PETA KONSEP BEBERAPA KONSEP BERKAITAN PENTAKSIRAN

Pentaksiran

Satu proses mengumpul data yang terbahagi kepada dua jenis

Terkawal Dipanggil sebagai

Tidak terkawal Terdapat dua jenis

Pengujian

autentik

Prestasi

Ujian

Data yang dikumpulkan dinyatakan dalam bentuk kuantiti/kuantitatif

Pengukuran

Di sini berdasar pengujian-pengujian yang telah dilaksanan maka perbandingan pencapaian individu atau kumpulam dinyatakan dalam bentu angka atau nombor

Penilaian

Berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada pengukuhan satu penilaian akan dibuat untuk menghasilkan satu rumusan keseluruhan proses pentaksiran. Di sini tahap pencapaian seseorang murid/kumpulan diletakkan sama ada cemerlang, sederhana atau gagal.

Soalan 2

Bahagian Pencapaian Pasukan Murid (BPPM)

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, saya telah memilih tema Alam Sekitar. Tajuk yang diajar ialah Pencemaran. Hasil pembelajaran yang hendak dicapai ialah Murid dapat memberikan lima kesan pencemaran alam sekitar terhadap hidupan. Bagi mencapai objektif ini, saya telah memilih kaedah Bahagian Pencapaian Murid BPPM). Di mana kaedah ini lebih mementingkan kerjasama dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan diberi tugasan untuk mendapatkan maklumat atau dapatan yang berkaitan. Dalam melaksanakan kaedah ini, ada empat langkah yang perlu dititikberatkan iaitu Pengajaran, pembelajaran berpasukan, pengujian dan pengiktirafan pasukan. Sebelum sesi pembelajaran berlangsung, terlebih dahulu guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Di mana setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli. Dalam fasa pertama, guru akan menerang terlebih dahulu isi pembelajaran yang akan disampaikan pada hari itu. Dengan merujuk kepada buku teks, murid-murid akan cuba untuk memahami isi bahan yang dibaca. Di sini perbincangan berkumpulan berlaku dengan guru sebagai pemudahcara. Dalam fasa yang kedua, guru akan mengedarkan lembaran kerja kepada setiap kumpulan. Murid akan cuba menjawab lembaran kerja tersebut dengan memberikan jawapan yang sebaik mungkin, Di mana jawapan untuk setiap soalan terdapat di dalam bahan rangsangan iaitu buku teks. Pengakhiran fasa kedua, salah seorang murid dalam kumpulan akan membentangkan jawapan yang telah diberikan oleh kumpulan masing-masing. Fasa yang ketiga ialah pengujian, dalam fasa ini guru memilih untuk memberikan kuiz secara individu. Di mana markah individu akan dicampurkan ke dalam markah kumpulan. Dengan ini, setiap orang murid akan berusaha sedaya upaya tanpa pertolongan ahli kumpulan untuk mendapatkan markah yang terbaik.

Fasa yang terakhir ialah pengiktirafan pasukan. Di mana dalam fasa ini guru akan meberikan markah kepada kumpulan dan memberikan sijil atau hadiah kepada kumpulan yang mendapat markah tertinggi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful