Anda di halaman 1dari 25

PENGENALAN

Windows 7 (asalnya dikenali dengan nama kod Blackcomb, dan kemudian Vienna) ialah versi terkini sistem pengendalian Microsoft Windows untuk kegunaan komputer peribadi, tak kira di rumah mahupun di pejabat, sama ada komputer meja, riba, netbook, tablet ataupun pusat media. Windows 7 mula dikeluarkan kepada pengilang komputer pada 22 Julai 2009, dan mula dijual kepada awam pada 22 Oktober 2009, tidak sampai tiga tahun selepas keluaran versi terdahulunya Windows Vista. Versi sistem pengendalian untuk pelayan, Windows Server 2008 R2 dikeluarkan pada masa yang sama.

Page

GAMBAR 1 : PAPARAN DARI WINDOWS 7 ULTIMATE

Berbeza dengan Vista yang memperkenalkan banyak ciri baru, Windows 7 dirancang supaya menjadi tatar yang terfokus dan kecilan kepada barisan Windows, dengan matlamat keserasian penuh dengan perisian dan perkakasan yang sudah serasi dengan Windows Vista. Pembentangan yang diberikan Microsoft pada 2008 memfokuskan pada sokongan multi-sentuhan, rekaan terkini Windows Shell dengan palang tugas baru (taskbar), sistem perangkaian rumah dipanggil HomeGroup, dan peningkatan prestasi. Beberapa aplikasi yang sudah diterapkan dalam versi lepas Microsoft Windows, termasuk Windows Calendar, Windows Mail, Windows Movie Maker dan Windows Photo Gallery, tidak akan dimasukkan dalam Windows 7; sebaliknya sesetengahnya akan ditawarkan berasingan sebagai sebahagian daripada suit percuma Windows Live Essentials.

PERKEMBANGAN
Pada mulanya, satu versi Windows bernama kod Blackcomb dirancangkan untuk menggantikan Windows XP (nama kod Whistler) dan Windows Server 2003. Antara ciri-ciri utama yang dirancangkan untuk Blackcomb, termasuklah penekanan pada kemudahan gelintaran dan pertanyaan data dan sistem storan canggih bernama WinFS untuk membolehkannya. Bagaimanapun, keluaran sementara bernama kod "Longhorn" diumumkan pada tahun 2003, justeru menangguhkan pembangunan Blackcomb. Apapun, pada pertengahan tahun 2003, Longhorn telah memiliki beberapa ciri-ciri yang dimaksudkan untuk Blackcomb. Setelah tiga virus besar mengekspolit kepincangan dalam sistem pengendalian Windows dalam masa yang singkat pada tahun 2003, Microsoft mengubah keutamaan pembangunannya dengan menangguhkan sebahagian usaha pembangunan utama Longhorn sambil membangunkan pek perkhidmatan baru untuk Windows XP dan Windows Server 2003. Pembangunan Longhorn (Windows Vista) juga "diset semula" atau ditangguhkan pada Ogos 2004, dengan pengguguran beberapa ciri-cirinya. Blackcomb dinamakan semula sebagai Vienna pada awal tahun 2006, dan sekali lagi sebagai Windows 7 pada tahun 2007. Pada tahun 2008, diumumkan bahawa Windows 7 bakal menjadi nama rasmi sistem pengendalian terkini ini. Pada Janurai 2008, keluaran luaran pertama kepada rakan-rakan Microsoft terpilih berbentuk Milestone 1, build 6519. Di PDC 2008, Microsoft menunjuk cara Windows 7 dengan palang tugas yang diperbaharui. Salinan-salinan Windows 7 build 6801 diedarkan pada akhir persidangan itu, tetapi palang tugas yang baru ditunjukkan itu tidak boleh digunakan dalam build ini. Pada 27 Disember 2008, Windows 7 Beta dibocorkan ke dalam Internet melalui BitTorrent. Mengikut ujian prestasi yang dijalankan oleh ZDNet, Windows 7 Beta mengatasi Windows XP dan Vista dalam beberapa aspek penting, termasuk masa yang diambil untuk diboot dan ditutup serta pengurusan fail seperti memuat dokumen. Namun begitu, masih ada kelemahannya berbanding XP, termasuk uji tanda aras PC Pro untuk kegiatan pejabat seharian dan penyuntingan video yang masih sama seperti Vista dan perlahan berbanding XP. Pada 7 Januari 2009, versi 64-bit Windows 7 Beta (build 7000) bocor pula, kali ini ada sebilangan torrent yang dijangkiti trojan horse.

Page

Di CES 2009, CEO Microsoft, Steve Ballmer mengumumkan Windows 7 Beta build 7000, boleh dimuat turun oleh pelanggan MSDN dan TechNet dalam format imej ISO. Beta ini pada mulanya hendak dikeluarkan kepada umum pada 9 Januari 2009, tamabahan pula Microsoft merancangan agar 2.5 juta orang dapat memuat turunnya pada tarikh tersebut. Bagaimanapun, pemuatturunan ditunda kerana kesesakan trafik. Had muat turun juga dilanjutkan hingga 24 Januari, dan sekali lagi pada 10 Februari. Sesiapa yang tidak berjaya menyiapkan muat turun beta ini diberi dua hari tambahan untuk melengkapkannya. Selepas 12 Februari, muat turun yang belum selesai tidak boleh disiapkan lagi. Pengguna masih boleh mendapatkan kunci keluaran dari Microsoft untuk mengaktifkan salinan Windows 7 Beta mereka yang luput pada 1 Ogos 2009. Calon keluaran build 7100 boleh diperoleh oleh pelanggan MSDN dan TechNet dan peserta Connect Program sejak 30 April dan dikeluarkan pada umum pada 5 Mei 2009. Versi ini turut bocor ke dalam Internet melalui BitTorrent. Calon keluaran terdapat dalam lima bahasa dan akan luput pada 1 Jun 2010, dengan penutupan automatik (shut down) setiap dua jam mulai 1 Mac 2010. Microsoft telah menyatakan bahawa Windows 7 akan dikeluarkan kepada umum pada 22 Oktober 2009. Microsoft mengeluarkan Windows 7 kepada pengguna MSDN dan Technet pada 6 Ogos 2009. Microsoft mengumumkan bahawa Windows 7, bersama Windows Server 2008 R2 dikeluarkan kepada pengilang komputer pada 22 Julai 2009. Windows 7 RTM adalah build 7600.16385 yang disusun pada 13 Julai 2009, iaitu versi RTM yang muktamad selepas lulus dalam semua ujian dalaman Microsoft.

Page

MATLAMAT
Bill Gates, ketika ditemubual majalah Newsweek, berkata versi Windows kali ini bakal "mengutamakan pengguna". Beliau turut berkata bahawa Windows 7 bakal memberi tumpuan pada peningkatan prestasi. Steven Sinofsky dalam blog Engineering Windows 7 menjelaskan bahawa Microsoft sedang menggunakan pelbagai alat lakaran baru untuk mengukur prestasi pelbagai segi sistem pengendalian secara berterusan, untuk membantu mengenal pasti laluan kod yang tidak cekap serta mengelakkan kemerosotan prestasi. Naib Presiden Kanan Bill Veghte berkata bahawa pengguna Windows Vista yang beralih ke Windows 7 tidak akan mendapati masalah keserasian peranti yang timbul ketika bertukar dari Windows XP. Pada 16 Oktober 2008, CEO Microsoft Steve Ballmer mengesahkan keserasian antara Vista dan Windows 7, dengan menunjukkan bahawa Windows 7 merupakan versi Windows Vista yang diperhalusi.

Page

CIRI-CIRI
Menurut kepada laporan-laporan dihantar ke TG Daily, pembinaan Milestone 1 Windows 7 menambahkan sokongan untuk sistem menggunakan pelbagai jenis kad grafik berganda yang berbeza dan versi baru Windows Media Center. Ciri-ciri di Milestone 1 juga termasuklah Gadgets diintergrasikan dalam Windows Explorer, Gadget untuk Windows Media Center, kebolehan menyematkan bahan dari menu Start dan Recycle Bin, ciri-ciri media yang diperbaik, XPS Viewer baru, dan aksesori Calculator mempunyai mod-mod Pengatur dan Statistik disertai dengan pertukaran unit.

GAMBAR 2 : PALANG TUGASAN BARU

Page

Laporan juga menunjukkan bahawa alat maklum balas dimasukkan dalam Windows 7 menyenaraikan ciri-ciri yang akan datang: kebolehan menyimpan keutamaan Internet Explorer di atas akaun Windows Live, versi diperbaikkan Paint dan WordPad yang menggunakan Windows Presentation Foundation, dan 10-minit proses pasangan. Tambahan pula, perkakasan sambungan rangkaian mungkin dimasukkan. Bahan baru yang telah ditambahkan ke panel kawalan termasuklah: Accelerators, ClearType Text Tuner, Display Color Calibration Wizard, Gadgets, Infrared, Recovery, Troubleshooting, Workspaces Center, Location and Other Sensors, Credential Manager, Biometric Devices, System Icons, Windows Solution Center, dan Display. Di pembinaan 6780, Windows Security Center yang dinamakan Windows Solution Center (Windows Health Center di pembinaan awal) yang meliputi kedua-dua Keselamatan dan Penyelenggaraan komputer. Dalam penunjukkan Windows 7 di D6, sistem pengendalian mempunyai sentuhan berganda, termasuklah program piano, program jalan dan peta dan versi sentuhan Paint. Menurut kepada maklumat sesi PDC 2008, perbincangan Windows 7 akan meliputi "pembaikan ke bar tugasan, Menu Start, thumbnails dan elemen desktop", API rangkaian baru dengan sokongan untuk membina khidmat berasaskan SOAP di kod native (bertentangan dengan khidmat web WCF berasaskan .NET), ciri-ciri baru untuk memendekkan masa pemasangan aplikasi, prompt UAC, pemajuan singkat pakej pemasangan, dan sokongan pembaik melalui API Extended Linguistic Services baru. Bar Tugasan Windows, yang menyimpan fungsi sama sejak Windows 95, akan mengandungi pembaikan fungsi seperti meliputi skrin berganda dan fokus memperbaikan tray sistem.

KAEDAH INPUT
Hilton Locke, yang bekerja di atas kumpulan Tablet PC di Microsoft melaporkan pada 11 Disember 2007 bahawa Windows 7 akan mempunyai ciri-ciri sentuhan terbaru. I will say that if you are impressed by the "touch features" in the iPhone, you'll be blown away by what's coming in Windows 7. Now if only we could convince more OEMs that Windows Touch Technology is going to drive their sales

Bill Gates telah dikatakan bahawa Windows 7 adalah "langkah besar ke depan" untuk teknologi pertuturan dan pengenalan tulisan tangan.

CAKERA KERAS MAYA


Pada 21 Mei 2008 Microsoft mengirimkan kerja untuk Windows 7 berkaitan dengan kerja untuk memasukkan sokongan VHD, contohnya sokongan untuk penyimpan fail tunggal yang mewakili seluruh cakera keras, dan mengendalikan operasi I/O di ini sebagai cakera keras biasa, termasuklah sokongan boot In Windows 7, our team will be responsible for creating, mounting, performing I/O on, and dismounting VHDs (virtual hard disks) natively. Imagine being able to mount a VHD on any Windows machine, do some offline servicing and then boot from that same VHD. Or perhaps, taking an existing VHD you currently use within Virtual Server and boost performance by booting natively from it.

Page

KECEKAPAN BOOT
Menurut kepada data diambil dari Microsoft Customer Experience Improvement Program, 35% daripada pemasangan Vista SP1 mula dalam 30 saat atau kurang daripadanya. Semakin panjang masa boot di mesin kerana khidmat atau program yang dimuat tetapi tidak diperlukan apabila sistem yang pertamanya dimulakan. Michael Fortin mencatatkan pada Ogos 2008 bahawa Microsoft yang mempunyai kumpulan untuk bekerja di atas isu, dan kumpulan itu bertujuan untuk meningkatkan sistem yang menikmati masa but yang baik. Mereka bertumpu dengan keras meningkatkan silangan pemulaan pemandu. Juga, ia bertujuan untuk menurunkan khidmat sistem, dengan pemproses, storan, dan ingatan.

KEPERLUAN PERKAKASAN
Microsoft telah mengumumkan spesifikasi keperluan perkakasan yang disyorkan untuk Windows 7 32 bit Kelajuan Pemprosesan Memory (RAM) Kad Grafik Ingatan Grafik Ruang Kosong Cakera Keras Pemacu Lain Audio
Page

64 bit 1Ghz 64bit Processor

1 GHz 32bit Processor

Minimum 1GB Serasi DirectX 9.0 128MB 16GB DVD-ROM Keluaran Audio 256MB 20GB

TAMBAHAN
Bitlocker memerlukan Pemacu USB bagi menggunakan BitLocker Go. Windows XP Mode memerlukan tambahan 1GB RAM, 15GB ruang kosong tambahan dan Processor yang menyokong hardware virtualization dengan Intel VT atau AMD-T

PROSES PEMASANGAN
Proses pemasangan terdapat dalam pelbagai cara, antaranya secara menaik taraf ataupun pemasangan baru. Selain itu, cara pemasangan juga terdapat dalam pelbagai cara. Melalui jaringan atau melalui pemacu DVD, pemacu USB dan cakera keras luaran. Proses pemasangan di bawah dilakukan ke atas komputer baru dengan menggunakan Edisi Windows 7 Ultimate Build 7600. Ingat, sila backup dahulu semua data komputer anda seperti lagu,video,gambar dan sebagainya ke medium penyimpanan lain seperti external hard disk dan usb flash.

MELAKUKAN BOOT CD/DVD


Sila on komputer, terus tekan F1 atau F2 atau Delete. Edit Bios untuk memastikan PC anda di dalam keadaan boot ke atas pemacu DVD. Saya beranggapan anda menggunakan DVD untuk proses pemasangan.

MASUKKAN DVD
Pastikan DVD yang anda masukkan adalah DVD yang betul. Jika anda menggunakan DVD yang dicetak/burn pastikan ia mempunyai keupayaan bootable. Jalankan PC anda untuk memulakan proses pemasangan. Paparan dibawah dapat dilihat jika DVD anda mempunyai keupayaan bootable. Tekan mana-mana kekunci jika anda mendapat paparan seperti skrin berikut.

Page

PROSES PEMASANGAN BERMUKA


Sekarang proses pemasangan Windows 7 telah bermula. Ia mungkin mengambil masa yang agak lama bergantung kepada keupayaan sesebuah komputer. Anda tidak perlu melakukan apa-apa jika paparan berikut dipaparkan.

Page

PEMILIHAN BAHASA DAN MASA


Sila pilih bahasa yang anda mahu gunakan bagi proses pemasangan. Sila buat pilihan yang betul. Selepas membuat pilihan, sila tekan butang Next.

Page

10

INSTALL WINDOWS
Jika anda sudah ada salinan Windows 7, anda boleh memilih untuk membaiki/menaik taraf dengan menekan butang Repair your Computer. Bagi tutorial ini, saya memilih Install Now.

TERMA DAN SYARAT


Ia memaparkan terma-terma lesen untuk Windows 7. Tandakan pada kotak dan tekan butang Next.

Page

11

MENAIK TARAF
Proses dibawah mempunya 2 pilihan. Jika anda mempunyai Windows Vista dan anda mahu menaikkan tarafnya tanpa kehilangan data, sila tekan pada Upgrade. Tekan pada Custom jika anda mahu memasang salinan baru.

LOKASI PEMASANGAN
Disini anda akan dapati hard disk PC anda dipaparkan. Jika anda mahu membahagikannya, pergi ke Device options>New. Tekan Next jika anda telah membuat partition.

Page

12

PROSES PENYALINAN DATA & PEMASANGAN


Seterusnya, paparan tersebut menandakan file system sedang disalin ke dalam hard disk anda. Ia mungkin mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Akan tetapi proses ini lebih cepat jika dibandingkan dengan versi Windows yang sebelumnya. Disini anda dapat melihat proses pemasangan sedang dilakukan dengan memerhatikan pada tanda .

Page

13

14

RESTART
Paparan dibawah akan kelihatan selepas proses penyalinan & pemasangan selesai. Biarkan sahaja ia restart secara automatik. Sila eject DVD anda sebelum ia restart. Proses pemasangan akan disambung semula selepas ini.

Page

SELEPAS RESTART, RESTART SEKALI LAGI


Sebaik sahaja ia restart, proses pemasangan akan disambung semula. Disini anda dapat lihat proses pemasangan dijalankan secara sempurna. Selepas tamat proses pemasangan ia akan restart, sekali lagi sebelum meneruskan ke proses seterusnya.

Page

15

Page

16

PROSES PEMASANGAN SELESAI


Jika anda sudah sampai ke tahap ini, bermakna anda telah pun berjaya memasang Windows 7 ke dalam PC anda. Tahniah. Yahooooo.

Page

17

PROSES PENYEDIAAN
Proses penyediaan dilakukan secara automatik sebelum anda boleh menggunakannya.

PENYEDIAAN KEPERLUAN VIDEO


Proses ini akan dilakukan secara automatik. Ia bertujuan untuk memberikan paparan yang lebih baik pada anda.

Page

18

PROSES PENAMAAN
Ia bertujuan untuk memaparkan pemilik PC tersebut. Sila masukkan nama untuk computer anda.

MEMASANG KATA LALUAN


Bertujuan untuk mengelak dari anasir luar masuk ke system korang. Dicadangkan anda menggunakan kombinasi huruf dan nombor. Anda juga boleh meneruskan dengan menekan butang Next jika tidak mahu menggunakan kata laluan.

Page

19

MEMASUKKAN PRODUCT KEY


Sila masukkan product key yang disertakan kepada anda semasa pembelian. Tidak perlu memasukkan kekunci dash kerana ia akan dimasukkan secara automatik. Anda boleh memilih untuk meaktifkan secara automatik jika anda mempunyai talian internet. Jika anda mahu mengaktifkan secara manual, buang tanda pada kotak tersebut. Anda juga boleh abaikan dan terus Next jika anda tiada product key.

KEMASKINI SISTEM
Bahagian ini untuk memastikan anda mendapat keselamatan terkini dan memperbaiki bugs yang terdapat didalam sistem anda. Jika anda tidak suka update windows, sila pilih Ask me later.

Page

20

MENETAPKAN MASA
Menetapkan masa kepada waktu tempatan negara anda. (Untuk anda yang berada di Malaysia, Negara ini berada di zon masa UTC +8.00)

MENETAPKAN NETWORK
Paparan ini akan keluar jika PC anda telah connect dengan network.

Page

21

PENYEDIAAN BERAKHIR
Proses penyedian akan berakhir. Selepas proses ini selesai, anda boleh menggunakan PC anda yang dilengkapi dengan Windows 7. Anda sudah bersedia ke?

Page

22

23

Page

SELAMAT DATANG KE WINDOWS 7


Tahniah. Anda adalah seorang pengguna Windows 7 sekarang. Proses pemasangan telah berjaya.

KESIMPULAN
Lepas siap tu, pasanglah driver jika windows 7 masih gagal mengesan driver yang sesuai bagi komputer anda. Lepas itu, sila pasanglah perisian kegemaran anda seperti Yahoo Messenger, GOM Player dan sebagainya. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

Page

24