Anda di halaman 1dari 6

2.

0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK KSSR TAHUN 2

Tarikh Hari Masa Tahun Tajuk Bidang pembelajaran Objektif pembelajaran

: 4 Mac 2013 : Isnin : 8.45 a.m 9.45 a.m : 2 Juara : Nombor hingga 1000 : Nombor dan Operasi : 1.5 Membundar sebarang nombor kepada puluh dan ratus terdekat

Hasil pembelajaran

: Di akhir pembelajaran, murid-murid akan dapat : i) Membundar sebarang nombor hingga 1000 kepada puluh dan ratus yang terdekat dan menyelesaikan soalan lembaran kerja sekurang-kurangnya 90% dengan betul.

Pengetahuan sedia ada

: Murid telah mengetahui: 1) Membundarkan nombor bulat kepada puluh terdekat dengan menggunakan garis nombor 2) Menjawab soalan secara lisan untuk konsep bundar paling hampir .

Nilai-nilai murni keberanian Kemahiran berfikir

: Keyakinan, fokus, rasional, kerjasama, teliti dan

: Membuat gambaran, membuat perkaitan, membuat perbandingan, menjana idea, membanding dan membeza dan membuat kesimpulan.

Bahan bantu mengajar

: Bukit bundar, papan garis nombor, papan bundar, kotak titik bernombor, kepingan kad soalan dan lembaran kerja. 2

Langkah Set Induksi (7minit)

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1) Satu bahan bantu mengajar berbentuk

Catatan BBM : -Bukit Bundar KBKK : Membuat gambaran Nilai murni : yakin

Kisah hujan turun

bukit akan disediakan. 2) Bahan bantu tersebut akan menceritakan mengenai kisah Ali yang sedang menaiki basikal menuju ke Pasar. 3) Dalam perjalanan ke Pasar, tiba-tiba hujan turun. Maka Ali perlu membuat keputusan sama ada perlu patah balik ke rumah atau meneruskan perjalanan ke Pasar. Keputusan tersebut bergantung pada jarak Ali antara Rumah dan Pasar. +0 3 2 1 0 RUMAH 4 5 6 7 8 9 10 PASAR +1

4) Perjalanan Ali dimulakan, guru akan menyebut `bergerak`. Sampai 1 nombor guru akan menyebut `hujan`. Maka Ali akan berhenti di situ. 5) Jika Ali berhenti pada nombor 0-4 ,nombor akan ditambah kepada 0. Jika Ali berhenti di nombor 5- 9, Nombor akan ditambah 1. 6) Guru akan menerangkan bahawa, Ali memilih jalan yang lebih dekat, di mana jika 4 dan ke bawah ia lebih dekat dengan rumah, manakala jika 6 - 9 ia lebih dekat kepada pasar.

ABM : Langkah 1 (10 minit) Pengukuhan kemahiran dan kefahaman murid terhadap konsep paling hampir
0 1 2 3

Guru menampal satu garis nombor yang lengkap di papan hitam. Contoh:
+0
4 5 6 7 8

Garis nombor

KBKK : +1

Membuat perbandingan

9 10

Menjana idea

Nilai murni:

1)

Guru menerangkan perkaitan nombor kecil iaitu 0 hingga 4, dan nombor besar iaitu dari 5 hingga 9 dengan penambahan +0 dan +1. Contoh : Nombor dalam kawasan nombor kecil adalah nombor yang terhampir dengan nombor 0 manakala nombor yang berada dalam kawasan nombor besar paling hampir dengan nombor 10 Jika nombor hampir dengan 0, maka perlu tambah +0. Jika hampir dengan 10. Maka perlu +1

Fokus

2)

murid diminta untuk melihat dan mengenal pasti nombor yang berada di dalam kawasan nombor kecil dan nombor yang berada dalam kawasan nombor besar.

3) Contoh : Bundar kepada puluh terdekat,


+1 26 8 = 270

4) Contoh : Bundar kepada ratus terdekat,


+1 2 5 3 = 300

Langkah 2 (13 minit)

Penerangan tentang cara membundar nombor bulat

1) Murid ditunjukkan papan bundar oleh guru Contoh: Ratus +1 2 3 6 0 8 0 Puluh sa

ABM : - papan bundar

KBKK : Membanding dan membeza Membuat perkaitan

Guru menunjukkan langkah membuat perbundaran dengan menggunakan papan bundar

Nilai murni : - Rasional

Bulatan kuning menunjukkan nilai tempat yang perlu dibundarkan

Nombor yang berada di dalam petak adalah nombor yang perlu dibundarkan.

Murid perlu melihat nombor di dalam petak terlebih dahulu.

Kemudian murid dikehendaki mengenal pasti nombor yang berada di dalam petak sama ada nombor tersebut paling hampir dengan 0 atau 10.

Langkah 3 (15 minit)

Aktiviti berkumpulan Cuba Teka Siapa Saya - Mencari objek tersembunyi dengan menyambung titik nombor dengan menyelesaikan masalah bundar.

1) Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil. 2) Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang murid. 3) Setiap kumpulan diberikan sehelai kertas yang mengandungi titik bernombor dan juga beberapa soalan yang memerlukan murid untuk melakukan pembundaran nombor bulat 4) Setiap kumpulan juga akan dibekalkan beberapa keping kad soalan

ABM : Kotak titik bernombor Kepingan kad soalan KBKK : Membuat perkaitan Nilai murni : - Kerjasama

Contoh :

5) Apabila murid dapat menyelesaikan semua soalan tersebut, murid akan diminta untuk menyambung titik nombor daripada jawapan mereka. 6) Sambungan titik tersebut akan membentuk sebuah gambar. 7) Kumpulan yang berjaya menyiapkan tugasan tersebut terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.

Penilaian (10 minit)

Membuat latihan 1) Murid diberikan lembaran kerja untuk disiapkan. 2) Murid dikehendaki untuk menyelesaikan soalan berkaitan pembundaran nombor bulat kepada puluh dan ratus yang terdekat. 3) Guru membincangkan hasil tugasan murid bersama sama.

ABM : Lembaran kerja KBKK: -membanding dan membeza Nilai murni : - Teliti

Penutup (5 minit)

Merumus hasil pembelajaran 1) Murid disoal beberapa soalan berkaitan tajuk yang diajar. i) Contoh : Jika ingin membundar nombor kepada ratus terdekat, nombor di nilai tempat manakah yang perlu dibundarkan.

KBKK : Membuat kesimpulan

Nilai murni : - Keberanian

Jawapan : Nombor di nilai tempat puluh. 2) Guru membimbing murid untuk membuat rumusan tajuk yang dipelajari berkenaan konsep paling hampir Jika nombor hampir dengan 0, maka perlu tambah +0. Jika hampir dengan 10, maka perlu +1.

Anda mungkin juga menyukai