Anda di halaman 1dari 2

CARA-CARA UNTUK MENJAGA DIRI DARIPADA PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMUDARATKAN DIRI 1.

Amalkan makan tamar/kurma ajwah Nabi saw bersabda: " Barang siapa makan 7 biji tamar ajwah setiap hari, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan dari racun atau sihir yang terkena pada hari itu". - (Bukhari)

2. Berwuduk sebelum tidur Nabi saw bersabda: "Barang siapa berwuduk sebelum tidur, sihir tidak boleh memberi kesan kerana ia dikawal ketat oleh malaikat malah malaikat berdoa kepada Allah : " Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini kerana dia tidur dalam keadaan bersuci". - (Bukhari)

3. Rajin solat berjemaah Nabi saw bersabda: "Mana-mana kampung / kawasan yang tidak mendirikan solat berjemaah, meskipun tiga orang, nescaya akan didampingin syaitan. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya".

4. Baca doa masuk tandas Tandas adalah tempat kotor yang merupakan rumah syaitan. Sekiranya doa tidak dibaca, syaitan akan cuba mengusasai bila seseorang itu masuk tandas. " Ya Allah, aku mohon perlindungan daripada segala kekotoran dan gangguan syaitan."

5. Solat tahajud Rajinlah solat tahajud agar syaitan tiada ruang untuk menguasai diri seseorang.

6. Amalkan doa-doa pelindung diri.


Al-Fatihah

Membaca tiga Qul setiap hari iaiti surah Al-Falaq, Al-Ikhlas dan An-Nas.

Nabi saw bersabda : " Barang siapa yang membaca tiga Qul ini sebanyak tiga kali pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu." (Bukahri)

Ayat kursi, Nabi saw bersabda : "Barang siapa membaca ayat kursi sebelum tidur, dirinya sentiada didalam pemeliharaan Allah, syaitan tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke pagi."

Bacalah dua ayat terakhir surah Al-Baqarah, ayat 285 dan 286.

Nabi saw bersabda: "Barang siapa membaca kedua-dua ayat ini dalam satu malam, maka kedua-dua ayat tersebut telah pun mencukupi baginya. (Bukhari).

7. Pagar diri ketujuh Amalkan doa ini untuk selamat dari penindasan manusia yang berniat jahat. " Wahai Tuhanku, selamatkan lah daku dari kaum yang zalim." (Doa Nabi Musa a.s, didalam surah Al-Wasas ayat 21).

8. Pagar diri kelapan. Banyakkan berzikir kepada Allah, beristighfar dan berselawat ke atas Nabi S.A.W.

Anda mungkin juga menyukai