Anda di halaman 1dari 27

HBPE 2203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

NAMA NO. KAD PENGENALAN OPSYEN NO MATRIK PUSAT PEMBELAJARAN NAMA E-TUTOR

: FAIZAH BINTI HARUN : 810604-12-5344 : BAHASA MELAYU : 810604125344001 : OUM KENINGAU : ENCIK RAZAK BIN SULONG

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN LATAR BELAKANG UJIAN PROSEDUR UJIAN PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA PERBINCANGAN NORMA PERBANDINGAN ANALISIS DATA PEROLEHAN UJIAN KECERGASAN KESIMPULAN RUJUKAN

MUKA SURAT 2 3 - 10 11 - 21 22 23 - 24 25 26 27

LATAR BELAKANG UJIAN Bateri ujian kecergasan motor telah lama diperkenalkan oleh pakar Pendidikan Jasmani dari Negara-negara barat seperti Amerika Syarikat.Oleh kerana kesahan dan kebolehpercayaan ujian kecergasan motor yang diperoleh, ia digunakan juga oleh pengamal Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan di Malaysia.Pembinaan bateri ujian kecergasan motor menumpukan kepada kaedah membina bateri ujian, prosedur ujian, penentuan kesahan, kebolehpercayaan dan objektif ujian berdasarkan persekitaran sekolah Malaysia.Jadual 1 menunjukkan senarai ujian kecergasan motor mengikut komponen asas. Komponen Ujian Nama Ujian Ujian lari pecut 30 meter Kepantasan Ujian lari 50 ela Ujian lari pecut 6 saat Ujian mengelecek bola keranjang Koordinasi Ujian mengawal-mengelecek AAHPERD Ujian melontar bola keranjang Ujian dirian bangau Keseimbangan Ujian kayu bass melintang Ujian kayu bass menegak Ujian lompat kaudran Ketangkasan Ujian lari ulang alik 30 kaki Ujian ketangkasan SEMO Ujian lompat jauh berdiri Kuasa Ujian lompat menegak Ujian lompat kuasa menegak Jadual 1: Senarai Ujian Kecergasan Motor

Kajian yang dilakukan oleh McCloy (1934) bertujuan membentuk bateri ujian kecergasan motor am McCloys General Motor Ability Test.Beliau telah berjaya mengukur kecergasan motor berdasarkan pengukuran ke atas komponen kekuatan, ujian kepantasan, ujian kuasa dan koordinasi pergelangan bahu dan lengan.Humiston (1937) mendapati bahawa prosedur pengujian dan pengukuran yang tepat sangat penting bagi mengukur status kecergasan motor.Beliau telah memperkenalkan prosedur ujian ke atas komponen kemahiran asas manipulatif, koordinasi dan kepantasan.Kelemahan ujian yang dijalankan oleh Humiston ialah kesukaran penguji mengukur prestasi beberapa ujian yang disenaraikan kerana prosedur ujian yang diperkenalkan tidak jelas dan meragukan.Jika hendak dibandingkan, ujian yang diperkanalkan oleh McCloy adalah lebih objektif dan mudah dilaksanakan.Hasil dapatan McCloy (1934) dan Humiston (1937) menunjukkan bahawa di antara komponen ujian yang sesuai digunakan bagi mengukur kecergasan motor ialah ujian kepantasan, kuasa dan koordinasi.Pengukuran tahap prestasi kecergasan motor memerlukan prosedur ujian yang jelas dan mudah difahami oleh penguji.Selain daripada mengenal pasti ujian yang dapat mengukur komponen kecergasan motor perhatian harus diberikan kepada nilai kesahan dan kebolehpercayaan ujian.Keberkesanan mengukur prestasi kecergasan motor adalah bergantung kepada jenis dan kesahan ujian yang dipilih.Kajian yang dibuat oleh Powel & Howe (1939), ke atas ujian lompat jauh berdiri, lari pecut 60 ela, melontar bola dan lompat menegak memperoleh nilai kesahan antara 0.63 hingga 0.77.Dapatan yang hampir sama juga diperoleh melalui ujian melontar bola keranjang, lari pecut 6 saat, melantun bola keranjang ke dinding dan lompat jauh berdiri yang terdapat dalam bateri ujian kecergasan motor Scott Motor Ability Test for High School Girls. Kajian yang dilakukan oleh Powel & Howe (1939) dan Scott (1939) adalah tidak menyeluruh dan hanya mengambil kira faktor kuasa, kekuatan, kepantasan dan koordinasi sebagai cirri kecergasan motor.Walau bagaimanapun, kajian mereka telah dapat memberi satu gambaran awal tentang prosedur menentukan kesahan kriteria ujian dan menghasilkan ujian yang dapat mewakili bateri ujian kecergasan motor.Hasil kajian yang dilakukan oleh McCloy (1940), berjaya menghasilkan sepuluh elemen kecergasan motor iaitu kekuatan otot; tenaga dinamik; keupayaan menukar arah; kelembutan; ketangkasan; penglihatan sisi; penglihatan baik; penumpuan; kefahaman mekanik aktiviti; dan perlakuan tanpa gangguan.Berdasarkan dapatan kajian McCloy, beliau mendapati komponen ujian masa reaksi dan ujian ketangkasan boleh digunakan bagi mengukur ujian kecergasan motor.
4

Menurut Larson (1941), ujian kecergasan motor dapat ditentukan lebih berkesan dengan menggunakan kaedah analisis faktor bagi menentukan komponen utama ujian.Kaedah pemilihan ujian menggunakan teknik tersebut telah dilakukan olrh ramai penyelidik terdahulu antaranya Safrit & Wood, (1987) dan Baumgartner & Jackson (1999).Kebanyakan penyelidik tersebut membuat klasifikasi kecergasan motor berdasarkan kaedah analisis faktor bagi mengenal pasti ciri kecergasan motor.Scott (1943) berjaya memperkenalkan ujian kecergasan motor Scott Motor Ability Test berdasarkan teknik kolerasi tersebut.Bateri ini mengandungi lima ujian iaitu melontar bola keranjang, ujian lari pecut 30 meter, lompat jauh berdiri, membaling dan menangkap bola dan lari berhalangan.Dapatan kajian yang dilakukan oleh OConnor & Cureton (1945) mendapati ujian keseimbangan, ujian ketangkasan dan ujian kuasa dapat mengukur kecergasan motor. Barrow (1954) telah berjaya menghasilkan bateri ujian kecergasan motor iaitu Barrow Motor Ability Test.Bateri ujian ini digunakan untuk mengukur pencapaian kecergasan motor pelajar serta membina norma.Bateri tersebut diperoleh dengan cara mengukur lapan faktor iaitu kuasa(lompat menegak dan lompat jauh berdiri), koordinasi lengan-bahu(melontar bola keranjang), ketangkasan (lari zig-zag), koordinasi mata-tangan(melantun dan menangkap bola), kekuatan(tekan tubi), kepantasan(lari landas 60 ela), keseimbangan(dirian bangau) dan kelembutan.Daripada lapan faktor tersebut, hanya enam ujian sahaja yang dapat menjangkakan sebanyak 70 peratus varian kecergasan motor pelajar.Keenam ujian tersebut adalah lompat jauh berdiri(kuasa), membaling bola sofbol(koordinasi lengan-bahu), larian zig-zag(ketangkasan), membaling dan menangkap bola(koordinasi mata-tangan), melontar bola segar(kekuatan) dan lari pecut 60 ela(kepantasan). Keogh (1965) dalam cubaannya mengumpul data mengenai ujian kecergasan motor di kalangan pelajar sekolah rendah juga telah menggunakan kajian lampau dengan tambahan beberapa ujian seperti ujian lari pecut 30 ela, lari ulang alik, lompat jauh berdiri, lari berpagar, melontar bola, membaling bola ke sasaran, keseimbangan, kekuatan gengaman tangan kanan, lari sisi, lompat tinggi dan berjalan atas palang.Kebanyakan ujian kecergasan motor melibatkan beberapa percubaan untuk mendapatkan skor ujian.Menurut Baumgartner dan Jackson(1970), pengukuran berdasarkan min skor prestasi subjek sepatutnya digunakan dalam satu ujian.Kajian yang dilakukan oleh Clarke(1971), Beunen & Malina (1988) menunjukkan bahawa keupayaan
5

berlari lazimnya dinilai berdasarkan ujian kepantasan dan kuasa, manakala ketangkasan diuji berdasarkan kecekapan menukar arah kedudukan badan.Ujian lompat jauh berdiri dan lompat menegak digunakan bagi mengukur kuasa kaki.Menurut Barrow & McGee (1971) skor ujian kecergasan motor boleh digunakan sebagai penganggar kecekapan pergerakan asas dan kemahiran motor. Kajian yang dilakukan oleh Thomas & French (1985) mendapati kanak-kanak perempuan mempunyai prestasi tahap kecergasan motor yang berbeza dengan lelaki dalam aspek keseimbangan.Suasana persekitaran pengajaran pembelajaran yang diterima oleh kanak-kanak dapat memberi kesan terhadap prestasi kecergasan motor.Mengikut Arnet, Deluccia & Gilmartin (2000), latihan kemahiran yang diberi kepada kanak-kanak dalam keadaan mereka keletihan adalah tidak bersesuaian untuk peningkatan prestasi kecergasan motor. Hasil kajian yang dilakukan oleh McKenzie, Sallis, Broyles & Zive (2002), juga mendapati kanak-kanak perempuan mempunyai prestasi kecergasan motor yang lebih baik dalam aspek lompatan dan keseimbangan berbanding lelaki.Manakala kanak-kanak lelaki pula menunjukkan pencapaian yang lebih baik dalam aspek keupayaan menangkap dan menyambut bola.Menurut McKenzie, Sallis, Broyles & Zive (2002), perbezaan jantina dalam kecergasan motor akan sentiasa bertambah dari masa ke semasa kerana prestasi kecergasan motor dipengaruhi oleh faktor peluang, harapan keluarga dan keperluan dalam persekitaran tertentu.Penglibatan kanak-kanak lelaki dalam aktiviti fizikal lebih banyak dan lebih lasak berbanding perempuan pada usia 12 tahun.Hasil kajian Raudsepp & Paasuke (1995) juga mendapati kanak-kanak perempuan menunjukkan keupayaan yang lebih tinggi dalam keseimbangan menakala kanak-kanak lelaki menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi dalam keupayaan yang melibatkan kuasa seperti membaling dan lompatan. Malina (1988) mencadangkan bahawa perkembangan kecergasan motor seharusnya dinilai berdasarkan etnik kerana masih terdapat perbezaan kecil dalam prestasi kecergasan motor antara etnik tetapi tidaklah sentiasa kekal.Kajian yang dilakukan oleh Arnet, DeLuccia & Gilmartin (2000) dan McKenzie, Sallis, Broyles & Zive (2002) mendapati tidak terdapat perbezaan prestasi kecergasan motor di antara etnik dalam aspek keseimbangan, ketangkasan, koordinasi dan komposisi lemak badan.Perbezaan kecergasan motor antara etnik hanya diperoleh semasa kanak-kanak di peringkat awal remaja.Mengikut Schmidt (1991), penguasaan kecergasan
6

motor seperti ketangkasan, koordinasi dan keseimbangan adalah mempunyai kaitan dengan faktor biologikal, umur, kekuatan otot, kematangan dan komposisi lemak badan. Kesedaran mula timbul dikalangan penyelidik lampau bahawa pengaruh jantina, etnik, umur, ketinggian, berat badan dan Indeks Jisim Badan pelajar dapat memberi kesan terhadap prestasi kecergasan motor.Kajian yang dilakukan oleh penyelidik lampau (Clarke, 1971; Ellis, Caron & Bailey, 1975; Branta, Haubenstricker & Seefeldt, 1984; Beunen & Malina, 1988) menunjukkan pengaruh umur memberi kesan ke atas prestasi kecergasan motor.Kanak-kanak dan remaja akan berubah menjadi tinggi, melebar dan kuat dengan peningkatan umur.Dapatan tersebut dapat menyokong hasil kajian sebelum yang dilakukan oleh Espenschade(1963) mendapati ketinggian dan berat badan adalah signifikan ke atas prestasi ujian kecergasan motor. Menurut Shepard (1982), penambahan kekuatan disebabkan peningkatan umur adalah berkait rapat dengan jumlah jisim otot.Terdapat hubungan yang positif di antara pertumbuhan fizikal dengan ketangkasan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan (Seils, 1951).Hasil kajian yang dilakukan oleh Milne, Seefeldt & Reuschlein (1976), mendapati pengaruh gred memberi kesan yang signifikan terhadap ujian kepantasan, kuasa dan daya tahan.Kanak-kanak lelaki menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak perempuan dalam semua item ujian kecuali kelembutan.Terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian kuasa antara kanak-kanak berdasarkan bangsa bagi setiap gred.Kajian yang dilakukan oleh McKenzie, Sallis, Broyles & Zive (2002) menunjukkan bahawa pengaruh etnik adalah signifikan terhadap prestasi kecergasan motor bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 12 tahun dan ke atas. Selain daripada melihat pengaruh jantina, etnik, umur, ketinggian, berat badan dan Indeks Jisim Badan ke atas prestasi kecergasan motor, penyelidik lampau juga mengukur keupayaan persepsi motor bagi menilai kecergasan motor.Kajian oleh Fleishman (1972) telah berjaya mengenal pasti 11 komponen bagi mengukur kecergasan motor yang dikategorikan sebagai keupayaan persepsi motor, di antaranya ialah: i. Koordinasi pelbagai anggota keupayaan untuk melakukan pergerakan dengan beberapa bilangan anggota badan yang terlibat secara serentak dan harmonis. ii. Ketepatan kawalan keupayaan membuat kawalan dengan tepat melibatkan penyesuaian kumpulan otot besar.
7

iii.

Orientasi ransangan keupayaan untuk memilih dengan pantas di mana tindak balas harus dilakukan atau memilih masa reaksi. Masa reaksi keupayaan untuk bertindak balas secara tepat ke atas sesuatu ransangan apabila diperlukan. Kelajuan pergerakan tangan keupayaan melakukan pergerakan tangan dengan pantas. Kadar kawalan keupayaan untuk menukar kelajuan dan arah tindak balas dengan pantas mengikut sasaran pergerakan. Ketangkasan tangan-lengan keupayaan mengarahkan pergerakan tangan-lengan melibatkan manipulasi objek di bawah kawalan tertentu. Ketangkasan jari keupayaan untuk mahir melakukan, mengawal manipulasi objek kecil melibatkan jari utama. Kestabilan tangan-lengan keupayaan melakukan dengan tepat pergerakan kedudukan tangan-lengan di mana kekuatan dan kelajuan terlibat secara minimum. Kelajuan jari dan pergelangan tangan keupayaan untuk mengerakkan pergelangan tangan dan jari secara tepat. Membidik keupayaan untuk menjurus sasaran dengan tepat kepada objek yang halus dalam ruang.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

ix.

x.

xi.

Johnson (1976), telah menghasilkan satu bateri ujian yang diberi nama Johnson Indoor Motor Performance Test.Bateri ujian ini bertujuan menguji prestasi keupayaan lakuan motor pelajar lelaki dan perempuan bagi memilih mereka yang layak mengikuti ijazah dalam Pendidikan Jasmani.Komponen yang diukur dalam bateri ujian ini ialah imbangan statik, koordinasi mata-tangan, ketangkasan, kuasa, kepantasan dan masa reaksi.Walau bagaimanapun rarick, Dobbins & Broadhead (1976) telah mencadangkan bahawa ujian kecergasan motor hendaklah berdasarkan kepada ujian kekuatan, kuasa, saiz badan, koordinasi mata-tangan, kandungan lemak badan dan keseimbangan.Manakala Clarke (1976) pula telah menyenaraikan sembilan elemen kecergasan motor am iaitu koordinasi lengan-mata, kuasa otot, ketangkasan, kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kelembutan, kepantasan dan koordinasi mata-kaki.

Dapatan kajian oleh Johnson (1976), Rarick, Dobbins, & Broadhead (1976) dan Clarke (1976) adalah terlalu umum kerana komponen yang digunakan bukan sahaja bertujuan bagi mengukur kecergasan motor tetapi terdapat juga komponen ujian yang juga dapat megukur kecergasan fizikal.Komponen yang digunakan bagi mengukur kecergasan motor dalam kajian tersebut ialah keseimbangan statik, koordinasi mata-tangan, ketangkasan, kuasa, kepantasan dan masa reaksi.Manakala komponen kekuatan, saiz badan, kandungan lemak badan, kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular dan kelembutan digunakan bagi menguji keupayaan kecergasan fizikal.Dapatan ujian oleh penyelidik tersebut secara tidak langsung dapat mengambarkan kemampuan individu yang ditunjukkan melalui prestasi pelbagai kemahiran motor dan potensi kecekapan pergerakan seseorang dan bersesuaian jika bertujuan untuk melihat prestasi keseluruhan kecergasan fizikal. Dapatan kajian oleh Harris, Jones & Buis (1983) menunjukkan semakin meningkat umur pelajar semakin tinggi min skor pencapaian ujian lompat menegak bagi pelajar lelaki.Pencapaian skor ujian lompat menegak bagi pelajar perempuan yang berumur 14 tahun semakin menurun.Pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 11, 12 dan 13 tahun menunjukkan peningkatan skor dalam ujian koordinasi mata-tangan.Skor ujian koordinasi bagi pelajar berumur 14 tahun semakin menurun.Dalam ujian larian zig-zag, semakin meningkat umur pelajar lelaki semakin tinggi prestasi skor dan sebaliknya berlaku bagi pelajar perempuan. Komponen keseimbangam statik, koordinasi mata-tangan, ketangkasan, kuasa,

kepantasan, masa reaksi yang digunakan bagi mengukur ujian kecergasan motor dalam kajian lampau digunakan juga untuk mengukur ketrampilan motor dalam Pendidikan Jasmani Suaian dan terapi fizikal kanak-kanak istimewa.Bruininks (1978) telah menghasilkan bateri ujian yang diberi nama Bruininks-Oseretsky Test of Motor Proficiency bertujuan bagi menilai aspek ketrampilan perkembangan motor kanak-kanak berumur empat hingga empat belas tahun.Walau bagaimanapun masih terdapat kelemahan dalam bateri ujian ini.Di antara kelemahan tersebut ialah skor ujian kurang tepat kerana terdapat ujian yang mempunyai nilai kebolehpercayaan yang rendah dan tidak boleh dibuat inferensi (Burton & Miller, 1998).Pada dasarnya, ujian tersebut digunakan sebagai diagnosis pelbagai masalah pelajar.Menurut Hattie & Edward (1987), kelemahan ujian ini disebabkan arahan lakuan yang terlalu kompleks dan tidak sesuai bagi

pelajar kurang upaya mental.Oleh itu, bateri ujian ini perlu dipertingkatkan dari banyak aspek supaya menjimatkan dan bermakna kepada pelajar. Selain daripada mengukur ketrampilan motor dalam Pendidikan Jasmani Suaian dan terapi fizikal kanak-kanak istimewa, ujian kecergasan motor juga digunakan bagi mengesan perkaitannya dengan konsep kendiri.Catledge (1981) telah menggunakan bateri kecergasan motor yang mengandungi komponen ketangksan, kuasa, kekuatan, ketangkasan dan keseimbangan bagi mengetahui hubungan antara kecergasan motor dengan konsep kendiri kanak-kanak lelaki.Mengikut Spilman (1983), tahap kecergasan motor juga boleh diukur hanya dengan menggunakan ujian lari pecut 50 ela, lari ulang alik dan lompat jauh berdiri.Bateri ujian keupayaan asas fizikal Basic Physical Abilites yang diperkenalkan oleh Baumgartner & Jackson (1999) juga mengandungi komponen ujian kekuatan otot, kuasa otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kepantasan berlari, ketangkasan berlari, keupayaan melompat, keupayaan membaling, kelembutan, keseimbangan dan persepsi kinestetik.Menurut Johnson & Nelson (1986), guru Pendidikan Jasmani sepatutnya meneliti keberkesanan penggunaan ujian kecergasan motor terlebih dahulu sebelum digunakan bagi menguji prestasi pelajar.Bagi meentukan keberkesanan pengunaan ujian kecergasan motor kepada pelajar sekolah menengah di Malaysia, guru Pendidikan Jasmani sepatutnya mengenal pasti terlebih dahulu kriteria kandungan ujian yang bersesuaian untuk setiap komponen kecergasan motor.Menurut Corbin & Lindsey (1994), pengukuran kecergasan motor melibatkan pengukuran komponen ujian kepantasan, ketangkasan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan masa reaksi.

10

PROSEDUR UJIAN Kepantasan Ujian Lari Pecut 30 meter Objektif : Bagi menentukan kelajuan larian maksimum dan kepantasan dan kelajuan adalah elemen penting dalam kebanyakan sukan dan permainan tertentu. Peralatan Kawasan : Jam randik, wisel, kon penanda, pita pengukur : Padang atau permukaan rata yang kering dengan jarak mencukupi.Tanda garisan permulaan dan penamat. Prosedur 1. :

Tanda garisan permulaan dan penamat dengan jelas untuk jarak 30 meter.Letakkan 2 kon di garisan permulaan dan 2 kon di garisan penamat.Sekiranya mempunyai kon yang berlebihan, adalah digalakkan untuk meletakkan beberapa kon sepanjang kawasan ujian.

2. 3. 4.

Peserta akan memulakan larian di belakang garisan permulaan. Peserta memulakan larian sebaik sahaja wisel dibunyikan. Masa diambil apabila wisel dibunyikan dan masa ditamatkan sebaik sahaja bahagian dada(torso) peserta melepasi garisan penamat.

11

Koordinasi Ujian Mengelecek Bola keranjang Objektif Peralatan Kawasan : Mengukur prestasi koordinasi mata dan tangan dalam lakuan motor. : Bola keranjang, wisel, kon, pita pengukur : Gelanggang konkrit yang mempunyai keluasan yang memcukupi untuk menjalankan aktiviti. Prosedur 1. :

Keenam-enam kon diletakkan dakam satu garisan lurus 13.7 metet(45kaki).Kon pertama diletakkan 1.5 meter(5 kaki) dari garisan permulaan dan selebihnya diletakkan 2.4 meter (8 kaki)setiap satu.

2.

Peserta akan mengelecek bola keranjang mengelilingi setiap kon dan berpatah balik dengan cara yang sama sehingga ke garisan permulaan.

3.

Peserta dikehendaki mula mengelecek dari sebelah kanan kon yang pertama kemudian sebelah kiri yang kedua dan seterusnya. Arahan sedia dan mula diberikan kepada peserta untuk melakukan ujian. Dua percubaan diberikan kepada setiap peserta. Percubaan dengan masa terbaik dipilih sebagai skor ujian.

4. 5. 6.

12

Keseimbangan Ujian Dirian bangau Objektif : Untuk mengukur keseimbangan statik dengan berat badan ditampung di atas tapak kaki yang dominan. Peralatan Kawasan Prosedur 1. 2. : Jam randik, kon : Kawasan hendaklah rata dan kering :

Peserta akan berdiri di atas kaki dominan. Letakkan sebelah kaki lagi ke dalam dimana lutut menampungnya.Tangan diletakkan dipinggang. Arahan sedia dan mula diberikan dan peserta akan mengangkat tumit kaki dominan dari lantai dan cuba untuk mengekalkan imbangan selama yang boleh(masa maksimun diberi selama 60 saat).

3.

4.

Ujian tersebut akan tamat apabila tangan bergerak dari pinggang, apabila kaki dominan bergerak dari kedudukan asal atau apabila tumit menyentuh lantai.

5.

Dua percubaan diberikan.Percubaan terbaik dikira sebagai skor ujian.

13

Ketangkasan Lari Ulang-Alik 10 Meter Objektif Peralatan Kawasan : Mengukur tahap ketangkasan berlari dan menukar arah. : Jam randik, kon penanda, wisel, pita pengukur, blok kayu(2), masking tape. : Gelanggang yang rata dan kering yang mempunyai keluasan yang mencukupi untuk menamatkan larian terakhir. Prosedur 1. 2. :

Tandakan 2 garisan untuk jarak larian 10 meter. Letakkan 2 bongkah kayu pada mana-mana garisan.Jarak antara 2 bongkah kayu adalah lebih kurang 50 sentimeter.

3.

Subjek berdiri dibelakang garisan yang bertentangan dengan garisan yang diletakkan 2 bongkah kayu tersebut.

4.

Apabila wisel dibunyikan, peserta akan berlari menuju ke garisan yang diletakkan bongkah kayu.Ambil 1 bongkah kayu tersebut dan berlari semula ke garisan permulaan.Letakkan bongkah kayu yang pertama di belakang garisan permulaan.Lari semula ke garisan bertentangan dan ambil 1 lagi bongkah kayu dan berlari semula ke garisan permulaan untuk menamatkan lari ulang-alik 10 meter.

5.

Pastikan sebelah kaki subjek melepasi garisan semasa mengambil dan meletakkan bongkah kayu.

6.

Catatan masa dikira sebaik saja wisel dibunyikan dan masa ditamatkan apabila dada(torso) peserta melepasi garisan setelah selesai mengambil bongkah kayu yang kedua seperti dalam prosedur di atas.(Jumlah ulang-alik sebanyak 4 kali)

Nota 1. 2.

: Jarak setiap lorong adalah sama seperti jarak lorong larian trek olahraga iaitu 1.22 meter. Setiap penguji yang bertugas dikehendaki berdiri di sisi kon yang diletakkan antara loronglorong larian.

14

3.

Larian peserta akan dibatalkan sekiranya:i. Bongkah kayu pertama tidak diletakkan di belakang garisan atau bongkah tersebut dicampakkan. ii. iii. Peserta gagal melepasi atau sekurangnya memijak garisan permulaan larian. Peserta memulakan larian sebelum wisel dibunyikan.

4.

Penguji perlu melakukan demonstrasi terlebih dahulu sebelum ujian dilaksanakan.

15

Kuasa Lompat Jauh Berdiri Objektif Peralatan Kawasan : Menguji kuasa eksplosif kaki secara mendatar. : Pita pengukur, kon, masking tape, pembaris, tepung/air : permukaan konkrit yang rata.Seeloknya permukaan yang bewarna gelap untuk memudahkan penguji mengesan bekas tepung/air. Prosedur 1. :

Peserta hendaklah berdiri di belakang garisan lompatan.Sebelum memulakan aktiviti, peserta perlu memijak tepung/air dengan tumit kasut untuk mengesan jarak lompatan.

2. 3. 4.

Kedudukan kedua-dua kaki subjek hendaklah selari dan dibuka seluas bahu. Subjek membuat lompatan sebaik sahaja subjek bersedia tanpa perlu diberi arahan. Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak 2 kali secara berturutan.Penggunaan padang rumput tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan data yang diperolehi tidak tepat.

5.

Ukuran diambil berdasarkan bahagian belakang kasut kaki yang paling hampir dengan garisan permulaan.

6.

2 bacaan akan dicatat dan jarak lompatan terbaik akan diambil kira.

16

DOKUMENTASI BERGAMBAR UJIAN

KEPANTASAN : LARI PECUT 30 METER

17

KOORDINASI : MENGGELECEK BOLA KERANJANG

18

KESEIMBANGAN : DIRIAN BANGAU

19

KETANGKASAN : LARI ULANG ALIK

20

KUASA : LOMPAT JAUH BERDIRI

21

PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA TARIKH UJIAN MASA TEMPAT KUMPULAN SASARAN : 26.2.2013(SELASA) : 7.30 10.00 pagi : SK PEKAN KENINGAU II : TAHUN 5 CEMPAKA (16 0RANG)

MENGELECEK BOLA KERANJANG(S)

DIRIAN BANGAU(S)

LARI ULANG ALIK 10 METER(S)


11.56 10.26 10.1 11.0 12.03 10.63 12.38 11.38 10.62 11.40 12.31 12.87 11.94 11.91 11.22 11.01

TARIKH LAHIR

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

ABBY ABDY TAHIR AKBAR SABRI AZNIZAL PUDIN CHEEREN ALIZAH HASRIN CINDY PHUA SIAW LING FIRDENAND JOSLEE HASTUTI SAINEH KAMARIA LABADILLAH MOHD FAHRUL RENI MOHD SYUKRI JALAPAR NURUL FARAHNIDA JAPILIN SITI ATERA MOHD JAKIR STEPHANIE NATASYA JACK SHAHNORHAIZIE ROSLAN WELLY BRYAN ASOK ZAKARIA LAUPA

P L L P P L P P L L P P P P L L

28.8.01 22.7.01 9.3.01 24.9.01 18.1.01 30.4.01 20.10.01 25.5.01 7.8.01 7.5.01 11.5.01 2.2.01 21.12.01 3.9.01 28.9.01 1.6.01

142 133 142 145 145 156 146 150 139 151 158 143 150 146 155 140

34 28 29 39 50 36 55 39 28 60 42 35 40 39 60 35

6.46 6.87 6.14 6.41 7.66 6.05 8.13 5.94 6.70 7.61 6.91 7.63 6.87 6.54 7.44 6.31

36.7 32.3 28.6 34.4 39.3 25.9 43.3 24.6 26.6 33.6 34.2 38.7 32.4 29.9 34.3 23.4

19.2 11.3 23.3 18.3 13.3 27.6 15.3 25.4 23.6 16.5 21.7 17.5 16.7 19.5 17.7 20.2

22

LOMPAT JAUH BERDIRI(M)


1.51 1.80 1.92 1.52 1.36 1.90 1.15 1.77 1.72 1.45 1.53 1.15 1.70 1.30 1.55 1.67

NAMA MURID

TINGGI BERDIRI(CM)

LARI PECUT 30 METER(S)

BERAT(KG)

JANTINA

BIL

PERBINCANGAN NORMA PERBANDINGAN Berdasarkan ujian yang telah dilaksanakan, terdapat beberapa kesimpulan telah dibuat berdasarkan analisis data yang telah dikumpul. Menurut McKenzie, Sallis, Broyles & Zive (2002) dan Thomas & French (1985), perempuan mempunyai prestasi yang lebih baik daripada lelaki dalam aspek keseimbangan manalaka lelaki mempunyai prestasi yang lebih baik dalam aspek menangkap dan menyambut bola.Kajian ini terbukti apabila didapati kebanyakan murid perempuan yang telah menjalani ujian ini menunjukkan hasil keputasan yang lebih baik berbanding murid lelaki dalam aspek keseimbangan.Lelaki pula menunjukkan keputusan yang lebih baik dalam ujian mengelecek bola keranjang.Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa aspek aktiviti harian sangat mempengaruhi prestasi kecergasan motor individu.Ini adalah kerana murid Kamaria Labadillah telah menunjukkan keputusan yang baik jika dibandingkan dengan beberapa orang murid lelaki.Ini adalah kerana murid ini terlibat secara aktif dalam sukan olahraga dan sentiasa mendapat sokongan daripada ahli keluarga.Fakta ini juga disokong oleh kajian yang telah dilakukan oleh Raudsepp & Paasuke(1995). Malina (1988) menyatakan faktor etnik mempunyai perbezaan kecil manakala Arnet, DeLuccia & Gilmartin (2000) menyangkal pendirian tersebut.Berdasarkan ujian yang telah dijalankan, kenyataan Arnet, DeLuccia & Gilmartin (2000) lebih berasas.Ini adalah kerana murid yang sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti sukan mendapat keputusan yang lebih baik tanpa mengira etnik. Berdasarkan analisis juga dapat disimpulkan bahawa faktor ketinggian dan berat badan adalah sangat penting ke atas prestasi ujian kecergasan motor.Ini adalah kerana murid yang mempunyai ketinggian dan berat badan yang signifikan menunjukkan prestasi yang baik terutama dalam ujian lompat jauh berdiri, lari ulang alik dan lari pecut 30 meter.Keputusan ini telah menyokong kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik lampau (Espenschade,1963; Clarke, 1971; Ellis, Caron & Bailey, 1975; Branta, Haubenstricker & Seefeldt, 1984; Beunan & Malina, 1988) yang menyatakan ketinggian dan berat badan adalah signifikan ke atas prestasi ujian kecergasan motor.

23

Bagi ujian pecut 30 meter pula, dapat dirumuskan dengan mengambil kira purata tiga masa terbaik bagi murid lelaki dan murid perempuan bahawa murid lelaki mempunyai kepantasan yang lebih baik daripada murid perempuan.Walaupun tiada kajian lampau yang dijalankan, hasil daripada ujian ini dapat membuktikan bahawa murid lelaki mempunyai tahap kelajuan yang lebih baik daripada murid perempuan yang seusia. Mengikut Schmidt (1991), penguasaan kecergasan motor seperti ketangkasan, koordinasi dan keseimbangan adalah mempunyai kaitan dengan faktor biologikal, umur, kekuatan otot, kematangan dan komposisi lemak badan.Saya sangat bersetuju dengan kajian yang telah dilakukan.Ini kerana murid yang bernama Firdenend Joslee menunjukkan prestasi yang baik berbanding dengan murid lelaki yang lain.Dalam penglibatan sukan di sekolah juga murid ini sangat aktif dan pernah mewakili sekolah dalam sukan ragbi sentuh hingga ke peringkat kebangsaan.Faktor yang saya ingin kaitkan di sini ialah faktor kematangan dan kekuatan otot.Ini adalah kerana murid ini telah menjalankan latihan dalam satu tempoh masa yang panjang yang telah berjaya untuk membina otot-otot utama.Dapatamn ini juga menyokong hasil kajian McKenzie, Sallis, Broyles & Zive (2002), perbezaan jantina dalam kecergasan motor akan sentiasa bertambah dari masa ke semasa kerana prestasi kecergasan motor dipengaruhi oleh faktor peluang, harapan keluarga dan keperluan dalam persekitaran tertentu.Penglibatan kanakkanak lelaki dalam aktiviti fizikal lebih banyak dan lebih lasak berbanding perempuan pada usia 12 tahun.

24

ANALISIS DATA PEROLEHAN UJIAN KECERGASAN


100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 lari pecut 30m mengelecek bola keranjang dirian bangau lari ulang alik 10 m lompat jauh berdiri

Petunjuk; lelaki perempuan

Graf 1: Perbezaan prestasi murid lelaki dan murid perempuan bagi setiap ujian

13% 83%

Petunjuk; lelaki perempuan

Carta 2: Perbezaan prestasi murid lelaki dan murid perempuan bagi ujian kecergasan motorkemahiran motor
25

KESIMPULAN Daripada kerja kursus yang saya lakukan ini, beberapa hasil kajian penyelidik lampau berkaitan Ujian Kecergasan Motor telah saya rungkaikan berdasarkan ujian yang telah saya lakukan yang melibatkan murid-murid Tahun 5 Cempaka Sk Pekan Keningau II. Melalui kajian ini, saya telah mengetahui serba sedikit berkaitan dengan penyelidikpenyelidik lampau yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan prestasi seseorang individu.Beberapa bateri ujian yang telah dihasilkan bagi membantu guru-guru masa kini dalam mengenalpasti bakat pada diri murid.Ianya sangat penting agar seorang guru boleh mempertingkatkan prestasi dan bakat yang terdapat pada murid untuk diperkembangan ke peringkat yang lebih tinggi. Melalui kerja kursus ini juga, saya mengetahui sedikit sebanyak perbezaaan prestasi di antara murid lelaki dan murid perempuan.Sebagai contoh murid perempuan menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding murid lelaki dalam aktiviti berkaitan kelembutan dan keseimbangan.Begitu juga dengan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi perkembangan motor seseorang murid.Prestasi perkembangan motor seorang murid sangat bergantung kepada jantina, umur, ketinggian, berat badan dan Indeks Jisim Badan.Selain itu, ia juga dipengaruhi oleh faktor peluang, harapan keluarga, biologikal dan aktiviti harian. Kerja kursus ini juga telah membantu saya dalam mentadbir ujian untuk mengukur komponen kecergasan perlakuan motor seseorang individu.Ianya bukan satu tugas yang mudah seperti yang saya sangkakan.Sebelum saya memulakan ujian ini, saya perlu mengetahui prosedur-prosedur setiap ujian agar perjalanan aktiviti berjalan lancar.Selain itu, ia juga untuk kesahan hasil dapatan ujian.Persedian yang lengkap dari segi peralatan ujian juga sangat penting. Melalui kajian ini juga, saya boleh mengesahkan bahawa hasil kajian-kajian penyelidik lampau berkaitan prestasi individu lelaki dan perempuan sangat tepat setelah saya membuat perbandingan hasil ujian yang telah saya laksanakan.

26

RUJUKAN Ahmad Hashim (2004). Pengukuran kecergasan motor.Tanjung Malim, Perak: Quantum Books Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon, Abdul Rahim Hamdan.(2007).Menguasai Penyelidikan dalam pendidikan (teori, analisis dan interprestasi data). Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Borhan Yusuf, Mohamed@Mohd Sidek Mustafa, Hasbullah Ismail (2007). Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc.Sdn.Bhd Dishman, R. (1990). Determinants of participation in physical activity. Dalam C.Bouchard, R. Shephard, T. Stephans, J. Sutton, & B. McPherson (Pengarang),Exercise, fitness and health.Champaign, IL; Human Kinetics. Miller, D. K. (2006). Measurement by the physical educator: Why & how (5th ed.) New York: McGraw-Hill Nunnaly, J. C., (1978) Psychometric theory.New York: McGrow-Hill

http://www.scribd.com/doc/125744893/Forum-OUM https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:TsdqAmor8Z0J:www.moe.gov.my/ppk/modul_p np/bs_ssukan/bs_ssukan_t5_6d.pdf+&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESj7p226I8mmUAZ0AwtBKYGUfy6n7RrSNC8BPw50lpPdgcMs7VXGcvMayNb8wGiSo_KqY2K4CjYDPqsjWa Dwyfg7JTswIrh05_aKLIBT22YdStEpQTZAg7pvuv63990GFCC6bF&sig=AHIEtbTDmte3h8cPFL 96xKkQX2d8k61OMQ

27

Anda mungkin juga menyukai