Anda di halaman 1dari 3

Latihan ayat aktif dan ayat pasif. Contoh: 1.

Mereka tidak dapat menjelaskan hutang sebelum hujung bulan ini. Subjek : Mereka Objek : hutang Kata kerja transitif: menjelaskan

Jawapan: Hutang tidak dapat dijelaskan oleh mereka sebelum hujung bulan ini. 2. Ia/Dia sentiasa membersihkan dan mengemaskan rumah kami dengan penuh tanggungjawab. Subjek : Ia/Dia Objek: rumah kami Kata kerja transitif: membersihkan dan mengemaskan

Jawapan:Rumah kami sentiasa dibersihkan dan dikemaskannya dengan penuh tanggungjawab. 3. Kalian perlu menjelaskan hutang selewat-lewatnya hujung bulan ini, kata ceti haram itu. Subjek : Kalian (Kata ganti diri kedua) Objek: hutang Kata kerja transitif : menjelaskan

Jawapan: (Jika subjek ialah kata ganti diri pertama atau kedua, kata kerja pasif tidak boleh ada imbuhan di.) Hutang perlu kalian jelaskan selewat-lewatnya hujung bulan ini, kata ceti haram itu. Sebelum membuat latihan ayat aktif dan ayat pasif, semua murid perlu membezakan kata ganti diri pertama dan kedua daripada yang lain. Selain itu, para murid perlu menguasai imbuhan Me dengan huruf-huruf tertentu, seperti berikut: Imbuhan Me Mem Men Meng Meny menge l, m, n, r, y, ng, ny b, (p), (f), pr,pl c, d, j, (t), z, sy a, e, i, o, u, g, h, (k), kh, kl,kr s Satu suku kata seperti tin, pos, bom, syor, sah,

Latihan tukar ayat aktif kepada ayat pasif. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar. Beberapa orang pekerja sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati. Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA. Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu, kata kerani itu kepada saya. Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan. Saya telah memasak lauk ikan untuk ayah.

10. Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di luar dewan . 11. Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera. 12. Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas.

JAWAPAN LATIHAN AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF Latihan tukar ayat aktif kepada pasif. 1. Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar. Pinjaman bank dibuat oleh Enik Sofiah untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar. 2. Beberapa oran g pekerja sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu. Semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu sedang ditebas oleh beberapa orang pekerja. 3. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung. Hukuman penjara sepanjang hayat telah dijatuhkan oleh hakim terhadap peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung. 4. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati. Ketua sindiket itu telah dijatuhi oleh hakim hukuman gantung sampai mati 5. Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA. Kini hasil buah-buahan telah ditinkan oleh kaum petani setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA. 6. Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu, kata kerani itu kepada saya. Temu duga itu perlu segera saudara hadiri jika hendak mendapat pekerjaan itu, kata keranai itu kepada saya. 7. Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.

Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima. 8. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan. Ayah telah dimasakkan oleh ibu kari kepala ikan. / Ayah telah dimasakkan kari kepala ikan oleh emak. 9. Saya telah memasak lauk ikan untuk ayah. Lauk ikan telah saya masak untuk ayah. 10.Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di luar dewan . Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun disambut oleh kami sekeluarga di luar dewan. 11.Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera. Usul itu telah kami syorkan kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera. 12.Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas. Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu.