Anda di halaman 1dari 11

Konsep Tingkah Laku Bermasalah Jenis Disruptif

Tingkah laku disruptif

Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di kawasan pedalaman mahupun bandar.

Tingkah laku distruptif bukan sahaja membahayakan diri sahaja malah juga membahayakan pelajar lain, kerana pelajar yang hiperaktif sering bertindak tanpa memikir akibatnya. Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Murid yang mempunyai tingkah laku desruptif sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku menganggu ini juga berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adik beradik mahupun rakan sebaya. membuat bising iaitu tingkah laku yang mengganggu atau disruptif. Kebiasaan masalah ini wujud apabila keadaan murid keperluan khas ini tidak kondusif ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran.Selalunya tingkah laku desruptif akan menjadi punca terjadinya tingkah laku destruktif jika emosi tidak terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidak puas hati dan sebagainya.

Kebiasaannya golongan murid ini memang gemar mengganggu pelajar lain dengan membuat bising atau melakukan perlakuan agresif dari segi perilaku dan lisan terutamanya apabila mereka tidak dapat memahami sesuatu tugasan yang diberi. Murid yang tingkahlaku bermasalah hiperaktif merupakan murid yang tidak dapat mengawal diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan menganggu murid lain.

Malah murid ini juga boleh membahayakan dirinya sendiri dan juga murid yang lain . Sebagai contoh yang berlaku di sekolah, murid hiperaktif ini memanjat pagar tingkap. kemungkinan murid itu jatuh dan tercedera atau pagar itu jatuh terkena pada murid lain yang boleh menyebabkan kecederaan. Murid hiperaktif ini merupakan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Murid aliran perdana juga ada yang hiperaktif seperti ini. Murid ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dengan bertindak luar dari kawalan seperti berlari di dalam kelas, membuat bising dan menganggu murid lain. Murid aliran perdana yang menjadi hiperaktif adalah disebabkan oleh kurang berdisiplin ketika dirumah ataupun kurang perhatian ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan tugasan kerja. Murid ini berkemungkinan mengalami tekanan dan seterusnya memberontak ketika di sekolah. Bagi murid PKBP pula, Murid ini dikenali sebagai Hiperaktf -impulsf kerana bagi muird keperluan khas jenias ini , petunjuk utama adalah gabungan antara hiperaktif iaitu jumlah pergerakan sangat tinggi dan impulsive iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir. Murid jenis ini kerap mengetuk-ngetuk meja dan menggoyang-goyang kerusi, selalu berlari-lari, sentiasa aktif dan banyak bercakap.

Daripada huraian yang telah dijelaskan berkenaan tingkah laku bermasalah negatif ini, pemerhatian yang telah dibuat mendapati murid yang mengalami simptom ini pada kebiasaanya memerlukan perhatian yang lebih daripada guru. Mereka juga lemah dan lambat untuk memahami setiap pelajaran yang disampaikan oleh guru serta tidak mampu menyelesaikan tugasan atau aktiviti yang diberikan guru dengan sempurna. Dalam pada itu, golongan yang pasif ini juga seringkali menjadi mangsa buli dan ditindas oleh pelajar lain kerana kekurangan yang ada dalam diri mereka. Langkah mengatasi yang telah dijalankan oleh guru untuk mengelakkan masalah ini daripada menghalang kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan

mengasingkan pelajar ini dan menghimpunkan mereka dalam satu kelompok yang digelar sebagai pelajar pemulihan.

B. KAEDAH PENGAJARAN UNTUK MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR BERMASALAH TERSEBUT. Cikgu Halimah harus menerima hakikat bahawa punca utama yang menyebabkan tingkah laku disruptif ialah cara penyampaiannya semasa pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik. Ditambah pula oleh set induksi yang lemah menyebabkan murid berasa terlalu sukar untuk memahami keseluruhan aktiviti di dalam kelas. Cikgu Halimah harus menggunakan pelbagai teknik mengajar termasuklah penggunaan alat bantu mengajar yang menarik perhatian pelajar. Mok Soon Sang (2006), kaedah mengajar merujuk kepada satu siri tindakan guru yang bersistematik dan berlandaskan kepada satu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam masa jangka pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Manakala, teknik mengajar boleh diertikan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan perlaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Belajar Sambil Bermain.

Cikgu Halimah boleh menggunakan kaedah pengajaran Belajar Sambil Bermain bagi mata pelajaran Sains tahun 5 Bestari. Ia adalah satu teknik dan kaedah mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan terkawal. Secara tidak langsung murid yang mempunyai tingkah laku disruptif berminat untuk belajar bersama-sama tanpa menganggu murid yang lain. Contohnya Cikgu Halimah mengajar di bawah tajuk Menyiasat Alam Kehidupan iaitu Menerangkan Kemandirian Spesis Haiwan. Cikgu Halimah perlu menyediakan cantuman gambar haiwan yang haiwan yang bertelur dan melahirkan anak. Cantuman gambar tersebut perlu disesuaikan dengan jenis haiwan berkenaan seperti burung, arnab, angsa, lembu, ikan paus, ikan guppy dan penguin. Murid-murid kelas 5 Bestari akan cuba memadankan haiwan dan kumpulan jenisnya. Secara tidak langsung aktiviti permainan ini memberi peluang kepada murid-murid mengembangkan potensi intelek dan sosial di samping mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru diperolehi.

Main Peranan

Cikgu Halimah juga boleh menggunakan kaedah Main Peranan dalam aktiviti di dalam kelas 5 Bestari. Ia merupakan satu lakonan oleh sekumpulan murid di hadapan kelas tanpa mempunyai skrip. Murid yang mempunyai tingkah laku disruptif ini perlu diarahkan menjadi pelakon. Sudah tentu mereka akan rasa seronok diberi peluang untuk beraksi di hadapan muri-murid lain. Contohnya Cikgu Halimah mengajar di bawah tajuk Menyiasat Alam Kehidupan iaitu Menghayati Kepentingan Hubungan antara Hidupan Dalam Siratan Makanan. Murid boleh melakonkan watak binatang dan tumbuhan dalam sistem siratan makanan. Murid perlu melakonkan watak tumbuhan berdaun, belalang, arnab, burung kecil dan helang, Setiap haiwan mempunyai makanan yang tersendiri dan saling memerlukan dalam sistem siratan makanan. Lakonan sekitar lima hingga tujuh minit sahaja. Di akhir lakonan Cikgu Halimah akan berbincang dengan murid-murid mengenai prestasi pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan masalah. Cikgu Halimah perlu membimbing murid-murid membuat rumusan betapa pentingnya sistem siratan makanan terhadap haiwan dan tumbuhan yang saling bergantungan antara satu sama lain.

Kaedah dan teknik pengajaran Tematik

Cikgu Halimah perlu menggunakan kaedah dan teknik pengajaran Tematik. Mok Soon Sang (2006), tema ini boleh diertikan sebagai pokok pembicaraan atau topik utama yang dijadikan sesuatu pembicaraan atau kajian. Contohnya bagi mata pelajaran Sains tahun lima iaitu tajuk Cahaya. Strategi pengajaran tematik juga berkait rapat dengan aktiviti pengajaran secara kumpulan, khasnya kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan. Murid yang mempunyai tingkah laku disruptif akan dipecahkan. Cikgu Halimah akan membentuk kumpulan yang pelbagai kebolehan. Seterusnya tema yang sama akan diberi kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan berbincang sesama sendiri mengenai tema Cahaya.. Cikgu Halimah akan memantau setiap kumpulan. Di

akhir perbincangan setiap kumpulan akan menghantar wakil ke hadapan untuk membentangkan hasil perbincangan.

Kaedah dan Teknik Pemudahcaraan

Cikgu Halimah perlu menggunakan kaedah dan teknik pemudahcaraan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini menumpukan kepada kemahiran Cikgu Halimah sendiri untuk memotivasikan murid-murid, membimbing menggalakan mereka aktif dalam proses pembelajaran tanpa sebarang gangguan atau hentian. Teknik Penyoalan perlu dilakukan terutamanya di dalam set induksi. Cikgu Halimah mesti menyoal murid yang mempunyai tingkah laku disruptif berselang seli dengan murid lain. Secara tidak langsung murid dapat mengingati ilmu pengetahuan yang lepas yang berkaitan contohnya tajuk berkaiatan Tenaga. Di peringkat perkembangan, soalan demi soalan dikemukakan untuk membantu murid mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Di peringkat penutup, soalan ditanya untuk menilai pencapaian objektif . Tunjuk Cara (Demonstrasi)

Cikgu Halimah mesti menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan demonstrasi di hadapan murid. Di dalam mata pelajaran Sains tajuk Pepejal, Cecair dan Gas boleh dilakukan demonstrasi. Alatan radas yang bersesuaian boleh digunakan. Murid mesti diberi bimbingan apa yang perlu diperhatikan supaya mereka dapat mencontohinya nanti. Semasa berdemonstrasi, Cikgu Halimah perlu menerangkan sekali lagi jika murid masih ragu-ragu. Teknik penyoalan tentang sifat ketiga-tiga bahan ini perlu dibuat. Di sini semua pelajar akan memberi tumpuan kerana teknik tunjuk cara amat diminati terutamanya oleh murid disruptif. Selepas demonstrasi, perbincangan hendaklah dilakukan. Murid-murid dapat mengetahui tujuan demonstrasi dan membuat rumusan dengan cepat. Aktiviti pengukuhan perlu dilakukan dan murid diminta mencatitikan di dalam nota.

TEKNIK-TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Masalah tingkah laku adalah sebagai perlakuan yang di manifestasikan secara konsisten dalam satu jangka masa yang lama yang mana ianya akan memberikan kesan buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan ini boleh menghalang mereka terlibat secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah.Modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Guru boleh menggunakan banyak teknik-teknik untuk memodifikasikan tingkah laku murid-muridnya.

Menurut Dr. Ragbir Kaur, guru-guru perlu menggunakan satu sistem pengurusan tingkah laku bermasalah dengan membuat pemantauan dan penilaian terhadap tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjahnya (Dr.Ragbir Kaur, Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk Kpli,2008). Guru juga mesti menyimpan rekod salah laku muridmuridnya seperti bila ia berlaku, dan bagaimana ia berlaku. Menurut Dr. Ragbir lagi, proses merekod ini amat penting dalam teknik memodifikasikan tingkah laku. Antara teknik-teknik yang sesuai digunakan untuk pelaksanaan program modifikasi tingkah laku murid-murid di sekolah ialah :

PENEGUHAN Terdapat dua jenis teknik peneguhan iaitu Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif.

Peneguhan Positif

Peneguhan positif ialah satu proses di mana guru akan cuba mengawal tingkah laku

murid dengan motivasi, hadiah, ganjaran, dan sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat membaiki, mengubah tingkah laku murid-muridnya.

Menurut Skinner, apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatu peneguhan positif, sebagaimana yang disebut oleh Thorndike sebagai sesuatu yang memuaskan, maka kebarangkalian bagi gerak balas operan itu berlaku akan bertambah. Peneguhan positif di sini berfungsi sebagai ganjaran yang mendorongkan individu Terdapat (a) berulang-ulang dua jenis primer ( gerak balas responden positif gula-gula tersebut. iaitu: )

ganjaran/peneguhan susu, makanan,

Ganjaran

(b) Ganjaran Terlazim ( bintang, token, markah tinggi, penerimaan sosial, sentuhan, perkataan ( lisan dan bertulis ), permainan dan aktiviti, ekspresi dan wajah guru ( muka atau badan ).

Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan ( Mok Soon Sang,2006 ) seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkahlaku operan itu berlaku. Contoh GURU GURU yang dibuat bercampur :Bagus oleh nombor terdiri daripada ! Mok Soon bercampur nombor dan Sang ialah: Rahman? pecahan (pujian) :Apakah

RAHMAN:Nombor

Selain daripada aktiviti diatas, terdapat pelbagai lagi aktiviti yang boleh dibuat oleh guru untuk (a) (b) memberi Murid Menjaga peneguhan disuruh binatang positif untuk peliharaan kepada murid, antaranya pembantu bilik ialah :

menjadi didalam

guru darjah

(c) 5-10 minit aktiviti bebas (murid boleh membuat apa sahaja aktiviti yang mereka suka) (d) (e) (f) Menulis Murid Murid satu nota pujian daripada untuk menjadi guru kepada pergi ketua ibu ke aktiviti bapa murid

diberikan diberi peluang

masa untuk

perpustakaan kumpulan

(g) Murid dapat mendengar satu cerita yang dirakam oleh guru

Peneguhan Negatif

Jika teknik peneguhan positif tidak berkesan, maka guru perlu menggunakan peneguhan negatif untuk mengawal tingkah laku murid seperti denda, memarahi murid, atau menyuruh mereka menjalani time out. Peneguhan negatif ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Contohnya, menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan dapat menambahkan peluang murid-murid lain supaya dapat meneruskan aktiviti pembelajaran mereka tanpa gangguan.

Selain daripada itu, terdapat juga peneguhan negatif yang boleh menyakiti atau menghindari seseorang individu kerana tingkah laku operannya yang kurang sesuai, seperti mengejek kesilapan seseorang individu di depan orang ramai. Contohnya : GURU ALI GURU : : Apakah : Ali mungkin pecahan (Tidak sudah lupa setara, Ali ? bercakap.

Menjawab)

Peneguhan tersebut yang digunakan tidak akan mengubah sikap Ali. Sebaliknya, ia akan menambah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan itu pada masa depan.

Cadangan Teknik-teknik Pengurusan Modifikasi Tingkah laku di bahagikan kepada beberapa bahagian antaranya:

a. Alat Pengukuran Personal

Teknik ini bermula dengan guru dahulu. Ini memandangkan guru akan menggunakan pendekatan fizikal seperti akan mendekatkan diri mereka dengan murid-murid yang mempunyai masalah tingah laku ini. Ini kerana jarak yang hampir itu akan memudahkan guru itu menghampiri dan melihat perlakuan muridnya secara dekat. Guru juga akan menggunakan pendekatan secara mobiliti fizikal yang mana guru akan berjalan dari depan ke belakang di dalam kelas sebagai tanda pengawasan di dalam bilik darjah. Guru juga akan menggunakan ekspresi wajah yang mana ia merupakan satu teknik terbaik khususnya dalam pengurusan displin kerana dengan menunjukan wajah sahaja pelajar akan faham arahan guru tersebut.

b. Teknik Pencegahan

Teknik ini di gunakan oleh guru bagi mengatasi masalah tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah. Ketegangan antara pelajar dan guru boleh berlaku jika terdapat tingkah laku yang bermasalah di dalam bilik darjah. Dengan mengambil tindkan bagi menghindari situasi ini akan dapat meningkatkan lagi kualiti persekitaran dan pembelajaran dengan mengurangkan tahap ketegangan di dalam bilik darjah ini. Beberapa cara yang baik boleh juga di lakukan untuk menghalang tingkah laku yang bermasalah antaranya seperti:

mewujudkan iklim positif untuk merangsang dan menggalakan tingkah laku yang baik.

Tumpukan pada hubungan seperti menunjukan sikap peramah, memberi peneguhan diri yang cukup dan tunjukan sikap berhati-hati. Kekalkan persekitaran yang terurus.

Patuhi peraturan rutin bilik darjah untuk memasuki bilik darjah seperti dengan memberi salam.

Bentuk peraturan untuk menjelaskan kepada murid perlakuan yang di terima dan perlauan yang tidak dapat di terima.

c.Tindakan Pembetulan.

Kategori ketiga teknik pengurusan tingkah laku ialah tindakan pembetulan. Ia adalah cara untuk menangani masalah tingkah laku ini secara spontan dan juga untuk menghentikan perlakuan mereka dengan cara yang baik dan tidak merosakan. Tindakan pembetulan bukan sahaja menghentikan tingkah laku yang tidak di ingini tetapi juga bagi penambah baikan keadaan persekitaran bilik darjah. Terdapat beberapa tindakan pembetulan seperti berikut:

Gunakan hukuman yang memang di ketahui oleh m urid yang melanggar peraturan dan pastikan hukuman itu relevan dan bepatutan. Memberhentikan tingkah laku yang tidak di ingini dengan cara menukarkan tempat duduk dan berjumpa selepas tamat belajar. Bimbing perlakuan yang tidak baik kearah yang posi tif kerana lebih banyak murid belajar perlakuan yang baik , semakin kuranglah mereka melakukan perlakuan yang tidak baik. Jelaskan hak-hak di dalam bilik darjah dan ingatkan mereka semula apabila mereka mula menunjukkan tingkah laku masalah.

KESIMPULAN

Masalah tingkahlaku bermasalah ini merupaka perkara yang perlu di beri perhatian yang serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika ianya berterusan akan menjadikannya satu kebiasaan. Kemudian ianya akan dibawa hingga ke peringkat dewasa dan masalah ini tidak dapat di ubah lagi. Setiap perlakuan atau perbuatan yang terzahir adalah oleh murid-murid adalah disebabkan faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut. Namun setiap perbuatan ini mempunyai kesan-kesan tertentu yang mana kesannya adalah kepada murid itu sendiri tetapi juga memberi kesan kepada orang lain. Oleh itu cara-cara untuk mengatasi tingkah laku bermasalah ini hendaklah bersesuaian dengan tingkah laku bermasalah tersebut. Cara-cara mengatasinya adalah berbeza bergantung kepada masalahmasalah yang dihadapi.

Dalam usaha menangani masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri samada ibu bapa, guru, masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha bersama akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan murid yang berkaliber serta berwawasan selaras dengan wawasan Negara ke arah masyarakat yang berpengetahuan.

18 4

Anda mungkin juga menyukai