. Justeru itu penggantian buku teks ini dianggap wajar kerana dapat meringankan bebanan murid yang terpaksa membawa banyak buku ke sekolah. Selain itu, jika sebelum ini guru dikatakan terlalu terikat dengan kurikulum yang sedia ada dalam buku teks sehingga menghalang guru untuk berfikiran secara berkreativiti. Dengan transformasi ini juga dikatakan sebagai satu usaha bagi memastikan guru-guru menggunakan kreativiti sendiri untuk mengajar. Melalui alternatif kreativiti sendiri oleh guru-guru, murid-murid akan mudah tertarik untuk menambah minat belajar semasa proses P&P berjalan. 5.3 Pelaksanan MBMMBI Selain itu, kelebihan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) memberi penekan kepada penggunaan dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dalam kurikulum KSSR, bahasa Melayu ditekankan kerana bahasa ini merupakan bahasa kebangsaan kita. Penekanan bahasa Inggeris juga dititik beratkan melalui KSSR. Bahasa ini sewajarnya ditekankan sejak sekolah rendah lagi agar murid-murid dapat menguasai penguasaan kelak.). Penggunaan bahasa Inggeris bahasa sekarang Inggeris penting kerana

menentukan

kehidupan

seseorang. Sehubungan itu, selaras dengan hasrat kerajaan yang menginginkan dalam mencapai pelaksanaan Memartabatkan Bahasa
12

Melayu dan Meninggikan Bahasa Inggeris (MBMMBI. Sebagai contohnya penggunaan bahasa Inggeris sekarang kerap digunakan semasa proses menemu duga semasa memohon kerja dan melanjutkan pelajaran. 5.3 Peruntukkan Masa Lihat pula kepada tempoh masa pengajaran guru-guru di sekolah. Seperti yang kita ketahui masa guru mengajar di sekolah ialah selama 6 jam sehari. Jika seminggu selama 30 jam atau 1380 minit. Melalui KSSR masa pengajaran guru di sekolah ditingkatkan lagi selama 1380 minit seminggu. Hal ini demikian kerana melalui masa yang lebih ini, guru-guru dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pengajaran dan

pembelajaran sekiranya sesuatu topik itu belum tamat sukatannya. Guru tidak perlu mengejar masa untuk menghabiskan sesuatu topik tanpa di fahami oleh murid-murid. Melalui peningkatan masa ini, guru juga dapat memberikan latihan yang mencukupi kepada murid-murid sebagai persediaan kepada peperiksaan yang akan datang. 5.4 Penerapan Semangat Kenegaraan Dan Patriotik Akhir sekali, impak kelebihan yang terdapat dalam KSSR ini ialah melalui penerapan semangat kenegaraan dan patriotisme dalam diri individu murid-murid. Patriotisme bermaksud semangat sayangkan negara. Kerajaan telah melaksanakan dasar 1 Malaysia untuk merapatkan hubungan kaum di negara kita. Justeru itu penerapan nilai patriotisme dalam KSSR adalah bertepatan sejajar dengan matlamat kerajaan yang mahu menerapkan unsur-unsur nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia. 5.5 Melaksanakan Pencapaian Matlamat Berkait dengan kelemahan pula, mungkin antara kekangan yang mungkin dihadapi dalam pelaksanaan KSSR adalah pencapaian terhadap

matlamat tertentu yang digariskan. Misalnya elemen nilai tambah, iaitu


13

Kreativiti

dan

Inovasi;

Keusahawanan;

Teknologi

Maklumat

dan

Komunikasi mungkin sukar yang cuba diterapkan kepada murid di sesetengah sekolah. Keadaan ini berlaku disebabkan jurang perbezaan pendidikan yang ketara akibat perbezaan lokasi sekolah. Perbezaan yang dimaksudkan antaranya, ekuiti pendidikan, akses pendidikan serta tenaga pengajar. Sebagai contoh, adalah mustahil untuk menerapkan kemahiran ICT kepada murid jika sekolah berkenaan tidak memiliki kemudahan ICT. Mengajar dunia sains dan teknologi tapi peralatan/makmal sains tiada. Secara tidak langsung isu ini mampu menjejaskan pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar. Belum lagi membincangkan masalah jumlah bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi serta perkara-perkara lain. Ringkasnya, matlamat untuk memberi peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dalam KSSR mungkin sukar dicapai. Berbicara mengenai ekuiti pendidikan, dalam pelaksanaan

Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan

mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantage school) dan sekolah kurang beruntung

(disadvantage school) . (Sumber Pembangunan pendidikan 2001-2010, KPM). Namun setelah lebih kurang setahun tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang berkaitan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan
14

seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber P&P dan kelengkapan buku teks masih berkurangan. Dengan kata lain, kebimbangan berlakunya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Selain daripada itu, selaras dengan kehendak kerajaan dalam memperkembangkan penggunaan ICT dalam P&P sememangnya

menimbulkan isu-isu berkaitan pendidikan melibatkan penggunaan internet. Hal globalisasi ini, meninggalkan kesan negatif terhadap pemikiran murid-murid. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang mengabaikan nilai-nilai sosial menjadi kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini sebabkan nilai nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan. Selain itu, seperkara lagi yang mungkin boleh diberi perhatian ialah tentang perubahan pada peruntukan masa dalam KSSR. Pengurangan masa subjek tertentu, misalnya Dunia Muzik (Pendidikan Muzik) mungkin boleh menjejaskan pengetahuan/kemahiran murid dalam bidang

berkenaan. Walaupun unsur penerapan elemen muzik juga terdapat dalam mata pelajaran lain, tetapi pembelajaran melalui penggabungjalinan dan pembelajaran secara spesifik pada saya tetap mempunyai

perbezaan.

15

6.0

KESIMPULAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa seta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan. Sesungguhnya, bukan senang untuk mengorak langkah dan menjayakan hasrat ini demi menjadi sebuah negara maju yang setanding dengan negara-negara lain di dunia yang telah maju sama ada dari segi teknologi atau pun sumber manusia.

16

REFLEKSI KENDIRI OLEH: Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, saya berasa amat bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, proses penyiapan kerja Kursus Pendek iaitu Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia dengan jayanya dapat jua saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dalam masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya bagi subjek EDU 3101 Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia, iaitu En. Abd. Halim Bin Abd. Wahab atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang telah beliau berikan sepanjang saya melaksanakan kerja kursus ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada rakan-rakan satu pengajian, iaitu para guru pelatih PISMP Pendidikan Seni Visual Semester 1 atas kesudian meluangkan masa untuk menghadiri sesi perbincangan dan berkongsi pendapat sepanjang saya menyiapkan tugasan berkumpulan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada individu-individu yang terlibat secara tidak langsung dalam menyumbangkan idea mereka bagi membantu saya untuk menyiapkan tugasan. Disamping itu, dalam penyiapan tugasan ini saya mendapati bahawa penambahan ilmu berlaku kepada saya apabila saya mengkaji dan membanding bezakan antara kaedah pengajaran dan pembelajaran(P&P). Seterusnya menilai apakah implikasinya terhadap murid-murid dan guru-guru pada masa kini. Isu-isu yang difokuskan dalam tugasan kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada saya dalam memberi satu pendedahan yang baru. Latihannya dalam membuat kajian yang dibuat mampu meningkatkan kefahaman elemen-elemen atau unsur-unsur yang dilancarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Seterusnya memberi fokus dalam perancangan tersebut. Saya berpendapat bahawa KSSR adalah lebih baik dijalankan sejajar dengan perubahan arus dan pemodenan zaman. Tambahan pula dunia serang semakin lama semakin mencabar. Berhubung perkara diatas, sistem ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara kepada murid Kita perlu
17

bergerak maju ke hadapan dan tidak hanya bergantung pada kurikulum sedia ada kerana manusia akan berubah dari segi pemikiran dan sosial. Sekiranya tiada perubahan yang dibuat maka kita tidak akan dapat mengatasi masalah pelajar-pelajar yang semakin meruncing saban hari dalam pelajaran mahupun dalam aktiviti sosial. Transformasi kurikulum yang digubal oleh kerajaan diharap dapat membentuk pelajar yang berketerampilan, bersahsiah serta berilmu dalam menyumbang tenaga mereka kepada negara suatu hari nanti. Oleh itu, rumusan yang dapat saya berikan ialah menjadi satu kewajiban kepada setiap bakal guru perlu adanya ilmu ini dalam bidang kokurikulum kerana ia pasti akan menjadi kerja utama guru pelatih semasa dipostingkan di sekolah nanti. Saya berharap agar perubahan kurikulum yang digubal kerajaan memberi impak positif kepada semua pihak terutama kepada pelajar dan tidak akan membebankan sesetengah pihak untuk melaksanakan perkara tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga perkara-perkara dan persoalan-persoalan yang tidak dapat dijelaskan dengan tepat kerana kekurangan sumber. Seperti yang kita tahu, KSSR adalah masalah baru kurikulum bagi tahun ini. Jadi sumber rujukan yang saya peroleh juga terhad kerana hanya bergantung kepada internet, akhbar serta beberapa responden yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan KSSR. Jadi persoalan-persoalan yang diutarakan agak sukar untuk dijawab. Hal sedemikian tidak menjadi penghalang kepada saya untuk melakukan kerja kursus yang agak lengkap walaupun sumber adalah terhad. Dokumen-dokumen yang diperoleh dalam laman web Kementerian Pelajaran Malaysia banyak membantu kami menerangkan dengan lebih mendalam tentang KSSR. Tetapi keberkesanan KSSR tidak dapat dijelaskan dengan lebih lanjut memandangkan transformasi kurikulum ini baru berjalan selama beberapa bulan. Maka saya tidak dapat memberi bukti keberkesanan perubahan kurikulum tersebut. Sepanjang proses sebelum,semasa dan selepas penyiapan kerja kursus ini, banyak juga faedah yang telah kami perolehi, terutamanya kami dapat belajar memupuk nilai-nilai murni seperti bersabar, tidak mudah berputus asa,

bertanggungjawab, berdisiplin, dan sebagainya. Selain itu, kami dapat mengeratkan


18

hubungan silaturahim di antara rakan-rakan sekelas terutama sesama muslim apabila berkongsi-kongsi maklumat dan bersama-sama duduk berbincang bagi menghasilkan kerja yang terbaik. Manfaat yang terbesar yang kami perolehi ialah untuk mendapatkan sesuatu, kita mesti melakukan pengorbanan dan dalam melakukan sesuatu perlu kesabaran yang tinggi. Sesungguhnya sabar itu separuh dari Iman. Benarlah tanpa kesabaran yang tinggi mampu menjadikan proses perbincangan menjadi tegang dan penghasilan kerja kursus yang tidak memuaskan. Dari segi kekangan lain, tidaklah mempunyai banyak permasalahan.

Sememangnya sebagai seorang guru pelatih, akan dihujani dengan pelbagai tugasan untuk disiapkan iaitu sama ada dari kesukaran untuk mencari maklumat dan memahaminya serta juga dari segi kekangan masa untuk menjalankan kolaborasi bagi menjadikan ia sebagai bahan bukti kegiatan saya. Sungguhpun demikian, perkara ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak menghasilkan kerja kursus yang berkualiti memandangkan inilah tanggungjawab yang harus dipikul dalam bergelar seorang guru dan hakikatnya, realiti ini harus disedari oleh semua guru pelatih kerana inilah lumrah hidup sebagai pendidik. Akhir kata, tanpa dorongan daripada semua yang terlibat saya pastinya tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya berharap agar semua hasil yang saya usahakan dapat memenuhi setiap garis panduan yang telah ditetapkan. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan segala lemah itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Sekian, terima kasih.

19

Anda mungkin juga menyukai