Anda di halaman 1dari 6

AMALI 13: NURNADIAH SISTEM INTUGEMENTARI MOHD SAIFUL BIN HARUN PISMP PJ 2011

SOALAN 1: Apakah sumbangan sistem integumentari kepada sistem-sistem badan yang lain? JAWAPAN: Terdapat banyak sumbangan sistem integumentari kepada sistemsistem badan yang lain. Misalnya, Kelenjar sebum, yang terdapat di lapisan dermis seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan tapak kaki. Ia berfungsi mencegah rambut daripada menjadi kering dan rapuh. Sebum juga membentuk filem perlindungan pada kulit yang dapat mencegah berlakunya penyejatan air yang berlebihan daripada kulit. Ini dapat membantu kelancaran sistem perkumuhan dalam badan manusia. Selain itu, peluh yang terdiri dari campuran air, garam (natrium klorida) urea, asid urik, asid amino, ammonia, gula, asid laktik, asid askorbik. Ia berfungsi untuk membantu dalam pengawalaturan suhu tubuh dan untuk mengeluarkan beberapa bahan kumuhan. Ransangan utama peluh ialah kepanasan dan emosi. Perpeluhan yang diransang emosi berlaku di dahi, aksila, tapak tangan dan tapak kaki. Kulit juga memainkan peranan yang penting. Ia memberi perlindungan kepada

manusia. Epidermis terutama lapisan berkeratinnya, bertindak sebagai lapisan pelindung daripada kerosakkan atau kelusuhan akibat penggunaan biasa (wear and tear) dan juga daripada kemasukan organism. Sebum yang dihasilkan oleh kelenjar sebum merencatkan pertumbuhan beberapa bakteria . Pigmen melanin memberi perlindungan kepada kulit terhadap sinaran ultraungu cahaya matahari . Dengan adanya akhiran saraf deria di kulit, tubuh dapat melakukan tindakan refleks terhadap ransangan sakit atau kasar. Ini dapat melindungi tubuh dari kecederaan . Ia juga bertindak sebagai lapisan kalis air. Keratin bersifat kalis air. Keratin dapat mencegah kehilangan air yang berlebihan melalui penyejatan. Keratin juga memberi perlindungan semasa mandi dalam air tawar tanpa menyebabkan tubuh bengkak dengan air atau semasa mandi dalam air laut yang bergaram menyebabkan tubuh mengecut. Ini lah yang membantu kepada tindakan refleks ringkas.

Bukan itu sahaja malah, ia juga berfungsi sebagai pengawalaturan suhu badan . Suhu tubuh manusia ditetapkan pada purata 36.8 C. Pada keadaan suhu sekitar yang panas atau selepas senaman berat yang menghasilkan haba tubuh yang berlebihan,saluran darah di dermis mengalami dilatasi. Ini menyebabkan aliran darah yang banyak ke permukaan kulit. Ini juga dapat membantu sistem peredaran darah manusia. Kelebihan darah di permukaan kulit akan meningkatkan pengeluaran haba daripada tubuh secara sinaran, konduksi dan perolakan. Proses perpeluhan mengeluarkan haba tubuh melalui penyejatan peluh. Dalam persekitaran sejuk, konstriksi arteri membolehkan tubuh menyimpan haba. Ini dapat mengelakkan individu dari terkena demam. Ia juga bertindak kepada penghasilan vitamin D3. Vitamin D3, iaitu kolekalsiferol dihasilkan di kulit, hasil tindak balas cahaya matahari dengan 7-dehidrokolesterol. Tanpa vitamin D3 daripada sumber lain, kanak-kanak yang tidak terdedah kepada cahaya matahari akan mengalami rikets ( kelembutan pada tulang). Secara tidak langsung ia membantu sistem daya tahan badan manusia. Ia juga bertindak sebagai organ reseptor. Ini kerana kulit mengandungi akhiran saraf untuk beberapa jenis penderiaan yang berbeza yang bertindak sebagai organ reseptor yang berhubung lansung dengan persekitaran. Ia akan membantu dalam proses refleks.

SOALAN 2: Apakah kenyataan Kamal tersebut itu benar dan nyatakan buktinya? JAWAPAN: Rambut mempunyai folikel rambut yang mana ia adalah suatu insersi sel-sel epidermal ke dalam dermis yang membentuk selubung akar bahagian sebelah luar dari sehelai rambut (Gambar 8-2). Ia berada tengah-tengah dari selubung akar bahagian sebelah luar adalah selubung akar bahagian sebelah dalam yang mengelilingi berkas rambut. Bergerak secara vertikal ke bawah dari folikel rambut, kemudian ia akan bersambung dengan sejumlah struktur anatomi seperti kulit. Bukaan pada epidermis, yang disebut kanal rambut, diikuti oleh saluran kelenjar sebasea. Di bawahnya adalah otot arrector pili. Folikel rambut terletak membentuk suatu sudut dengan kulit, dan ketika kulit terkena suhu dingin, otot arrector pili menarik folikel rambut hingga bergerak secara vertikal. Piloereksi (atau goncangan angsa) meningkatkan ketebalan relatif kulit, yang melindungi kulit daripada cedera akibat dingin. Pada bahagian dasar dari folikel adalah papila, yang di dalamnyaterjadi pertumbuhan sel folikel rambut berhentu menghasilkan rambut. Sebaliknya mereka melalui tiga proses pertumbuhan, degenerasi, dan istirahat. Kecuali folikel janggut dan kulit kepala, fasa yang umum bertahan selama beberapa bulan; folikel kulit kepala melalui suatu fasa yang bertahan rata-rata 1.100 hari. Walaupun jumlahnya kurang lebih 10% tergantung warna rambut, rata-rata kulit kepala mengandung kurang lebih 100.000 folikel. Kurang lebih 100 rambut rontok dari kulit kepala setiap hari. Rambut kulit kepala tumbuh pada laju kurang lebih 35 hingga 37 mm/hari, tetapi pertumbuhan ini dapat dipengaruhi oleh kesan ubat, seperti hormon seks lelaki dan perempuan, hormon tiroid, dan kortikosteroid. Setiap rambut individu disusun oleh sel-sel epitelial, yang bercantum satu sama lain oleh ikatan protein khusus. Latar belakang etnik menghasilkan perbezaan-perzedaan pada struktur dan tekstur rambut kulit kepala, tetapi kesan etnik ini tidak terdapat pada rambut bahagian-bahagian tubuh yang lain.

SOALAN 3: Nyatakan dan jelaskan peraturan Sembilan (rule of nine) dalam menilai tahap kebakaran kulit dewasa. JAWAPAN: Peraturan Sembilan adalah untuk menilai peratusan membakar dan digunakan untuk membantu keputusan rawatan termasuk resusitasi bendalir dan menjadi sebahagian daripada garis panduan untuk menentukan pemindahan unit. Ia boleh membakar dengan menganggarkan kawasan permukaan badan pada orang dewasa yang telah dibakar dengan menggunakan gandaan 9. Seorang dewasa yang telah dibakar, peratus daripada badan yang terlibat boleh dikira seperti berikut:

Kepala = 9% Dada (depan) = 9% Abdomen (depan) = 9% Belakang atas / pertengahan / rendah dan punggung = 18% Setiap lengan = 9% (depan = 4.5%, belakang = 4.5%) Pangkal paha = 1% Setiap kaki = jumlah 18% (depan = 9%, belakang = 9%) Sebagai contoh, jika kedua-dua kaki (18% x 2 = 36%), pangkal paha (1%) dan dada depan dan abdomen telah dibakar, ini akan melibatkan 55% daripada badan.

Perubatan dikaji oleh Benjamin C. Wedro, MD, FAAEM. Pengguna e-Tools bukan bertujuan untuk memberi nasihat profesional atau mengesyorkan produk-produk tertentu. Pakar-pakar perubatan dan profesional kesihatan perlu melaksanakan pertimbangan mereka sendiri klinikal apabila menilai keputusan alat atau kalkulator kita. Pengguna harus berunding dengan doktor untuk mendapatkan nasihat apabila menilai keputusan.