Anda di halaman 1dari 26

Hoki

Nama: Muhammad Rusyaidi Bin Shahruddin Kelas: 4 Biotechnology No Maktab: MG095123 Guru:

Kandungan
No.
1 2

Kandungan
Sejarah hoki Kemahiran

Muka surat
1-2 3-8

3 4 5 6
7 8

Teknik Peraturan hoki Padang hoki Pakaian/Peralatan hoki


Gol hoki Penutup

9-14 15-17 18 19-20


21-23 24

Sejarah
Sejarah Hoki dunia
Pemain padang hoki purba di Muzium Kebangsaan Arkiologi Athens. Pemainan ini menggunakan kayu bengkok dan sebuah bola dijumpai melalui sejarah dunia. Lukisan itu berusia 4000 tahun daripada Mesir. Menjelang tahun sebelum 1272 S.M.dan terdapat satu diskripsi daripada tahun 500 S.M. di Greece purba apabila permainan ini digelar "" (disebut "kerytezin") kerana ia bermain dingan tanduk ("" dalam bahasa Greek) dan sebuah objek berbentuk bola. Di pendalaman Mongolia, China, orang Daur telah bermain Beiko( satu permainan yang menyerupai hoki padang) lebih kurang 1000 tahun. Ada permainan seperti hoki di dalam eropah semasa zaman pertengahan dan perkataan `hockey' (hoki) telah direkodkan pada tahun 1363 oleh Edward III di England.

Permainan Moden ditubuhkan oleh sekolah awam Inggeris pada awal tahin abad ke-19. Kelab pertama ditubuhkan oada tahun 1849 di Blackheath di timur-selatan London, tetapi peraturan moden dibuat pada versi lain dimain oleh kelab kriket Middlesex untuk permainan musim sejuk. Persatuan Hoki ditubuhkanpada tahun 1886. Permainan hoki antarabangsa yang pertama diadakan pada tahun 1895 (Ireland 3, Wales 0) dan Badan peraturan antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1900. Permainan hoki dimainkan semasa Olimpik musim panas pada tahun 1908 dan 1920.

Sejarah Hoki di Malaysia


Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas dua dekad lebih, barulah penduduk tempatan mula meminati permainan ini. Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajah ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan persahabatan di sana.

Kembali

Kemahiran

Kemahiran Menolak
Kemahiran menolak amat penting untuk dikuasai. Kemahiran ini berguna untuk membuat hantaran , clearance atau untuk menjaringkan gol. Ia boleh dilakukan dengan pantas dan serta-merta tanpa disedari oleh pihak lawan. Walaupun tolakan tidak sekuat pukulan, tetapi ia boleh digunakan dalam kedudukan sukar semasa kemahiran tidak boleh digunakan. Kemahiran ini juga digunakan ketika menolak bola semasa memulakan sudut penalti.

Kemahiran Menahan atau menyerkap bola


Menahan atau menyerkap bola bermakna mengawal dengan memberhentikan bola yang bergerak sama ada dari hantaran kawan atau menghalang hantaran lawan.

Kemahiran Memukul
Memukul adalah penting dalam permainan hoki kerana melalui kemahiran ini bola boleh dihantar dengan cepat dan jauh kepada rakan sepasukan. Pukulan yang tepat ke sasaran melancarkan pergerakan serangan ketika bermain.

Kemahiran Menguis
Kemahiran menguis membolehkan bola dihantar melalui udara dan ia juga digunakan ketika melakukan strok penalti dan menjaringkan gol.

Kemahiran Mencedok
Kemahiran mencedok hampir sama dengan kemahiran menguis tetapi sudut kecendongan permukaan kayu lebih tinggi ke udara dan lebih jauh. Kegunaannya adalah untuk menghantar lebih jauh ke udara.

Kemahiran Menggelecek
Menggelecek ialah cara mengawal bola sambil bergerak dan digunakan untuk melepaskan diri dengan bola daripada kawalan pihak lawan Terdapat tiga kemhiran iaitu kelecek longgar, kelecek rapat dan kelecek cara India.

Kelecek loggar Kelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola.

Kelecek rapat Kelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk menghantar bola kepada rakan.

Kelecek India Kelecek ini adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam permainan hoki. Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan badan dengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan bola.

Kemahiran Menjaga Gol


Kemahiran-kemahiran menjaga gol boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian : >Kemhiran asas berdiri dan pergerakan melintasi gol. >Kemahiran menggunakan kaki dan pad. >Kemahiran mengguankan tangan dengan glov. >kemahiran menggunakan badan sebagai bentang. >Kemahiran mengguanakan kayu hoki.

Penjaga gol penting bagi sesuatu pasukan. Seorang penjaga gol mesti berani, mempunyai konsentrasi yang baik, kepantasan, masa tindak balas dan fleksibiliti yang baik. Perkara utama yang dititikberatkan adalah cara berdiri dalam keadaan bersedia di hadapan pintu gol.

Selain kedudukan sedia untuk menahan bola, penjaga gol harus mahir dan cekap menahan dengan menggunakan double padding, single padding, kayu dan glov. Teknik double padding melibatkan penggunaan kedua-dua kaki sebagai bentang bola manakala single padding menahan menggunakan sebelah kaki. Tindakan seterusnya adalah mengeluarkan bola dari kawasan gol sama ada menyepak atau memukul. Menampan bola dengan tangan juga adalah kemahiran yang perlu ada pada penjaga gol.

Kembali

Teknik
Teknik Menolak >Berdiri dalam keadaan sedia. >Pegang kayu dengan tangan kiri di bahagian pemegang dan tangan kanan di bahagian tengah kayu, mengikut keselesaan. >Bola berada di hadapan badan di antara kaki kiri dengan kaki kanan. >Rapatkan permukaan kayu supaya berada di belakang bola. Kayu hoki dipegang bersudut 45 darjah dengan permukaan padang. >Gunakan kekuatan tangan kanan untuk menolahk bola dan tangan kiri menekan kayu ke belakang untuk memberi kuasa tolakan. >Berat bdan dipindahkan dari kaki belakang ke hadapan. >Siku kanan diluruskan dan kayu dihalakan ke arah sasaran. >Ikut lajak.

Teknik menahan bola Teknik menahan bola dari arah hadapan >Mata sentiasa memandang bola yang datang. >Pegang kayu dengan tangan kiri sementara tangan kanan di tengah kayu bagi membantu pergerakan tangan kiri. >Muka kayu menghadap arah bola yang datang. Kayu dicondongkan ke hadapan sedikit ketika menahan untuk mengelakkan bola daripada melantun ke atas. >Bergerak ke hadapan untuk memudahkan menahan atau menyerkap bola apanila perlu. Serap day semasa bola menyentuh kayu. (b) Teknik menahan bola di sebelah kanan. >Mata memandang bola yang datang kearah kita. >Pengangan kayu berarak seperti dari arah hadapan. >Badan dibengkokkan dan berpusing ke kanan untuk bergerak ke arah bola datang. Bahu kiri menghadap bola dan lutut dibengkokkan. >Kayu hoki digerakkan ke arah bola untuk menahan bola. Kepala kayu berada di tanah di sebelah kaki kana. Bola melintasi badan dan ditahan di hadapan kaki kanan. Apabila bila menyentuh kayu hoki, tukar posisi untuk tindakan selanjutnya.

(c) Teknik menahan bola kilas kayu >Mata memandang bola yang datang ke arah kita. >Pegangan kayu seperti teknik menahan bola dari arah hadapan . >Dalam keadaan diri sedia. >Badan dibongkokkan ke kiri dan kilas kayu untuk menahan bola. Teknik memukul >Berdiri dalam keadaan sedia.

>Pegang kayu dibahagian atas dengan kedua-dua tangan dirapatkan. Tangan kanan berada dibawah tangan kiri.
>Berdiri mengiring dengan bahagian bahu kiri mengarah ke sasaran bola sambil badan dalam keadaan seimbang. Buka kaki seluasa bahu. >Bola berada di sebelah bahu kiri selari dengan kaki kiri > Ayun kayu ke belakang , kontak dan ikut lajak.

Teknik menguis

>Berdiri dalam keadaan sedia dengan bahu menghadap ke arah sasaran. Cara pengangan kayu lebih kurang sama dengan pegangan menolak.
Jarak kaki diebarkan sedikit daripada keluasan bahu. Bengkokkan lutut dan rendahkan badan. Bola berada dekat kaki kiri. Codongkan kayu dengan permukaannya menghadap ke atas. Kuis bola dengan berat badan dipindahkan daripada kaki kanan ke kaki kiri. Ikut lajak.

Teknik mencedok (a) Teknik mencedok lurus >Pegang kayu seperti pegangan untuk menguis. >Pastikan bola dan badan seperti lakuan menguis. >Codongkan kayu lebih daripada lakuan menguis untuk mendapatkan cedokan yang lebih tinggi.

(b) Teknik mencedok shovel


>Bediri dalam keadaan bersedia. >Pegang kayu seperti peganganuntuk menguis. >Mata sentiasa memandang bola semasa membuat cedokan. >Dari kedudukan diri sedia, langkahkan kaki kanan ke hadapan hampir dengan bola. >Letakkakkan permukaan kayu di bawak bola. >Lakukan cedokan dengan menggunakan kekutan daripada pergelangan tangan dan lengan supaya bola bergerak lebih tinggi dan jauh.

Teknik menggelecek
>Bola sentiasa berada dihadapan pemain. >Tangan kiri dicekak lemas di bahagian pemegang kayu manakala tangan kanan di bahagian tengah kayu. >Semasa menggelecek, Permukaan kayu digerakkan oleh tangan kiri dan dikawal oleh tangan kanan.

Diri sedia (Stance) >Buka kaki seluas bahu, lutut dibengkokkan sedikit dan berat badan di atas bebola kaki. >Badan dibengkokkan sedikit dan mata memandang bola. >Hulurkan tangan kiri ke tepi dengan siku bengkok sedikit tapak tangan menghala ke hadapan. >Tangan kanan memegang bahagian tengah kayu hoki pada paras pinggang.

Kembali

Peraturan
1. Pemain hendaklah sentiasa memegang kayu di tangan. 2. Dilarang memegang, memukul, menyangkuk atau menyepak kayu pihak lawan. 3. Dilarang menaikkan bola dengan cara bahaya. 4. Dilarang bermain bola menggunakan tagan atau kaki 5. Bola mestilah tidak terkena kaki. 6. Antara faul yang bias dilakukan adalah seperti berikut; a) Menggunakan belakang kayu untuk memainkan bola. b) Memainkan bola melebihi paras bahu. c) Menggunakn tubuh untuk menghalang pihak lawan daripada memainkan bola.

d) Menyerang, menyepak atau menolak pihak lawan dan memegang pakaian dengan tujuan mengganggu atau mencederakannya.

7. Hukuman terhadap faul; a) Faul dilakukan di luar kawasan D; i. Pasukan penyerang mendapa pukulan percuma. ii. Pasukan penyerang mendapat pukulan sudut penalti, jika pasukan bertahan dengan sengaja membuat sebarang jenis faul dalam kawasan 25 ela (22.9 cm) b) Sekiranya faul dilakukan dalam kawasan D; i. Pasukan bertahan mendapat pukulan percuma jika pasukan bertahan melakukan faul. ii. Pasukan penyerang mendapat sudu penalti jika pasukan bertahan melakukan faul. iii. Pasukan penyerang mendapat stork penalti jika pihak bertahan melakukan faul dengan sengaja.

1.0 TATATERTIB 1.1 Pemain-pemain yang mendapat tiga (3) kad hijau sepanjang pertandingan akan digantung satu perlawanan berikutnya. 1.2 Pemain-pemain yang mendapat dua (2) kad hijau dan satu (1) kad kuning sepanjang pertandingan akan digantung satu (1) perlawanan berikutnya. 1.3 Pemain-pemain yang mendapat dua (2) kad kuning sepanjang pertandingan akan digantung satu perlawanan. 1.4 Pemain-pemain yang mendapat satu (1) kad merah sepanjang pertandingan akan digantung satu (1) perlawanan atau lebih. Pemain berkenaan tidak dibenarkan bermain sehingga Jawatankuasa Bantahan/Tatatertib membuat keputusan. Pemain itu juga tidak dibenarkan duduk dengan pasukan pada masa perlawanan.

Kembali

Padang Hoki

Kembali

Pakaian/Peralatan hoki
1.0 PAKAIAN PEMAIN 1.1 Penjaga Gol diwajibkan memakai face-mask 1.2 Semua pemain lain diwajib memakai shinguard sepanjang perlawanan. 1.3 Semua pemain diwajibkan memasukkan jersi ke dalam skirt (wanita)/seluar (lelaki) sepanjang perlawanan. Jika pemain memakai tambahan ia hendaklah dari warna yang sama. 1.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set jersi yang berlainan warna dan setiap jersi hendaklah bernombor dari nombor 1 hingga 16. Jersi Penjaga Gol hendaklah bernombor di belakang dan di hadapan. 1.5 Sekiranya terdapat kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama, maka satu daripada pasukan hendaklah menukar jersinya dengan cara pengundian. Pengurus-pengurus Pasukan diminta menentukan jersi lawannya terlebih awal bagi mengelakkan jersi yang sama warna.

Peralatan hoki
3 Hoki Bendera, line Bola hoki Helmet Penjaga Gol Hoki Kayu hoki Jaring hoki Jersi Penjaga Gol L / Panjang Jersi lengan pendek hoki Pad Penjaga Gol Hoki Dada Pad Penjaga Gol Hoki kaki Seluar pendek hoki Stokin hoki Sarung tangan Hoki

Kembali

Gol hoki

Kembali

Sekian, Terima Kasih

Kembali

Anda mungkin juga menyukai