Anda di halaman 1dari 3

Soalan: Pilih satu teknik untuk dilaksanakan dalam pengajaran kemahiran lisan dan jelaskan cara anda melaksanakan

teknik tersebut dalam PnP Bahasa Melayu.

Teknik Bercerita. Semasa menyampaikan pengajaran lisani di dalam kelas, guru harus bijak memilih teknik pengajaran lisan yang hendak digunakan dalam pengajaran tersebut. Teknik pengajaran lisan yang dipilih haruslah menepati objektif pengajaran dan juga bersesuaian dengan umur, minat, dan kebolehan murid. Objektif teknik pengajaran lisan adalah untuk membolehkan murid-murid memperoleh kemahiran lisan dengan mudah dan berkesan. Teknik pengajaran lisan bukan sahaja dijalankan dalam melalui aktiviti pelajar sahaja tetapi boleh dijalankan juga dengan menggunakan bahan bantu mengajar seperti televisyen, radio, tayangan video , dan sebagainya. Teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran bukanlah perkara baharu Teknik itu biasanya digunakan oleh orang kita pada waktu tertentu, khususnya sewaktu mengajar anak mereka. Situasi yang sama dapat berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu apabila guru menyampaikan isi pelajaran kepada murid dengan menggunakan teknik tersebut. Murid akan memberikan lebih tumpuan dan perhatian apabila suasana yang diwujudkan lebih menyeronokkan dan berkesan. Teknik bercerita sangat digemari oleh kanak-kanak dan memainkan peranan yang penting dalam pengajaran lisan. Dalam pengajaran bahasa secara umumnya, teknik bercerita bermaksud guru menyampaikan pengajarannya melalui aktiviti bercerita, iaitu guru akan bercerita kepada murid-muridnya dan seterusnya disusuli dengan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti soal jawab, murid menceritakan semula cerita tersebut dan sebagainya. Dalam konteks pengajaran lisan, teknik bercerita lebih tertumpu kepada murid itu sendiri, iaitu mereka akan bercerita secara lisan sama ada tentang pengalaman, harapan, tentang sesuatu cerita yang didengar atau dibaca, dan sebagainya.

Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, guru hendaklah membantu mereka melalui soalan-soalan atau gambar-gambar seperti gambar tunggal atau gambar bersiri. Semasa murid bercerita, guru hendaklah memberi perhatian tentang sebutan, bahasa, gaya pertuturan, dan kelancaran. Guru bolehlah membuat persediaan kepada murid dalam mengaplikasikan teknik bercerita ini dengan memilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan murid-murid. Kemudian, guru mestilah sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Guru juga perlu menkaji cerita yang hendak disampaikan terlebih dahulu dengan memasukkan aspek-aspek bahasa. Seterusnya, guru perlu bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru juga boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan. Sebagai suatu teknik dalam pembelajaran, bercerita bermanfaat bagi muridmurid dalam memperkembangkan aspek kognitif, afektif mahupun psikomotor. Hal ini demikian kerana melalui cerita, murid-murid boleh mendapatkan maklumat tentang fakta, konsep mahupun pengetahuan yang digabungjalinkan dalam sesuatu kisah. Cerita juga menampilkan model-model tingkahlaku yang ditunjukkan oleh para pemegang watak atau tokoh dalam cerita. Murid-murid sebagai pendengar cerita, biasanya juga terlibat secara emosional ketika mendengar atau membaca cerita. Dengan hal yang demikian, maka baik aspek kognitif, afektif maupun psikomotor murid-murid dapat dibantu perkembangannya melalui bercerita. Sebagai suatu teknik dalam pembelajaran juga, bercerita memiliki beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan teknik-teknik yang lain. Pertama, melalui penyampaian cerita, guru dapat membina satu suasana yang menyenangkan dan mengasyikkan. Hal ini demikian kerana cerita merupakan bentuk dari seni sastera yang memiliki keindahan dan kenikmatan, lebih-lebih lagi jika jalan cerita yang disampaikan mempunyai hubungkait dengan lingkungan kehidupan murid-murid. Kedua, cerita yang sarat dengan nilai-nilai murni, mampu menanamkan sikap jujur, berani, setia, ramah dan sikap positif lainnya yang berguna dalam pembentukan budi pekerti atau keperibadian murid-murid. Ketiga, melalui teknik

bercerita,

murid-murid

dapat

mengenali fakta-fakta

alam sekitar mahupun

pengetahuan sosial yang berguna bagi perkembangan kognitif mereka. Keempat, terdapat banyak aspek yang boleh dipelajari oleh murid-murid dalam satu-satu masa. Penggabungjalinan kemahiran berbahasa seperti

mendengar, bertutur, menulis dan membaca yang berlaku ketika murid-murid mendengar atau membaca cerita dapat membantu mereka menajamkan lagi kemahiran-kemahiran yang terlibat.

Anda mungkin juga menyukai