Anda di halaman 1dari 1

CHAN ZHI BIN PISMP MT(A) Refleksi Kendiri Chan Zhi Bin

Pada 13 Oktober 2009, saya telah mengikut Bina Insan Guru Semester 6 melawat Jabatan Pelajaran Perlis mengikut unit masing-masing, iaitu pada pukul 8 pagi hingga 5 petang dan banyak ilmu pengetahuan telah saya dapat dalam lawatan ini. Pada pandangan saya, proses perancangan B.I.G untuk melawat ke JPN Perlis merupakan satu program bukan senang untuk dirancang. Saya dan ahli jawatankuasa telah banyak kali menghadiri mesyuarat dan akhirnya berjalan dengan lancar. Setelah berbincang dengan rakan-rakan, saya dapat banyak input untuk mendapatkan pihak berkenaan membenarkan kami melawat unitunit di JPN. Jadi, bukan senang untuk mendapat kelulusan untuk melawat JPN. Semasa saya menghadiri taklimat dari unit masing-masing, barulah saya memahami dengan sepenuhnya struktur organisasi yang ada di JPN. Setiap unit telah memainkan peranan masing-masing dan sangat penting bagi sector pendidikan. Saya berasa puas hati dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ketua unit dan wakil-wakil yang memberi taklimat kepada kami. Selain itu, saya mendapat peluang untuk lebih mengenali JPN dan mungkin atau member peluang kepada saya untuk melibatkan diri saya ke dalam JPN. Dalam lawatan ini juga mengingatkan saya bahawa seorang guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada anak murid kita tetapi kita juga perlu menunjukkan penampilan diri seorang guru yang prihatin terhadap anak murid kita. Selain itu, untuk menjadikan seorang pemimpin yang berjaya, kita harus berfikiran yang positif dan fikiran terbuka. Dalam proses temuduga ketua unit ICT, beliau memang seorang pemimpin yang mesra, positif dan berfikiran positif kerana beliau akan mengadakan jamuan sekali sebulan supaya hubungan antara ketua dengan kaki tangan adalah dalam keadaan baik dan saling bertukar pandangan. Akhir kata, saya sangat bersyukur apa yang saya dapat semasa lawatan. Saya ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah saya Encik Kalaiselvan dan Cik Yeoh atas sokongan untuk melawat ke JPN bagi B.I.G ini.