Anda di halaman 1dari 3

940/1/B/T1/MAJ

Soalan: Sejauh manakah masyarakat Arab pada zaman jahiliyah dikatakan masyarakat yang tidak mempunyai peradaban dan tamadun. Pengenalan (3-4 m) Maksud Jahiliyah - Jahiliah berasal dari perkataan Arab iaitu jahala yang bermaksud bodoh, sesat dan tidak berilmu pengetahuan (dari aspek agama dan kepercayaan). Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman jahiliah. Kamus Bahasa Arab menyebutkan zaman jahiliah sebagai zaman sebelum Islam, iaitu sebelum turunnya al-Quran. Ciri-ciri jahiliah berdasarkan al-Quran adalah tidak mempunyai nabi atau kitab suci sebagai petunjuk, tidak mempunyai tamadun / peradaban, masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkak dan masyarakat jahil dan mereka tidak tahu membaca atau menulis. Perkataan jahiliyah digunakan bagi menggambarkan kehidupan masyarakat Arab yang tidak mahu menerima Allah sebagai Tuhan Yang Esa, tidak mahu menerima Islam sebagai agama (ad-din), dan corak kehidupan mereka yang penuh dengan kemaksiatan. Latar belakang masyarakat Arab Jahiliyah - Zaman jahiliyah ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba kira-kira 300 tahun (3 abad) sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan berakhir apabila turunnya wahyu al Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 610 M. Maksud tamadun tamadun berasal daripada perkataan Arab mudun, madain dan madana yang bermaksud kemajuan, kehalusan budi pekerti dan sopan santun. Menurut Ibnu Khaldum, perkataan tamadun atau madani adalah merujuk kepada masyarakat manusia yang maju dan makmur sama ada di kota atau di desa. Ayat Pembayang Isi Bersesuaian dengan emphasis soalan. Isi dan Huraian (7 isi x 3 markah = 21 markah) Sebab masyarakat Arab dikatakan tidak bertamadun.( Buat penegasan ) 1. Akidah kepercayaan yang sesat - Zaman jahiliyah dianggap zaman yang mengalami keruntuhan dari segi agama dan kesesatan dalam beragama yang begitu dahsyat di Semenanjung Arab. Masyarakat Arab pada era zaman jahiliyah dikatakan hilang pedoman dan dilanda kejahilan dalam beragama. Tersebarnya pelbagai agama di Semenanjung Arab kerana hubungan masyarakatnya dengan dunia luar menerusi hubungan perdagangan. Orang Parsi berusaha untuk menyebarkan agama Majusi, manakala orang Rom berusaha menyebarkan agama Nasrani yang diselewengkan di kalangan masyarakat pesisiran pantai Semenanjung Arab. Terdapat juga yang menganut agama Yahudi yang juga telah diselewengkan oleh pendeta agama mereka . Manakala orang Arab di bahagian tengah Semenanjung Arab berpegang teguh dengan agama nenek moyang mereka, iaitu agama menyembah berhala.(Agama Wathani). Terdapat juga kepercayaan animisme dan tahyul diamalkan. 2. Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk. - Pada zaman Jahiliyah, masyarakatnya tidak mempunyai pemimpin agama yang boleh membimbing mereka mengenal agama yang benar dan hidup bersyariat yang baik. Tidak ada nabi dan rasul yang menyeru mereka ke arah agama yang benar dan menyampaikan ajaran Allah (swt). Berbeza dengan zaman sebelum runtuhnya empangan Maarib di mana terdapatnya beberapa orang nabi dan rasul yang menyeru masyarakat Arab ke arah agama Allah (swt). Masyarakat arab jahiliyah juga tidak menggunakan kitab-kitab suci asal yang diturunkan kepada nabinabi sebelum mereka sebagai panduan dan rujukan daripada kesesatan. Malah mereka

940/1/B/T1/MAJ

3.

4.

5.

6.

7.

8.

menjadi pengikut memesongkan isi kitab suci terdahulu untuk kepentingan puak-puak masingmasing. Seperti kaum Yahudi yang mengubah isi kandungan kitab Taurat dan mengingkari ayat-ayat Allah (swt) Keruntuhan akhlak. - Mereka banyak mengamalkan nilai-nilai buruk dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai buruk yang agak ketara ialah seperti suka berperang, pendendam, minum arak, berjudi, berzina, merompak, mengamalkan semangat asabiyah, dan membunuh anak perempuan. Kedudukan wanita di dalam masyarakat Arab Jahiliah sangat rendah / hina. Mereka malu sekiranya mendapat anak perempuan. Hal ini jelas disebutkan dalam al-Quran, Surah alNahl . Kedudukan wanita yang dipandang rendah menyebabkan timbulnya amalan membunuh anak perempuan sebaik sahaja dilahirkan. Sesetengahnya ditanam hiduphidup.Kaum wanita biasanya dijadikan sebagai alat untuk memuaskan nafsu lelaki. Penipuan dalam ekonomi. Menjadi kebiasaan orang Arab Jahiliyah melakukan penipuan timbangan dan sukatan dan mengamalkan riba. Kegiatan perdagangan orang Arab melibatkan riba. Mereka mengenakan kadar bayaran balik yang tinggi kepada peminjam. Ilmu pengetahuan sangat sedikit orang arab yang tahu membaca dan menulis dan tiada tradisi penyebaran ilmu dan pendidikan dalam masyarakat Arab jahiliyah. Mereka hanya memiliki asas-asas ilmu politik, ekonomi dan perniagaan. Masyarakatnya hidup dalam keadaan buta huruf. Penyebaran ilmu pengetahuan berlaku di kawasan pinggir iaitu Selatan dan Barat Semenanjung Tanah Arab kerana adanya hubungan perdagangan dengan dunia luar. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak dipraktis dengan sepenuhnya. Ilmu pengetahuan tidak diwarisi kepada generasi baru juga. Hal ini menyebabkan orang Arab tidak berupaya membina semula Empangan Maarib yang telah runtuh. Dikatakan hampir semua orang Arab buta huruf. Buktinya menurut al-Baladhuri, hanya 17 orang Arab sahaja yang tahu membaca dan menulis. Keangkuhan dan sombong - Mereka mengamalkan semangat asabiyah. Oleh sebab mereka hidup secara berkabilah, mereka mempunyai semangat asabiyah yang sangat kuat. Semangat ini menyebabkan sering berlakunya peperangan yang berpanjangan di antara satu kabilah dengan kabilah yang lain. Mereka akan segera bertindak sekiranya terdapat anggota kabilah yang dizalimi. Kehidupan yang secara berpuak-puak, menyebabkan mereka ini sering berperang sesama sendiri sama ada secara individu atau kelompok. Tujuannya adalah untuk mendapat kuasa, restu puak, perlindungan dan pengaruh daripada penjajah. Sistem pemerintahan. Tidak terdapat satu bentuk kerajaan yang teratur dan mempunyai sistem pemerintahan yang kukuh. Keseluruhan Semenanjung Arab dikuasai oleh suku atau puak-puak Arab yang berpecah mengikut sistem kabilah. Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam. Ia dipengaruhi oleh faktor perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa asing yang menjajah. Di bahagian Utara Semenanjung Tanah Arab, sistem politiknya berbentuk negara naungan. Kerajaan Ghassan adalah naungan Rom manakala Hirah adalah naungan Parsi. Oleh itu, sistem politik mereka telah terpengaruh oleh sistem politik sama ada Rom atau Parsi. Makkah turut menerima ancaman Habsyah-Rom di bawah penguasa Abrahah. Orang-orang Arab juga mengamalkan sistem politik berkabilah. Sistem ini adalah berbentuk primitif di mana peraturan yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri. Ketua kabilah, iaitu Sheikh adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kabilah. Segala peraturan perlu dipatuhi, jika tidak mereka boleh disingkirkan dari kabilah tersebut dan mereka perlu memasuki kabilah yang lain.

940/1/B/T1/MAJ

Walaubagaimanapun, terdapat juga ciri-ciri ketamadunan masyarakat Arab zaman jahiliyah yang baik. 1. Mengamalkan perdagangan antarabangsa. Sistem ekonomi orang Arab Hadari kebanyakannya ialah pedagang yang bergerak dalam kafilah. Sesebuah kafilah biasanya mengandungi 500-1,000 ekor unta. Sistem perdagangan yang biasa diadakan ialah sistem perdagangan dua musim, iaitu musim panas dan musim sejuk. Pada musim panas, mereka bergerak ke Utara, iaitu Syam dan pada musim sejuk, mereka bergerak ke Selatan iaitu Yaman. Di samping itu, mereka akan berkumpul di tengah Semenanjung Tanah Arab khususnya pada musim Haji kerana terdapat 3 buah pasar iaitu pasar Ukaz, Zulmajaz dan Zulmajinman. Orang-orang Arab Jahiliah juga melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan antarabangsa. Mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan orang-orang India, China dan Nusantara. Mereka mengambil barang dagangan dari pelabuhan di Yaman dan membawa ke Syam (Damsyik) untuk dijual kepada pedagang Eropah. 2. Menghormati tetamu walaupun musuh. Antara nilai-nilai baik yang mereka miliki ialah menghormati tetamu, pemurah, setia pada janji, berani, serta memberi penghargaan terutamanya kepada golongan penyair. 3. Mahir dalam bidang kesusasteraan. Dalam kesusasteraan, orang Arab pandai bersyair, bersajak dan berkhutbah. Tokoh seperti ini ialah Imru al-Qais, Zuhair dan Tarafah. Mereka dikatakan telah menghasilkan karya-karya yang dianggap bermutu yang disebut "alMu'allaqat-al-Sab" yang pernah digantung di Kaabah. Syair-syair akan dikemukakan di pasar Ukadz setiap tahun semasa temasya tahunan. Namun, karya-karya ini kebanyakannya berbentuk sajak cinta, ratapan, pujaan, sindir-cerca yang bertujuan berseronok. Kebanyakan hasil ini dihasilkan secara kreatif atau pengalaman atau khayalan dan tidak menunjukkan daya intelektual yang tinggi. Semua karya ini dikatakan mengandungi kata-kata yang tidak sopan. C. Kesimpulan Kedatangan Islam telah merubah tamadun Masyarakat Arab. Menjadi tamadun yang hebat .(Apa saja yang berkaitan dengan soalan dan isi.)