Anda di halaman 1dari 15

1.

Pengenalan

Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran dan kemajuan masyarakat dan negara.

Pelajar merupakan aset penting dalam sesebuah negara dan bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan. Mereka merupakan waris kepada kepimpinan negara kita dan bakal mencorak kemajuan negara kita. Para pelajar yang juga remaja ini menjadi tonggak utama dalam meneruskan pelaksanaan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, dan sosial serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif dalam kalangan remaja. Dewasa ini, masalah sosial yang yang melanda remaja sudah mencapai tahap yang sangat kritikal yang boleh merosakkan anak bangsa kita yang bakal mencorak masa depan negara. Masalah ponteng, buli, gangsterisme, lepak, merokok dan vandelisme menjadi barah yang semakin merebak. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sesebuah organisasi, institusi atau dalam kumpulan manusia sudah semestinya mempunyai peraturan-peraturan yang ditetapkan. Peraturan-peraturan ini bertujuan untuk menentukan ketenteraman, keharmonian, dan kelincinan perjalanan aktivitiaktiviti dalam masyarakat tersebut. Disiplin merupakan perkara yang penting dalam kehidupan seharian. Aspek disiplin haruslah dijalankan walaupun dalam sebuah institusi yang kecil seperti institusi kekeluargaan mahupun sekolah. Hal ini kerana tanpa disiplin, akan kucar-kacir sesebuah institusi tersebut. Sekolah yang merupakan institusi yang menjadi tumpuan pelajar haruslah menetapkan disiplin kepada pelajarnya supaya tidak timbul masalah yang serius dalam kalangan pelajar. Oleh itu,setiap sekolah seharusnya menggubal peraturan-peraturan agar dapat memupuk murid-murid supaya lebih berdisiplin. 1

2.0

Konsep disiplin Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk

membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur lain mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala sosial seperti ponteng sekolah, melawan guru, bersikap antisocial (peraturan), bergaduh, membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang serius dan menjadi topik perbualaan dalam kehidupan kita. Menurut kamus Oxford Advanced Learners, disiplin didefinisikan sebagai: is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. (1995) mendefinisikan disiplin sebagai kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan DBP, KL (1989) mendefinisikan disiplin sebagai Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan.Mengikut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Rogers 21st Century Thesaurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah latihan dan dendaan (Training and punishment). Disiplin secara amnya boleh didefinisikan sebagai latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri. (Kamus Dewan, 1984). Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai Pelaksanaan Dasar Pendidikan (1979) menyebut disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati undangundang, bekerja mengikut tatatertib, menghormati hak individu, mengamalkan

tingkah laku yang baik, saling menghormati, tolong-menolong dan membaiki keadaan dalam usaha membina.

3.0

Faktor-faktor Masalah Disiplin

3.1

Ibu bapa

Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan remaja terlibat dengan masalah sosial ini. Faktor yang paling utama ialah kurangnya peranan ibu bapa, masalah keluarga, faktor diri sendiri dan pengaruh rakan sebaya. Faktor-faktor lain pula seperti sekolah dan masyarakat. Sering kali dinyatakan ibu bapa mempengaruhi kejayaan remaja khasnya pelajar dalam pelajaran. Hal ini kerana ibu bapa yang sentiasa memberi galakan dan perangsang sehingga mereka timbul minat, semangat ketekunan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelajaran (Jamal Darus, 1989). Ibu bapa juga yang menentukan pola-pola tingkah laku remaja.

Faktor-faktor seperti dorongan dan galakkan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak serta keluarga yang utuh memberi kesan ke atas pembentukkan personaliti, motivasi dan pencapaian akademik remaja yang masih bergelar pelajar. Ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan bantuan dikaitkan dengan kejayaan yang tinggi (T. Marimuthu,1990). Disiplin yang berterusan dan hubungan baik antara ibu bapa dengan remaja meningkatkan motivasi kejayaan di dalam pelajaran. Dalam kajian ke atas 408 orang kanak-kanak, pengkaji mendapati keadaan di rumah adalah lebih cepat dikaitkan dengan kemajuan sekolah daripada kecerdasan.

Keutuhan institusi kekeluargaan dapat menjamin kecemerlangan remaja khususnya dalam alam pendidikan dan perkembangan personaliti. Ibu bapa khususnya, adalah salah satu faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja. Hal ini kerana, ibu bapa menjadi sumber utama dan pertama proses pembelajaran dan pembentukan keperibadian remaja. Hakikat ini jelas dinyatakan oleh bapa psikologi moden, Freud (1983). Oleh itu, ibu bapa yang tidak memainkan peranan dalam pembentukkan tingkah laku remaja menyebabkan berlakunya kemunduran pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja tersebut.

3.2

Masalah Keluarga

Faktor kedua penglibatan remaja dalam masalah disiplin in adalah kerana mempunyai masalah keluarga. Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi bekal penghidupan di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Hal ini bersesuaian dengan salah satu keperluan iaitu keperluan termilik dan kasih sayang (Maslow, 1954)., dorongan dan galakkan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak serta keluarga yang utuh memberi kesan ke atas pembentukkan personaliti, motivasi dan pencapaian akademik remaja yang masih bergelar pelajar. Ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan bantuan dikaitkan dengan kejayaan yang tinggi (T. Marimuthu,1990).

Disiplin yang berterusan dan hubungan baik antara ibu bapa dengan remaja meningkatkan motivasi kejayaan di dalam pelajaran. Menurut Maslow, kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi puncak kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan antisosial. Sebagai contohnya, remaja daripada keluarga yang ibubapanya bercerai mempunyai IQ yang lebih rendah di samping melahirkan ciri-ciri tingkah laku yang negatif seperti permusuhan, zalim dan tiada kasih sayang (Goldfarb: Petikan WanAzmi, 1987). Krisis keluarga seperti penceraian dan pertengkaran ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja kehilangan obor panduan hidup. Maka, lahirlah personaliti remaja yang tidak sihat dan lemah pencapaian akademiknya. Seterusnya menyumbang kepada pelbagai gejala negatif termasuklah ponteng sekolah, buli dan lain-lain.

Kedudukan kewangan sesebuah keluarga menentukan jenis-jenis kemudahan yang dapat disediakan untuk anak-anak. Keluarga yang berada mampu menyediakan bahan-bahan pengajaran tambahan seperti komputer, tutor bimbingan,alat permainan (raket, tenis, skuasy, alat muzik seperti piano, organ elektrik) dan sebagainya. Berbekalkan kemudahan ini anak-anak mendapat pendedahan yang begitu luas.

Seseorang remaja yang memperoleh pencapaian akademik yang baik serta dapat 4

bermain pelbagai permainan dan alat muzik, memang mempunyai aras keyakinan diri yang tinggi. Sebaliknya, remaja daripada keluarga yang miskin mengalami pelbagai jenis masalah seperti ketiadaan tempat khas hendak belajar ataupun ketiadaan tutorat ataupun buku panduan tambahan. Walaupun remaja itu mungkin hendak menyertai permainan tenis ataupun skuasy, mereka menghadapi masalah hendak membeli raket berkenaan.

Perkembangan personaliti remaja berkenaan turut terjejas dan mempengaruhi proses pembelajarannya. Hal ini, jika tidak dibimbing dengan baik akan membawa kepada hilangnya minat belajar, ponteng kelas atau sekolah seterusnya membawa kepada masalah yang lebih serius seperti menghidu gam, mencuri, dan menagih dadah.diatasi pasti semakin seriuslah masalah remaja. Begitu juga dengan apa yang diperkatakan oleh pakar motivasi iaitu Dr Rubiah K Hamzah (Utusan Malaysia, 1999) iaitu sikap marah dan tidak puas hati dapat memberi kesan negatif dan positif. Kesan negatif adalah apabila seorang itu mengambil sikap berdiam diri serta memendam rasa tanpa mahu meluahkan atau menceritakan masalah yang membelenggu diri kepada orang lain.

4.0

Ciri ciri pelajar yang mempunyai masalah disiplin

Masalah disiplin merupakan perkara yang biasa terjadi di sekolah-sekolah. Masalah ini merupakan perkara yang perlu di ambil perhatian untuk dibendung. Ciriciri pelajar yang mempunyai masalah ini dapat dibahagikan kepada tiga iaitu bermasalah dari segi distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.

Tingkah laku distruktif sering berlaku dalam kalangan pelajar yang berusia 10 hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbukmenumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam.Tingkahlaku destruktif sebenarnya dipelajari sama ada melalui masyarakat,ibu bapa mahupun televisyen.

Pelajar yang

bermasalah hiperaktif mempunyai ciri di mana tidak dapat

mengawal diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan menganggu pelajar lain. Malah pelajar ini juga boleh membahayakan dirinya sendiri dan juga murid yang lain .Sebagai contoh yang berlaku di sekolah, murid hiperaktif ini memanjat pagar tingkap.Kemungkinan pelajar itu jatuh dan tercedera atau pagar itu jatuh terkena pada pelajar lain yang boleh menyebabkan kecederaan

Dalam pada itu tingkah laku negatif juga menyebabkan tingkah laku menghalang seperti pergantungan berlebihan, kebimbangan, pengunduran dan pengasingan diri. Tingkah laku pergantungan berlebihan ini kerap berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun ke bawah. Namun, ianya juga mungkin akan berlarutan hingga remaja. Pada suatu ketika, apabila orang yang diharapkan tiada, individu ini akan berasa cemas, takut, bimbang, tertekan dan tidak tahu apa yang dilakukannya. Individu sebegini juga merupakan individu yang pendiam, tidak aktif, rendah diri, selalu mengalami kebimbangan dan tekanan

5.0

Langkah-langkah memupuk disiplin pelajar

5.1

Peranan ibu bapa

Salah satu langkah untuk memupuk disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar ialah pendidikan secara formal dan tidak formal daripada ibu bapa. Anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus yang perlu diwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkannya. Tanggungjawab ibu bapa dalam mencorakkan kain itu perlulah dilakukan secara ikhlas dan konsisten. Hal ini kerana cara ini dapat mematangkan fikiran anak-anak. Berbekalkan pendidikan yang diterima, akal dan perasaan yang ingin memberontak dalam kalangan anak dapat diatasi.

Hal ini demikian kerana anak-anak dikawal ketat dari segi peraturan sekolah. Dengan peraturan sekolah yang efektif dan jadual pembelajaran yang ketat, nescaya anak-anak tidak mempunyai masa yang terluang untuk melakukan perkara yang membelakangkan undang-undang. Pendidikan formal yang efektif dapat menjadi tulang belakang pendirian teguh anak-anak dalam mendisiplinkan diri agar tidak melakukan perbuatan yang menconteng arang di muka ibu bapa. Sebagai analoginya, pembelajaran yang diajar oleh guru melalui subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan sebagainya mampu mendisiplinkan anak- anak.

Jika dibandingkan antara ibu bapa dahulu kala dengan ibu bapa pada zaman globalisasi ini, kita dapat mengetahui bahawa anak-anak dulu lebih kerap dipukul. Sejak kempen antidera diperluas, ibu bapa mula menjauhkan diri mereka daripada rotan. Daripada perspektif orang tua-tua, setiap sebatan dan hukuman yang diterima memberi tamparan insaf kepada anak-anak yang melakukan kesalahan. Namun, saya percaya bahawa ibu bapa perlu tegas dan mendisiplinkan anak-anak sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan pendisiplinan yang kukuh dan ketegasan ynag bertempat, anak-anak akan berfikir dua kali sebelum melakukan kesalahan. Sebagai tamsilnya, anak- anak diajar sejak usia yang muda untuk membuka buku pada waktu yang ditetapkan.Secara automatiknya, tabiat yang sama akan dilakukan oleh anak-anak tersebut pada usia yang lebih besar tanpa arahan atau suruhan.

5.2

Peranan guru

Selain itu, guru juga bertanggung jawab untuk membentuk disiplin pelajar yang kian meuncing. Hal ini kerana, guru adalah orang kedua selain daripada ibu bapa yang mampu mencorakkan akhlak pelajar mengikut acuan masing-masing. Satu hakikat pembelajaran yang lumrah di sekolah ialah murid kerap dipengaruhi oleh sifat, kebiasaan dan akhlak guru. Sekiranya guru mempunyai akhlak yang baik, murid akan terpengaruh dengan akhlak baik tersebut dan sebaliknya. Pandangan negatif

murid bukan setakat terhad kepada guru tetapi juga mungkin menjangkau kepada pelajaran, sekolah dan seterusnya kepada sistem persekolahan keseluruhannya. Hal ini termasuklah menghapuskan suasana yang membantu atau menyokong salah laku diri pelajar .

Di samping itu juga, penyelesaian boleh di usahakan dengan mengambil langkah pencegahan dan mewujudkan suasana yang lebih positif berlandaskan prinsip mencegah lebih baik daripada mengubati. Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecemerlangan seseorang guru tidak terbatas pada kebolehannya

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran ( p & p ) dengan baik sahaja tetapi juga pada kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru diharapkan mempamerkan peribadi contoh kepada pelajarnya. Oleh itu, ketinggian kualiti peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan kelas pertama masa depan. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa dan negara. . Golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani mencabar kewibawaan guru. Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi, merotan, menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang. Guru perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk memberontak.

5.3

Peranan kerajaan

Selanjutnya, sebagai sebuah negara yang memiliki struktur pentadbiran yang mantap, pihak pentadbiran negara juga haruslah mengambil berat mengenai isu disiplin pelajar. Pihak kerajaan haruslah mengkaji dengan teliti tentang punca-punca masalah ini dan berikhtiar untuk mengatasinya. Hal ini mestilah dititikberatkan

kerana mutu pentadbiran negara pada masa akan datang jauh lebih teruk kualitinya. Demi melahirkan modal insan kelas pertama, pihak kerajaan telah memikul

tanggungjawab yang berat dalam membentuk nilai-nilai dan akhlak-akhlak dalam kalangan tangan bunga bangsa yang bakal memacu pucuk pimpinan negara kelak. .

Salah satu cara yang boleh dijalankan oleh pihak kerajaan ialah mengadakan kempen dari semasa ke semasa tentang keburukan melakukan kesalahan disiplin dan kesan-kesan negatif yang akan berlaku. Menerusi Jawatankuasa Bertindak yang telah diwujudkan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan pendekatan secara holistik bagi menangani gejala disiplin pelajar. KPM akan memperhebatkan Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, kempen untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam Persatuan Ibu Bapa Dan Guru serta Kempen Pencegahan Salah Laku. KPM juga akan mewartakan Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) yang baru dan mencadangkan pindaan terhadap undang-undang kecil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) berhubung pengeluaran lesen dan pengenaan syarat-syarat ke atas kafe siber, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Sebagai contohnya, KPM mengadakan kerjasama berterusan dengan agensi bertanggungjawab untuk mem-banteras dadah seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM). Program antidadah bertujuan untuk memberi pengetahuan, kefahaman, penghayatan dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada pelajar, guru dan ibu bapa. KPM turut mengadakan kerjasama dengan AADK untuk mengesan pelajar yang terlibat dengan dadah melalui ujian air kencing di beberapa sekolah terpilih.Melalui kempenkempen yang dijalankan di kawasan tersebut, pelbagai inisiatif boleh diambil bagi golongan pelajar bagi mengatasi masalah disiplin ini.

6.0

Kesan kesan

Pelajar merupakan elemen atau aset yang amat penting dalam negara kita. Mereka bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan yang akan menerajui negara ini. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020 dan meneruskan perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama pelbagai gejala sosial yang negatif dalam kalangan remaja terutamanya di sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara. Oleh sebab itu, disiplin perlu dipupuk dalam diri pelajar semenjak dari zaman persekolahan lagi.

Jika sikap berdisiplin ini tidak dapat dipupuk, pelbagai kesan negatif akan diterima oleh individu, masyarakat dan negara. Antara kesan negatif masalah disiplin ialah gejala sosial. Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Pelbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu banyak sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.

Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah , lari dari rumah , seks bebas serta melepak tidak lagi memeranjatkan kita. Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai kumpulan samseng seperti kumpulan gengsterisme , membunuh, samun tanpa senjata api mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalism,

penyalahgunaan dadah , minum minuman keras, terbabit dengan video lucah dan sebagainya. Keadaan seperti ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di pinggiran bandar, malah disekolah luar bandar. 10

Jika disiplin tidak dapat dipupuk dalam diri pelajar, mereka tidak akan mampu menjadi aset yang dapat membangunkan negara ini. Tidak mungkin pelajarpelajar yang mempunyai masalah disiplin seperti ini mampu menerajui negara kita. Akhbar-akhbar harian kerap memperkatakan tentang masalah yang mereka timbulkan. 400 pelajar dikenal pasti langgar disiplin , Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial , Buli gugat semangat belajar dan Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme. Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dadadada akhbar tempatan pada masa kini. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan .Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorik semata-mata.

Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali Black Metal. Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini serta penambahan bilangan jenis salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar. Terdapat beberapa kajian yang telah membuktikan perkara tersebut. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1993 didapati bahawa sekalipun penyertaan remaja atau pelajar di dalam kegiatan kumpulan haram meningkat sebanyak 10 peratus namun, laporan jenayah remaja yang melibatkan kumpulan haram tersebut adalah kurang daripada 2 peratus (Bodinger-deUriarte, 1993). Sekalipun perangkaan yang ditunjukkan adalah rendah namun satu perkara yang pasti ialah kumpulan-kumpulan haram tersebut memainkan peranan yang utama dengan merebaknya kegiatan salah laku di sekolah. Gejala seperti ini amatlah dikhuatiri kerana ianya bukan sahaja menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat malah ianya boleh merosakkan akidah pelajar-pelajar terutamanya yang beragama islam. Islam melarang umatnya mensyirikkan tuhan kerana perbuatan terkutuk ini tergolong dalam dosa-dosa besar.

11

7.0

Pendapat dan cadangan 7.1 Rakan sebaya

Rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan terhadap seseorang pelajar dalam mencari identiti diri dan dan pembentukan imej pelajar tersebut. Misalnya, rakan sebaya merupakan pengaruh terbesar untuk mengikut piawai kumpulan itu dalam aspek-aspek gaya pakaian, pertuturan, oreintasi kepada muzik, tarian, tayangan filem dan lain-lain. Justeru, masalah timbul apabila pendedahan seperti ini biasanya melibatkan nilai-nilai buruk yang membawa kepada keruntuhan disiplin dan moral mereka. Pada peringkat remaja, rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka. Kewujudan rakan sebaya telah berjaya menggantikan kedudukan keluarga dalam aktiviti sosial serta riadah. Remaja mempunyai pelbagai hubungan dengan rakan sebaya dan mereka menghadapi budaya yang mempunyai norma dan sistem nilai berbeza. Dengan perkataan lain, rakan sebaya berpengaruh dalam membentuk akhlak dan peribadi remaja. Rakan sebaya yang baik akan membentuk akhlak yang baik. Sebaliknya, rakan sebaya yang tidak mempunyai akhlak yang baik mempengaruhi akhlak rakannya ke arah yang tidak baik juga. Selain itu, remaja mempunyai keinginan dalam dirinya untuk diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Kumpulan tersebut mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan sains dan teknologi membawa kesan-kesan sampingan atau pengaruh-pengaruh negatif dari budaya asing yang boleh merosakkan disiplin pelajar dan menggugat kestabilan dan kecemerlangan bangsa. Gejala sosial seperti pergaulan bebas dan ganas, penyalahgunaan dadah, gangsterlisme, vandalisme dan sebagainya banyak berlaku dalam masyarakat pada hari ini terutamanya dalam kalangan pemuda pemudi. Remaja berumur 12-18 tahun lebih dekat dengan rakan sebaya berbanding dengan anggota keluarga. Sekirannya, seorang rakan dipengaruhi oleh budaya barat yang negatif seperti merokok, kawankawannya turut akan mengikuti gejala ini.

12

Menurut kajian Kementerian Belia dan Sukan (1995) menunjukkan bahawa remaja di luar bandar menghabiskan masa melepak secara purata sebanyak 22.4 jam seminggu atau 5.3 jam sehari. Kes-kes yang melibatkan pelajar dalam perlakuan ponteng turut dilaporkan oleh pelbagai akhbar. Hal ini amatlah merungsingkan ibu bapa, masyarakat, pihak sekolah dan pihak Kementerian Pelajaran. Contoh lain seperti pelajar suka berjalan-jalan dengan kawan-kawan. Apabila bersama kawankawan, mereka merasakan bebas dan boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka. Di samping itu, mereka selalu menghabiskan masa bersama-sama kawan dengan membuat bising di dalam kelas dan mengusik pelajar lain semasa guru mengajar. Hal ini demikian kerana mereka tidak pernah menolak ajakan kawan. 7.2 Peranan keluarga

Sistem kekeluargaan yang berlandaskan agama dapat melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak dan berbudaya mulia. Dengan ini, remaja akan membentuk satu sistem sosial yang mantap dan dapat menangani pelbagai cabaran sepanjang hayatnya. Contohnya, Rancangan Rumahku Syurgaku yang berasaskan kepada syariat Islam yang merangkumi segenap aspek kehidupan. Aspek-aspek yang ditekankan ialah membina kebahagiaan, meningkatkan daya intelek, mewujudkan suasana penghayatan Islam dan kedamaian dalam keluarga, penjagaan kesihatan, mewujudkan keselesaan dan keindahan dalam rumah, mengamalkan perhubungan yang baik dan berkesan serta membina sifat penyayang dan toleransi dalam kalangan anggota keluarga. Selain itu, terdapat beberapa cadangan terhadap ibu bapa pelajar dalam memupuk disiplin terhadap anak-anaknya. Antaranya, ibu bapa hendaklah bijak membahagi tugas mereka dan berada di rumah, bertanya dan mengambil berat

tentang masalah yang pelajar hadapi, mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan agama masing-masing di dalam kehidupan seharian pelajar, sentiasa mengambil berat tentang pelajaran pelajar di sekolah dan jangan bersikap pilih kasih antara anak-anak.

13

7.3

Media massa

Media cetak dan media elektronik kadang kala mengandungi unsur budaya negatif yang mencetus kemerosotan disiplin. Justeru, pihak berkuasa haruslah menguatkuasa undang-undang mengehadkan saluran televisyen seperti RTM 1, RTM 2, TV3, NTV7, 8TV dan sebagainya dengan memotong bahagian yang berunsur ganas dan lucah. Selain itu, media cetak dan elektronik boleh menganjurkan program

berkaitan personaliti remaja berjaya. Remaja yang berjaya dalam lapangannya boleh menjadi contoh teladan yang positif kepada remaja secara keseluruhannya dan dapat menjadi daya penarik kepada para pembaca. Di samping itu, gambar-gambar remaja berjaya juga dapat merangsang pembaca remaja supaya turut berjaya dalam kegiatan yang mereka ceburi. Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan dalam pembentukan keperibadian manusia. Media massa merupakan agen sosialisasi dalam menanam dan menggalak amalanamalan berakhlak di dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah yang beroperasi 24 jam. Media massa perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya dan mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya. Pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibu bapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan

kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak mereka.

14

8.0

Penutup Masalah disiplin ini haruslah di beri perhatian sewajarnya dari semua pihak.

Pemupukan disiplin sejak dari kecil dari keluarga dan terus di kembangkan pada peringkat sekolah merupakan pembelajaran yang baik dalam membentuk disipilin diri dan pembentukan sahsiah yang baik dalam kalangan pelajar sekolah. Bermula di rumah, ibu bapa sepatutnya memainkan peranan yang penting dan apabila berlanjutan pada peringkat sekolah, guru sepatutnya menyambung peranan ini untuk membentuk disiplin pelajar. Masalah disiplin yang semakin hari semakin runcing ini haruslah diberi perhatian penuh oleh semua pihak. Hal ini kerana, pelajar-pelajar yang merupakan golongan belia ini merupakan aset penting kepada negara dan akan membentuk pembangunan negara pada masa hadapan. Golongan para belia yang merupakan pelajar memainkan peranan yang penting untuk menentukan masa depan dan pembangunan negara. Mereka umpama harapan dan cermin yang akan meletakkan masa hadapan kita sama ada mampu untuk bersaing dengan negaranegara yang maju pada masa hadapan ataupun kita terpaksa melihat jatuhnya negara kita hanya kerana sikap pelajar-pelajar hari ini yang hanya memikirkan keseronokan pada masa kini dengan gejala-gejala sosial. Perkembangan teknologi pada hari ini dan bercambahnya masalah sosial seolah-olah sama naik. Hal ini bertambah rumit kerana masalah sosial ini melibatkan para remaja yang merupakan golongan pelajar. Masalah disiplin pelajar yang sering kali dikaitkan dengan gejala sosial merupakan masalah yang rumit kerana golongan ini merupakan golongan yang sangat penting kepada negara pada masa hadapan. Pembangunan sesebuah negara bermula dari rakyatnya sendiri dan pemimpinnya. Kukuhnya sesebuah negara mampu menentukan masa hadapan negara. Oleh itu, masalah disiplin ini tidak seharusnya di pandang remeh dan semua pihak haruslah menggembeleng tenaga bagi memastikan anak-anak bangsa kita pada hari ini tidak terjerumus ke kancah masalah sosial yang menjadi barah kepada negara. Masalah disiplin haruslah dibendung di peringkat sekolah supaya kita mampu melahirkan insan yang berkualiti dan dapat berbakti kepada negara.

15