Anda di halaman 1dari 31

KRAF TRADISIONAL DAN DIMENSI BARU

DISEDIAKAN OLEH: THEVAKI A/P RAZINDRAN SITI ROKIAH BT. OTHMAN

TEMBIKAR

Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di Semenanjung Malaysia telah mula dikenali sejak zaman berzaman dan kini masih hidup perusahaannya di Semenanjung Malaysia. Tembikar merupakan lambang keindahan warisan kesenian yang lahir dari ketajaman ilham manusia. Perusahaan ini kebanyakan di usahakan oleh kaum wanita. Seni tembikar merupakan hasil seni kraf tangan yang diperbuat dari tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diserap serta dibakar untuk menghasilkan rupa bentuk yang unik dan berseni.

Di Perak, terdapat empat tempat yang berasingan di mana sebahagian penduduknya melakukan perusahaan tembikar secara kecil iaitu di Lenggong, Krian, Utara Perak : di Sayong, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan di Pulau Tiga sebelah selatannya. Usaha untuk menghidupkan kraf tangan tembikar ini telah dijalankan oleh PKKM di Enggor, berhampiran dengan Jambatan Iskandar.

Kegunaan tembikar pada zaman dahulu digunakan sebagai kegunaan harian dan secara keseluruhannya berbentuk periuk, belanga dan kukusan merupakan yang paling awal dicipta. Manakala, di Sarawak dan Sabah pula tembikar digunakan untuk upacara pengebumian. Dari segi bentuknya pula tidak jauh berbeza, persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan dibuat melalui teknik pembakaran pada suhu rendah dengan permukaan yang berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Walau bagaimanapun tembikar berbeza kerana ia dihasilkan mengikut teknik-teknik tersendiri serta dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.

Tembikar yang terdapat di Sayong, daerah Kuala Kangsar, Perak yang dikenali sebagai Labu Sayong berwarna hitam. Mengikut sejarah Labu Sayong ini, apabila wujudnya buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air. Labu hitam ini pada zaman dahulu adalah tempat untuk menyimpan air minuman. Keistimewaan labu hitam ini ialah airnya yang sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk, demam panas. Ia juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan.

FUNGSI LABU SAYONG


Labu sayong ini digunakan sebagai bekas minuman, bekas menyimpan air minuman di majlis kendur Selain itu ia juga digunakan sebagai hiasan yang direka khas atau sebagai cenderamata. Selain itu di Sarawak, kaum etnik menggunakan tembikar sebagai bekas mengisi corak yang dimagangkan serta sebagai alat pengebumian bagi sesetengah suku kaum di Sabah dan Sarawak.

JENIS LABU SAYONG


1. Labu Gelugur -Labu yang badanya seperti buah gelugur. 2. Labu Gombol. -Labu yang berbadan bulat, berleher panjang dan bergombol serta bermulut kecil. Ia juga dikenali sebagai labu air atau labu awak. 3. Labu Tela -Labu yang badanya berbentuk labu ketala, berleher tirus ke atas dan bermulut agak luas. Ia juga dikenali sebagai labu ketala. 4. Labu Panai -Labu yang berbadan bulat dan sering bermotif garis timbul selari yang tempelkan pada bandannya

5. Labu lepap
-Labu yang berbadan bulat dan licin, ada kalanya bercorak garis gores

yang melintang, seorang dan panjang, berleher, gombol, bermulut berbesar, dan bertapak rata. Labu lepap juga dikenali sebagai labu lepan.

6. Labu Tanah -Tembikar pada dasarnya berbentuk buah labu air atau labu manis. Ia juga dikenali sebagai labu asli atau labu kaki. 7. Labu Leper. -Labu yang berbadan leper, berleher panjang dan berbadan bergombol, biasanya dihias dengan motif tumbuhan atau geometri. Ia juga dikenali juga sebagai labu bocong 8. Labu Besar -Labu yang berbadan besar dan licin serta bulat, berleher panjang, bermulut sebesar lehernya, berkaki dan bertapak lebar seimbang dengan badannya yang besar.

9. Labu Pucung. -Labu yang berbadan bulat berbentuk seperti buah pucung, buah kepayang atau buah payung, berleher lurus dan bertapak rata. Ia juga dikenali sebagai labu kepayang. 10. Labu Belalai Gajah -Labu yang mengambil bentuk muncungnya belalai gajah

BENTUK LABU SAYONG


Terdapat beberapa bahagian yang terdapat pada labu seperti bahagian atas terdiri daripada penutup, bibir, mulut, muncung, motif hiasan dan kepala. Manakala bahagian tengahnya pula terdiri daripada leher. Bahagian bawahnya pula terdapat motif hiasan, bahagian badan, hiasan panai dan tapak atau kaki

JENIS MOTIF
Motif hiasan labu sayong

1.Labu dihias sewaktu permukaannya masih dalam keadaan lembut.

2.Kebiasaannya motif yang diukir pada labu bermotifkan alam sekeliling atau motif geometri.
3.motif yang dihias pada labu tidak keterlaluan malah hiasan mudah seperti lengkungan (gelung puyuh), jaluran cengkung (gelugur) atau garis timbul (panai). 4.permukaan labu dihias dengan cara tekanan (hiasan tekap) atau turisan. Terdapat juga ragam hias yang dibuat dengan cara menakik (hiasan takik), mengkelar (hiasan kelar) atau mengguris (hiasan guris).

Kraf Batik Identiti Malaysia

Pengenalan
Batik ialah sejenis produk kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain. Batik terkenal di Gugusan kepulauan Melayu iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Malaysia. Negeri yang popular dengan batik adalah Kelantan dan Terengganu

Motif batik
1.Motif flora
bunga kenangan , cempaka, Daun Siti Fatimah , daun keladi dan lain- lain yang biasanya dijadikan motif pada badan kain. Manakala motif pucuk rebung biasanya dijadikan motif pada kepala kain batik sarong

2.Motif fauna
burung,ayam, siput, kupu-kupu

3.Motif geometri
banji, ceplok, parang rusak, kawung , swastika, pilin berganda s dll

4.Motif benda
wau, wayang kulit dll

5.Motif abstrak

Jenis-jenis Kain Cotton, sutera, lawn, crepe satin, jacquard, rayon/ fuji Jenis-jenis Batik 1. Batik tulis / lukis/ conteng/ canting 2. Batik terap / blok /cap 3. Batik skrin 4. Batik pelangi ( tanpa penggunaan lilin)

BATIK TULIS/ CONTENG


Alatan Canting/ tjanting - Alat yang diperbuat daripada tembaga yang menjadi bekas lilin yang digunakan untuk melakar corak pada kain Pemidang - Digunakan untuk meregang kain supaya kain tidak melendut semasa mencanting Berus lembut - Digunakan untuk menyapu bahan pewarna pada kain dan lilin cair Periuk - Untuk memasak bahan campuran lilin Kuali atau bekas - Untuk mencelup, merendam dan merebus kain Dapur - Tempat meletakkan periuk dan memanaskan campuran lilin

Proses Batik Canting

1. Kain dasar dibersihkan terlebih dahulu untuk menghilangkan kanji dan dikeringkan 2. Kain ditegangkan pada pemidang kayu 3. Motif dan corak dilakarkan dengan menggunakan pensel (tidak perlu jika pembatik telah mahir) 4. Panaskan campuran lilin sehingga cair

5. Cedukkan lilin cair tersebut dengan, menggunakan canting kemudian lakarkan pada kain mengikut motif yang telah dibuat dengan menggunakan pensel tadi.Buat begitu sehingga habis lakaran corak pada kain tersebut 6. Mewarnakan motif yang telah siap dicanting / lilin 7. Apabila kain telah siap diwarnakan , biarkan pewarna dan kain kering kemudian rendamkan kain tersebut ke dalam bahan fixer supaya warna akan kekal pada kain tersebut. Biarkan kain tersebut selama8 12 jam

PELBAGAI JENIS BATIK


BATIK TERAP/ BATIK BLOK/ BATIK CAP BATIK SKRIN / BATIK SUTERA SARING / BATIK CETAK BATIK PELANGI Batik pelbagai jenis
Batik lasem kelantan Batik perkalongan Kelantan Batik selapis Batik solo kelantan

TOKOH BATIK
1. Hajah Cik Su Bt Haji Ishak (kelantan) 2. Hj. Mohd.Yusof kelantan 3. Hj.Ali, En.Awang bin Long, En Long Bin Abdullah dari Terengganu 4. Tunku Zubeidah dan Azman Sutan Aman dari Kuala Lumpur

Dimensi baru dalam batik


Bahan tambahan yang sesuai digunakan untuk mencantum dan menggabungkan hasil ciptaan baru seperti rotan, anyaman , fabrik, span, kulit ,tali, tembikar dan sebagainya. Diantara hasil ciptaan dimensi baru ialah kelengkapan rumah(langsir,kusyen, pengadang ruang dan hiasan dinding), kelengkapan bilik tidur(cadar, sarung bantal, selipar),aksesori (bekas tisu, bekas serbaguna) dan perhiasan diri (tas tangan, skaf, pakaian dan kasut)

SENI ANYAMAN

PENGENALAN SENI ANYAMAN


Dipercayai seni Kraf tangan muncul dan berkembang tanpa pengaruh luar. Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Hasil kraf tangan dijadikan alat untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah untuk anak saudara atau sahabat handai sebagai tanda kasih atau kenang-kenagan. Seseorang wanita dianggap tidak mempunyai sifat kewanitaan yang lengkap jika dia tidak mahir dalam seni anyaman.

5.Proses anyaman biasanya dijalankan oleh kaum wanita; lelaki hanya menolong menetap daun dan memprosesnya. 6.Perusahaan anyaman biasanya dilakukan secara individu dan secara kecil-kecilan yang merupakan satu usaha ekonomi bagi orang-orang di kampung. 7.Kini,terdapat organisasi dan perbadanan yang mengusahakannya, dengan skala yang besar seperti cawangan-cawangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Persatuan Gerakan Wanita Felda, Pusat Graftangan Felda, dan sebainya. 8.Hasilan anyaman bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan pealangan.Hasilan anyaman tidah terkongkong dalam bentuk tradisional sahaja. Ciptan dimensi baru dari segi rupa dan bentuk, warna dan corak, teknik dan bahan sering diubah-ubahkan mengiikut peredaran zaman dan cita rasa pelanggan.

Bahan-bahan asas untuk anyaman ialah: **Pandan atau mengkuang. **Nipah. **Bertam. **Buluh. **Paku-pakis ribu-ribu. **Bemban. **Daun serdang. **Rotan. **Rumput-rampai. **Lidi.

DIMENSI BARU DALAM ANYAMAN


Telah dipelbagaikan pengunaan serta bahan asas yang digunakan dalam penghasilan kraf ini. Contohnya:
Sangkar Burung Jam dinding Dompet Bakul hantaran