Anda di halaman 1dari 42

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT 1. PENGHARGAAN


PENGENALAN TAJUK
2-5 6-9

2. PENYATAAN MASALAH

HIPOTESIS MATLAMAT KAJIAN 3. OBJEKTIF KAJIAN

10

4. LITERATURE REVIEW 5. METODOLOGI

11 -12

13 -15

RESEARCH DESIGN SETTING/POPULATION & SAMPLE DATA COLLECTION TOOL 6. RUJUKAN KAJIAN

16 17- 22

7. LAMPIRAN KAJIAN

QUESTIONNAIRE SURAT KEBENARAN KAJIAN GANTT CHART

PENGHARGAAN
Bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya,dapat juga kami menyiapkan tugasan Nursing Research yang bertajuk Kajian Pengambilan Sarapan Pagi Dalam Kalangan Jururawat Pelatih Kolej kejururawatan Taiping dengan jayanya.Topik ini secara langsung dapat mengenalpasti faktor-faktor para pelatih mengabaikan pengambilan sarapan pagi. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan dan menjayakan kajian ini.Dengan bantuan pihak berkenaan,terutamanya Pengarah Kolej Kejururawatan Taiping,Puan Khaw Ean Seok kerana memberi kebenaran untuk membolehkan kajian dilakukan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Mageyispery A/P S.V Ponniah selaku pengajar subjek Nursing Research NNRH 3122 kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar dan kepercayaan dalam menyiapkan kajian ini. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada responden iaitu para pelatih Kolej Kejururawatan Taiping kerana sudi meluangkan masa dan sedia memberi komitmen dalam menjawab soalan yang diedarkan.

Tidak dilupakan,jutaan terima kasih dan setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada semua pengajar Kolej Kejururawatan Taiping kerana membantu pihak kami menjayakan kajian penyelidikan ini. Sekian,terima kasih

PENGENALAN TAJUK

Adakah anda tahu sarapan pagi amat penting untuk merangsangkan organ organ tubuh yang tidak aktif pada waktu malam.Hidangan ini akan membekalkan kalori, nutrient yang akan mengekalkan tahap metabolism asas yang tinggi,mengawal suhu badan dan memelihara fungsi badan. Menurut kajian Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dengan kerjasama Nestle (M) Berhad,pada tahun 2001 ke atas 12 000 murid sekolah rendah berumur (7-12 tahun) di seluruh Negara mendapati lebih 30% kanak-kanak tidak bersarapan dan antara alasan yang diberikan adalah tidak cukup masa(48%),manakala antara mereka tidak berselera(30%). Walaupun jangka masa pengambilan sarapan pagi adalah singkat namun ia amat mustahak untuk menguatkan fizikal dan mental.Seterusnya mampu membekalkan tenaga untuk pelatih lebih giat berusaha dan bersedia mengharungi tugas-tugas serta mudah menerima pengajaran yang disam[aikan oleh pengajar semasa sesi pembelajaran. Menurut sumber kajian yang telah dijalankan oleh Jurnal Penyelidikan Obesiti pada 2002 melaporkan bahawa 3000 sukarelawan di Amerika Syarikat, mendapati 78% daripada mereka berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan itu hasil pengambilan sarapan pagi setiap hari .Hasilnya juga mendapati pengambilan

sarapan pagi setiap hari adalah satu lumrah untuk mengekalkan penurunan berat badan yang sihat.

Ramai pelatih yang tidak menyedari bahawa kekurangan pengambilan sarapan,dimana pengabaian zat- zat makanan memberi kesan yang sangat merugikan dimana menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal mental menjadi perlahan.Kajian yang telah dilakukan membabitkan 1500 perkampungan di Guatemala dari 1969 hingga 1997 mendapati lelaki yang diberi bubur nasi kaya khasiat sebelum umur 3 tahun mempunyai pendapatan hidup 46% lebih tinggi dari kumpulan kawalan yang menerima makanan kurang khasiat. Kesimpulannya,memulakan hari dengan bersarapan penting bagi membantu seseorang individu berfikir,merasa dan kelihatan lebih baik dalam menguruskan rutin harian mereka.Ia juga penentu suasana untuk sepanjang hari itu.Seterusnya,melalui kajian ini pengenalpastian tentang pengabaian sarapan oleh para pelatih dapat diketahui oleh pengkaji.

PENYATAAN MASALAH
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti jumlah bilangan pelatih yang mengambil sarapan pagi.Menurut satu penyelidikan yang telah dilakukan oleh Jurnal Penyelidikan Obesiti pada tahun 2002 melaporkan bahawa 3000 sukarelawan di Amerika Syarikat mendapati bahawa 78% daripada mereka berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan itu hasil pengambilan sarapan pagi setiap hari. Pemerhatian telah dilakukan secara kasar di Kolej Kejururawatan Taiping berkaitan jumlah bilangan pelatih yang mengambil sarapan pagi adalah berkurangan daripada jumlah yang mengabaikan pengambilan sarapan pagi.Kajian ini dilakukan bagi mengetahui faktor-faktor yang mendorong pengabaian pengambilan sarapan pagi dalam kalangan pelatih jururawat. Sumber kajian penyelidikan di Fakulti Pendidikan UTM menunjukkan amalan pengambilan sarapan pagi amat penting dari segi aspek kesihatan terutamanya dari segi aspek perkembangan mental dan fizikal.Disini dapat dilihat,kepentingan pengambilan sarapan pagi oleh pelatih jururawat untuk meningkatkan taraf kesihatan yang optima.Jadi wajarlah kajian ini dilakukan untuk menghuraikan punca punca pengabaian sarapan pagi.

Kajian ini perlu dilakukan kerana kajian tentang pengambilan sarapan pagi amat relevan berdasarkan keperluan pelatih untuk menjalani tugas tugas harian sebagai rutin harian.Kajian ini juga perlu dilakukan untuk meninggikan status kesihatan yang optima dalam kalangan jururawat pelatih bagi menjalani sesi teori dan praktikal. Kajian ini dilaksanakan dengan memerlukan pelatih sebagai sampling dan questionnaire yang akan diedarkan sebagai data collection tool.Kajian ini juga menjelaskan tentang permasalahan mengenai punca punca utama pengabaian sarapan pagi.Setelah dianalisis punca punca utama pengabaian sarapan pagi dalam kalangan jururawat adalah disebabkan pelatih bangun lewat,makanan yang disediakan tidak menepati citarasa,diet dan menu yang disediakan tidak dipelbagaikan.

HIPOTESIS:
Jumlah bilangan pelatih Kolej Kejururawatn Taiping yang tidak mengambil sarapan pagi adalah lebih tinggi berbanding jumlah yang mengambil sarapan pagi.

MATLAMAT
Matlamat yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah untuk mengenalpasti bilangan jururawat pelatih yang tidak mengambil sarapan pagi.Selain itu,kajian ini juga bertujuan mengenalpasti amalan harian pengambilan sarapan pagi dalam kalangan jururawat pelatih.Di samping itu juga,melalui kajian ini juga pengkaji dapat mengenalpasti jumlah/kekerapan pengambilan sarapan pagi dalam kalangan jururawat pelatih.Selain itu juga,pengkaji dapat mengetahui punca punca mengapa pelatih tidak mengambil sarapan pagi,seterusnya dapat mengenalpasti jenis jenis sarapan pagi yang diambil oleh jururawat pelatih.Pengkaji juga dapat menyatakan cadangan untuk menggalakkan pengambilan sarapan pagi dalam kalangan jururawat pelatih.Pengenalpastian bilangan pelatih yang mempunyai kesedaran mengenai kepentingan pengambilan sarapan pagi juga merupakan satu objektif yang ingin dicapai pengkaji.

OBJEKTIF KAJIAN
A.Objektif am:
Mengkaji tabiat pengambilan sarapan pagi dalam kalangan jururawat pelatih Kolej Kejururawatan Taiping.

B. Objektif spesifik:
1. Mengenalpasti kekerapan pengambilan sarapan pagi dalam tempoh/minggu di kalangan jururawat pelatih. 2. Mengenalpasti jumlah pelatih jururawat yang tidak mengambil sarapan pagi. 3. Mengetahui faktor-faktor mengapa pelatih tidak mengambil sarapan pagi. 4. Mengenalpasti jenis-jenis sarapan pagi yang digemari jururawat pelatih 5. Mengenalpasti bilangan pelatih samada keluarga mempengaruhi tabiat pengambilan sarapan pagi. 6. Mengenalpasti bilangan pelatih yang ada kesedaran mengenai kepentingan sarapan pagi. 7. Menyatakan cadangan untuk menggalakkan pengambilan sarapan pagi dalam kalangan jururawat pelatih.

10

LITERATURE REVIEW
Satu kajian oleh Jurnal Penyelidikan Obesiti pada tahun 2002 yang disiarkan di dalam akhbar bertarikh 10 Mei 2010 yang bertajuk Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan melaporkan bahawa 3000 sukarelawan di Amerika Syarikat mendapati 78% daripada mereka berjaya mengurangkan dan mengekalkan berat badan itu hasil pengambilan sarapan pagi setiap hari.Hasilnya mendapati bahawa pengambilan sarapan pagi setiap hari adalah satu bentuk lumrah untuk mengekalkan penurunan berat badan yang sihat. Menurut kajian yang telah dilakukan dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, nombor peralihan 8370, Pengurusan Pendidikan, tahun 2008,1 yang berstatus dalam cdrom. Seramai 49 orang staf sokongan dipilih dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia untuk tujuan kajian ini. Instrument kajian yang digunakan terdiri dari satu set soal selidik yang mengandungi 36 item soalan dan menggunakan skala Likert. Kajian ini dikarang oleh Shamlah A/P Vistalingam dan diselia oleh En Mohd Rizal bin Mohd Said. Tajuk kajian tersebut ialah persepsi staf sokongan Fakulti Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia terhadap Amalan Sarapan Pagi. Dalam kajian rintis, nilai alpha yang diperolehi adalah 0.859. data telah dianalisis secara statistik diskriptif dengan menggunakan program statistical package for social science (SPSS) 13.0 for Windows. Kajian mendapati, staf sokongan Fakulti Pendidikan mengamalkan pengambilan sarapan pagi dan responden turut ,mempunyai pengetahuan mengenai kepentingan pengambilan sarapan pagi.

11

Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa ramai staf sokongan sedar akan kesan amalan pengambilan sarapan pagi kepada aspek kesihatan dan tugas yang dilakukan. Kajian ini mencadangkan agar usaha-usaha dilakukan untuk mempertingkatkan amalan pengambilan sarapan pagi agar amalan ini berterusan dan seterusnya dapat melahirkan satu budaya yang mempunyai gaya hidup yang sihat.

12

METODOLOGI

RESEARCH DESIGN
Kajian mengenai pengambilan sarapan pagi dalam kalangan jururawat pelatih Kolej Kejururawatan Taiping dilakukan secara descriptive dimana ia menerangkan fenomena yang berlaku atau mengkaji perhubungan antara variables. Kajian ini melibatkan independent variables iaitu penyebab masalah berlaku dan dependent variables iaitu kesan akibat penyebab masalah. Reka bentuk kajian ini menggunakan bentuk kuantitatif iaitu merupakan kajian yang sistemik,menepati objektif dan menggunakan data-data yang numerical serta dijalankan secara formal. Hal ini kerana, kajian dilakukan dengan mengedarkan booklet questionnaire dimana pelatih hanya perlu menjawab soalan yang dikemukakan.

13

SETTING
Kajian telah dijalankan di Kolej Kejururawatn Taiping melibatkan pelatih dari Tahun 1 semester II,Tahun 2 semester I dan II dan Tahun 3 semester II.

POPULATION
Responden terdiri daripada jururawat pelatih Kolej Kejururawatan Taiping.Pelatih pelatih dari setiap kumpulan dipilih secara rawak melalui senarai nama untuk memenuhi keperluan kajian ini.

SAMPLE
Sample untuk kajian ini terdiri daripada 25 orang pelatih dari setiap kumpulan iaitu dari Tahun 1 semester II,Tahun 2 semester I dan II dan Tahun 3 semester II.Ini bermakna seramai 100 orang pelatih terlibat dalam kajian ini.

14

DATA COLLECTION TOOL


Kajian ini dilakukan pada 12 Julai 2010 sehingga 27 September 2010 iaitu selama 11 minggu.Semua maklumat yang dikumpulkan melalui responden adalah rahsia yang mana setiap responden diberi satu borang kaji selidik secara by hand dan diberi masa selama 15 minit untuk menjawab soalan- soalan yang dikemukakan. Borang kaji selidik mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan B.Bahagian A mengumpul data tentang diri responden tanpa mendedahkan nama

responden,manakala bahagian B berkaitan dengan kekerapan pengambilan sarapan pagi , jenis yang diambil , tempoh peruntukan pengambilan ,tujuan pengambilan dan faktor-faktor pengabaian sarapan pagi. Bahagian ini juga berbentuk closed-ended question yang memfokuskan tentang pengaruh keluarga dalam pengambilan sarapan pagi , rutin durasi pengambilan sarapan dan serba sedikit berkaitan dengan maklumbalas responden di Kolej Kejururawatan Taiping berkenaan pengurusan penyediaan makanan dalam mempengaruhi bilangan pelatih makanan terutamanya sarapan pagi. yang mengambil

Data-data maklumat yang dikumpul akan dianalisis berdasarkan penilaian statistik. Penilaian ini merangkumi peraturan yang dikumpul secara carta pai dan carta bar. Carta pai digunakan untuk membuat penilaian peratusan manakala carta bar digunakan untuk membuat perbandingan.

15

FINDINGS
BAHAGIAN A 1.Berapakah lingkungan umur anda?

Umur Pelatih

Peratus Pelatih(%)

18-21 tahun

22-25 tahun

26-27 tahun

28 tahun

Umur

Melalui kajian yang dijalankan, didapati 65% respondan berumur dalam lingkungan 18-21 tahun . Sementara itu 35 % lagi berumur dalam lingkungan 2225 tahun.Manakala tiada respondan berumur dalam lingkungan 26-27 dan 28 tahun .

16

2.Berapakah tahap pendidikan tertinggi anda?

Taraf Pendidikan Pelatih

Peratus Pelatih(%)

SPM

STPM

DIPLOMA

IJAZAH

Umur

Melalui kajian yang dijalankan didapati 68% respondan memiliki kelulusan SPM. Manakala 20% respondan dari kelulusan STPM serta 12% respondan memiliki kelulusan diploma. Seterusnya, tiada respondan yang memiliki kelulusan ijazah.

17

BAHAGIAN B 1.Adakah sarapan pagi penting untuk anda?

Kepentingan Sarapan Pagi


100 90 80 Peratus Pelatih(%) 70 60 50 40 30 20 10 0 Ya Tidak Jawapan

Melalui kajian yang dijalankan , didapati 93% respondan memilih pilihan ya bahawa sarapan pagi adalah penting .Manakala 7% respondan pula memilih jawapan tidak.

18

2.Berapa kerapkah anda ambil sarapan pagi dalam masa seminggu di kolej KKT?

Kekerapan Pengambilan Sarapan Pagi


100 90 80 Peratus Pelatih (%) 70 60 50 40 30 20 10 0 1 kali 2kali Setiap hari Tidak Kekerapan

Melalui kajian yang dijalankan,didapati 58% responden mengambil sarapan pagi setiap hari,manakala 26% responden mengambil sarapan pagi dua kali seminggu.8% responden mengambil sarapan pagi sekali dalam seminggu dan 8% lagi tidak mengambil sarapan pagi.

19

3.Pada pukul berapakah biasanya anda bersarapan?

100 90 80 Peratus Pelatih(%) 70 60 50 40 30 20 10 0 7 pagi

Waktu Bersarapan

8 pagi

9 pagi

10 pagi

Waktu

Melalui kajian yang dijalankan,didapati bahawa 77% responden biasanya mengambil sarapan pagi pada jam 7 pagi.Manakala lagi 18% responden selalunya mengambil sarapan pagi pada jam 10 pagi.3% responden memilih jam 8 pagi sebagai masa yang sesuai mengambil sarapan pagi manakala selebihnya 2% lagi mengambil sarapan pagi pada jam 9 pagi.

20

4.Apakah jenis sarapan pagi yang biasa anda ambil di kolej?

100 90 80 Peratus Pelatih(%) 70 60 50 40 30 20 10 0 Roti & Hasil Tenusu

Jenis Sarapan

Nasi Lemak

Hasil Bijirin Jenis

Biskut & Kuihmuih

Lain- lain

Melalui kajian yang telah dijalankan,didapati bahawa 48% responden biasanya mengambil nasi lemak sebagai menu untuk sarapan pagi.Manakala 17% memilih roti dan hasil tenusu sebagai sarapan pagi.Didapati 13% responden memilih sarapan pagi dari lain-lain sumber.Manakala 12% responden lagi mengambil hasil bijiran sebagai sarapan pagi.Sebanyak 10% responden lagi mengambil biskut dan kuih muih.

21

5) Pada pendapat anda, apakah faktor utama yang menyebabkan pelatih tidak mengambil sarapan pagi?

Faktor utama yang menyebabkan pelatih tidak mengambil sarapan pagi


Tidak suka menunggu Makanan yang dihidang kurang digemari Bangun lewat Tidak berminat 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

Peratus pelatih (%)

Melalui kajian yang dijalankan ,didapati 7% responden menyatakan tidak berminat sebagai factor mereka tidak mengambil sarapan pagi. Manakala 23% responden menyatakan bangun lewat adalah factor utama yang menyebabkan mereka tidak mengambil sarapan pagi. 69% responden pula, menyatakan makanan yang dihidang kurang digemari dan sebanyak 1% responden menyatakan bahawa mereka tidak suka menunggu.

22

6) Pada pendapat anda, apakah tujuan pengambilan sarapan pagi?

Tujuan pengambilan sarapan pagi


Lain-lain Ajakan rakan sebaya Untuk tumpuan pembelajaran Sebagai rutin harian Untuk mengekalkan tenaga 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

Peratus pelatih (%)

Berdasarkan analisa yang dijalankan, didapati sebanyak 73% responden menyatakan tujuan pengambilan sarapan pagi adalah untuk mengekalkan tenaga. 13% daripada responden pula menyatakan ia bertujuan sebagai rutin harian. Sementara itu 11% reponden menyatakan bahawa pengambilan sarapan pagi bertujuan untuk tumpuan pembelajaran. Manakala sebanyak 3% responden menyatakan ia mengikut ajakan rakan sebaya dan tiada pelatih yang memilih lain-lain tujuan.

23

7) Pada pandapat anda, jenis makanan yang disediakan di cafeteria kolej adalah..

Jenis makanan yang disediakan di kafeteria kolej


Lain-lain Tidak menepati citarasa Amaun sedikit Kurang menarik Sedap 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

Peratus pelatih (%)

Berdasarkan kajian dan analisa yang telah dijalankansebanyak 4 % responden menyatakan jenis makanan yang disediakan di cafeteria kolej adalah sedap. Manakala sebanyak 41% responden menyatakan jenis makanan yang disediakan adalah kurang menarik. Tiada pelatih yang menyatakan jenis makanan disediakan dalam amaun sedikit. Sebanyak 51% responden pula menyatakan bahawa jenis makanan yang disediakan tidak menepati citarasa dan selebihnya 4% responden menyatakan lain-lain pendapat mereka.

24

8) Pada pendapat anda, apakah cara untuk menarik minat para pelatih dalam pengambilan sarapan pagi?

Cara untuk menarik minat para pelatih dalam pengambilan sarapan pagi
Lain-lain Pelbagai menu Demonstrasi masakan sarapan pagi Ceramah kesihatan Pamplet 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

Peratus pelatih (%)

Analisa dari kajian yang dilakukan, sebanyak 2% responden menyatakan pamphlet adalah cara untuk menarik minat pelatih dalam pengambilan sarapan pagi. Terdapat 3% responden yang berpendapat bahawa ceramah kesihatan dapat menarik minat pelatih untuk mengambil sarapan pagi. Manakala 4% responden yang lain menyatakan demonstrasi masakan sarapan pagi adalah cara untuk menarik minat pelatih. Sementara itu, 90% responden menyatakan pelbagai menu menjadi pilihan utama pelatih dan selebihnya iaitu sebanyak 1% responden menyatakan lain-lain pendapat.
25

9) Pada pendapat anda, adakah budaya mengambil sarapan pagi satu amalan yang baik?

Budaya mengambil sarapan pagi satu amalan yang baik

100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 Ya Tidak

Analisa data menunjukkan sebanyak 100% responden bersetuju bahawa budaya mengambil sarapan pagi adalah satu amalan yang baik dan tiada responden yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.

26

10) Adakah anda memerlukan sarapan pagi untuk meneruskan aktiviti harian?

Keperluan sarapan pagi untuk meneruskan aktiviti harian


Tidak 7%

Ya 93%

Kajian menunjukkan sebanyak 93% responden menyatakan sarapan pagi adalah perlu untuk meneruskan aktiviti seharian. Manakala selebihnya iaitu sebanyak 7% tidak bersetuju pernyataan tersebut.

27

11) Adakah anda mengamalkan sarapan pagi di rumah?

Adakah anda mengamalkan sarapan pagi di rumah?

Tidak 21% Ya 79%

Berdasarkan kajian yang dijalankan, sebanyak 79% responden mengamalkan pengambilan sarapan pagi di rumah. Manakala 21% responden yang lain tidak mengamalkan pengambilan sarapan pagi di rumah

28

HIPOTESIS Jumlah bilangan pelatih Kolej Kejururawatan Taiping yang mengambil sarapan pagi adalah lebih tinggi berbanding jumlah pelatih yang tidak mengambil sarapan pagi. (Bahagian B) Pilihan Jawapan A B C D E Soalan 1 93% 7% Soalan 2 8% 26% 58% 8% Soalan 3 77% 3% 2% 18% Soalan 4 17% 48% 12% 10% 13% Soalan 10 93% 7% Soalan 11 79% 21% -

CARTA BAR PERBANDINGAN HIPOTESIS


100% 80% 60% 40% 20% 0% Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 10 Soalan 11 Soalan E D C B A

Peratus pelatih(%)

Berdasarkan soalan 1,peratusan tertinggi menunjukkan 93% daripada responden hanya memilih jawapan ya bagi menunjukkan respondan bersetuju yang sarapan pagi adalah penting dan hanya 7% pelatih menyatakan bahawa sarapan pagi tidak penting bagi mereka.Peratusan tertinggi bagi soalan 2 pula menunjukkan sebanyak 58% responden memilih kekerapan pengambilan sarapan pagi adalah setiap hari di Kolej Kejururawatan Taiping dan hanya 8% sahaja yang tidak mengambil sarapan pagi.Manakala 26% pelatih mengambil
29

sarapan pagi dua kali dalam seminggu dan 8% responden lagi memilih mengambil sekali dalam seminggu.Bagi soalan 3 pula sebanyak 77% pelatih mengambil sarapan pagi pada jam 7 pagi.Yang selebihnya iaitu 3% mengambil sarapan pada jam 8 pagi dan 2% memilih jam 9 pagi manakala 18% mengambil sarapan pagi pada jam 10 pagi. Bagi soalan ke 4,48% responden memilih nasi lemak sebagai sarapan pagi yang selalu diambil di kolej.Manakala sebanyak 17% responden pula memilih roti dan hasil tenusu,12% pelatih memilih hasil bijirin dan 10% lagi memilih biskut dan kuih muih.Selebihnya iaitu sebanyak 13% responden memilih lain-lain jenis sarapan.Seterusnya,bagi soalan ke 10 sebanyak 93% pelatih berpendapat bahawa sarapan pagi perlu untuk meneruskan aktiviti harian dan 7% lagi tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.Bagi soalan ke 11,sebanyak 79% mengamalkan sarapan pagi di rumah manakala 21% lagi tidak mengamalkan sarapan pagi di rumah.

30

Findings
Kajian penyelidikan tentang pengambilan sarapan pagi dalam kalangan jururawat pelatih Kolej Kejururwatan Taiping telah dijalankan dimana soalan-soalan telah diberikan kepada 100 orang responden. Sample yang dipilih di dalam kajian ini adalah di kalangan pelatih yang berumur 18 tahun dan ke atas. Soalan soalan diberikan kepada pelatih dari kumpulan 1/2008,1/2009,2/2009 dan 1/2010. Hipotesis awal yang telah dibincangkan penyelidik berkaitan dengan pengambilan sarapan pagi iaitu jumlah bilangan pelatih Kolej Kejururawatan Taiping yang mengambil sarapan pagi adalah lebih tinggi berbanding jumlah pelatih yang tidak mengambil sarapan pagi. Setelah kajian dilakukan, penyelidik mendapati sebanyak 58% daripada responden mengambil sarapan pagi setiap hari. Ini menunjukkan bahawa jumlah peratusan pelatih yang mengambil sarapan pagi setiap hari adalah tinggi.Hal ini menunjukkan hipotesis yang di buat adalah bertepatan dengan hasil kajian yang telah dilakukan.

31

PERBINCANGAN
Tajuk kajian kumpulan kami ialah pengambilan sarapan pagi dalam kalangan jururawat pelatih Kolej Kejururawatan Taiping.Hipotesis yang dikemukakan ialah jumlah bilangan pelatih Kolej Kejururawatan Taiping yang mengambil sarapan pagi adalah lebih tinggi berbanding dengan jumlah pelatih yang tidak mengambil sarapan pagi.Setelah kajian dijalankan didapati bahawa hipotesis yang dikemukakan adalah bertepatan dengan hasil kajian yang diperolehi. Hasil kajian menunjukkan jururawat pelatih mempunyai kesedaran mengenai pengambilan sarapan pagi. Hal ini dibuktikan dengan pengambilan sarapan pagi diamalkan oleh pelatih semasa di kolej kerana sarapan mampu membekalkan tenaga kepada mereka.Di samping itu,pengambilan sarapan pagi adalah penting supaya pelatih dapat memberi penumpuan sepenuhnya dalam sesi pembelajaran. Terdapat beberapa cadangan bagi menarik minat pelatih dalam pengambilan sarapan pagi melalui pemberian pamplet, ceramah kesihatan ,demostrasi sarapan pagi dan kepelbagaian menu.

32

IMPLICATION
Setelah kajian dijalankan,beberapa implikasi telah diperolehi daripada kajian tersebut.

1) Dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengambilan sarapan pagi dalam kalangan pelatih. 2) Dapat menyatakan cadangan untuk menarik minat pelatih dalam pengambilan sarapan pagi 3) Dapat menggalakkan pelatih membudayakan pengambilan sarapan pagi setiap hari sebagai sumber tenaga untuk menjalankan aktiviti harian. 4) Melalui kajian yang dijalankan,penyelidik mampu memperolehi peratusan bilangan pelatih yang tidak mengambil sarapan pagi.

33

RECOMMENDATION
Pengambilan sarapan pagi dalam kalangan jururawat pelatih Kolej Kejururawatan Taiping amat penting dalam membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti harian.Oleh itu,langkah-langkah tertentu perlulah diambil oleh pihak kolej bagi menanam minat pelatih untuk mengambil sarapan pagi.

1. Mempelbagaikan jenis menu sarapan pagi setiap hari bertujuan menarik minat pelatih untuk mengambil sarapan pagi.Hal ini kerana makanan yang dihidang secara pelbagai mampu memberi pilihan kepada mereka untuk dijadikan sarapan pagi kerana setiap pelatih mempunyai selera yang berlainan.

2. Memberi kesedaran kepada pelatih melalui ceramah kesihatan,pamplet dan majalah kesihatan yang berkait dengan kepentingan sarapan pagi supaya para pelatih dapat memperolehi gambaran sebenar mengenai keperluan sarapan pagi sebagai sumber tenaga untuk melakukan aktiviti harian.

3. Pihak kolej juga perlu prihatin terhadap tahap kebersihan premis pembekal dan cara penyediaan makanan yang menepati piawaian kebersihan yang telah ditetapkan.Selain itu,memastikan kebersihan kafetaria adalah pada tahap yang memuaskan supaya para pelatih merasa selesa untuk mengambil sarapan.
34

KESIMPULAN
Kajian telah dibuat berdasarkan pemilihan problem statement iaitu untuk mengenalpasti jumlah bilangan pelatih yang mengambil sarapan pagi.Penyelidik telah memilih 100 orang responden yang terdiri daripada jururawat pelatih yang dijadikan bahan sampel kepada kajian yang dilakukan.Hipotesis awal telah dikenalpasti iaitu jumlah bilangan pelatih yang mengambil sarapan pagi adalah lebih tinggi berbanding jumlah pelatih yang tidak mengambil sarapan pagi.Hasil kajian mendapati pelatih yang mengambil sarapan pagi adalah lebih tinggi berbanding yang tidak mengambil sarapan pagi dan ia adalah bertepatan dengan hipotesis yang dikemukakan.

Data collection berbentuk questionnaire diedarkan kepada pelatih dimana sebanyak 11 soalan berbentuk close dan open-ended question perlu dijawab oleh para pelatih yang dipilih secara simple random.Setelah itu,semua questionnaire dikumpul untuk dibuat analisis.Hasil daripada data analysis ini akan diterangkan melalui jadual, carta bar dan pai yang dinyatakan dalam finding.

Hipotesis awal telah dibincangkan oleh penyelidik berkaitan dengan jumlah bilangan pelatih yang mengambil sarapan pagi dan bilangan pelatih yang tidak mengambil sarapan pagi.

35

Justeru,beberapa cadangan telah dikenalpasti bertujuan untuk menggalakkan pengambilan sarapan pagi dalam kalangan jururawat pelatih.Antaranya ialah mempelbagaikan menu sarapan pagi setiap hari,memberi kesedaran mengenai kepentingan sarapan pagi melalui ceramah,pamplet dan majalah kesihatan serta memastikan pihak pembekal makanan mematuhi piawaian kebersihan dan penyediaan makanan.

RUJUKAN KAJIAN
A. Sumber rujukan internet

1. http://www.bing.com/search?setmkt=en-us & q=kajian +pengambilan+sarapan +pagi 2. http://www.fp.utm,my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/SHAMLAHVISFLINGA MAPO4027802008TTP.pdforg/wiki/sarap 3. http://www.customessaymeister.com/customessay/nutrition/9624 4. http://wwwfrac.org/html/federal food programs/programs/sbp.html 5. http://www.nutritionexplorations.org/sfs/programs breakfast studyresults.aspr

B. Sumber rujukan buku


36

1. Chua y.p (1996). Kaedah dan statistic penyelidikan . kaedah penyelidikan buku 1. Mc Graw Hill Education 2. Denise F.Polit dan Cheryl tanato Beck (1996) Essentials of Nursing Research. Method, Appraisal Williams & wilkins

, and utilization. Sixth Edition . Lippincott

KOLEJ KEJURURAWATAN TAIPING SOAL KAJI SELIDIK


TAJUK : KAJIAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DALAM KALANGAN
JURURAWAT PELATIH KOLEJ KEJURURAWATAN TAIPING

Arahan kepada responden: 1. Anda tidak perlu menyatakan nama di atas borang kajian ini dan identiti serta segala maklumat yang diberikan dalam soal selidik ini adalah sulit dan dirahsiakan . 2. Sila bulatkan jawapan anda bagi soalan respon tunggal . 3. Sila tandakan (/) pada jawapan anda yang lebih dari satu jawapan .
37

SOALAN

Bahagian A:

1. Berapakah lingkungan umur anda ? a) b) c) d) 18-21 tahun 22-25 tahun 26-27 tahun 28 tahun

2. Berapakah tahap pendidikan tertinggi anda? a) SPM b) STPM c) DIPLOMA d) IJAZAH

Bahagian B.
38

1. Adakah sarapan pagi penting untuk anda ? a) Ya b) Tidak Sila huraikan jawapan anda __________________

2. Berapa kerapkah anda ambil sarapan pagi dalam seminggu di kolej kkt? a) b) c) d) Sekali seminggu Dua kali seminggu Setiap hari Tidak sekali

3. Pada pukul berapakah biasanya anda bersarapan ? a) 7 pagi b) 8 pagi c) 9 pagi d) 10 pagi

4. Apakah jenis sarapan pagi yang anda biasa ambil di kolej ? a) Roti dan hasil tenusu b) Nasi lemak c) Hasil bijirin d) Biskut dan kuih muih e) Lain- lain (sila nyatakan )______________________ 5. Pada persepsi anda apakah faktor utama yang menyebabkan pelatih tidak mengambil sarapan pagi ? a) b) c) d) Tidak berminat Bangun lewat Makanan yang dihidang kurang digemari Tidak suka menunggu

6. Pada pendapat anda , apakah tujuan pengambilan sarapan pagi ? a) untuk kekalkan tenaga b) sebagai rutin harian c) untuk tumpuan pembelajaran d) ajakan rakan sebaya e) lain-lain sila nyatakan _____________________
39

7. Pada pendapat anda , jenis makanan yang disediakan di kafetaria kolej adalah a) sedap b) kurang menarik c) amaun sedikit d) tidak menepati citarasa e) lain-lain sila nyatakan________________________ 8. Pada pendapat anda , apakah cara untuk menarik minat pada pelatih dalam pengambilan sarapan pagi ? a) pamplet b) ceramah kesihatan c) demostrasi masakan sarapan pagi d) pelbagai menu e) lain-lain sila nyatakan_______________________________9. Pada pendapat anda , adakah budaya mengambil sarapan pagi satu amalan yang baik ? a) Ya (sila nyatakan)___________________b) Tidak (sila nyatakan)_________________________ 10. Adakah anda memerlukan sarapan pagi untuk meneruskan aktiviti seharian ? a) ya b) tidak 11. Adakah anda mengamalkan sarapan pagi dirumah ? a) Ya b) Tidak

40

Jp Jannah Bt. Ibrahim Kumpulan 1,2/2008, Kolej Kejururawatan Taiping, 34000 Taiping Perak. Pengarah, Puan Khaw Ean Seok Kolej Kejururawatan Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping , Perak. 21 JULAI 2010

Puan, Memohon Kebenaran Untuk Membuat Kajian.

Saya seperti nama di atas dari kumpulan 1, 2/2008,memohon kebenaran dari pihak puan untuk membuat kajian di Kolej Kejururawatan Taiping ini bagi menyempurnakan kehendak subjek Nursing Research (NNRH 3122).

41

2. Saya dan ahli kumpulan memilih untuk membuat kajian di kalangan jururawat pelatih di Kolej Kejururawatan Taiping,memandangkan tajuk kajian kami Kajian Mengenai Pengambilan sarapan Pagi dalam Kalangan Jururawat Pelatih. 3. Saya dan ahli kumpulan ingin menjalankan kajian secara rawak dengan cara pemberian borang kaji selidik kepada jururawat pelatih daripada kumpulan 1/2008,1/2009,2/2009 dan 1/2010.Dengan menggunakan 100 sampel yang akan diedarkan.Tarikh bermulanya kajian yang akan dijalankan pada 12 Julai hingga 27 September 2010. 4. Saya berharap pihak puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini.Kerjasama pihak puan amat saya dan ahli kumpulan harapkan.Segala jasa baik daripada pihak puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,terima kasih

Yang benar, (JP JANNAH BT. IBRAHIM) Ketua kumpulan 1,2/2008

Disahkan Oleh, .

42

Anda mungkin juga menyukai