Anda di halaman 1dari 3

Cik Siti Wan Kembang

Kelantan yang mendapat jolokan sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang mendapat pengaruh Siam terhadap pakaian tradisionalnya. Pakaian wanitanya mirip kepada pakaian wanita Siam dalam persembahan Makyong di mana mereka akan mengenakan mahkota dan tali pinggang besar (pending) di samping selendang yang besar. Pakaian lelakinya pula akan mengenakan jaket di luar.

Nasi Kerabu

Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, ikan dan daging bakar, keropok serta budu dan ulamulaman ditambah lagi dengan sambal. Hidangan sampingannya pula adalah Solok lada, jeruk bawang putih dan telur masin. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia

disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.

Rumah Tiang 12 Kelantan

Rumah jenis ini mengandungi 12 tiang utama pada rumah ibu, 6 tiang serambi dan 6 tiang panjang. Bumbungnya panjang di mana pada tepi sudut dindingnya dipasang dengan tabir layar. Pada pinggir tabir layarnya terdapat papan pemeleh atau tumpu kasau iaitu sepasang pemeleh ibu dan sepasang pemeleh serambi. Rumah Tiang 12 yang asli terdapat 3 unit bangunan iaitu bangunan rumah ibu yang mengandungi ruang selasar, rumah tengah dan rumah dapur. Bangunan rumah tengah dan rumah dapur bebilik atau bersekat.

Rebana Ubi

Rebana ialah alat muzik yang dipalu. Rebana ubi ialah rebana yang terbesar. Rebana dibuat daripada kulit lembu atau belulang dan kayu. Kayu dibuat badan rebana. Belulang dibuat penutup salah satu permukaan. Belulang ini dilekatkan dengan tegang supaya menghasilkan bunyi yang kuat. Pada kulit inilah dipalu dengan sejenis alat yang dibuat daripada kayu dan getah.

Wau Bulan

Wau bulan merupakan permainan tradisi rakyat Kelantan yang diabadikan sebagai imej tradisi pada bahagian muka syiling 50 sen Malaysia siri bunga raya.Permainan yangg pernah memeriahkan padang-padang,pantai dan di tanah bendang Kelantan ini kini hanya dapat dilihat sebagai seni warisan yang dibuat untuk dipamirkan sahaja,kalau ada pun yang dilayangkan dapat dilihat hanya pada musim-musim pesta.