Anda di halaman 1dari 23

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 Tarikh Masa Tahun Bilangan Murid Tema Tajuk : 24 April 2013

: 11:05 pagi 12:05 tengahari : 5 Bestari : 32 orang ( 17 orang lelaki dan 15 orang perempuan ) : Sukan dan Kesihatan : Awas! Nyamuk.

Fokus Utama: 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. Aras 3 (i) Menganalisis data berdasarkan sesuatu perkara. Fokus Sampingan: 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. Aras 3 (ii) Membentang hasil analisis secara tepat. Objektif: 1. Menganalisis data berdasarkan kes demam denggi yang berlaku pada tahun 2010. 2. Membentang hasil analisis tentang kes demam denggi yang berlaku pada tahun 2010 dengan tepat. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran: 1. Meneka benda yang terdapat dalam botol tersebut berpandukan petunjuk yang diberi. 2. Membaca petikan yang bertajuk Awas! Nyamuk. 3. Bersoal jawab tentang maklumat yang ada dalam petikan. 4. Menyenaraikan apitan di..........kan yang terdapat dalam teks.

5. Perbincangan dalam kumpulan untuk melengkapkan borang pengurusan grafik. 6. Membentang data yang telah diperoleh. 7. Mencatat data yang dibentang dan dibandingkan dengan jawapan mereka. 8. Menampal perkataan dan kad ayat di papan putih. 9. Mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. 10. Merumuskan hasil pembelajaran dengan mengemukakan beberapa soalan. Sistem Bahasa: 1. Apitan di..........kan 2. Kosa Kata: terbengkalai, disebarkan, dilaporkan. 3. Sebutan dan intonasi Pengisin kurikulum: Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan Pelbagai Logik Matematik Kontekstual Verbal-liguistic, interpersonal dan intrapersonal. Kemahiran Berfikir : Menganalisis Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Generik : Kemahiran belajar : Direktif, koperatif dan kolaboratif.

Penekanan Konsep 5P

Penggabungjalinan

Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Penyerapan

: Ilmu: Sains Nilai-nilai Murni : Kebersihan fizikal dan mental, bertanggungjawab.

Pemulihan

: Guru pilih murid secara rawak untuk membaca petikan Awas! Nyamuk. dengan sebutan dan intonasi dengan betul.

Pengayaan

Murid menjawab soalan guru berpandukan maklumat yang terdapat dalam petikan.

Murid menyenaraikan lima apitan di.........kan yang terdapat dalam petikan.

Ketua kumpulan membentang data yang telah diperoleh.

Penilaian

: Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan oleh guru.

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Bahan maujud Gambar Petikan Borang pengurusan grafik Kad Perkataan Kad Ayat

Pengetahuan Perlu Ada

: Murid pernah belajar kitaran hidup nyamuk dalam mata pelajaran Sains.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJRAN LANGKAH Set Induk (5 minit) ISI PELAJARAN Jentik-jentik AKTIVITI AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID 1. Guru 1. Murid melihat menunjukkan botol yang dibalut dengan kertas. 2. Guru menyuruh murid-murid meneka benda yang terdapat di dalam botol tersebut berpandukan petunjuk yang diberi. 3. Guru menunjukkan jentik-jentik yang terdapat di dalam botol tersebut dan mengaitkannya dengan tajuk pelajaran pada hari ini. Langkah 1 (20 minit) Membaca petikan yang bertajuk Awas! Nyamuk. 1. Guru menyuruh murid membaca petikan Awas! Nyamuk. 2. Guru memilih secara rawak beberapa orang murid membaca petikan tersebut. 3. Guru menyoal murid tentang maklumat yang 1. Murid membaca petikan tersebut secara senyap. 2. Murid-murid yang dipilih membaca petikan tersebut dengan sebutan dan intonasi dengan betul. 3. Murid-murid menjawab berpandukan BBM: Petikan teks. Tatabahasa: Imbuhan apitan di..........kan. KBT: Intrapersonal botol tersebut. 2. Murid-murid meneka berpandukan petunjuk yang disebut oleh guru. KBT: Kontekstual CATATAN BBM: Bahan maujud jentik-jentik.

terdapat dalam petikan. 4. Guru menyuruh murid-murid menyenaraikan apitan di..........kan yang terdapat dalam petikan.

maklumat yang terdapat dalam petikan. 4. Murid-murid menyenaraikan lima apitan di..........kan yang terdapat dalam petikan.

Langkah 2 (20 minit)

Mengumpulkan data.

1. Guru mengedarkan borang pengurusan grafik kepada setiap kumpulan dan mereka dikehendaki mengisi data dalam borang tersebut. 2. Guru mengarahkan setiap kumpulan membentangkan data yang telah diperoleh kepada kelas. 3. Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk menampalkan kad perkataan dan kad ayat di papan putih tentang data yang telah

1. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengisi data dalam borang pengurusan graik. 2. Ketua kumpulan membentangkan data yang telah diperoleh dan kumpulan lain mencatat data yang dibentang serta dibandingkan dengan jawapan yang betul. 3. Murid-murid menampal kad perkataan dan kad ayat di papan putih.

BBM: Borang pengurusan grafik, kad perkataan dan kad ayat. KBT: Interpersonal dan verbal linguistik.

dibincangkan. Langkah 3 (10 minit) Aktiviti penilaian. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. 1. Murid-murid menjawab lembaran kerja tersebut. i) Kumpulan A/B Membina lima ayat dengan menggunakan perkataan berimbuhan apitan di...........kan. ii) Kumpulan C Mengisi tempat kosong dengan imbuhan apitan di..........kan yang betul. Penutup (5 minit) Rumusan pelajaran dan nilai murni. Guru merumuskan hasil pelajaran hari ini dengan mengemukakan beberapa soalan. Murid-murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. BBM: Lembaran kerja.

REFLEKSI:

KE ARAH MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA ..sistem pendidikan di sesebuah negara perlu terus berkembang untuk kekal bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah selain berupaya memenuhi aspirasi negara.. (Fadzlena Jafar,mukasurat 10, Berita Harian, Khamis, 10 Mei 2012) Setelah 55 tahun Malaysia merdeka, barisan pimpinan kita telah meletakkan pelbagai aspirasi negara seiring dengan taraf Malaysia kini sebagai negara membangun. Salah satu fokus dalam merealisasikan aspirasi negara adalah memperkasakan jentera pendidikan Malaysia. Antara penekanan yang akan dihurai pada penulisan ini adalah perkaitan antara Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dalam merealisasikan aspirasi negara. Perdana Menteri kita kini iaitu YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak telah memperkenalkan Gagasan 1Malaysia setelah beliau mengambil alih pucuk pimpinan negara. Antara penekanan yang menjadi kekuatan kepada idea ini adalah perpaduan perlu dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang keturunan dan etnik berdasarkan nilai-nilai murni sebagai warganegara Malaysia. Gagasan ini juga amat serasi dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti dinyatakan oleh Tan Chee Beng (1987), perlembagaan tersebut memaktubkan pelbagai elemen yang menyeimbangkan kepentingan-kepentingan pelbagai etnik sebagai panduan kepada proses pembangunan negara dan objektif Rukun Negara itu sendiri, khususnya pada objektif pertama iaitu untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat majmuk di Malaysia. Selain Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menyatakan bahawa matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Dalam pada itu, bahasa turut berperanan dalam mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Nilai bahasa itu sendiri telah menjadi budaya sesetengah kaum di Malaysia khususnya masyrakat Melayu. Maka, mulai tahun 1983, Bahasa Melayu telah diguna pakai sebagai bahasa pengantar bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah di mana penekanan telah diberi ke atas penguasaan kemahiran asas membaca, menulis mengira dengan pengantar Bahasa Melayu, di samping memberi pendidikan untuk pembinaan sahsiah diri serta pemupukan

kemahiran berfikir. la juga bertujuan melahirkan pelajar yang aktif, berketrampilan, berbahasa, bersedia menimba ilmu dan mempunyai akhlak yang tinggi. Bagi memupuk dan menerap nilai-nilai murni masyarakat majmuk di negara ini, penelitian terhadap Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga telah dijalankan. Salah satu nilai yang sering terkandung dalam sukatan ini adalah patriotisme. Misalnya, Unit 6 yang bertemakan Kami Anak Malaysia, bahagian B iaitu Hayatilah Rukun Negara dalam buku panduan guru bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil) Tahun 6 telah menetapkan pengisian kurikulum bagi unit tersebut adalah ilmu kewarganegaraan, mengamalkan nilai murni patriotisme serta memangkin Kemahiran Bernilai Tambah iaitu Kemahiran Berfikir dalam memberikan sebab-sebab, menyenarai dan mereka cipta berpandukan teks Rukun Negara dan gambar yang disediakan pada buku tersebut. Maka, aspirasi negara yang pertama iaitu Gagasan 1Malaysia ini berhasrat masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan nilai-nilai murni bagi mengekalkan perpaduan yang sedia ada demi kesejahteraan dan keamanan negara. Selain itu, Gagasan 1Malaysia ini dikukuhkan dengan 8 Nilai-nilai Aspirasi 1Malaysia. Pertama, budaya berprestasi tinggi. Maksud tersirat mengenai nilai pertama ini adalah memastikan setiap perkara dan tugas yang dibuat menepati tahap yang cemerlang di samping menjauhi sikap sambil lewa "acuh tak acuh" dalam sesebuah masyarakat majmuk yang berdaya maju. Ia mesti bergerak sederap dan meningkatkan taraf kita di kalangan sesama kumpulan negara yang terus menerus membuat pembaikan dan bergerak ke depan. (Professor Tan Sri Dato' Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabuddin, 2012). Sejajar dengan objektif Rukun Negara yang ke-5 iaitu membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden, programprogram seperti PPSMI, sekolah bestari, komputer dalam pendidikan, my-schoolnet, Pusat Akses, portal my-GFL (Malaysian Great For Learning) dan portal EDUWEBTV telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai initiatif awal dalam usaha untuk memperkenalkan dan mendedahkan penggunaan TMK di kalangan generasi muda. Falsafah Pendidikan Negara juga tidak ketinggalan dalam menfokuskan kemenjadian seseorang individu yang mempunyai budaya berprestasi tinggi. Huraian intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menyatakan bahawa perkara penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara adalah pendidikan di mana pendidikan adalah tatacara asas dan utama untuk pembentukan insan yang baik, seimbang dan bersepadu. Hal ini secara langsung telah menepati sebahagian

daripada intisari huraian kepada Nilai Aspirasi 1Malaysia yang pertama iaitu menjauhi sikap sambil lewa "acuh tak acuh" dalam sesebuah masyarakat majmuk yang berdaya saing. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga tidak ketinggalan dalam menunaikan hasrat negara untuk membentuk individu berbudaya prestasi tinggi. Kurikulum Bahasa Melayu juga memfokuskan perkembangan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif individu di samping dapat membincangkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain. Misalnya, konsep 5P (Penggabungjalinan, Penyerapan, Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian) telah dijadikan sebahagian daripada elemen dalam Kurikulum Bahasa Melayu. Oleh itu, aspirasi negara kedua ini adalah berkaitan Nilai Aspirasi 1Malaysia iaitu budaya berprestasi tinggi penting untuk melahirkan individu yang berwibawa dan berintegriti. Nilai Aspirasi 1Malaysia yang kedua pula adalah budaya ketepatan dengan huraiannya menepati waktu dan mengutamakan kelicinan dalam melakukan semua tugas dan kewajipan perlu dijadikan standard umum rakyat Malaysia dalam berhasrat mencapai status negara maju. Budaya ketepatan membabitkan corak kehidupan yang memberi keutamaan kepada amalan yang baik seperti menepati kepercayaan, pengetahuan, masa, janji, timbangan, ukuran, komunikasi, dan tugas. Perlaksanaan amalan ini dalam konteks pembudayaan ilmu dan penghayatan nilai dapat membantu manusia untuk membentuk dan mengembangkan peradaban yang tinggi dan tamadun yang unggul. Bertepatan dengan prinsip ke-5 dalam Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, budaya ketepatan juga memberi penekanan terhadap perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi sewajarnya menjadi pasak akhlak seseorang individu dalam melaksanakan sesuatu perkara dengan telus dan adil. ..elemen-elemen itu (nilai ketepatan budaya) merangkumi budaya kecemerlangan dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab; budaya ketepatan dari segi menghormati waktu serta meningkatkan kecekapan; keberanian untuk berinovasi dan meneroka peluang-peluang baru serta meritokrasi dalam memberikan tugasan kepada yang paling layak melaksanakannya berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara.. (Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, 2009) Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga mempunyai dasar yang serupa berkaitan dengan budaya ketepatan. Hal ini boleh kita lihat pada pengertian Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang

warganegara yang baik. Elemen yang terkandung dalam budaya ketepatan berdasarkan keterangan yang diberi oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu amat bertepatan dengan Nilai Aspirasi 1Malaysia yang kedua ini. Antara elemen tersebut termasuklah kehidupan yang baik, berakhlak tinggi, berdisiplin, berprioriti, berpandukan prinsip yang betul, kemas dan terancang. Aplikasi nilai aspirasi yang kedua ini turut diserapkan ke dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu terutamanya dari segi Kemahiran Bahasa pada Organisasi Kandungan. Keempat-empat Kemahiran Bahasa - Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis menekankan keupayaan atau kebolehan individu dalam menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang sesuai, betul dan tepat dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis di samping mampu bertutur petah menggunakan sebutan dan nada yang tepat dalam pelbagai keadaan. Maka, aspirasi negara ketiga ini adalah berkaitan Nilai Aspirasi 1Malaysia iaitu budaya ketepatan penting untuk membentuk individu yang berdisiplin dan bertanggungjawab. Budaya ilmu juga antara Nilai Aspirasi 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Menerusi budaya ilmu, masyarakat Malaysia berpotensi menjadi lebih dinamik, bermaruah, berinovasi dan berdaya saing. Dalam konteks ini, bukan sahaja kecintaan dan penguasaan pelbagai bidang ilmu dan kemahiran perlu disubur-segarkan malah budaya ilmu yang bermanfaat daripada kemajuan diri, bangsa, negara dan dunia sama ada dalam tempoh yang singkat atau panjang. Namun, keadaan masa kini seperti ledakan maklumat yang berterusan, pasti ada sebahagian daripada maklumat itu kurang atau sama sekali tidak bermanfaat kepada diri atau masyarakat. Hal ini secara langsung telah menimbulkan permasalahan kepada masyarakat itu sendiri. Justeru itu, agama Islam dan agama-agama major yang lain telah menyarankan bahawa individu yang menguasai dan mengamalkan budaya ilmu dapat membentuk diri manusia yang berpendidikan dan beradab dalam memahami had-had kebenaran dan kemanfaatan terhadap segala sesuatu serta bertindak sepatutnya. Individu yang beradab terhadap ilmu pengetahuan ialah meletakkan perkara fardu ain sebagai kewajipan bagi setiap muslim dan sebaliknya. Di samping itu, pendekatan dan nilai kesarjanaan dan kemanfaatan dilihat melaui pandangan alam dan kerangka ilmu keagamaan yang luas dan menyeluruh. Antara program pengisian utama budaya ilmu ialah tradisi menghargai sumbangan dan meneladani tokoh ilmuwan. Tradisi ini sangat penting bukan kerana tokoh ilmuwan wajar diberi penghormatan kerana ketokohannya tetapi sumbangan dalam memajukan masyarakat menerusi komitmen dan pengembangan

ilmu. Hal yang sama juga dibincang pada Rukun Negara. Merujuk kepada objektif Rukun Negara ke-4, iaitu membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, budaya ilmu sebagai satu keadaan yang setiap lapisan masyarakatnya melibatkan diri, baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan. Masyarakat negara kita bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Penguasaan budaya ilmu mengenai perbezaan kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum seharusnya dijadikan dasar sesebuah masyarakat majmuk agar setiap perselisihan sesama kaum dapat dihindari. "Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia." (FPK) Berdasarkan petikan di atas, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menuntut individu memupuk budaya ilmu dalam memangkin pembangunan masyarakat mahupun negara. Apabila kita sebut tentang proses memperoleh ilmu sebagai budaya kendiri, secara automatiknya kita kaitkan dengan proses pendidikan. Pelaburan terpenting dalam sesebuah negara adalah pendidikan. Tanpa pendidikan, pencapaian yang dijana melalui sistem pendidikan pasti tidak dapat direalisasikan dalam menentukan hala tuju negara pada masa depan. Malahan, cara paling berkesan bagi membentuk dan mengembang minda, jiwa dan rohani ke arah mengenali diri dan mencapai tahap kehidupan madani yang baik dan sempurna juga melalui pendidikan. "Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah." (Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu,KBSR) Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga amat tekankan budaya ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara fokus yang telah dinyatakan adalah budaya ilmu berasaskan teknologi dan perkomputeran. Warga pendidik sewajarnya menjadi perintis dan menyepadukan peluang untuk memenuhi diri berketerampilan selaku pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersiap sedia menjurus kepada

penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk meneroka berbagai-bagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian. Selain itu, kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif juga menjadi tumpuan dalam memperkasa budaya ilmu. Hal ini boleh dilakukan dengan mengajar murid-murid mengaplikasikan daya fikir tinggi dan minda bagi membentuk murid-murid untuk belajar sepanjang hayat serta mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Di samping itu, pembinaan budaya ilmu menfokuskan kemampuan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes. Warga pendidik sewajarnya mempunyai kemahiran dan keterampilan mengaitkan teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan mengikut kadar pembelajaran. Maka aspirasi negara keempat ini adalah berkaitan Nilai Aspirasi 1Malaysia yang ketiga iaitu budaya ilmu perlu dikuasai oleh seluruh lapisan masyarakat agar kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara dapat dicapai. "PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara. PIN juga memupuk,menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besarmembina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika, sekaligus negara yangberintegriti." Budaya etika sering berganding dengan integriti. Integriti adalah nilai ke-4 dalam Nilai Aspirasi 1Malaysia. Integriti boleh didefinisikan sebagai kualiti unggul yang wujud secara holistik dan padu pada individu dan organisasi. Bagi sesebuah kerajaan, integriti amat penting kerana kepercayaan dan keyakinan rakyat akan menjadi taruhannya. Walaupun pada hemat kita perkataan integriti itu amat biasa kita dengar dan kian difahami masyarakat, namun, sebagai pegangan nilai ia sebenarnya sudah dijadikan dasar dalam pelbagai bentuk dan penggunaan istilah sejak kemerdekaan lagi. Integriti merupakan pedoman nilai dan kayu pengukur kepada nilai diri yang kompeten, profesional, jujur dan amanah sebagai seorang rakyat Malaysia. Ianya juga menjadi elemen penting dalam pembentukan sahsiah, etika, imej dan jati diri jika dibudayakan dalam masyarakat tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan negara. Perkaitan yang boleh kita lihat pada Nilai Aspirasi 1Malaysia ke-4 ini pada Rukun Negara adalah pada prinsip ke-4 Rukun Negara iaitu Kedaulatan undang-undang. Seseorang individu yang berintegriti akan berusahan menjayakan prinsip Rukun Negara ini dalam menegakkan keadilan, khususnya untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur agar negara ini sentiasa dsegani dan dihormati oleh semua pihak.

"Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Dalam dunia pendidikan, peringkat terpenting dalam pendidikan formal seorang kanak-kanak adalah pada peringkat sekolah rendah. Hal ini kerana perkembangan kanak-kanak adalah paling aktif dan menjadi faktor utama untuk kejayaan persekolahan dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Lantaran itu, peranan guru amat penting dalam memperkasakan wacana pendidikan formal yang bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Melalui penggemblingan tenaga, personaliti dan ciri-ciri guru cemerlang dan guru pakar dapat menjadi formula mewujudkan guru berkualiti, berintegriti dan efektif. Hanya guru yang berintegriti sahaja yang akan dapat memacu sesebuah organisasi ke arah perkhidmatan berkualiti yang menyumbang ke arah pembangunan negara dengan lebih berkesan. Dengan erti kata lain, integriti dalam diri seorang guru amat penting kerana masa hadapan pelajar, malah masa hadapan bangsa dan negara adalah ditentukan oleh corak didikan yang disemai oleh guru-guru hari ini. Negara akan hilang daya saing dan ketinggalan dari kemajuan global sekiranya para guru tidak menjalankan tugas secara jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab. Ini selaras dengan matlamat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral, berertika, beriman, bertakwa dan berbudi pekerti luhur seiring dengan garis panduan yang telah dinyatakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam merealisasikan hasrat negara. "Dalam erti kata lain, tugas seorang guru tidak hanya terhenti setakat mengasah kecerdasan minda murid, tetapi juga mendidik jiwa dan sanubari mereka agar menjadi insan mulia yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni." (Tan Sri Muhyiddin Yassin, 10 April 2012, Guru Pemangkin Lahir Generasi Berintegriti) Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga menerapkan nilai integriti dalam kurikulumnya. Hampir seluruh bahagian dalam buku teks KBSR Bahasa Melayu Sekolah Rendah menyatakan nilai-nilai integriti. Daripada Tahun 1 sehinggalah Tahun 6, aspek nilai diterapkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini secara langsung memberi pendedahan awal kepada murid-murid untuk memahami erti integriti itu dengan lebih mendalam pada masa hadapan. Penerapan nilai integriti ini boleh kita lihat pada bahagian Pengisian Kurikulum berkaitan nilai. Misalnya, pembentukan akhlak mulia dan kemenjadian diri yang baik telah diserap sebagai nilai yang penting dalam pendidikan Bahasa Melayu. Justeru itu, aspirasi

negara kelima ini hendaklah dipupuk sejak awal persekolahan lagi agar Nilai Aspirasi 1Malaysia keempat ini membantu dalam melahirkan generasi yang boleh dijadikan harapan bangsa dan negara pada masa akan datang.Seterusnya, Nilai Aspirasi 1Malaysia yang kelima ini juga berhasrat untuk merealisasikan aspirasi negara; ketabahan mengharungi cabaran. Kehidupan bukannya mudah. Sebarang tanggapan bahawa kehidupan adalah lakaran lurus yang sentiasa mendaki tanpa penghujungnya merupakan suatu salah anggapan. Hidup kita ini ibarat roda, kadangkadang kita berada di atas dan ada kalanya kita berada di bawah dan ianya sentiasa berulang. Namun, individu yang percaya pada kerja keras, penuh dedikasi, dan amat tabah menghadapi segala dugaan, individu terbabit semestinya mampu menangani situasi genting dalam hidupnya di samping berupaya meletakkan diri ke pangkal jalan. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegelapan perkara-perkara terdahulu.Nilai ketabahan mengharungi cabaran juga boleh kita lihat dalam konteks negara Malaysia di mana sebagai sebuah negara, Malaysia telah berkonfrontasi dengan pelbagai krisis sebelum ini. Tidak kira dari segi kewangan, menentang komunis mahupun berhadapan dengan waktu-waktu bergolak di dalam sejarah Malaysia. Namun, semua itu telah telah berjaya dilalui oleh Malaysia lalu menjadikan kita lebih kuat dan utuh sebagai sebuah negara. Prinsip Rukun Negara yang pertama, Kepercayaan kepada Tuhan, telah menekankan aspek agama sebagai asas kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Nilai ketabahan yang boleh kita lihat pada prinsip Rukun Negara yang pertama ini adalah cara masyarakat majmuk di Malaysia menerima perbezaan antara kaum khususnya dalam konteks keagamaan agar dapat menghidupkan dan memurnikan sikap persefahaman dan bertolak ansur sesama mereka. "Tidak ada satu perkara yang amat susah daripada ketabahan dan kesabaran samada pada perkara yang disukai atau dibenci oleh individu, terutamanya apabila melalui detik-detik kesempitan dan kesusahan hidup ini setelah melayari hamparan kebahagiaan dan kesenangan,maka ketika itulah amat memerlukan bekalan untuk meneruskan perjalanan dan perjuangan hidup ini iaitu bekalan ketabahan di atas ketentuan Qada dan Qadar Allah SWT." (Ibnu Qayyim,2012) Seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam merealisasikan aspirasi negara, cabaran yang besar dalam menyahut seruan Falsafah Pendidkan Kebangsaan terletak pada profesion keguruan itu sendiri. Sebenarnya profesion keguruan mempunyai cabarannya sendiri dan memerlukan persediaan yang secukupnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Profesion

keguruan menjurus cabaran yang dihadapi di kawasan sekolah amnya dan cabaran dalam pengajarannya khususnya. Pada abad ke-21, bidang pendidikanlah akan menerima tekanan yang dahsyat dek globalisasi dan liberalisasi. Sesungguhnya ketabahan seorang guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari penyelesaian yang terbaik bagi menguasainya.

Ibu Kau umpama sebatang lilin, Membakar diri menerangi hidupku, Sejak keci aku dijaga, Dimanja dan dididik, Kasih sayang tidak pernah kurang.

Petikan di atas juga mengandungi nilai ketabahan di mana ia menceritakan perihal seorang anak yang mengenang jasa ibunya di samping ketabahan seorang ibu dalam membesarkan anaknya. Ini hanyalah sebahagian kecil pengisian kurikulum Bahasa Melayu dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan nilai ketabahan itu sendiri pada karya sastera seperti di atas secara tidak langsung akan melahirkan perasaan murid-murid terhadap ibu mereka di samping meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid. Lantaran itu, penerapan nilai-nilai murni ke dalam teks sastera Melayu sejak dibangku persekolahan lagi diharap akan dapat membantu melahirkan masyrakat yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara seiring dengan Nilai Aspirasi kelima iaitu ketabahan mengharungi cabaran dalam konteks merealisasikan aspirasi negara. "Secara realitinya sekadar mengangkat sumpah taat setia dan menyanyikan lagu Negaraku belum cukup untuk membuktikan bahawa kita adalah rakyat Malaysia yang menghargai tempat tumpah darah kita."(Fong Po Kuan,2008) Nilai Aspirasi 1Malaysia yang keenam menyatakan nilai kesetiaan bermakna kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara tercinta. Individu yang setia pada negaranya tidak akan menderhaka kepada negaranya. Perasaan setia atau cinta pada negara boleh lahir

secara spontan, yakni tidak dipaksa-paksakan oleh sesiapa atau mana-mana pihak. Perasaan ini boleh disebut sebagai perasaan asaliah. Orang berasa terikat kalau tidak pun cinta pada tanah airnya kerana itulah tempat tumpah darahnya, atau tempat lahir nenek moyangnya. Di situlah kampung halamannya, di situlah dia mencari rezekinya, dan di situlah dia dan keluarganya hidup dan mati. Pepatah Melayu hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri atau di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung menunjukkan perasaan taat dan setia yang tulen pada tanah airnya, pada negerinya atau menurut istilah baru, negaranya. Selalunya, dalam keadaan biasa, orang tidak menyedari adanya perasaan ini dalam sanubari mereka. Kesedaran ini timbul dalam keadaan tertentu, misalnya apabila negara atau tanah air mereka diancam oleh musuh dari luar. Dalam keadaan demikian, kesetiaan rakyat terhadap negaranya akan teruji. Orang akan bersatu padu untuk menentang musuh luar itu, malah mereka sanggup menyabung nyawa untuk memper tahankan tanah airnya daripada serangan dan pencerobohan musuh asing. Dalam Rukun Negara juga terdapat prinsip yang menyatakan nilai kesetiaan iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Malaysia sebagai sistem demokrasi berpalimen dan Raja berpelembagaan telah menggariskan Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan, Ketua Negara bagi Malaysia adalah Yang di-Pertuan Agong sebaliknya baginda juga merupakan sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini seperti yang termaktub dalam Perkara 44 Perlembagaan Negara. Nilai kesetiaan pada Rukun Negara ini telah menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Kita wajib memberikan taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara. Di samping itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan turut menitikberatkan nilai kesetiaan ini sepertimana yang digariskan dalam pengertiannya iaitu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara dalam usaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya, mematuhi perlembagaan dan peraturan negara serta mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara seiring dengan kehendak Malaysia dalam merealisasikan aspirasi negara. Dalam pada itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga menyahut seruan dalam realisasikan aspirasi negara dengan menerapkan nilai kesetiaan dalam konteks Nilai Aspirasi 1Malaysia ini melalui pengisian kurikulumnya. Antara topik yang mempunyai hubung kait dengan nilai kesetiaan dalam buku teks KBSR Tahun 6 SJK (Cina/Tamil) adalah Bahasa Jiwa Bangsa, Hayatilah Rukun Negara dan Lagu Kebangsaan. Ketiga-tiga topik ini

menerapkan nilai kesetiaan dengan mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid. Juseru itu, semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri agar kesepakatan dalam merealisasikan aspirasi negara boleh dilaksanakan. "Pengaplikasian konsep ini memerlukan komitmen, kebijaksanaan dan ketegasan di kalangan pemimpin. Ia menuntut kematangan minda, toleransi dan pengorbanan di kalangan warga." (Ibrahim, 2009) Nilai Aspirasi 1Malaysia yang ketujuh pula mendokong kenyataan bahawa kebijaksanaan dalam menangani sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan manamana pihak. Ketepatan dalam membuat kata putus, tahu dan faham perbezaan sesuatu yang baik dan buruk, bijak dalam mengatur sesuatu supaya sesuai dengan keadaannya serta berupaya mengenepikan nafsu sendiri dalam menentukan sesuatu keputusan adalah tindakan seseorang individu yang dikatakan mempunyai pemikiran yang bijaksana. Bagi mengukuhkan lagi pembentukan nilai kebijaksanaan seseorang individu, terdapat beberapa ciri yang mesti ada padanya seperti ilmu pengetahuan yang luas, cerdik, tetap dengan pendirian, memiliki kemahiran mendengar, berdisiplin dalam berfikir serta sentiasa bersiap sedia seiring dengan hasrat negara dalam menjayakan aspirasi negara. Rukun negara sebagai panduan masyarakat majmuk untuk hidup bersatu padu juga menaruh harapan yang tinggi dalam melahirkan individu yang mempunyai kebijaksanaan dalam pelbagai bidang, khususnya dalam memahami dan menilai hala tuju prinsip-prinsip Rukun Negara dalam merealisasikan aspirasi negara. Individu yang mempunyai pandangan yang jauh dan proaktif dalam melaksanakan prinsip-prinsip Rukun Negara akan menjamin kesejahteraan rakyat dan keamanan negaranya. Merujuk kepada prinsip Rukun Negara yang pertama, Kepercayaan kepada Tuhan, individu yang bijaksana akan berusaha mendekatkan dirinya kepada Tuhannya berpandukan nilai-nilai murni tertentu dan ajaran yang benar di samping berupaya untuk menolak sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan. "..mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.." (Akta Pendidikan 1996, Akta 550) Berdasarkan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan berilmu pengetahuan, nilai kebijaksanaan dalam Nilai Aspirasi 1Malaysia juga memainkan peranan yang penting untuk mencapai hasrat negara. Individu yang dikatakan bijaksana hendaklah mempersiapkan diri

dengan pelbagai ilmu pengetahuan agar berupaya membela diri, masyarakat dan negara mengharungi cabaran-cabaran besar terutamanya dalam bidang pendidikan. Keadaan dunia pendidikan yang pesat membangun telah meletakkan para pendidik pada suatu tahap di mana mereka perlu berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa agar tidak ketinggalan dengan arus globalisasi. Di samping itu, para pendidik perlu mempunyai daya usaha untuk memperoleh dan mengembangkan ilmu yang sebenar, berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif serta mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dalam usaha melahirkan generasi bijak pandai sejajar dengan aspirasi negara turut menuntut nilai kebijaksanaan dalam Nilai Aspirasi 1Malaysia diterapkan dalam pengisian kurikulum Bahasa Melayu itu sendiri. Penekanan nilai kebijaksanaan dapat kita lihat dalam bahagian Kemahiran Bernilai Tambah. Pengintegrasian Kemahiran Bernilai Tambah sememangnya perlu disinergikan bersama isi pelajaran sesuatu subjek. Lantaran itu, para pendidik khususnya guru harus terlebih dahulu mengenalpasti kandungan mata pelajaran untuk disisipkan dan mengajarkan kemahiran bernilai tambah. Oleh itu, nilai ketujuh Nilai Aspirasi 1Malaysia iaitu nilai kebijaksanaan sewajarnya mampu untuk melahirkan generasi bijak pandai di samping penuh berhemah dan teliti bagi menjunjung aspirasi negara. "Amalan inovasi dan kreativiti dapat meningkatkan produktiviti kerja di sesebuah organisasi sekali gus membolehkannya mengorak langkah lebih jauh manakala idea kreatif yang dicetuskan pula harus menjurus kepada tiga aspek iaitu penjimatan masa, kos dan guna tenaga." (Shukri Omar, 2012, Amal budaya inovasi dan kreativiti, Utusan Malaysia) Aspirasi negara Malaysia juga memerlukan budaya inovasi sebagai nilai kelapan dalam Nilai Aspirasi 1Malaysia. Budaya inovasi ini memberi makna kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi dengan harapan kita yakni rakyat Malaysia dikenali individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Inovasi tidak terhad kepada komuniti saintifik, seni, kelompok profesional dan berpendidikan tinggi. Istilah yang akar katanya berasal daripada bahasa Latin innovare yang bererti mengubah, memperbaharui itu berkait rapat dengan aktiviti merekacipta sesuatu karya, peralatan, kemudahan, perisian, sistem atau idea. Inovasi sebenarnya boleh dilakukan sesiapa saja dengan syarat mereka berani. Menerusi konsep 1Malaysia, budaya inovasi diberi keutamaan sebagai satu daripada nilai

aspirasi masyarakat Malaysia. Dengan kata lain, semua pihak perlu memahami dan mencari kaedah melakukan inovasi dalam kehidupan harian dan berkerjaya. Menerusi objektif kelima Prinsip Negara iaitu membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi dan prinsip Rukun Negara yang ketiga iaitu Keluhuran Perlembagaan dalam konteks jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara, nilai budaya inovasi ini seharusnya dijadikan landasan seluruh warganegara pada setiap lapisan masyarakat untuk bergerak ke hadapan seiring dengan negara-negara maju yang lain dalam melakukan pembangunan yang komprehensif dan berterusan dalam bidang sains dan teknologi. Hal ini secara langsung boleh meningkatkan produktiviti negara sejajar dengan hasrat negara untuk menjadi negara maju. "Tema Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidkan Negara telah dipilih sebagai galakan kepada guru menyuburkan inovasi. Sehubungan itu, amat wajarlah bagi para pendidik mempersiap diri membudayakan inovasi dalam proses pengajran dan pembelajaran serta aktiviti koakademik serta kokurikulum di dalam dan di luar bilik darjah." (Petikan ucapan Hari Guru 2012, Ketua Pengarah Pelajaran) Dari sudut Falsafah Pendididkan Kebangsaan pula, nilai budaya inovasi ini boleh kita lihat dalam mempersiap murid-murid kita untuk menguasai bidang sains dan teknologi serta menjadi generasi yang celik IT pada masa hadapan seperti mana yang dinyatakan pada kearatan daripada pengertian Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Dalam pada itu, kesinambungan sistem pendidikan negara dimanifestasi melalui transformasi yang berbentuk dinamik dan progresif yang akan direalisasikan oleh guru yang inovatif, proaktif, berdedikasi, dan berdaya saing. Kesannya, lahirlah murid yang berpengetahuan dan bermaklumat serta berinovatif dalam mempermaju teknologi, berkebolehan mencerna dan mengadaptasi teknologi dan seterusnya berupaya mengembangkan idea-idea. Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah-Kemahiran Teknologi dan Komunikasi pada Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sebagai pengisian kurikulum juga menunjukkan Nilai Aspirasi 1Malaysia yang kelapan ini penting dalam membentuk murid yang mempunyai pemikiran kreatif dan pemikiran inovatif dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Apabila kedua-dua kemahiran ini dikuasai oleh murid melalui rangsangan dan latihan yang diberi seterusnya murid mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian maka pembelajaran yang

optimum akan berlaku. Misalnya, pembelajaran di makmal komputer pada waktu Bahasa Melayu perlu dijadikan medan di mana murid-murid dapat mengemukakan idea-idea yang bernas dan seterusnya berkongsi idea ini dengan rakan-rakan yang lain untuk meghasilkan sesuatu yang bermanfaat melalui penerokaan aplikasi atau perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet. Justeru itu, penguasaan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan murid-murid berfikiran kreatif dan inovatif dalam usaha merealisasikan aspirasi negara. Kesimpulannya, 1Malaysia merupakan gagasan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan menerapkan lapan Nilai Aspirasi 1Malaysia tersebut dalam konteks Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Negara dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Gagasan ini juga menjadi prasyarat untuk memastikan aspirasi negara dalam mencapai status negara maju menjelang 2020 tercapai.

REFLEKTIF KENDIRI Setelah menyelesaikan dua tugasan di atas, saya berasa amat lega kerana berjaya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Namun, kekangan lain juga turut membantut proses penulisan rancangan pelajaran harian dan esei pendek ini. Antara masalah yang dihadapi ketika itu adalah tidak memahami kehendak soalan, lebih-lebih lagi soalan esei pendek ini. Bagi saya, esei pendek kali ini adalah terlalu tinggi tahap penulisannya. Lantaran itu, saya banyak menghabiskan masa dengan mencari maklumat-maklumat yang relevan untuk dijadikan hujah penulisan esei pendek ini. Pencarian maklumat untuk esei ini saja telah mengambil masa selama 1 minggu yakni 1 minggu semasa saya melaksanakan program Pengalaman Berasaskan Sekolah. Secara tidak langsung, saya terpaksa menangguhka tugasan lain yang perlu dilaksanakan pada program tersebut dan meletakkan tugasan BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah saya sebagai perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Setelah tempoh satu minggu itu berlalu, saya berjaya untuk mengumpul beberapa bahan bacaan atau bahan rujukan untuk dijadikan hujah pada penulisan esei pendek.Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pandangan. Begitulah keadaan saya semasa mencari sumber-sumber yang boleh dijadikan bahan rujukan. Saya telah mendapat sedikit gambaran mengenai bentuk penulisan esei pendek tersebut. Ia telah memberi saya kekuatan untuk memulakan penulisan esei pendek ini. Bersusah-susahlah dahulu, bersenang-senang kemudian, itulah yang membuat saya rasa lebih bersemangat untuk meneruskan penulisan esei pendek ini dan seterusnya melengkapkan rancangan pengajaran harian saya. Maklumat-maklumat terkini tentang hasrat tokoh-tokoh negara kita dalam merealisasikan aspirasi negara telah saya ketahui. Perkaitan yang ada pada Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah sedikit sebanyak telah memberi gambaran kepada saya betapa pentingnya gerak kerja setiap lapisan masyarakat terutamanya para pendidik dan belia dalam mencapai status negara maju pada tahun 2020. Penyediaan rancangan pengajaran harian juga turut memberi saya pengalaman baru dalam menentukan pengisian kurikulum yang ingin diterapkan pada sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di samping membentuk suasana pembelajaran yang seronok dengan mempelbagaikan set induksi yang menarik agar murid-murid bersedia untuk mengikuti sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN Azrin. (2011). Merealisasikan Wawasan 2020. Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. 4(1). 43-46. Bernama. 2012. GTP: Transformasi sistem pendidikan untuk lebih gemilang. http://www.sinarharian.com.my/gtp-transformasi-sistem-pendidikan-untuk-lebihgemilang-1.37265. Dilayari pada 1 Mac 2013. Ismail. (2007). Peranan Guru Membina Murid Menghadapi Cabaran Wawasan 2020. Jurnal Penyelidikan. 10. 82-88. Mohd Ayop. 2010. Rukun Negara sebagai etika, falsafah dan ideologi. http://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/1-politic/388-rukunnegara-sebagai-etika-falsafah-dan-ideologi-.html. Dilayari pada 1 Mac 2013. Mohd Nasar, S., Kamarudin, J., Zainal Arifin, Y. dan Khadijah, Y. (2006). Bahasa Melayu Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka PMR. 2008. Nilai-nilai Aspirasi 1Malaysia. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/362-1malaysia-dato-sri-najib/10485-nilai-nilai-1malaysia.html. Dilayari pada 1 Mac 2013. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat dan misi. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Radhi Razak. 2012. Transformasi Pendidikan - Negara Mesti Berdepan Dengan Persekitaran Global. http://klpos.com/ekslusif/16261--transformasi-pendidikannegara-mesti-berdepan-dengan-persekitaran-global. Dilayari pada 1 Mac 2013. Robiah & Sakinah. (2007). ICT Dalam Pendidikan: Prospek & Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan. 32(2007). 139-152.

Ruhaine Ahmad. 2011. Tatanegara dalam Perlembagaan Persekutuan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0830&pub=Utusan_Ma laysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm. Dilayari pada 1 Mac 2013. Tiada penulis. 2009. Buku Panduan Gagasan 1Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. USM. 2007. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php. Dilayari pada 1 Mac 2013.