Anda di halaman 1dari 14

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Di dalam sebuah hutan, tinggallah seekor musang. Musang itu sungguh sombong. Setiap hari ia pergi mencari makanan bersendirian. Musang itu tidak suka berkawan kerana kawan-kawannya tidak cantik. Pada suatu hari, musang itu dalam perjalanan pulang ke sarangnya, ia terjumpa dengan seekor kura-kura. Musang yang sombong itu terfikir kura-kura juga boleh dimakan. Daging kura-kura sangat banyak, boleh diberikan kepada anaknya di sarangnya. Selepas musang menangkap kura-kura itu, kura-kura itu cepat-cepat menutup kulitnya yang keras itu. Musang tidak dapat makan atau mencederakan kura-kura kerana kulit kura-kura sangat keras. Musang mendapat satu akal, lalu ia mencari seketul batu untuk memecahkan badan kura-kura tetapi tidak berjaya. Kura-kura menyuruh musang merendamnya di dalam air supaya badannya menjadi lembik. Ini menyenangkan musang memecahkan kulit kura-kura. Sebaliknya yang berlaku ialah kura-kura berenang ke dalam air dan mengucapkan terima kasih kepada musang kerana membebaskannya.

Mengapakah musang ini tidak suka berkawan? A Kerana dia sakit B Kerana kawannya cantik C Kerana kawannya tidak cantik D Kerana badannya tidak cantik

Apakah yang difikirkan oleh musang apabila terjumpa dengan kura-kura? A Hendak bermain kura-kura B Hendak menolong kura-kura C Hendak melihat kura-kura D Hendak makan kura-kura itu

Mengapakah musang tidak dapat makan kura-kura?

A Kerana kura-kura menangis B Kerana kulit kura-kura keras C Kerana kura-kura bersembunyi D kerana kura-kura melarikan diri 4 Apakah yang disuruh oleh kura-kura kepada musang? A Meletakkan di pokok B Merendam ke dalam air C Meletakkan di jalan raya D Merendam ke dalam batu 5 Berikut ialah sifat musang ... A baik hati B bekerjasama C berniat jahat D suka menolong

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Ismail : Hari ini pasukan bola keranjang negeri Pahang akan melawan pasukan bola keranjang negeri Johor di Stadium Tertutup di Kuantan. Adakah awak mahu pergi? Yusof : Ah, aku tidak minatlah! Ismail : Mengapa awak tak minat? Permainan bola keranjang memang seronok. Yusof : Sebenarnya aku tidak berapa faham, terutama cara hendak mendapatkan mata. Ismail : Eh, senang saja! Kalau pemain melontar di luar kawasan D dan jaringannya tepat. Pasukan itu mendapat tiga mata. Yusof : Kalau dua dan satu mata?

Ismail : Kalau pemain dapat menyumbat gol di dalam kawasan D, pasukan akan mendapat dua mata. Untuk lontaran percuma sekiranya masuk gol dapat pula satu mata. Yusof : Oh, begitu! Ismail : Yang paling menarik ialah bagaimana hantaran bola dibuat. Hantaran tepat dan sempurna. Yusof : Kalau begitu, mari kita pergi. Ismail : Baiklah. 6 Di manakah perlawanan bola keranjang antara Pahang dan Johor akan berlangsung? A Di Johor B Di Stadium Johor C Di bandar Kuantan D Di Stadium Tertutup Kuantan 7 Mengapakah Yusof tidak mahu pergi menyaksikan perlawanan bola keranjang? A Sebab dia tidak berminat B Sebab permainannya tidak mencabar C Sebab Kuantan jauh dari tempatnya D Dia memang tidak suka sejak kecil lagi 8 Bahagian manakah Yusof tidak faham dalam permainan bola keranjang? A Peraturan B Pengadilan C Bagaimana memperoleh mata D Tidak faham secara keseluruhan permainan 9 Mengikut keterangan Ismail, berapa matakah bagi setiap pelontar lontaran percuma yang berjaya?

A Mendapat empat mata B Mendapat satu mata C Mendapat tiga mata D Mendapat dua mata 10 Mengapakah Yusof akhirnya bersetuju pergi menyaksikan perlawanan bola keranjang? A Setelah dia faham akan keterangan Ismail B Setelah dia diberi peluang bermain C Setelah dia dipujuk oleh Ismail D Setelah dia didesak oleh Ismail

Pilih kata nama am yang betul bagi soalan-soalan di bawah ini.


11 __________ yang berbaju Melayu itu ialah abang saya. A Gadis B Lelaki C Wanita D Perempuan

Pilih kata nama am yang betul bagi soalan-soalan di bawah ini.


12 Kamariah pergi ke __________ pos untuk membeli setem. A. menara B.pasar C.stesen D.pejabat

Pilih kata majmuk yang betul bagi soalan-soalan di bawah ini.


1 3 Dia suka menolong orang yang susah. Dia sangat ________. A baik hati B baik muka C baik mata D baik mulut 14 Cerita-cerita rakyat yang terdapat dalam ________ ini sungguh lucu dan menarik. A buku cerita B buku nota C buku latihan D buku tulis 15 ________ di Kampung Sri Petaling akan dirasmikan oleh wakil rakyat pada petang esok. A Balai raya B Balai polis C Jalan raya D Lebuh raya Pilih Kata Ganda yang betul bagi soalan-soalan berikut. 16 __________ papan itu telah dibina sejak tahun 60-an. A Rumah-rumah B Anak-anak C Obor-obor D Anai-anai

] 17 __________ yang digunakan dalam masakan itu diimport khas dari Indonesia. A Rumput-rampai B Rempah-ratus C Sayur-mayur D Kuih-muih 18 Lily __________ selepas makan buah limau itu. A muntah-muntah B makan-makan C tidur-tidur D biru-biru

Pilih Kata Berimbuhan yang sesuai bagi soalan soalan berikut 19 Lauk-pauk sudah __________ oleh kakak di atas meja. A dihidangkan B menghidang C terhidang D hidangan 20 Pada waktu malam, Salimi __________ keretanya perlahan-lahan. A pandu B pemandu C berpandu D memandu

21

Amirul Syafiq ________ minyak tanah ke dalam botol kaca. A menuang B mencurah C mencucuh D mencampak

Pilih Kata Adjektif yang sesuai dalam soalan-soalan berikut:

22

Makanan yang telah __________ tidak sepatutnya dimakan. A basi B elok C sejuk D panas

23

Fadhil yang demam ________ oleh emak untuk minum ubat. A dipujuk B pemujuk C berpujuk D Memujuk

24

_____ rasa puding yang saya masak ini. A Silalah

B Usahlah C Mintalah D Janganlah 25 Posmen itu menyerahkan bungkusan itu __________ Puan Lili. A ke B dari C kepada D daripada

Pilih kata perintah yang sesuai untuk diisikan dalam ayat berikut.
26 _____ jangan berludah di kawasan ini. A Silalah B Usahlah C Jemput D Harap 27 "Saya tidak sedar __________ kereta saya itu hilang," kata Kasim. A bagaimana B kenapa C mana D bila 28 _____ maaf, kejadian ini tidak disengajakan. A Usah B Harap C Tolong D Jemput

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.


29. Negara kita mencapai kemerdekaan kira-kira setengah abad yang lalu.

A kurun B tahun C bulan D sepuluh tahun

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.


30 Ayah pulang lewat pada hari ini kerana banyak kerja di pejabat.

A Bilakah ayah pulang lewat? B Siapakah yang bekerja di pejabat? C Apakah pekerjaan ayah di pejabat? D Mengapakah ayah pulang lewat pada hari ini?

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.


31. Hang Jebat bertikam dengan Hang Tuah.

A Siapakah yang bertikam dengan Hang Tuah?

B Bilakah Hang Jebat bertikam dengan Hang Tuah? C Di manakah Hang Jebat bertikam dengan Hang Tuah? D Mengapakah Hang Jebat bertikam dengan Hang Tuah?

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.


32. Borang itu mesti diserahkan selewat-lewatnya pada hujung minggu ini.

A Siapakah yang menyerahkan borang itu? B Di manakah borang itu mesti diserahkan? C Bilakah tarikh akhir borang itu mesti diserahkan? D Adakah borang itu mesti diserahkan pada hujung minggu ini? 33. Pilih ayat yang betul.

A Ibu berasa baik hati kerana anak-anaknya berjaya dalam pelajaran. B Cikgu Mariah makan angin sehingga semua orang terdiam seketika. C Mak Bedah sangat sedih sehingga rambang mata apabila menerima berita bahawa anaknya terlibat dengan dadah. D Datuk Bakar sangat berbesar hati kerana anaknya berjaya menerima ijazah kedoktoran.

34.

Pilih ayat yang betul.

A Abad dua puluh satu ini amat mencabar. B Sharmila menyandang tempat yang tiga dalam pertandingan itu. C Maimunah mendapat tempat ketiga dalam ujian bulanan baru-baru ini. D Setengah orang berpendapat minum air semasa makan satu amalan yang tidak baik.

35.

Pilih ayat yang betul.

A Dia memperoleh sebiji permata di dalam perut ikan. B Polis merampas sebilah pistol daripada penjahat itu. C Ahmad memberi sebentuk cincin kepada tunangnya. D Segerombolan polis berkawal di kawasan sempadan.

36.

Pilih ayat yang betul.

A Dia seorang mengawas sekolah. B Adik saya seorang yang pemboros. C Seorang pengcat bangunan telah terjatuh dari bangunan tinggi. D Salina tidak berani berjalan seorang diri kerana dia seorang yang takut.

37.

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

A Dia menyanyi dengan penuh semangat! B Dia menyanyi, dengan penuh semangat. C Dia, menyanyi dengan penuh semangat. D Dia menyanyi dengan penuh semangat.

38.

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

A Adik saya sedang bermain Anak Patung. B Adik saya sedang bermain, anak patung. C Adik saya, sedang bermain anak patung. D Adik saya sedang bermain anak patung.

39.

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

A Berapa orangkah yang menyertai pertandingan itu? B Berapa orangkah? yang menyertai pertandingan itu. C Berapa orangkah? Yang menyertai pertandingan itu? D Berapa orangkah yang menyertai pertandingan itu.

40.

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.(

A Eh, kamu rupanya! B Eh! Kamu rupanya! C Eh kamu, rupanya! D Eh kamu rupanya!

Anda mungkin juga menyukai