Anda di halaman 1dari 7

TEKNIK CAT AIR

catan teknik basah atas basah BASAH ATAS BASAH Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada semasa basah. Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan. * Teknik ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas seperti langit, tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda.

catan teknik basah atas kering BASAH ATAS KERING Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang basah disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini juga sesuai digunakan pada permukaan yang luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah dilakukan. Untuk permukaan langit yang luas, pelukis boleh menggunakan teknik ini untuk melukis awan. Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada.

Catan teknik kering atas kering KERING ATAS KERING Maksud kering di sini bukanlah sebagai mana kain kering di sidaian tetapi warna yang melekat pada berus tidak banyak. Jika banyak elok di sapu pada kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu di atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain. Tetapi tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna dengan suasana sekitarnya.

Catan Cat Air - Teknik Mewarna - Buah-buahan

1. Buat lakaran terlebih dahulu. Setelah lakaran dibuat pilih warna yang sesuai untuk diwarnakan.

2. Warnakan terlebih dahulu bahagian latar dan objek. Gunakan warna yang muda dan cair.

3. Warnakan bahagian depan dengan warna yang lebih pekat. Gunakan berus yang bersaiz sederhana.

4. Gunakan berus yang bersaiz kecil dan sederhana untuk proses memperincikan jalinan pada objek-objek yang dilukis. Biarkan gubahan kering sepenuhnya.

5. Basahkan berus dan warnakan objek yang dijadikan fokus dengan lebih teliti. Warnakan secara bertindih dengan ton yang semakin gelap. Perkemaskan kesan jalinan. Kekalkan keadan harmoni, kontra dan penegasan pada objek yang dijadikan fokus.