Anda di halaman 1dari 10

Soalan 9 : Bagaimana isu ras, kelas dan gender dikaitkan dengan tingkah laku devian?

Apakah bentuk-bentuk kawalan sosial yang boleh diambil untuk mengawal tingkah laku devian?

Individu yang telah melanggar norma setempat ataupun melakukan perbuatan yang bercanggah dengan norma sosial dikategorikan sebagai devian. Tingkahlaku ini pula digelar sebagai deviasi. Devian boleh melibatkan perbuatan kecil seperti melanggar hadlaju jalan raya atau perbuatan besar seperti membunuh. Devian selalunya tidak diterima dalam masyarakat normal kerana banyak kesan buruk yang diterima masyarakat disebabkan oleh devian dan deviasi ini. Namun begitu, perbuatan yang dianggap devian dalam satu masyarakat atau bangsa tidak semestinya turut dianggap devian oleh masyarakat lain. Contohnya, masyarakat Islam melarang keras umatnya mengambil minuman atau cecair yang memabukkan kerana bolej menjejaskan kewarasan individu tersebut dan mendorongnya melakukan sesuatu yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Berlainan pula dengan masyarakat bukan Islam, di Barat khususnya yang tidak menyekat masyarakatnya meneguk minuman keras, malahan minuman keras dijadikan hidangan wajib dalam majlis istimewa. Ini juga telah membuktikan bahawa setiap masyarakat mempunyai norma sosial yang tersendiri yang harus diikuti oleh ahli-ahli masyarakat.

Kes devian banyak dikaitkan dengan remaja kerana remaja berada pada tahap yang mengelirukan dimana mereka sedang melalui tahap pembentukan identiti masing-masing. Oleh itu, mereka boleh menjadi baik atau sebaliknya bergantung kepada agen sosiolisasi disekitarnya serta kawalan dalaman masing-masing. Kawalan dalaman penting untuk mencegahnya daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama. Remaja yang menjadi devian bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, ponteng sekolah, melawan guru, vandalism, dan bergaduh sesama sendiri, malah lebih hebat lagi. Mereka juga menganggotai kumpulan samseng dan gangsterisme, terlibat dengan seks bebas, lari dari rumah untuk hidup bebas dan akhirnya membuang bayi. Selain itu, ada yang juga lebih nekad dan berani membunuh, menyamun,

menyalahgunakan dadah, mabuk, serta lain-lain yang telah dikategorikan sebagai jenayah berat (Regoli dan Hewitt, 1991).

Devian yang wujud dalam masyarakat kita mempunyai dua bentuk iaitu devian positif dan devian negatif. Devian positif ialah bentuk penyimpangan daripada norma sosial yang memberi kesan positif. Contohnya ialah emansipasi wanita dalam masyarakat yang telah menaikkan taraf wanita. Dahulu tugas wanita lebih menjurus kepada bahagian domestik sahaja contohnya menguruskan rumah, memasak dan menjaga kebajikan anak-anak dan suami. Namun, zaman sudah berubah dimana wanita sudah jauh lebih berjaya dan berdiri sama tinggi dengan golongan lelaki terutamanya wanita bandar. Ia merupakan satu perkembangan yang baik terutamanya untuk sosioekonomi negara.

Namun, yang lebih diberi perhatian dan membimbangkan masyarakat ialah devian negatif kerana ia mendorong kearah kerendahan nilai sosial dan selalu mengakibatkan kesan dan dampak yang buruk. Contohnya ialah kes ragut yang kebiasaanya melibatkan wanita sebagai mangsa. Mangsa ragut boleh mengalami trauma dengan insiden tersebut selain menghadapi kerugian dan kecederaan fizikal. Ia juga menimbulkan kekacauan dalam masyarakat kita yang terbiasa dengan hidup yang harmoni. Devian negatif ini juga terbahagi kepada dua, iaitu yang tidak berulang iaitu primer dan yang berulang-ulang iaitu sekunder. Devian yang boleh berulangulang ialah yang sering terjadi dan sangat menyusahkan orang lain seperti mabuk.

Dalam media massa, seorang suami yang mabuk selalu saja dikaitkan dengan kes penderaan isteri dan anak-anak. Di Petaling Jaya pada 16 September 2011, seorang wanita cedera di kepala serta badan selepas dibelasah suaminya yang mabuk di depan ibu dan bapa mentuanya sebelum dihalau keluar dari kediaman mereka di Kelana Jaya. Menurut sumber, wanita berusia 19 tahun itu mendakwa sering dibelasah suaminya itu tanpa sebarang sebab berikutan tabiat kaki botol lelaki berusia 38 tahun itu sejak awal perkahwinan mereka termasuk ketika mengandungkan anak sulung mereka. Dalam kejadian itu, suspek yang pulang ke rumah

dalam keadaan mabuk tiba-tiba naik hantu dan terus memukul mangsa bertubi-tubi. Malahan suspek beberapa kali cuba menolak mangsa supaya jatuh dari tangga rumah namun gagal selepas mangsa sempat memegang pemegang tangga.

Devian juga boleh melibatkan individu, kelompok serta campuran. Penyimpangan individu ialah apabila seseorang itu sendiri bertindak merencanakan sesuatu penyimpangan contohnya peragut, pembangkang dan perusuh. Manakala penyimpangan secara berkelompok pula ialah sekumpulan individu yang berpakat melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang contohnya merancang strategi penyeludupan dadah kedalam atau keluar negara. Ia melibatkan satu rangkaian yang luas. Seterusnya ialah penyimpangan campuran. Ia biasanya dilakukan oleh golongan yang berpangkat bersama individu dibawahnya yang kadangkala terpaksa menurut arahan. Contohnya seorang tokoh ternama menggunakan pekerja bawahannya untuk melakukan sesuatu yang salah tanpa melibatkan namanya sendiri demi untuk menjaga nama dan menutup aib.

Edward Lemert pula membahagikan devian kepada primer dan sekunder. Devian primer ialah apabila individu menyimpang daripada norma biasa tetapi individu tersebut tidak dilabel sebagai penjenayah. Contohnya seperti individu yang membuang sampah merata-rata sehingga mencemarkan alam sekitar dan pemandangan. Manakala devian sekunder pula ialah penyimpangan dijadikan sebagai satu cara hidup dan orang ramai telah mengenalinya melalui perbuatan devian tersebut. Contohnya ialah penagih dadah yang tegar. Penagih itu mungkin akan disingkirkan daripada masyarakat malahan ada juga yang turut disingkirkan oleh keluarga mereka kerana telah memalukan keluarga.

FAKTORRRR

Devian terjadi salah satunya disebabkan oleh individu menggunakan cara yang salah untuk mencapai matlamatnya. Bagi individu seperti ini, apa sahaja sanggup dilakukan untuk merealisasikan matlamatnya walaupun telah membunuh atau menipu orang lain. Masyarakat telah menjadi tidak stabil disebabkan oleh individu seperti ini kerana mereka kebiasaannya telah merampas hak orang lain. Contohnya ialah pemberian rasuah disebabkan ingin mendapat sesuatu jawatan penting dalam sesebuah institusi walaupun kelayakan yang dimiliki adalah rendah. Secara tidak langsung ia telah merampas hak calon yang lebih berkelayakan dan mempunyai pengetahuan lebih.

Teori fungsional pula mengatakan devian disebabkan oleh jurang yang wujud antara matlamat budaya dan keupayaan seseorang untuk mencapai matlamat ini menerusi kaedah yang betul. Contohnya ialah dalam masyarakat Islam khususnya menekankan komitmen dalam kerja dan usaha mencari rezeki yang halal adalah salah satu cara menyuburkan harta yang diredai. Tetapi ramai juga umat Islam yang menggunakan cara yang dilarang Islam untuk menambah harta mereka dengan cepat iaitu dengan cara rasuah, penipuan atau merompak harta orang lain. Ini menyebabkan mereka menyimpang daripada ajaran agama Islam yang sebenar.

Devian juga boleh terjadi apabila terdapat ahli masyarakat yang tidak dapat menerima budaya atau norma masyarakatnya untuk dijadikan identitinya. Contohnya ialah seorang pelajar yang belajar di luar negara dan terdedah dengan identiti Barat telah mengagumi cara hidup disana. Lalu setelah kembali ke tempat asal, dia telah melupakan identiti masyarakatnya dan terus mengamalkan gaya hidup Barat.

Selain itu, proses sosialisasi yang tidak sempurna juga merupakan sebab yang penting berlaku devian. Ini kerana hasil daripada proses sosialisasi yang tidak sempurna akan menyebabkan anak-anak tidak terdidik dengan rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Ia boleh menyebabkan remaja menjadi liar dan tidak terkawal lalu bertindak sesuka hati tanpa menyedari bahawa perbuatan tersebut adalah salah. Biasanya ia terjadi dalam

keluarga yang berpecah-belah. Kajian juga menunjukkan bahawa kebanyakan tingkah laku anti sosial remaja adalah berpunca daripada kegagalan cara gaya keibubapaan dan pengurusan keluarga (Vuchinich, 1992).

Hasil daripada proses sosialisasi yang tidak sempurna juga boleh menyebabkan remaja menghadapi proses belajar yang menyimpang. Ini bermaksud remaja khususnya, yang sedang mengalami proses pembelajaran terdedah kepada pembelajaran yang salah. Contohnya, seorang remaja yang terbiasa menonton filem yang mengghairahkan, akan tergerak hati untuk mencubanya bermula dengan teman istimewanya. Implikasi daripada ini, kes sumbang mahram akan turut meningkat. Perbuatan negatif seperti ini bermula daripada kecil, kemudian akan menjadi semakin berani dan nekad apabila dewasa dan mempunyai banyak pengaruh lain.

Selain itu, ketegangan sosial dan kebudayaan juga boleh mewujudkan individu devian. Dalam masyarakat berlaku pelbagai konflik contohnya perebutan peluang kerja atau pendidikan. Individu yang berjaya mendapat peluang biasanya ialah individu yang mempunyai kelebihan dari segi status dan taraf pendidikan. Oleh itu, sudah tentu akan wujud perasaan tidak puas hati bagi individu yang gagal mendapat peluang tersebut walaupun ia merasakan bahawa ia layak untuk mendapatnya dan seterusnya akan berasa tercabar untuk mewujudkan peluang sendiri walaupun dengan cara yang salah.

Menurut Sigmund Freud (1950) melalui teori psikoanalisisnya, menyatakan bahawa setiap manusia secara semula jadinya menginginkan keseronokan dan cuba mengelak kesakitan. Jika keinginan untuk memperoleh keseronokan dan mengelak kesakitan terhalang maka seseorang itu menjadi agresif. Seseorang yang agresif mempunyai dorongan naluri dalaman yang berlainan dengan seseorang yang tidak agresif.

RAS

Ras atau bangsa bermaksud sekelompok manusia di satu-satu kawasan atau sekumpulan manusia dalam kelas tertentu yang memiliki ciri-ciri tertentu. Contohnya bangsa Melayu yang beragama Islam dan ciri-ciri orang Melayu ialah berkulit sawo matang.

Menurut Wan Su Haji Haron (2001) dalam kajiannya yang bertajuk Hubungan Personaliti, Kemahiran Sosial, Kebimbangan, dan Rakan Sebaya Dengan Tingkah Laku Devian di Kalangan Pelajar Universiti, menunjukkan bangsa Melayu adalah bangsa yang paling banyak dikaitkan dengan devian. Statistik Jabatan Penjara (1996) juga menunjukkan bilangan penghuni Melayu paling ramai iaitu 7530 orang, Cina pula 1674 orang, India 1728 orang dan lain-lain seramai 807 orang. Perbezaan yang ketara ini disebabkan oleh populasi Melayu yang jauh lebih ramai berbanding bangsa lain menyebabkan nisbahnya juga menjadi semakin besar. Namun, ada pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu merupakan bangsa yang lemah dan mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk keseronokan (Utusan Malaysia, 17 Februari 1999).

Di United States (US) pula, terdapat kajian oleh FBI menunjukkan golongan berkulit hitam atau African American lebih cenderung melakukan jenayah berbanding golongan Asian American yang mempunyai jumlah tangkapan yang rendah. Ia disebabkan oleh perbezaan sosialisasi iaitu hubungan kekeluargaan yang rapat dalam kalangan keluarga golongan berkulit putih sehingga mereka dikaitkan dengan rasisme. Faktor kekeluargaan yang rapat menyebabkan mereka terhalang daripada melakukan jenayah kerana tidak ingin memalukan keluarga mereka (Kitano & Daniels, 1995)

KELASSSS

Kelas bermaksud status seorang individu dalam masyarakat dan bagaimana dia menjalani hidupnya. Kelas bawahan mempunyai situasi kehidupan yang tidak memuaskan berbanding

kelas atasan. Kelas bawahan biasanya mengalami banyak konflik dan tekanan psikologi (Mahmood Nazar Muhammad). Wujudnya emosi tidak gembira terhadap persekitaran keluarga menyebabka ketegangan emosi. Oleh itu, kebanyakan mereka terjerumus kepada devian sebagai langkah melepaskan diri daripada tekanan emosi. Elliot dan Ageton (1980) pula mengatakan tingkah laku devian banyak dilakukan oleh pelajar dari keluarga kelas bawahan setelah membuat kajian terhadap 1726 orang pelajar yang berumur 11 hingga 17 tahun. Namun penglibatan dalam devian ini bergantung kepada kelas juga. Contohnya, kelas bawahan lebih terkenal dengan jenayah jalanan atau street crimes seperti meragut, mencuri di pasaraya, dan vandalisme.

Devian juga dipengaruhi oleh persekitaran sosioekonomi masyarakat terutamanya mereka yang tinggal di kawasan setinggan atau kawasan yang mempunyai kemudahan sosial yang sangat terhad. Ia melibatkan golongan miskin dan merempat yang terpaksa berebut segala peluang hidup yang ada dengan mereka yang sama taraf dengannya dan terdesak serta golongan yang tidak mempunyai kuasa. Dikawasan seperti itu, tiada kemudahan seperti pasar raya kerana pihak atasan beranggapan mereka tentunya tidak akan mendapat keuntungan yang besar disitu kerana kuasa membeli yang sangat rendah dalam kalangan penduduk miskin dan setinggan. Jadi, persekitaran orang susah ini akan mempunyai kehidupan yang sangat sukar dan terdesak, yang boleh mendorong kepada jenayah seperti mencuri dan meragut untuk memenuhi tuntutan hidup.

Mereka juga turut didiskriminasi dalam mendapat peluang seperti orang lain kerana tahap pendidikan dan pengetahuan yang rendah akibat ketidakmampuan mereka menyambung pengajian ke peringkat tinggi. Lebih-lebih lagi pihak majikan sudah mencari calon pekerja mereka sendiri iaitu graduan yang berjaya melalui institusi pengajian tinggi awam atau swasta. Maka, pekerja yang tidak berkemahiran dan tidak berpengetahuan akan diketepikan sama sekali. Ia melibatkan golongan yang mempunyai kuasa dan golongan yang tidak mempunyai kuasa. Golongan yang tidak mempunyai kuasa hanya mampu menerima arahan dan peraturan daripada golongan yang berkuasa.

Golongan yang berkuasa mempunyai banyak kelebihan, antaranya dikecualikan daripada hukuman tertentu, hukuman berbeza dan lebih ringan apabila melakukan kesalahan. Contohnya ialah ahli politik, ahli korporat dan ketua militari yang mempunyai kuasa Elit dan berstatus tinggi. Ini kerana, jika mereka dihukum dengan hukuman berat seperti penjara 20 tahun, ia boleh memberi kesan kepada orang bawahannya. Contohnya seorang pengarah syarikat yang mempunyai ratusan pekerja dihukum penjara 20 tahun kerana terlibat dalam rasuah atau pecah amanah, ia boleh mempengaruhi periuk nasi pekerjanya yang kehilangan pekerjaan. Ia juga boleh menjejaskan ekonomi negara. Disebabkan itulah, banyak kes melibatkan golongan berpengaruh telah dibekukan dan jenayah golongan miskin terlalu didedahkan. Oleh kerana itu juga, jenayah kolar putih atau jenayah korporat semakin tidak dapat dibendung dan ia selalunya tidak terkesan oleh kawalan sosial.

GENDER

Gender merujuk kepada ciri-ciri peribadi dan fungsi sosial seseorang. Dalam aspek stratifikasi gender, kedudukan lelaki dan wanita adalah tidak sama rata. Ini kerana lelaki selalu mendominasi dan diberi kepercayaan dalam apa jua melebihi wanita. Malahan gaji lelaki juga lebih tinggi daripada wanita walaupun melakukan kerja yang sama. Ini disebabkan oleh kepercayaan kuno bahawa wanita harus berada dibawah lelaki.

Apabila dikaitkan dengan devian pula, lelaki yang lebih agresif terkedepan dalam hampir semua jenis jenayah kecuali dalam aktiviti pelacuran. Ia disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah faktor fizikal lelaki yang lebih agresif, rasional dan kuat. Lelaki mampu membuat hampir semua kerja, juga mampu merancang dengan lebih baik apabila hendak membuat sesuatu. Oleh itu, angka lelaki masih jauh melebihi wanita. Ia juga kerana sosialisasi yang berbeza sedari kecil lagi. Anak lelaki didedahkan dengan kekasaran dan tugas berat. Ia juga memberi peluang yang lebih luas kepada lelaki untuk melibatkan diri dengan devian, contohnya

pemandu lori, pekerja kilang dan tukang kayu yang penat bekerja akan terdorong untuk mengambil dadah untuk menguatkan tubuh badan untuk bekerja dalam tempoh yang lama. Kajian yang dilakukan oleh Gold dan Reimer pada 1975 terhadap 1395 pelajar berumur 11 hingga 18 tahun, didapati lelaki paling ketara terlibat dengan devian dan kajiannya telah disokong oleh Yoshikawa (1994). Dalam tempoh 10 tahun, antara tahun 1989 hingga 1998, kadar jenayah membabitkan remaja lelaki meningkat 35 peratus manakala perempuan meningkat 25 peratus (Berita Harian, Julai 2001). Perempuan juga dikaitkan dengan devian tetapi tidak ketara kerana perempuan lebih bersifat membenci dan menjauhi keganasan. Perempuan hanya bersifat agresif secara verbal iaitu melalui perasaan marah atau kecewa manakal lelaki pula kerana sikap dominan dan kuasa.

LAMPIRAN