Anda di halaman 1dari 7

3.0 3.

RANCANGAN PELAKSANAAN PERMAINAN Nama permainan

Dalam Karnival Permainan Tradisional yang bakal dianjurkan, terdapat beberapa permainan yang akan dikelola. Maka, atas beberapa rasional, permainan batu seremban dipilih sebagai salah satu permainan yang akan dijalankan ketika berlangsungnya karnival itu nanti. Karnival yang akan dijalankan ialah Karnival Permainan Tradisional Sains Sosial 2013.

3.2

Justifikasi Pemilihan Permainan

Dalam memilih sesuatu permainan untuk dikelola, semestinya sebab, akibat dan langkah pelaksanaanya menjadi titik tolak dalam pemilihan permainan. Dalam pemilihan permainan batu seremban ini, antara justifikasi pemilihannya ialah: a) Alatan permainan mudah didapati. Hal ini kerana, pihak pengelola boleh menggunakan batu kerikil yang boleh didapati di tepi jalanan. Maka, hal ini dapat menjimatkan kos dalam penganjurannya. b) Mudah dimainkan. Hal ini bertepatan dengan kesesuaiannya dimainkan dalam pelbagai keadaan tempat, cuaca dan beberapa faktor lain yang mungkin menjadi permasalahan ketika berlangsungnya karnival nanti. Permainan batu seremban hanya dimainkan di sesuatu kawasan lapang yang mempunyai permukaan rata. Permainan bercorak setempat. c) Tidak mengelirukan. Hal ini kerana, permainan ini tidak mempunyai banyak peraturan. Malahan, permainan ini mudah untuk dimainkan tanpa mengira jantina. Oleh yang demikian, hal ini memudahkan pihak pengelola untuk melaksanakan permainan ketika karnival dijalankan.

3.3

Sistem Pertandingan

Untuk mengelolakan sesuatu permainan dengan sistematik, sistem pertandingan yang betul perlu dicari dan diaplikasi. Dalam permainan ini, pihak pengelola secara sebulat suara telah membuat keputusan bahawa sistem permainan yang dijalankan adalah secara kalah mati. Pemain akan bermain secara berkumpulan mengikut kumpulan yang dibahagikan.
11

3.4

Peraturan Pertandingan

Peraturan Bermain: 1. Setiap pasukan bermain sekurang-kurangnya 2 pusingan. 2. Setiap pasukan akan bermain selama 10 minit. 3. Pada masa mengambil buah-buah itu, pemain tidak boleh menyentuh manamana buah yang berhampiran. 4. Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah yang dilambung jatuh ke lantai. 5. Tiap satu-satu peringkat, semua buah dikumpulkan dan disertakan untuk peringkat yang lain. 6. Pemain lain akan mengambil gilirannya bermain apabila sesuatu kesilapan / kesalahan yang telah di lakukan. 7. Sekiranya pemain dapat menghabiskan permainan sehingga buah timbang, pemain tidak boleh meneruskan satu tahap permainan lagi. 8. Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain menyambung permainannya di peringkat ia telah melakukan kesalahan.

3.5

Syarat-Syarat Pertandingan Batu Seremban

Berikut merupakan syarat-syarat pertandingan batu seremban yang dijalankan: 1. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan dan undangundang yang ditetapkan oleh pihak penganjur. 2. Pemain yang tidak hadir pada masa yang ditetapkan dan setelah masa menunggu selama 10 minit diberi maka pihak lawan akan diberi kemenangan percuma. Pemain-pemain yang sedang bermain dilarang meninggalkan permainan tanpa izin pengadil atau Ahli Jawatankuasa Teknikal Pertandingan. 3. Semua perlawanan akan diadili oleh pengadil yang dilantik oleh penganjur sama ada terdiri daripada kalangan peserta yang tidak bermain mahu pun daripada kalangan Pegawai / Ahli Jawatankuasa Teknikal Pertandingan. 4. Pihak penganjur berhak meminda jadual dan tarikh kejohanan sekiranya perlu. Notis pindaan akan diberitahu dari masa ke semasa.

12

5. Dalam keadaan tertentu, di mana tidak dinyatakan dalam undang-undang kejohanan ini terdapat sebarang kekeliruan dan masalah, maka keputusan daripada pihak penganjur adalah dikira muktamad. 6. Hadiah-hadiah akan diberi kepada Johan, Naib Johan dan Ketiga.

3.6

Cara Bermain : Serakkan buah dilantai, ambil satu dan lambung. sebelum buah yang dilambung jatuh, pungut satu buah dan terus sambut buah yang dilambung tadi dengan tangan yang sama.

Batu Satu

Buah Dua Buah Tiga

: Sama seperti buah satu, cuma pungut dua buah setiap kali dilambung. : Sama seperti buah satu dan dua, bezanya sekali lambung pungut satu dan lambung kedua pungut tiga.

Buah Empat : Sama, cuma pungut keempat - empat buah dengan sekali lambung. Buah Lima: 1. Akan dimainkan seperti buah empat. Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak. 2. Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut. Buah Enam 1. Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan 2. Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu. 3. Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

13

Buah Tujuh: 1. Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak. 2. Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip. 3. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan. 4. Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan. 5. Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut. Timbang: 1. Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Tujuh, dia haruslah timbang untuk mendapat mata. 2. Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan. 3. Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan. Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula. 4. Tangkap batu seremban yang ada di tangan 5. Batu yang dapat ditangkap = 1 mata, batu yang dijatuhkan = 0 mata 6. Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu. sekiranya pemain tidak mendapat mata, maka giliran akan diteruskan kepada pemain lain.

3.7

Cara Menentukan Kemenangan

Kumpulan yang dapat memungut mata yang terbanyak mengikut masa yang ditetapkan dikira pemenang.

3.8

Hukuman Larangan

1) Jika pemain tidak dapat menyambut buah yang di lambung. 2) Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain. 3) Pada langkah timbang, ketika menyambung semula ke tapak tangan, jumlahnya tidak sama, tetapi jumlah buah dalam tangan boleh diambilkira sebagai mata, dan pemain tidak boleh meneruskan satu lagi tahap permainan
14

3.9

Prosedur Permainan a) Borang Pendaftaran Peserta

Permainan: Batu Seremban KUMPULAN 1 SENARAI NAMA Nurul Raihana Nurul Nadia Abdul Muaz Nur Adilah Nik Nur Aini Syairah Abdul Razzuhair Nadiatul Azwa Nurul Waheeda Khairul Azman Faziana Nurul Syuhada Muhammad Arif Safwan Nurakhmal Lyna Nur Aqilah Qamarul Ariffin Anis Sofiah Muhammad Naim Nor Amira Mirza KEHADIRAN

15

b) Borang Pemarkahan Peserta (Kumpulan:.............)

Permainan: Batu Seremban PUSINGAN 1 2 3 4 5 6 JUMLAH

KUMPULAN 1

16

c) Senarai Hakim Bertugas PERLAWANAN 1 2 3 NAMA HAKIM Muhammad Farhan Bin Meswan Nur Shera Nabila Binti Abdul Aziz Mariatulqibtiah Binti Samsuddin

d) Jadual Pertandingan

B/C VS A

D/E VS F

17