Anda di halaman 1dari 37

KURSUS KEPEMIMPINAN MANIKAYU MODUL A DAN B (PENGAKAP KANAK-KANAK) MPKLMBPG

MODUL A : SESI 2

Disampaikan oleh ENCIK PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH KLM- , INSTITUT PERGURUAN

Disediakan oleh ENCIK AHMAD PATIKON BIN KARINO PENOLONG PESURUHJAYA NEGERI (PKK), INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR

ISTIADAT- ISTIADAT PENGAKAP


LAUNG AGUNG (PKK)

BENDERA (PM) MENGIBAR BENDERA MENURUNKAN BENDERA


(Sekawan bertugas beruniform penuh jam 6.30 petang setiap hari dengan satu tiupan wisel panjang)

ISTIADAT- ISTIADAT PENGAKAP


ISTIADAT MELANTIK ISTIADAT MENINGKAT NAIK ISTIADAT PEMERIKSAAN PAGI BREAK CAMP Laung Agung Turun dan lipat bendera Serahkan kepada Ketua Kursus Bersurai

LAUNG AGUNG (PKK)


Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik".
Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela.

Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK.

TUJUAN
Permulaan / tamat sesuatu perjumpaan. Tradisi / istiadat bagi PKK seluruh dunia. Menghormati tetamu yang datang ke PEK. Semangat setiakawan, perpaduan & bina disiplin. Pernyataan PKK membuat "Sehabis Baik.

KEDUDUKAN SEKAWAN DALAM ISTIADAT LAUNG AGUNG

AKELA

PEN. KETUA SEKAWAN BERTUGAS

KETUA SEKAWAN BERTUGAS

SEKAWAN BERTUGAS

BENDERA

PEMIMPIN-PEMIMPIN

PELAKSANAAN
Akela dalam keadaan sedia berdiri menghadap bendera dan berteriak " PEK " (1 kali kuat & nyaring). Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia.

Pelaksanaan
Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK untuk membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela. PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak mengelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu.

Pelaksanaan

Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka.

Akela depa tangan dari bawah ke paras bahu dan PKK menjinjit tumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan keduadua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak AKELA KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia.

Pelaksanaan

Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada AKELA dan mencabar "KAMU BUAT HABIS BAIK?. PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya.

ISTIADAT BENDERA DALAM LAUNG AGUNG


Akela akan berkata "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berkawad menuju ke tiang bendera. Petugas berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang bendera.

Dalam keadaan sedia, tangan kanan Petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk "memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta diikuti oleh pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan berkawad.

Istiadat Bendera Dalam Laung Agung


Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu Negaraku semua PKK mengadap kembali ke dalam bulatan seperti kedudukan asal. Akela berkata "DOA". Petugas berkata "AP" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing-masing. Selepas tamat doa Petugas berkata "AP" sebagai isyarat turunkan tangan.

Istiadat bendera dalam Laung Agung Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapor kepada Ketua Pemimpin untuk minta kebenaran menjalankan tugas lain. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetuklan kesilapan uniform PKK sebelum membuat apa-apa pengumuman. CATATAN:
Laung Agung boleh dilakukan dimana-mana kawasan lapang yang sesuai walaupun tiada tiang bendera bagi memulakan atau menutup sebarang aktiviti pengakap
KEMBALI ke Istiadat Pengakap

ISTIADAT MELANTIK
Digunakan dalam proses melantik ahli-ahli Pengakap seluruh dunia. Sebagai pengesahan pelantikan seseorang ahli Pengakap. Dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dalam suasana yang teratur, syahdu, dan bersungguhsungguh. Menggunakan ungkapan yang mudah Perlu persiapan rapi.

PELAKSANAAN
Perlu dilaksanakan pada awal aktiviti. Dijalankan di tempat lapang. Gunakan dewan yang bersih serta teratur Pemimpin AKELA mesti hafal teks istiadat. Semua yang terlibat mesti memahami tugas. Adakan raptai jika perlu. Maklumkan seminggu lebih awal kepada PEK/TRUP. Pemimpin bertauliah sahaja yang layak menjalankan Istiadat Melantik.

ISTIADAT

MELANTIK

AKELA

PENOLONG PEMIMPIN

PEN.KETUA SEKAWAN SEKAWAN BERTUGAS KETUA SEKAWAN

BENDERA

PENOLONG-PENOLONG PEMIMPIN

Pelaksanaan

PKK membentuk bulatan dalam keadaan sedia. Akela berdiri menghadap bulatan dan Penolong Pemimpin berada di belakang tiang bendera. Adik Baru berdiri di luar bulatan dan dipanggil masuk kedalam bulatan oleh Akela. Ketua Sekawan yang ditugaskan membawa Adik Baru masuk serta berdiri dihadapan Akela dan Ketua Sekawan kembali ke tempat asal. Serentak dengan itu Penolong Pemimpin masuk membawa topi, skaf dan lencana dan berdiri di

Pelaksanaan

a. PEK berada dalam bulatan. Akela berdiri di tengah. Penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang tiang bendera. PEK berdiri dalam keadaan sedia. b. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan.

c. Ketua Sekawan berkenaan membawa ahli baru itu berdiri di hadapan Akela, Ketua Sekawan balik ke tempatnya.

d. Serentak dengan itu Penolong Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian.

e. Akela akan bertanya :


Akela PKK baru
Akela PPK baru

: Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak ? : Ya Akela


: Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap : Ya Akela

f. Akela melafazkan persetiaan Pengakap dan diikuti oleh PKK baru itu :
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan :

Taat kepada Tuhan, Raja, dan Negara; Menolong orang pada setiap masa; Menurut Undang-undang Pengakap.

g. Akela berjabat tangan dengan Pengakap KanakKanak yang baru & berkata:

Saya percaya kamu akan buat sehabis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarang adalah seorang Pengakap Kanak-Kanak dan seorang ahli dalam persaudaraan Pengakap Sedunia.

h. Akela menyemat lencana Keahlian, menyarung skaf dan memakaikan topi kepada pengakap Kanak-Kanak itu. i. Pengakap Kanak-Kanak memberi tabik hormat kepada Akela. Kemudian PKK berpusing dan memberi hormat kepada PEK. PEK membalas hormat sebagai tanda mengalualukan PKK (adik baru ) ke dalam pek.

j. Ketua sekawan berkenaan membawa PKK baru itu dan memperkenalkan kepada sekawan itu. k. Istiadat ini diakhiri dengan Laung Agung yang disertai buat pertama kali oleh PKK baru. l. Sekiranya semua sekawan adalah ahli baru, maka istiadat pelantikan diadakan dalam dua peringkat. Ketua Sekawan dilantik terlebih dahulu dan ahli lain dilantik kemudian.