Anda di halaman 1dari 3

(PKP 3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2)

TAJUK 1 KEMAHIRAN MENULIS


1.0 SINOPSIS

Dalam tajuk ini, anda akan didedahkan dengan definisi menulis dan penulisan, serta membincangkan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran menulis; peringkat perkembangan menulis; masalah dalam tulisan dan penulisan; startegi pemulihan masalah tulisan/pratulis dan latihan-latihan pratulisan; latihan tulisan mekanis; dan latihan penulisan mentalis.

1.1

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: i. menjelaskan definisi menulis dan tulisan; ii. menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran menulis; iii. menghuraikan peringkat-peringkat perkembangan menulis; iv. membincangkan jenis-jenis masalah tulisan; dan v. menghuraikan strategi pengajaran kemahiran menulis.

(PKP 3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2)

1.3

KERANGKA TAJUK

KEMAHIRAN MENULIS

Definisi menulis dan Penulisan

Peringkat Perkembangan Menulis Masalah dalam Tulisan dan Penulisan

Strategi Pemulihan Masalah Tulisan /

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kemahiran Menulis

Latihan Pratulisan

Latihan Tulisan Mentalis

Latihan Tulisan Mekanis

1.4

Pengenalan

Bahasa tulisan ialah satu bentuk komunikasi yang paling tinggi dan kompleks. Menulis ialah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspekaspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi, seseorang itu perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan selepas itu barulah seseorang itu dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau apa-apa sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain. Kebanyakan kanak-kanak bermasalah 2

(PKP 3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2) pembelajaran di kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) tidak menguasai kemahiran menulis, sama ada tulisan mekanis ataupun mentalis. tulisan

1.5

Definisi Menulis dan Tulisan

Menulis ialah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Manakala tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Tulisan juga merupakan bahasa yang tersusun yang berupa frasa kata dan ayatayat .

Mengikut Raminah Hj Sabran (1988), penulisan ialah penglahiran perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan lagi bahasa yang dapat dibaca dan difahami. Kamarudin Hj

Husin (1998) pula menyatakan bahawa tulisan ialah bahasa bertulis dengan lambang-lambang bunyi dan merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.

Berdasarkan definisi yang dikemukakan, jelas menunjukkan bahawa pelajaran menulis sangatlah penting kerana aktiviti ini bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang.