Anda di halaman 1dari 4

PERISTIWA DI LEMBAH SEMUT

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh


Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru
yang dikasihi, kawan-kawan serta hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian.

(PANTUN)
Berjalan-jalan ke Tanjung Bidara,
Bermain pasir bersama rakan,
Peristiwa di lembah semut pilihan cerita,
Mari bersama kita dengarkan.

Ya kawan-kawan, tajuk cerita saya pada hari ini ialah: PERISTIWA DI LEMBAH SEMUT.
Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut, mari bersama-sama kita menyelusuri
riwayat hidup ringkas Nabi Sulaiman a.s.
Nabi Sulaiman a.s merupakan anak Nabi Daud a.s. Sejak kecil lagi baginda telah
menunjukkan kecerdasan, kepintaran dan ketajaman fikirannya. Baginda telah diangkat oleh
Allah menjadi Nabi dan Rasul. Namanya telah disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-
Quran. Baginda wafat di Rahbaam, Baitul Maqdis, Palestin. Setelah Nabi Sulaiman a.s cukup
umur dan ayahandanya wafat, baginda diangkat menjadi raja di kerajaan Bani Israil. Baginda
bukan sahaja berkuasa ke atas manusia malah keatas segala haiwan, jin dan makhluk-
makhluk lain. Istana Nabi Sulaiman a.s sangat indah. Ianya dibina dengan kerjasama antara
manusia, binatang, dan jin. Ada riwayat yang mengatakan dinding istana baginda diperbuat
dari batu pualam, tiang dan pintunya dari emas dan tembaga, atapnya dari perak, hiasan dan
ukirannya pula dari mutiara, intan dan berlian, manakala pasir di taman pula ditaburi
mutiara, dan sebagainya.
Kawan-kawan sekalian,
Nabi Sulaiman a.s dikurniakan mukjizat oleh Allah SWT sehingga mampu memahami
bahasa binatang dan makhluk lain. Baginda boleh berbicara dengan burung Hud Hud dan
juga boleh memahami bahasa semut. Dalam kitab Al-Quran surah An Naml, ayat 15-19
adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat
kaya-raya ini. Firman Allah s.w.t dalam surah an-Naml ayat 15 dan 16:
;4 E4uO>-47 E1N-E1
=}E^OUc4 VUgN W ~4
;O4^- *. Og~-.- 4LU_ _O>4N
OOg1E ;}g)` jg14lgN
4-gLg`u^- ^)
Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud
dan Nabi Sulaiman dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: Segala puji tertentu bagi
Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan
hamba-hambaNya yang beriman.

E[jO44 }E^1Uc E1N-E1 W
4~4 E_GC^4C +EEL-
E4;ggUN 4-gCL4` )OO-C-
4LOg>q4 }g` ]7 7/E* W Ep)
-EOE- 4O+O N;_E^-
-)l^- ^g
Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud dan
(setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa
pertuturan burung dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang
diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas
nyata.
Kawan-kawan... nak dijadikan cerita...

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s berpergian bersama rombongan bala tenteranya
yang besar serta diatur dengan tertib yang terdiri dari manusia, jin, burung-burung dan
binatang-binatang lain, menuju ke sebuah tempat. Rombongan tersebut melalui sebuah
lembah yang dinamakan lembah semut atau dalam bahasa arabnya disebut Wadi an-Naml.
Firman Allah SWT dalam surah an-Naml ayat 17:

4ONO4 =}E^OUOOg +1ONLN_ =}g`
^-}^- +^e"-4 )OO-C-4
;e_ 4pONNEeONC ^_
Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung;
lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.

Kawan-kawan nak tahu tak apa yang terjadi di lembah tersebut...??

Di lembah tersebut, tiba-tiba, Nabi Sulaiman a.s terdengar kata-kata seekor raja
semut yang mengarahkan semut-semut lain memasuki sarang masing-masing dengan segera
kerana dikhuatiri dipijak oleh Nabi Sulaiman a.s dan bala tenteranya secara tidak sengaja.
Dalilnya, firman Allah SWT dalam surah an-Naml ayat 18:

-/EEO .-O) W-O> _O>4N g1-4
;E4- ;e~ -;4^ E_GC^4C
N;E4- W-OU7=u1- :4L=O4`
7ELEgC^4 }E^1Uc
+1ONLN_4 -4 4pNON;=EC ^g
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Wadi an-Naml", berkatalah
seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan
Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak
menyedari.

Setelah mendengar kata-kata raja semut tersebut, Nabi Sulaiman a.s tersenyum
ketawa lalu memberitahu hal itu kepada para pengikutnya seraya berdoa kepada Allah
dengan mensyukuri atas kurnia-Nya yang menjadikan baginda dapat mendengar serta
memahami maksud yang terkandung dalam suara semut itu. Firman Allah SWT dalam surah
an-Naml ayat 19:

=OO4:4- ~LgO= }g)` E_gO~
4~4 p4O /j_;N)eu up
4O7;- C4Eug^ /--
=e;Eu^ O>4N _O>4N4 O4).4
up4 4 w)U= +O=O>
/j_U=u14 Elg-O;O4O) O)
Eg14lgN --)UO- ^_
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan
berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang
Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal
soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan
hamba-hambaMu yang soleh.

Lalu, Nabi Sulaiman a.s meyakinkan raja semut tersebut bahawa baginda dan bala
tenteranya tidak akan sesekali memijak semut-semut. Setelah diyakini oleh Nabi Sulaiman
a.s, raja semut memerintahkan semut-semut supaya membuat saf-saf untuk memberi laluan
kepada Nabi Sulaiman a.s dan bala tenteranya.

Lalu, terselamatlah semut-semut di lembah tersebut dari dipijak oleh bala tentera
Nabi Sulaiman a.s. Manakala Nabi Sulaiman a.s pula meneruskan perjalanan bersama
rombongan bala tentera baginda ke Sana, Yaman, dimana terletaknya istana Ratu Balqis.

Begitulah berakhirnya cerita saya.

Kawan-kawan yang saya sayangi sekalian, sebelum saya mengundur diri, izinkan saya
memetik beberapa pengajaran penting dari cerita ini.
1. Kita mestilah hidup bersatu-padu dalam masyarakat sepertimana kerajaan Nabi
Sulaiman a.s dan juga koloni semut seperti yang terdapat dalam kisah ini agar hidup
kita aman, damai dan harmoni. Contoh terbaik pada zaman sekarang ialah konsep
1Malaysia yang telah menyatu-padukan masyarakat majmuk di negara kita yang
tercinta ini.
2. Kita mesti sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang Allah kurniakan kepada kita,
sebagaimana Nabi Sulaiman a.s yang senantiasa berdoa mensyukuri nikmat yang
telah Allah SWT kurniakan kepada baginda. Contoh nikmat Allah yang boleh kita
syukuri adalah harta benda, keluarga, kehidupan yang selesa, aman damai dan
sebagainya.
3. Kita perlu mematuhi arahan pemimpin selagi ia tidak menyalahi syariat agama.
Contohnya, arahan pemimpin negara kita perlu dipatuhi agar kemakmuran negara,
keharmonian kaum serta toleransi dapat dicapai.
4. Kita perlulah mengamalkan nilai komunikasi yang baik sesama manusia kerana
komunikasi yang baik akan menghasilkan kejayaan. Contohnya, komunikasi yang baik
antara negara kita dengan negara-negara lain yang dapat membantu serta menjamin
keamanan negara seperti pertubuhan ASEAN, OIC dan lain-lain.

(PANTUN)
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Izinkan saya berundur dahulu,
Semoga jumpa di hari kemudian.

Sekian sahaja dari saya, wabillahit taufiq wal-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan terima kasih.