Anda di halaman 1dari 1

kebaikan dan keburukan membawa telefon bimbit ke sekolah

Pada zaman ini, banyak murid suka membawa telefon bimbit sekolah. Ada sekolah pun mengizinkan murid-murid membawa telefon ke sekolah juga. Sebenarnya, membawa telefon bimbit ke sekolah ada kebaikan dan keburukannya. Kebaikan nombor satu ialah murid-murid dapat menghubungi ibubapanya apabila ada perkara yang penting. Salas satu contoh adalah sakit. Kalau ibu atau bapanya tidak dihubungi segera, mungkin keadaan murid itu akan menjadi lebih teruk. Kebaikan kedua ialah murid-murid boleh menggunakan fungsifungsi yang terdapat di dalam telefon bimbit mereka untuk membantu mereka belajar. Sekarang ini, ada telefon bimbit yang terdapat fungsi rekod suara dan mengambil gambar. Apabila cikgu mahu murid-murid untuk mengambilgambar atau rekod suara untuk membuat projek, telefon bimbit dapat membantu. Membawa telefon bimbit ke sekolah pun ada keburukannya. Seperti apa yang saya cakap, telefon bimbit sekarang ada banyak fungsi. Salah satu adalah permainan. Apabila di dalam kelas, muride-murid yang tidak berminat dengan subjek itu mungkin akan bermain permainan yang terdapat di dalam telefon bimbitnya. Murid-murid juga akan menelefon atau menulis mesej kepada kawannya pada waktu rehat. Ini bukan apa yang murid-murid perlu buat. Penggunannya ialah menelefon ibu atau bapa, bukan kawan. Murid-murid perlu tahu apa yang patut buat dengan telefon bimbitnya semasa di dalam sekolah. Kalau mereka tidak menggunanya dengan cara yang salah, mereka patut digalak untuk membawa telefon bimbit ke sekolah.

Anda mungkin juga menyukai