Anda di halaman 1dari 2

Kekuatan Terapi ini amat sesuai dilaksanakan dan diaplikasikan dalam bentuk kaunseling seperti kaunseling kanak-kanak, remaja,

, dewasa, ibu bapa dalam perkahwinan mereka, keluarga serta kaunseling secara individu. Pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam model Terapi Realiti ini adalah bersifat konkrit, jelas dan realistik yang mana model ini boleh menampilkan keberkesanan dan dinilai terutamanya apabila kontrak dibuat dan dipersetujui di antara kaunselor dan klien. Model ini juga mempunyai pelan induk yang dirancang dengan cara sistematik dan realistik oleh klien dengan bantuan kaunselor sebagai panduan bagi mereka menyelesaikan masalah. Terapi realiti ini juga memberikan kebebasan kepada kilen untuk berfikir dengan rasional, menilai, menentukan dan membuat keputusan sendiri. Terapi ini menggunakan jangka masa yang lebih singkat untuk membantu klien berbanding

Kelemahan Terapi ini lebih cenderung kepada tingkah laku semata-mata tetapi seseorang manusia itu adalah unik dan bertindak secara menyeluruh termasuklah disebabkan emosi, persepsi, kognitif dan sebagainya. Secara ringkasnya, terapi ini mempunyai keupayaan yang terbatas. Terapi ini juga hanya menekankan kepada konsep masa, sekarang dan di sini atapun here and now dan dalam situasi yang sedar tanpa mengambil kira konsep-konsep tidak sedar serta sejarah hidup klien. Terapi realiti juga terlalu bergantung kepada bahasa. Jadinya, melalui sistem komunikasi, klien kadangkadang bersifat pendiam dan lembam atau tidak expresive adalah tidak sesuai dalam pemilihan tindakan terapi realiti. Terapi Realiti kurang menyediakan situasi pembelajaran kerana sifatnya yang agak mendesak dan mengongkong. Oleh itu,klien tidak kreatif dalam membuat keputusan dan akhirnya bergantung kepada kaunselor.

dengan model-model yang lain. Ini menyebabkan model ini lebih sesuai digunakan di sekolah kerana masa yang singkat diperlukan untuk membantu klien.

Kaunselor juga dianggap tidak bermoral kerana terlalu bebas dan terbuka sehingga kerap mendesak klien membuat satu keputusan, maka ini akan menimbulkan kesan negatif ke atas klien.