Anda di halaman 1dari 15

PERBEZAAN LITAR SIRI DAN SELARI

PENGENALAN
Bab ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu litar sesiri, litar selari dan litar sesiri-selari yang menggunakan Hukum Ohm dan Hukum Kirchoff. Hukum Ohm ialah hukum yang paling asas dan penting dalam teori elektrik. Dengan menggunakan Hukum Ohm, kita dapat menentukan nilai rintangan, arus voltan dan kuasa dalam sesuatu litar AT. Manakala Hukum Kirchoff pula merupakan satu daripada kaedah yang digunakan untuk menghitung kuantiti elektrik. Arus dan voltan dapat ditentukan daripada persamaan yang diterbitkan.

10.1

CIRI-CIRI DALAM LITAR SESIRI

Dalam litar sesiri, nilai rintangan, arus, voltan dan kuasa mempunyai ciri-ciri tertentu bagi membezakannya dengan litar selari.
V1 I1 IJ VJ R1

I2 R2 V2

R3 V3

I3

Rajah 10.1 Litar sesiri

10.1.1

Ciri-ciri rintangan dalam litar sesiri

Merujuk kepada Rajah 10.1, jumlah rintangan adalah hasil tambah bagi semua perintang yang terdapat di dalam litar tersebut.

Oleh yang demikian : RJ = R1 + R2 + R3 + ..... Ciri-ciri voltan dalam litar sesiri

10.1.2

Merujuk kepada Rajah 10.1, nilai beza upaya, V merentasi setiap perintang bergantung kepada rintangan masing-masing.

VJ = bezaupaya dalam litar V1 = bezaupaya yang merintangi R1 V2 = bezaupaya yang merintangi R2 V3 = bezaupaya yang merintangi R3 http://www.pkb.edu.my/elearning/JJ102UNIT1.pdf

Oleh yang demikian : VJ = V1 + V2 + V3 + .....

10.1.3

Ciri-ciri arus dalam litar sesiri

Merujuk kepada Rajah 10.1, litar sesiri mempunyai satu laluan arus sahaja dan nilai arus yang mengalir melalui semua perintang dalam litar adalah sama,

IJ = arus yang mengalir dari punca voltan I1 = arus yang mengalir melalui R1 I2 = arus yang mengalir melalui R2 I3 = arus yang mengalir melalui R3

Oleh yang demikian :

IJ = I1 = I2 = I3 Contoh 10-1 :
R1 10 voltan R2 10 R3 10

Rajah 10.2

Cari jumlah rintangan, RJ bagi rajah 10.2 . Penyelesaian : RJ = R 1 + R 2 + R 3 = 10 + 10 + 10 = 30

10.2 HUKUM OHM


Satu ohm ditakrifkan sebagai rintangan yang membenarkan satu ampere arus (1 A) untuk mengalir bila voltan satu volt (1 V) dibekalkan merentanginya. Hubungan ini dirumuskan oleh seorang ahli sains bernama George Simon Ohm dan dinamakan Hukum Ohm.

Hukum Ohm menyatakan bahawa pengaliran arus di dalam sesuatu litar elektrik adalah berkadar terus dengan voltan tetapi berkadar songsang dengan rintangan.
Voltan (V)

Arus (A)

Rajah 10.3 Graf arus berkadar terus dengan voltan

Arus berkadar terus dengan voltan Arus berkadar songsang dengan rintangan
Rintangan tetap,

IV

I 1/R

Arus meningkat jika voltan meningkat Arus menurun jika voltan menurun

Untuk memudahkan kita mengingat formula Hukum Ohm ini, cuba fahami gambarajah dibawah. Voltan tetap, Arus meningkat jika rintangan menurun Hukum Ohm V = I x R Arus menurun jika rintangan meningkat

Kalau hendak mencari voltan, tutup bahagian V untuk mendapatkan

V = I x R

Kalau hendak mencari arus, tutup bahagian I untuk mendapatkan

I = V R

Kalau hendak mencari rintangan, tutup bahagian R untuk mendapatkan

R = V I
Jadual 10.2 Unit dan Simbol Kuantiti Elektrik

Kuantiti Elektrik Arus Voltan Rintangan

Unit Ampere Volt Ohm

Simbol A V

Contoh 10-2 : Kirakan voltan yang diperlukan untuk mengalirkan arus sebanyak 3 A melalui rintangan 10 .

Penyelesaian:

= = =

IR 3 x 10 30 V

Contoh 10-3 : Kirakan rintangan yang diperlukan untuk mengalirkan arus 15mA dari bekalan voltan 50V.

Penyelesaian: R = = = = Contoh 10-4 : Kirakan arus yang mengalir sekiranya diberi rintangan adalah 6 dan voltan bateri adalah 12 V. V/I 50/(15 x 10-3) 3333.333 ohm 3.333 k

Penyelesaian:

= = =

V/R 12/6 2 A

Contoh 10-5 :
R1 20 5V R2 30

Rajah 10.3 Daripada rajah 10.3. Tentukan i) Jumlah rintangan, RJ ii) Arus, I yang mengalir dalam litar iii) Voltan yang wujud di perintang R1 dan R2 Penyelesaian : i. RJ = R1 + R2 = 20 + 30 = 50 ii. I = V / RJ = 5 / 50 = 0.1 A

iii.

V1 = I x R 1 = 0.1 x 20 = 2 V

V2 = I x R 2 = 0.1 x 30 = 3 V

10.3 KUASA DALAM LITAR SESIRI


Tenaga haba merupakan kuasa yang terlesap pada perintang dan diberi simbol P. Nilai kuasa, P yang dilesapkan oleh sesuatu perintang bergantung kepada nilai rintangan masingmasing. Diukur dalam unit Watt (W).

Rumus kuasa ialah P=VxI

atau

P = I2 x R atau

P = V2/R

Rajah 10.8 menunjukkan litar yang mengandungi 3 perintang sesiri.

P1
I

P2 R2 V2

R1 V1

R3 V3

P3

Rajah 10.8 Litar sesiri

Merujuk Rajah 10.8 di atas : P1 = V 1 x I P2 = V 2 x I P3 = V 3 x I

Di mana P1 adalah kuasa yang terlesap pada perintang R1 Di mana P2 adalah kuasa yang terlesap pada perintang R2 Di mana P3 adalah kuasa yang terlesap pada perintang R3

Oleh itu jumlah kuasa yang terlesap dalam litar di atas ialah : PJ = VJ x IJ

Di mana PJ adalah jumlah kuasa yang terlesap pada litar Di mana VJ adalah jumlah voltan yang merintangi perintang Di mana IJ adalah arus yang mengalir dalam litar

Jumlah kuasa tersebut boleh juga ditulis sebagai : PJ = P1 + P2 + P3 + ..

Contoh 1
V1=20V R1=5 120V V2=40V R2=10 R3=60 V3=60V

Rajah 10.9

Berdasarkan rajah 10.9 , tentukan i. Dapatkan kuasa oleh setiap perintang ii. Jumlah kuasa yang digunakan oleh litar lengkap Penyelesaian : i. P1 = V12/R1 P2 = V22/R2 = (40)2/10 = 1600/10 = 160 W P3 = V32/R3 = (60)2/60 = 3600/60 = 60 W

= (20)2/5 = 400/5 = 80 W ii. PJ = P1 + P2 + P3 = 80 W + 160 W + 60 W = 300 W

LUKISAN SKEMATIK LITAR SELARI LITAR SESIRI

2.5 V2.5 V2.5 V2.5 V3.0 V3.0 V Litar selari Litar selari ialah litar yangmembolehkan arus elektrik mengalirmelalui lebih daripada satu laluan Litar siri Litar siri ialah litar yangmembolehkan arus elektrik mengalirmelalui satu laluan sahaja

1.3.2 Litar Siri


Litar siri ialah keadaan beberapa perintang disambung secara sederet antara satu sama lain. Ini menyebabkan arus yang mengalir dalam litar tersebut adalah sama pada setiap titik. Oleh itu, jumlah voltan yang susut adalah bersamaan: Vj = V1 + V2 ........ + Vn

1.3.3 Litar Selari


Litar selari ialah beberapa perintang disambungkan merentasi punca bekalan. Dalam sambungan litar selari, nilai voltan susut merentasi perintang adalah sama bagi setiap perintang. Oleh itu, jumlah arus dalam litar bersamaan: Ii = I1 + I2 ........ + In
http://roslijasin.blogspot.com/2012/02/litar-at.html

ENIS-JENIS LITAR A. LITAR SIRI Litar siri ialah litar yang mengandungi dua atau lebih komponen yang disambung bersiri. Dalam litar ini, arus mempunyai satu laluan sahaja. Nilai arus yang mengalir melalui semua komponen dalam litar adalah sama. Nilai beza upaya merentasi setiap komponen bergantung kepada rintangan masing-masing. Dalam Rajah 3, arus I adalah sama untuk setiap perintang. B. LITAR SELARI Litar selari mempunyai dua atau lebih komponen disambungkan merentasi punca voltan yang sama. Nilai beza upaya yang merentasi setiap cabang adalah sama. Nilai arus melalui setiap cabang bergantung kepada nilai rintangan cabang masing-masing.
http://sitiaidah1983.blogspot.com/p/pengenalan-kepada-elektrik.html

1. Pemilihanalatan, bahandan komponen. 2. Alatan Barang yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja dilakukan. Pemotong sisi Penjalur wayarPlayarMuncung tirus Pemutar skru

3. PLAYAR MUNCUNG TIRUS Membentuk kaki komponen. Memotong dawai halus dan memotong kaki komponen. Memegang atau mencapai komponen elektronik di ruang yang sempit.

4. Skru pelaras Pemegang Mata pemotong Mata penjalur PENJALUR WAYAR Menjalur dan memotong wayar.

5. Mata pemotong Pemegang PEMOTONG SISI Memotong wayar elektrik dan memotong lebihan wayar pada punca tamatan.

6. Mata pemutar rata Pemegang PEMUTAR SKRU RATA Memasang dan menanggalkan skru. Mengetatkan atau melonggarkan skru.

7. Bahan Sesuatu objek yang diperlukan atau digunakan untuk menghasilkan sesuatu. Wayar Bongkah Penyambung Penyambung Bateri Bateri

8. BONGKAH PENYAMBUNG Menyambung komponen elektronik dalam pemasangan projek.

9. WAYAR Membuat pendawaian dalam litar mudah. 10. BATERI Membekalkan tenaga untuk mengalirkan arus elektrik. 11. PEMEGANG BATERI Menyambungkan tamatan pada bateri. 12. Komponen Sesuatu benda yang dapat menggerakkan suatu rangkaian elektronik. Buzer Diod Pemancar Cahaya (LED) Perintang Tetap Perintang Boleh Laras

Anda mungkin juga menyukai