Anda di halaman 1dari 19

WHY TEACHER SELF-EFFICACY CAN BE CONSIDERED AS ONE OF THE IMPORTANT FACTOR IN THE EFFECTIVENESS OF TEACHING

Ahli Kumpulan
RAMLAN B. MUSTAPHA ( 805304 ) DIANA AK DENNIS ANDREW ( 805264 ) MOHD MUNAIM BIN MAHMUD ( 805293 ) MUNDAT AK JUGI ( 805295 ) IRAN AK JALAPANG ( 805269 )

DEFINISI
Efikasi kendiri boleh didefinisikan sebagai kepercayaan seseorang terhadap keupayaannya dalam melaksanakan dan menguruskan sesuatu tugas dalam situasi yang pelbagai . Nikki Bray dan Reid Bates ( 2003). Percaya kepada kemampuan diri untuk menguruskan dan menyelesaikan sesuatu tugas dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan (Guskey dan Passaro 1994)

Efikasi diri bukan sahaja mempengaruhi pengharapan seseorang terhadap kejayaan dan kegagalan tetapi juga mempengaruhi motivasi melalui penentuan matlamat dirinya.
Jikalau seseorang itu mempunyai efikasi diri yang tinggi dalam sesuatu bidang contohnya pendidikan , dia akan meletakkan matlamat yang tinggi, tidak takut menghadapi kegagalan dan akan gigih berusaha dalam menghadapi masalah.

Efikasi kendiri guru menjadi faktor penting dalam memupuk pembelajaran yang efektif dikalangan guru. Ini berdasarkan kepada kajian Nikki Bray dan Reid Bates (2003) menegaskan bahawa jika guru mempunyai efikasi kendiri yang kuat mereka akan berupaya untuk memberi respon secara efektif dan berkesan dalam keadaan yang tertekan dan kritikal. Sebagai contohnya jika guru yang mempunyai efikasi positif yang tinggi, mereka akan rela mengambil risiko terhadap apa yang mereka lakukan dan akan sentiasa cenderung melakukan perubahan dan kepelbagaian teknik dalam pengajaran mereka ( Guskey, 1988)

KESAN INDUKSI TERHADAP EFIKASI GURU


Pelajar mengejek/mencemuh pada peringkat awal guru membuat demonstrasi (set induksi) pembelajaran yang kecil berasaskan kepada pengalaman mereka. (Clotfelter , Ladd, & Vigdor, 2007; Rivkin, Hanushek, & Kain, 2004)
Induksi dapat memperbaiki pencapaian pelajar memandangkan terdapatnya hubungan yang signifikan di antara pencapaian dan kualiti pengajaran.

Ganser, Marchione, & Fleisehmann (1999) Mengatakan bahawa tepat pada masanya untuk menilai latihan induksi yang diberikan kepada guru untuk mengurangkan kegugupan / ketidakyakinan bagi mereka yang berada di tahun pertama mengajar.

Induksi lebih penting daripada orientasi kerana latihan induksi memastikan terdapatnya sokongan dalam bentuk profesional. Kualiti program induksi tidak hanya mengurangkan kadar keciciran tetapi menawarkan sokongan profesional kepada guru novis.(Henke, Chen&Geis, 2000; Ingersoll & Smith, 2004; Weiss&Weiss 1999)

Dalam organisasi sekolah dari perspektif pihak pentadbir induksi bertujuan untuk merekrut dan mengekalkan calon yang paling layak.
Akhir sekali,

Induksi guru dapat mempertingkatkan lagi imej kendiri guru.

KESAN PERKEMBANGAN STAF TERHADAP EFIKASI GURU


Guru yang menyertai latihan berasaskan individu mempunyai pengaruh yang positif dalam kelas. Guru-guru yang menjalani latihan berasaskan sekolah pula menunjukkan peningkatan dari segi perkongsian pengalaman melalui perbincangan dengan guru lain, pencerapan rakan-rakan dan sebagainya. Membantu guru mendalami tajuk-tajuk pengajaran yang sukar

Perubahan sikap dan keyakinan di kalangan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga akan lebih tenang dan berminat untuk meneruskan usaha mereka dalam menangani masalah pendidikan pelajar bermasalah. Dapat membantu meninggikan keyakinan diri guru dalam menghadapi masalah pengajaran.

KESAN PENILAIAN PRESTASI TERHADAP EFIKASI GURU


Dessler (2005), mendefinisikan penilaian prestasi sebagai satu sistem penilaian sistematik yang dilakukan secara berkala terhadap pencapaian pekerja yang dibandingkan dengan sasaran yang telah ditetapkan.

Ini bermaksud, hasil daripada penilaian prestasi yang dilakukan akan membolehkan pengurus mengenalpasti potensi yang ada pada pekerja bagi membolehkan penyusunan dan pembangunan organisasi.

PENILAIAN PRESTASI
Cabang dalam Pengurusan Sumber Manusia Merangkumi aspek aspek
Perancangan kerja Latihan Ganjaran Mengenal potensi Penentu prestasi Motivasi Pertimbangan gaji Kenaikan pangkat dan sebagainya.

Kajian Pillai, Williams & Tan ( 2001 ) menyatakan bahawa penilaian prestasi akan mempengaruhi efikasi, sikap dan kepercayaan individu terhadap organisasi. Maka aspek keadilan dalam pelaksanaan penilaian prestasi perlu dititikberatkan supaya ia tidak menjejaskan kualiti perkhidmatan guru di sekolah tersebut.
Oleh itu, beberapa usaha perlu diambil oleh pihak pengurusan sekolah bagi menyakinkan guru - guru terhadap keadilan dalam pelaksanaan sistem penilaian prestasi di sekolah. Ini sekaligus dapat meningkatkan dan memantapkan efikasi seseorang guru itu.

Proses penilaian prestasi adalah melibatkan prestasi semasa pekerja diperhatikan dan dibincangkan yang bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap keberkesanan bekerja.
Oleh itu, dalam melaksanakan penilaian prestasi, pihak pengurusan hendaklah mengurusnya dengan sebaik mungkin. Ini bagi memastikan semua pihak dalam organisasi mendapat manfaat yang sewajarnya daripada sistem yang dilaksanakan. Maka, ini boleh memberikan kesan terhadap efikasi guru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab

KESAN IKLIM SEKOLAH TERHADAP EFIKASI


Iklim Sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mecapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Halpin dan Croft (1963) .
Howard (1974) juga telah mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya.

Ciri-ciri sekolah berkesan yang mempengaruhi TSEHalpin dan Croft.


(1) Guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan. (2) Guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan murid-muridnya. (3) Pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa. (4) Pelajar merasa selamat dan belajar bersungguhsungguh. Kesemua ciri-ciri tersebut merupakan faktor-faktor penting dan amat sesuai dalam menyemai, membentuk membina dan mengukuhkan kepercayaan kebolehan diri guru (teacher self-efficacy).

Dapatan kajian Zabidi Abdul Razak ( 2006 ),

1.
2. 3. 4. 5. 6. 7.

Pelaksanaan amalan hidup Islam dalam setiap aspek pembelajaran dan pekerjaan.
Pengamalan sikap muraqabah iaitu merasakan Allah sentiasa memerhatikan setiap tindakan yang dilakukan. Pengetua mengamalkan komunikasi terbuka pergaulan dengan guru guru dan pelajar. Komitmen guru terhadap sekolah adalah tinggi. Guru bekerjasama untuk menyelesaikan Kawasan sekolah bersih dan cantik. Sikap pelajar yang positif. masalah. dalam

RUMUSAN
Guru-guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut perkembangan semasa agar mereka tidak menjadi guru yang terpinggir dan kaku. Efikasi kendiri pula merupakan komponen yang juga penting kerana pemimpin yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi iaitu yang mempunyai kepercayaan serta keyakinan terhadap kebolehannya sendiri akan dapat melaksanakan tugas dengan penuh kecekalan serta sentiasa mengukur dan menilai setiap tugasnya berbanding dengan individu yang mempunyai efikasi kendiri yang rendah.

RUMUSAN Berbagai kursus telah dianjurkan, kemudahan infrastruktur fizikal di sekolah telah dilengkapkan, namun semua itu sia-sia andainya para guru atau pendidik tidak mengubah sikap ingin memajukan diri dan berusaha mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang ada.