Anda di halaman 1dari 56

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

BIODATA

NAMA

: MUHAMMAD IFTITAH BIN MUSTAFA

NO. KAD PENGENALAN : 920429-01-6059 NO MATRIK ALAMAT INSTITUT KUMPULAN UNIT PENEMPATAN PBS : 27049 : IPG KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA, PERAK : PISMP AMBILAN JANUARI 2012 : K1 : SK LAKSAMANA KOTA TINGGI, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM TARIKH PBS : 18 MAC 2012 22 MAC 2012

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Laporan Perancangan Aktiviti Sewaktu menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Bandar ini, saya telah membuat perancangan berkenaan dengan pelaksaan aktiviti-aktiviti yang difokus agar segala proses penyempurnaan tugasan dan portfolio dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna tanpa ada sebarang permasalahan. Berikut adalah merupakan segala tindakan dan perancangan saya sepanjang proses menjalan program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini selama seminggu. BIL 1 TARIKH 27 Ogos 2012 TINDAKAN Melapor diri kepada Guru Besar dan memaklumkan kepada pihak sekolah berkenaan dengan program yang akan dijalankan di sekolah itu selama seminggu. Melengkapkan dokumen-dokumen penting yang perlu diserahkan semula kepada pihak maktab seperti borang perjanjian dan sebagainya. 3 29 Ogos 2012 Mendapatkan maklumat berkenaan dengan sekolah Memerhati segala prasarana yang terdapat di sekolah Memerhati segala tingkah laku dan budaya dalam komuniti yang terdapat dalam sekolah tersebut 2 28 Ogos 2012 Mengambil gambar persekitaran sekolah Mengumpul maklumat sekolah Menemubual guru-guru dan kakitangan bekenaan dengan isu-isu yang terdapat di sekolah. Melawat ke Prasekolah dan memerhatikan proses P&P yang dijalankan. Melengkapkan borang kolaborasi Mendapatkan maklumat mengenai pengurusan

pemakanan dan perancangan menu di prasekolah. Mendapatkan maklumat pengurusan sekolah

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Melawat ke prasekolah disamping memerhati akan perjalanan P&P bermula dari rutin pagi hinggalah ke akhir sesi pembelajaran.

30 Ogos 2012

Melakukan temubual dengan beberapa orang murid dan juga kakitangan sekolah. Melawat ke kelas Pendidikan Khas masalah

pembelajaran dan menemuramah guru yang bertugas menjaga murid-murid dalam kelas tersebut. Menemubual golongan pentadbir sekolah.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Laporan harian Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Tarikh : 18 Mac 2013 Hari : Isnin

Masa : 7.15 pagi 1.30 tengahari

Hari ini adalah merupakan hari pertama saya berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Laksamana Kota Tinggi bagi menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Seawal jam 7.00 pagi saya sudah menjejakkan kaki ke perkarangan sekolah. Sebaik sahaja tiba, saya terus melaporkan diri di pejabat. Alhamdulillah, ketibaan saya disambut dengan baik dan salam mesra dari warga sekolah dan juga murid-murid. Pelbagai perasaan berbaur sewaktu menunggu ketibaan guru besar. Perasaan takut, gementar dan juga gelisah senantiasa berada di dalam jiwa dan pemikiran. Namun pada masa yang sama, perasaan gembira juga timbul secara tidak langsung dalam diri kerana pada ketika inilah saya dapat merasakan pengalaman atau gaya hidup sebagai seorang guru. PBS pada kali ini menyaksikan saya sebagai satu-satunya guru pelatih dari Maktab Perguruan yang melakukan PBS di sekolah itu. Hal ini kerana, saya adalah merupakan satu-satunya pelajar yang berasal dari Johor Bahru. Justeru, hanya saya seorang sahaja yang melakukan PBS di sini dan tidak sepertimana rakan-rakan yang lain yang melakukan program PBS ini secara berpasangan dan sebagainya. Pada jam 7.20 pagi, bertempat di dataran sekolah, satu perhimpunan mingguan telah diadakan. Seperti biasa, para pelajar diarahkan untuk berkumpul mengikut kelas dan mendengar amanat yang akan disampaikan oleh guru besar dan guru penolong kanan yang lain. Pada masa yang sama, saya diminta untuk memperkenalkan diri di depan khalayak murid dan guru-guru. Sememangnya, saat apabila nama saya dipanggil untuk naik ke atas pentas adalah merupakan saat yang paling mendebarkan kerana adalah amat jarang sekali untuk saya berucap atau berkata-kata di hadapan

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

khalayak ramai. Namun, berkat azam yang tinggi, akhirnya dapatlah juga saya berucap sepatah dua kata di samping menceritakan serba sedikit berkenaan dengan latar belakang diri saya dengan jayanya. Selepas berakhirnya perhimpunan pada pagi itu, saya terus pergi ke pejabat untuk melaporkan diri secara rasmi kepada guru besar. Proses menandatangani borang perjanjian telah dilaksanakan dan saya juga telah memberi penerangan serba sedikit berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang akan saya jalankan sepanjang saya berada di sekolah itu. Pihak sekolah telah melantik salah seorang dari guru di sekolah sebagai guru pembimbing saya sepanjang proses pelaksaan program PBS ini. Hal ini sememangnya telah memudahkan urusan saya di mana jikalau saya mempunya sebarang masalah, maka saya hanya perlu merujuk guru pembimbing untuk mencari solusi kepada permasalahan itu. Sebaik sahaja selesai melaporkan diri, saya pergi meninjau kawasan persekitaran sekolah. Ternyata, sekolah ini sememangnya lengkap dengan pelbagai prasarana yang lengkap di samping pengolahan pelbagai sudut ilmiah yang menarik. Lokasi pertama yang saya lawati adalah Prasekolah. Semester ini mewajibkan syaa untuk melakukan penyelidikan yang menjurus kepada bidang major saya iatu Prasekolah. Hal ini kerana, kami kurang didedahkan dengan pengetahuan berkenaan dengan prasekolah sewaktu berada pada peringkat persediaan. Justeru, di kesempatan inilah saya gunakan untuk mengenal serba sedikit di samping menimba pengalaman tentang bagaimana untuk menjadi seorang guru prasekolah yang berjaya pada masa yang akan datang Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, Prasekolah di SKB sememangnya lengkap dengan pelbagai prasarana yang menjurus kepada pembentukan

perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek. Bentuk-bentuk hiasan di dalamnya ternyata menggambarkan bahawa guru prasekolah tersebut adalah merupakan seorang yang kreatif di samping mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang prasekolah dan perkembangan kanak-kanak. Pengolahan sudut-sudut yang berpandukan tunjangtunjang dalam KSPK sememangnya adalah merupakan satu langkah yang interaktif dalam membantu pihak kerajaan kearah tercapainya matlamat Falsafah Pendidikan

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Kebangsaan dalam melahirkan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Saya juga turut berkesempatan untuk memerhatikan cara guru mengajar pada murid-murid prasekolah ini. Mata pelajaran pada masa itu adalah subjek Agama Islam. Cikgu Rohani Binti Musa iatu guru Pendidikan Islam yang khususnya mengajar murid prasekolah menggunakan kaedah pengajaran yang sangat menarik disamping bertanyakan soalan-soalan yang mampu menguji minda kanak-kanak. Pengguanaan objek-objek maujud atau objek nyata, ternyata mampu menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Pendekatan yang digunakan oleh Cikgu Rohani ternyata berkesan di mana kanak-kanak kelihatan gembira tatkala bermain dengan cop-cop yang berbentuk huruf jawi itu. Sekitar jam 12.00 tengahari, sebaik sahaja selesai mengiringi kanak-kanak prasekolah pulang, saya menggunakan masa yang ada untuk melengkapkan dokumendokumen penting dimana ianya perlu diserahkan semula kepada pihak maktab sebaik sahaja program ini selesai dan pada masa yang sama saya juga turut menganalisis akan isu-isu yang boleh saya huraikan berdasarkan kepada persekitaran sekolah dan prasarana yang ada. Jam sudah menunjukkan angka 1.15 petang. Saya mula mengemas segala kelengkapan yang dibawa dan bersedia untuk pulang. Selepas menandatangani buku rekod guru praktikum saya terus memulakan perjalanan untuk pulang.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Laporan Harian Pengalaman Berasaskan Sekolah

Hari : Selasa Tarikh : 19 Mac 2013 Masa : 7.15 pagi 1.25 petang Hujan merintis dengan renyai. Suasana dingin menyebabkan saya berasa kurang bersemangat untuk ke sekolah ditambah pula dengan selsema dan batuk kecil. Akan tetapi saya gagahkan diri untuk melangkah ke sekolah dengan wajah yang ceria. Setiap salam yang diberikan oleh murid-murid saya jawab dengan senyuman yang paling manis. Apatah lagi disini panggilan cikgu bermula dalam diri saya. Tatkala berada di IPG, panggilan cikgu tidak begitu terasa tetapi apabila murid-murid yang mengucapkannya saya berasa begitu teruja. Seawal jam 7.15 pagi saya sudah sampai ke perkarangan sekolah. Seperti biasa saya terus ke pejabat untuk menandatangani buku rekod guru praktikum sebagai tanda saya hadir menjalani PBS di situ. Selepas bacaan doa pagi dan program sudut ilmu bestari yang dikelolakan oleh guru bertugas, saya terus bergerak ke pusat sumber sekolah untuk melakukan rujukan berkenaan dengan tugasan yang telah diberikan oleh unit praktikum kepada kami. Disamping itu juga, saya menyusun tugasan-tugasan yang telah dilaksanakan mengikut susunan dengan berpandukan senarai semak yang telah dibekalkan kepada kami sebelum menjalani program PBS ini untuk diletakkan dalam portfolio. Saya juga turut membuat catatan refleksi hasil daripada maklumat yang telah saya capai sepanjang beradanya saya di sekolah ini. Mengikut perancangan aktiviti berfokus yang telah dilakar, hari ini saya sepatutnya menjalankan sesi temubual bersama guru-guru dan juga kakitangan di sekolah ini di samping mengambil gambar-gambar persekitaran dan melengkapkan borang kolaborasi sebagai bahan bukti kepada temubual yang telah saya jalankan.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Sebaik sahaja selesai sahaja sesi bacaan doa pagi dan program sudut ilmu, saya bercadang untuk mengadakan satu temubual ringkas bersama dengan guru penolong kanan 1 Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi iatu Pn Hjh Sauma bt Mohamed, namun beliau tiada di bilik pada masa itu. Jadi saya bercadang untuk bertemu dengannya selepas waktu rehat nanti. Jadual perancangan saya pada hari ini tidak begitu padat seperti semalam. Justeru , saya bercadang untuk besiar-siar sekitar perkarangan sekolah sambil mengambil gambar sebagai lampiran untuk portfolio individu. Sekitar jam 10.30 pagi, saya pergi menemubual salah seorang daripada kakitangan sekolah ini. Beliau bertugas sebagai pembersih kawasan sekolah. Beliau yang lebih dikenali sebagai Puan Rozi yang lebih mesra di panggil Kak Rozi telah memberikan kerjasama yang padu dalam menjawab pelbagai persoalan yang saya kemukakan. Isu berkenaan dengan kebersihan sememangnya adalah merupakan perkara yang acap kali dibicarakan di setiap buah sekolah. Berdasarkan temubual yang telah di jalankan, Kak Rozi menyatakan bahawa rata-rata kelas yang mempunyai tahap kebersihan yang tinggi adalah merupakan kelas-kelas yang terdiri daripada kelas-kelas yang berada di bawah mengikut susunan. Hal ini berbeza dengan murid-murid bijak yang berada di kelas satu di mana mereka hanya menumpukan sepenuhnya kepada pembelajaran hingga mengabaikan kebersihan bilik darjah. Temubual yang telah dijalankan sekadar mengambil masa selama 10 minit kerana Kak Rozi mempunyai kerja yang perlu diselesaikan sebelum beliau pulang. Selepas itu, saya sempat juga meninjau keadaan di prasekolah di mana kanak-kanak pada ketika itu sedang melakukan latih tubi berkenaan dengan apa yang telah dipelajari pada hari itu. Pelbagai gelagat dan celoteh yang dapat saya perhatikan sewaktu kanakkanak itu menyempurnakan tugasan yang telah diberikan oleh guru. Malahan saya turut bersama mereka sewaktu saat untuk mereka pulang. Di sinilah saya dapat mempelajari perkara baru di mana sebagai seorang guru prasekolah, aspek keselamatan kanakkanak adalah merupakan suatu perkara yang harus dijadikan keutamaan. Adalah merupakan tanggungjawab seseorang guru prasekolah itu untuk mengiringi kanakkanak hinnga ke pintu pagar sekolah selepas habis sesi persekolahan.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Sebelum pulang, kira-kira jam 12.30 tengahari, saya sempat bertemu dengan guru penolong kanak 1 iatu Pn Hjh Sauma bt Mohamed untuk mengadakan satu sesi tembual ringkas. Temubual yang saya jalankan adalah menjurus kepada apakah peranan-peranan guru penolong kanan pentadbiran dalam memastikan kelancaran pentadbiran sekolah. Berikut adalah merupakan respon beliau daripada sesi temubual yang telah saya jalankan di mana beliau menyatakan bahawa guru penolong kanan 1 berperanan dalam : I. Melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar semasa ketiadaannya di sekolah. II. Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang ditetapkan dari semasa ke semasa. III. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubungkait dengan kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan masyarakat dan juga keselamatan. IV. Membantu Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang. V. Memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah. VI. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program dan projek sekolah. Hari kedua pelaksanaan program PBS ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang permasalahan yang berlaku. Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada saya dalam usaha untuk memperlengkapkan kandungan portfolio individu dan menyempurnakan tugasan yang telah diberikan oleh unit praktikum.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Laporan Harian Pengalaman Berasaskan Sekolah

Hari

: Rabu

Tarikh : 20 Mac 2013 Masa : 7.15 pagi 1.25 petang Hari ini lebih baik dari hari semalam. Itulah harapan saya semasa menjejakkan kaki ke SKB pada hari ketiga ini. Diharap saya diberi kekuatan untuk menempuh hari yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini. Seperti biasa, seawal jam 7.15 pagi saya sudah tiba di perkarangan sekolah bagi meneruskan program Pengalaman Berasaskan Sekolah di hari yang ketiga ini. Selepas menandatangani buku rekod kehadiran guru praktikum di pejabat, saya berehat di kerusi batu yang disediakan sebentar untuk membuat persediaan sebelum berjumpa dengan guru penolong kanan kokurikulum Puan Aazizah Binti Mohamed bagi mendapatkan butiran mengenai struktur perjalanan kokurikulum di sekolah itu. Hal ini kerana, sub tugasan untuk PBS pada kali ini adalah berkenaan dengan sejauhmanakah penglibatan pelajar dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Justeru segala butiran mengenai perjalanan kokurikulum di sekolah ini adalah amat penting dalam usaha untuk menyempurnakan tugasan ini. Sekitar jam 8.30 pagi, setelah selesai menyusun segala dokumen yang perlu saya terus mengorak langkah ke pejabat bagi mengadakan temubual ringkas bersama dengan Puan Aazizah Binti Mohamed selaku guru penolong kanan Kokurikulum. Setibanya saya di pejabat beliau, kelihatan beliau sedang sibuk melayan tetamu dari luar. Saya mengambil langkah untuk bersiar-siar mengirup udara segar di sekitar perkarangan sekolah sementara menunggu kelapangan beliau. Justeru, saya memilih untuk melawat ke prasekolah seketika. Saya

berkesempatan untuk memerhatikan cara guru mengajar pada murid-murid prasekolah ini. Mata pelajaran pada masa itu adalah subjek Bahasa Melayu. Rusminah Ramlan iatu guru Prasekolah Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi. Beliau adalah merupakan seorang yang sangat berpengalaman dalam mengajar kanak-kanak

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

prasekolah. Justeru, tidak hairanlah jika saya katakan bahawa kaedah pengajaran yang digunakan oleh beliau sangat pelbagai dan mampu menarik minat kanak-kanak tanpa ada sebarang masalah di samping mampu mengawal kelas dengan efektif. Saya terpegun melihat kredibiliti cikgu Rusminah yang menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik seperti patung puppet yang direka dengan sendirinya di samping memainkan melodi iringan dengan menggunakan kibod. Sememangnya, guru seumpama inilah yang sewajarnya untuk kita contohi disamping di salami segala cara dan pendekatan yang dibawa oleh beliau. Jam menunjukkan angka 9.45, di mana kini tibalah masa untuk kanak-kanak ini berehat bagi menjamu selera di ruang makan yang di sediakan dalam prasekolah. Saya juga turut dijemput makan bersama dengan cikgu Rusminah dan pembantu, perasaan malu dalam diri saya pada ketika itu sememangnya tidak dapat saya bayangkan. Setelah selesai menjamu selera, saya terus berganjak ke pejabat bagi meneruskan aktiviti yang tertangguh sebentar tadi. Akhirnya, dapatlah juga saya bersua dengan Puan Aazizah Binti Mohamed bagi mengadakan suatu sesi temubual ringkas. Pelbagai persoalan telah saya ajukan kepada beliau berkenaan dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang seringkali dijalankan di sekolah ini. Beliau menjelaskan serba sedikit berkenaan dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang seringkali dijalankan di sekolah. Untuk pengetahuan semua, sekolah ini mempunyai empat buah unit beruniform yang terdiri daripada pengakap, pandu puteri, puteri islam, dan persatuan bulan sabit merah. Pada setiap hari rabu, semua pelajar di wajibkan untuk memakai baju beruniform sebagaimana ianya tergolong dalam salah satu aktiviti kokurikulum yang telah dirancang oleh pihak sekolah dan unit kokurikulum. Setiap unit beruniform akan mengadakan perjumpaan sebanyak dua kali dalam satu bulan di mana pada ketika itu mesyuarat unit beruniform tersebut akan dikendalikan oleh guru penasihat bagi unit beruniform yang berikut. Pihak sekolah juga turut mengadakan perkhemahan tahunan di mana ianya diadakan pada pertengahan tahun agar tidak menggangu pelajar tahun 6 yang sedang melakukan persediaan untuk menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ).

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Pihak sekolah juga seringkali menggalakkan para pelajar untuk melibatkan diri secara altif dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan sama ada di peringkat zon, daerah mahupun di peringkat negeri kerana ianya semua membawa sejumlah markah yang besar kepada korikulum pelajar. Hal ini adalah merupakan suatu perkara yang amat penting terutamanya kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah di mana ianya secara tidak langsung mempengaruhi halatuju mereka pada masa yang akan datang. Setelah selesai menjalankan temubual ringkas bersama Puan Aazizah, saya mengambil sedikit masa yang ada untuk menjamu selera di kantin sekolah secara berseorangan. Perasaan kekok itu jelas terasa apabila panggilan salam dan Selamat pagi cikgu seringkali diungkapkan oleh para pelajar di sini kepada saya. Angka pada jam tangan sudah menunjukkan bahawa waktu pulang sudah hampir tiba. Tanpa melengahkan masa, saya terus ke pejabat untuk mendapatkan butiran-butiran lanjut berkenaan dengan sekolah.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Hari : Khamis Tarikh : 21 Mac 2013 Masa : 7.15 pagi 1.30 petang

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah menginjak ke hari yang keempat saya berada di SKB bagi melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah sesi pertama. Hampir 80 peratus kerja yang telah disenaraikan siap dan ada yang masih dalam proses untuk disiapkan. Masa yang tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum saya kembali ke IPG Ipoh yang tercinta. Jadual harian berjalan seperti biasa. Tiba di sekolah, terus ke pejabat untuk menandatangani buku rekod kedatangan, mengikuti bacaan doa, melibatkan diri dalam sesi Sudut Ilmu dan masuk ke kelas bagi menjaga peperiksaan. Walaupun perkara tersebut tidak terkandung dalam diari harian, tetapi perkara seumpama inilah yang seringkali berlaku dan ianya menjadi rutin dalam diri seorang guru. Akan tetapi selepas seharian berada di sekolah pada hari pertama, saya berasa seperti sudah berada di sekolah ini dalam suatu jangka masa yang lama. Harapan saya agar saya dapat bersabar dalam mengharungi apa jua rintangan dan dugaan yang bakal mendatang. Memandangkan kerja yang diberi sudah hampir siap dan disempurnakan. Saya bercadang untuk bersiar-siar di perkarangan sekolah meskipun perkara ini seringkali di lakukan oleh saya pada hari-hari yang lepas. Merujuk jadual aktiviti berfokus yang telah dirancang, hari ini saya seharusnya pergi ke pejabat untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan system pengurusan sekolah di samping cuba untuk mendapatkan pelan sekolah yang asli. Hal ini kerana, butiran-butiran ini semua akan saya muatkan dalam portfolio sebagai bahan bukti saya telah menjalankan penyelidikan. Namun, hasrat untuk pergi ke pejabat terpesong seketika dek kerna tertarik dengan sebuah

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

kelas Pendidikan Khas yang khususnya bagi murid-murid yang mempunyai masalah Disleksia. Sejujurnya, saya tidak pernah mengetahui apa-apa maklumat berkenaan dengan penyakit Disleksia ini. Untuk pengetahuan semua, Disleksia adalah merupakan salah satu daripada masalah pembelajaran yang dialami oleh seseorang individu. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia. Kebetulan pada masa itu adalah waktu di mana mereka para pelajar disleksia sedang menduduki peperiksaan. Justeru, saya berpeluang melihat bagaimana rupanya seseorang kanak-kanak disleksia itu menulis, di mana kanak-kanak yang menghidapi penyakit ini dikatakan menulis dengan cara terbalik. Sayu sungguh rasa hati bila melihat akan gelagat kanak-kanak itu. Terdapat juga antara mereka yang langsung tidak dapat menulis dan membaca. Saya juga sempat menemu ramah guru Pendidikan Khas yang bertugas menjaga kanak-kanak ini iatu Puan. Arbaenah Binti Jumain yang merupakan seorang guru Pendidikan Khas yang berpengalaman di negeri Johor. Pelbagai persoalan telah saya ajukan kepada beliau berkenaan dengan Disleksia ini dan ternyata beliau adalah seorang yang amat mahir dalam mengendalikan kanak-kanak yang mempunyai permasalahan ini. Beberapa keping gambar sempat saya tangkap semasa berada di bilik itu. Sebaik sahaja selesai melawat bilik Pendidikan khas, saya terus menuju ke pejabat bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan sistem pengurusan sekolah dan pelan pembinaan asal sekolah. Kerjasama yang telah diberikan oleh pihak

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

pengurusan dan pembantu tadbir sekolah ternyata telah memudahkan kerja saya dalam proses pengumpulan maklumat. Dalam usaha untuk mendalami berkenaan dengan sekolah tersebut disamping memperbanyakkan kolaborasi antara saya dan juga guru-guru serta kakitangan sekolah, saya telah memilih untuk melakukan temuduga bersama dengan Pn Raamah bt Amri selaku guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah ini. Pelbagai persoalan telah saya ajukan kepada beliau dan antaranya adalah berkenaan dengan peranan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dalam memastikan kelangsungan aktiviti-aktiviti sekolah disamping menjaga kebajikan pelajar. Berdasarkan temubual ringkas yang telah dijalankan, dapat saya huraikan dalam istilah yang mudah, pengurusan HEM adalah proses-proses yang berhubungkait dengan: Perancangan kerja atau program bagi murid/pelajar Pengelolaan murid/pelajar dan program secara berkesan Pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi Penyeliaan dan penyelarasan aktiviti-aktiviti Pengawalan, penilaian prestasi murid/pelajar dan penilaian program

Beliau juga turut menyatakan bahawa terdapat pelbagai program yang telah dirancang dalam usaha untuk menjaga kebajikan dan juga keselamatan para pelajar sama ada di dalam mahupun diluar bilik darjah. Antaranya adalah program 3K iatu keselamatan, keceriaan dan kesihatan. Pelbagai aktiviti turut dijalankan bagi memeriahkan kempen ini, antaranya ialah pertandingan kelas terbersih mengikut aliran tahap 1 dan 2. Hari keempat saya di sekolah ini menyaksikan bahawa terdapat banyak perkara baru yang telah saya pelajari. Antaranya adalah pengenalan berkenaan dengan masalah pembelajaran Disleksia, peranan Hal Ehwal Pelajar dan sebagainya. Hari ini adalah merupakan hari terakhir untuk saya berada di sekolah ini bagi menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Perasaan sedih muncul dalam diri kerana sepanjang seminggu saya berada di sekolah ini, terdapat pelbagai kenangan

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

serta ilmu pengetahuan yang baru telah saya peroleh. Namun, kehidupan mesti diteruskan dan saya harus bangun dan menoleh kehadapan. Seawal jam 7.15 pagi saya sudah tiba di perkarangan sekolah dengan menaiki motosikal. Dengan pakaian lengkap berbaju batik, semua guru-guru seakan-akan terpesona melihat kelibat saya masuk kedalam pejabat untuk menandatangani buku rekod kehadiran guru praktikum. Pada pagi khamis yang indah ini, saya dan juga guru-guru yang lain sama-sama berhimpun bagi mengikuti program Membudayakan Amalan Al-Quran di mana semua murid-murid yang beragama Islam diwajibkan untuk berkumpul di dataran perhimpunan untuk sama-sama membaca yassin dan tahlil. Program ini adalah merupakan program yang wajib di mana ianya telah dimuatkan dalam takwin sekolah sebagai salah satu aktiviti yang harus dijalankan. Setelah selesai mengikuti bacaan yassin dan tahlil, saya pergi ke pusat sumber sekolah untuk mengemaskini segala dokumen-dokumen yang perlu di samping menyiapkan tugasan yang belum lagi diselesaikan. Sekitar jam 10.30 pagi, saya pergi melawat kanak-kanak di prasekolah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada mereka dan juga kepada guru prasekolah di situ yang juga turut bertindak sebagai guru pembimbing saya sepanjang beradanya saya di sekolah itu. Sebelum pulang, saya pergi ke pejabat untuk mendapatkan pengesahan terhadap beberapa dokumen rasmi yang dibekalkan oleh pihak maktab sebagai bahan bukti untuk saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah di sini. Malahan, tanpa saya duga pihak sekolah juga turut menganugerahkan sijil penghargaan kepada saya sebagai tanda terima kasih kerana memilih sekolah mereka sebagai destinasi untuk saya melaksanakan kajian. Saya juga turut pergi ke bilik guru untuk mengucapkan terima kasih disamping bersalam-salaman sebagai tanda penghargaan dari saya kerana sudi menerima kehadiran saya di sini. Saya melangkah keluar sekolah dengan sejuta perasaan yang saya sendiri tidak dapat gambarkan. Harapan saya agar program seumpama ini dijalankan lagi pada masa yang akan datang agar lebih ramai lagi guruguru yang berdedikasi dapat dilahirkan seterusnya membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara yang seimbang.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Pernyataan Profesional Program Pengalaman Berasaskan Sekolah PBS Sesi Kedua 2011 a. Apa yang dilaksanakan sebelum menjalani PBS Pada 14 Ogos 2012, semua pelajar unit K dikehendaki untuk menghadiri taklimat Program Pengalaman Berasaskan Sekolah di Dewan Seri Melati pada pukul 10.30 pagi. Taklimat ini telah diberikan oleh pegawai dari Unit Praktikum. Beliau telah menerang tentang pelaksanaan PBS secara lebih lanjut bagi memastikan semua pelajar dapat menjalankan PBS dengan lancar dan sempurna. PBS merupakan salah satu komponen Amalan Profsional bagi kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pengalaman ini bertujuan menyediakan peluang kepada pelajar untuk melihat bagaimana situasi bergelar sebagai guru disekolah rendah yang akan dilalui oleh setiap pelatih Institut Pendidilkam Guru (IPG) bagi semester 1, 2, 3, dan 4. PBS ini bertujuan untuk memberi latihan dan pendedahan awal kepada para pelatih IPG sebelum menjalani latihan praktikum pada semester 5, 6, dan 7 serta mengajar di sekolah selepas tamat pengajian kelak. PBS memberi peluang kepada para guru pelatih untuk mengenali suasana, budaya dan kawasan persekitaran sekolah. Selain itu, para pelatih dapat mengenali guru-guru dan murid-murid dengan lebih dekat. Para pelatih juga dapat melihat bagaimana cara guru-guru mengendalikan kelas. Hal demikian penting kerana para pelatih yang akan behadapan dengan situasi tersebut apabila menempuh alam perguruan kelak. Justeru, PBS merupakan pengalaman yang sangat berharga dan berguna kepada para pelatih. Dalam taklimat yang diberikan selama 3 jam itu, pegawai unit praktikum tersebut turut memberi nasihat kepada semua pelatih supaya menjaga nama baik IPG dan menjaga imej sebagai seorang bakal guru yang berwibawa. Beliau mengharapkan agar pelatih tidak sama sekali ponteng sewaktu menjalankan PBS dan menjalankan tugasan yang telah diberikan dengan sewajarnya

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Selain itu juga, Encik Jalallulail Abd Manab dari Jabatan Ilmu Pendidikan turut memberikan taklimat tentang tugasan yang perlu dijalankan semasa menjalani PBS kelak. Tugasan yang diberikan adalah berkaitan dengan penyediaakn serta

perancangan menu pemakanan kanak-kanak di prasekolah. Hal ini meliputi dari segi bahan masakan yang digunakan sama ada berkhasiat ataupun tidak, cara penyediaan, dan sebagainya. Aspek-aspek yang perlu diselidik sewaktu PBS ini telah dirangkumkan dalam satu borang soal selidik yang telah kami reka secara berkumpulan. Dalam alam persekolahan, kurikulum adalah merupakan perkara penting dan menjadi fokus utama setiap sekolah. Kurikulum ialah skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran yang diajar di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran berdasarkan jenis pengajian di sekolah. Contohnya, mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Agama Islam dan sebagainya diajar di Sekolah Rendah kebangsaan manakala subjek bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar di Sekolah Rendah kebangsaan yang mempunyai aliran bahasa Cina dan bahasa Tamil. kurikulum yang merupakan sebahagian daripada kurikulum asas iatu kegiatan atau aktiviti selain matapelajaran yang diajar di dalam bilik darjah. Namun demikian, hal tersebut dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan murid-murid di sekolah. Misalnya, unit beruniform, persatuan atau kelab serta sukan dan permainan. Di samping itu, kokurikulum berfungsi sebagai alat perantaraan untuk mengasah dan mencungkil bakat yang terdapat dalam diri murid-murid. Lebih-lebih lagi, kokurikulum dapat membentuk konsep kendiri yang positif dalam diri murid-murid. b. Apa yang dilalui dan dijalankan sepanjang menjalankan PBS Destinasi PBS kali kedua saya pada kali ini ialah di Johor Bahru, iatu di kampung halaman saya sendiri. Setibanya saya di Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi, saya telah bertanyakan kepada pengawal keselamatan di situ di mana tempat untuk meletakkan kenderaan. Meskipun saya adalah merupakan orang baru disitu, namun pengawal tersebut tetap memberikan kerjasama yang baik kepada saya secara tidak langsung menimbulkan presepsi awal yang positif oleh saya terhadap warga sekolah itu.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Selepas itu, saya telah berjumpa dengan guru-guru dan guru penolong kanan. Kedatangan saya diterima dengan baik oleh guru-guru dan juga kakitangan disana. Semasa menghadiri perhimpunan pagi, saya telah dipanggil oleh guru bertugas untuk memperkenalkan diri dihadapan khalayak murid dan juga guru-guru. Meskipun saya merasa gementar, namun dengan berbekalkan pengalaman sebagai wakil pemidato di sekolah pada masa lalu telah membuatkan saya berjaya mengucapkan sepatah dua kata di hadapan khalayak guru dan juga para pelajar dengan jayanya. Selepas sahaja, selesai menghadiri perhimpunan pagi, saya bergerak ke bilik gerakan bersebelahan dengan pejabat pentadbiran untuk bertemu dengan guru besar. Selepas mengucapkan salam dan memperkenalkan diri secara ringkas, guru besar Pn Nurlia bt Mohamad menceritakan serba sedikit tentang sejarah sekolah dan pengurusan sekolah. Saya telah menyusun jadual sepanjang lima hari saya berada di sekolah itu nanti. Hal ini bagi memudahkan saya untuk menjalankan tugasan yang telah diarahkan tanpa ada sebarang perkara yang tertinggal kerana setiap input yang diperoleh semasa PBS ini adalah amat berharga nilainya. Alhamdulillah, saya telah mendapat kerjasama yang penuh daripada semua guru dan juga kakitangan di sekolah ini. Saya melalui hari-hari yang sangat menyeronokkan sepanjang lima hari berada di SKB. Tidak ketinggalan juga di mana saya turut berkenalan dengan beberapa orang daripada kakitangan sekolah dan pekerja kantin. Ada diantara mereka merupakan rakan kepada ibu dan bapa saya. c. Apa yang telah dicapai setelah tamat program Pengalaman Berasaskan Sekolah Sepanjang lima hari saya berada di SKB, banyak ilmu yang telah saya pelajari. Sebagai contoh, cara menguruskan murid yang bermasalah, cara mengawal disiplin pelajar semasa di kantin dan sebagainya. Berat hati saya untuk meninggalkan SKB. Semasa berada di sana, saya telah mengetahui serba sedikit berkenaan dengan bidang psikologi berkenaan dengan bagaimana cara untuk saya berhadapan dengan kanakkanak prasekolah.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Hal ini kerana, pendekatan yang harus dibawa sewaktu berdepan dengan kanakkanak kecil ini ternyata amat berlainan pendekatannya jika kita berhadapan dengan kanak-kanak yang umurnya lebih dewasa dan matang. Selain itu, sepanjang proses pelaksanaan program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini juga, saya telah menimba pelbagai pengalaman baru di samping terdapat juga pengajaran yang ada di samping perkara-perkara yang telah saya lakukan. Pengenalan kepada Penyakit Disleksia adalah merupakan suatu perkara yang baru dalam hidup saya dan ianya secara tidak langsung memberi iktibar serta pengajaran kepada diri saya agar senantiasa bersyukur atas segala kurniaan Allah S.W.T dan tidak sesekali takbur atau riak dengan nikmat yang telah diberikan. Selepas tamatnya program ini, kesemua guru pelatih dikehendaki untuk membuat satu laporan. Hal ini juga secara tidak langsung telah membiasakan diri saya untuk melakukan sesuatu perkara dalam bentuk lisan secara rasmi. Tuntasnya, pelbagai kenangan bermain di fikiran saya tatkalan berada dalam proses

penyempurnaan tugasan.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

PROFIL SEKOLAH Nama Sekolah Alamat Sekolah No Telefon E-Mail Homepage Gred Sekolah Sesi Sekolah Bilangan Kelas Biasa Bilangan Kelas Pra Sekolah Bilangan Kelas Pemulihan Bilangan Guru Bilangan Jaga Guru Besar Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan HEM Penolong Kanan Ko K Guru Bimbingan : Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi : 114 Jalan Omar, 81900 Kota Tinggi : 07-8831261 : SkbandarKT@yahoo.com : http://skbandar.blogspot.com : Gred A : Pagi : 16 kelas : 2 Kelas : 1 Kelas : 41 orang : 3 Orang : Puan Nurlia Binti Mohamad : Puan Hajah Sauma Binti Mohamed : Puan Raamah Binti Amari : Puan Aazizah Binti Hassan : Puan Rusminah Ramlan

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

SEJARAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KOTA TINGGI, JOHOR Sekolah Kebangsaan Bandar pada peringkat permulaannya telah dibina dan didirikan di Kampong Makam iaitu kira-kira 2 kilometer jauhnya dari Bandar Kota Tinggi pada tahun 1899 atas kesepakatan dan daya usaha masyarakat Melayu setempat ketika itu. Sekolah ini merupakan sekolah pertama dan tertua di daerah Kota Tinggi. Guru Besar pertamanya ialah Encik Awang Perancis. Memandangkan kepesatan pembangunan ekonomi di daerah Kota Tinggi dan pertambahan bilangan penduduk ketika itu serta jumlah muridnya semakin bertambah maka sekolah tersebut telah dipindahkan ke bangunan lain di Jalan Idris pada tahun 1890. Sekolah tersebut dikenali sebagai Sekolah Melayu Kota Tinggi. Pada tahun 1926 atas permintaan pihak pentadbiran pendidikan ketika itu sebuah bangunan baru yang lebih baik telah dibina oleh pihak kerajaan di atas sebidang tanah berhampiran tebing Sungai Johor, Kota Tinggi. Bangunan itu kini dikenali sebagai Dewan Warisan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi. Pada peringkat awal sekolah ini dibina ianya merupakan sekolah campuran menampung murid lelaki dan murid perempuan. Namun demikian pada tahun 1939 sebuah sekolah baru dibina khas untuk murid lelaki di atas sebidang tanah berhampiran dengan sekolah asal iaitu di atas tapak bangunan sekolah yang sedia ada sekarang yang pada ketika itu dikenali sebagai Sekolah Lelaki Melayu, Kota Tinggi. Murid-murid perempuan kekal bersekolah dibangunan terdahulu dan dikenali sebagai Sekolah Perempuan Melayu, Kota Tinggi.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Pada tahun 1940 pentadbiran kedua-dua sekolah telah digabungkan kembali di bawah pentadbiran seorang Guru Besar iaitu Allahyarham Tuan Haji Syed Abd. Rahim bin Syed Muhammad. Kedua-dua sekolah tersebut dikenali sebagai Sekolah Melayu Bandar, Kota Tinggi. Atas dasar Kementerian Pelajaran Malaysia Sekolah Melayu Bandar Kota Tinggi yang terletak di 114, Jalan Omar, 81900 Kota Tinggi sekali lagi ditukar nama dan dikenali dengan nama barunya sebagai Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

LOGO DAN MOTTO SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOTA JAYA

Saiz

Tinggi 5 cm Lebar 4.7 cm

Obor Pen Keris

: : :

Penyuluh Hidup Melakirkan pelajar berinisiatif, kreatif dan inovatif Sedia menghadapi cabaran Bermuafakat dan Kerjasama

Bunga Padi :

Motto sekolah : " CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG "


Adalah cogankata yang pendek dan tepat serta berupaya mengungkapkan seribu pengertian. Jelas menunjukkan bahawa setiap kejayaan yang ingin dikecapi tidak akan datang bergolek di hadapan kita jika hanya duduk menadah tangan tetapi perlu diikuti dengan usaha yang tidak mengenal erti jemu.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Kejayaan yang manis diirngi dengan usaha yang gigih dan tekun akan lebih bermakna. Kata-kata ini bukan sahaja ditujukan kepada murid-murid malah kepada guru-guru , kakitangan sekolah, ibu bapa serta masyarakat persekitaran sekolah. Pendek kata kita tidaklah sepatutnya menyerah diri kepada takdir semata-mata, sebaliknya perlu mempertingkatkan usaha jika ingin mencapai sesuatu kejayaan yang cemerlang. .

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

LAGU SEKOLAH Ikrar Setia Kami murid SKB Berikrar dan berjanji Belajar bersungguh-sungguh Agar cita tetap berjaya Rukun sekolah kami Akan kami patuhi Hidup berkerjasama Berdisiplin dan setia Guru dan ibubapa Tetap kami sayangi Hormat,setia,berjasa Simfoni hidup bahagia Didikan yang diberi Tetap disanjung tinggi Bersinar cahaya ilmu Menerangi hidup kami

Lagu : Tan Yee Chew Lirik : Ramli Jamiran

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan Dalam usaha untuk menyempurnakan tugasan ini, terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang telah saya gunakan. Antaranya adalah melalui kaedah : Pemerhatian Temubual Soal selidik Senarai semak

Kaedah 1 : Pemerhatian Semasa menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada cuti pertengahan semester yang lalu, saya telah melakukan pemerhatian terhadap sekolah yang saya lawati daripada pelbagai aspek. Aspek yang pertama adalah dari segi keberkesanan sistem pentadbiran dalam memastikan kelangsungan aktiviti-aktiviti sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat kebangsaan. Hal ini kerana, sistem pentadbiran sekolah adalah merupakan tunjang yang membawa sekolah kearah kecemerlangan di samping meraih pelbagai kejayaan dalam pelbagai bidang. Disamping itu juga, saya juga turut menjalankan pemerhatian dari segi aspek kebersihan dimana ianya adalah merupakan salah satu isu yang seringkali dibicarakan di setiap buah sekolah. Hal ini kerana, kebersihan adalah merupakan unsur yang penting dalam mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Sepertimana teoriteori yang telah di perkenalkan oleh tokoh-tokoh pemikir terdahulu, di mana ada menyebut bahawa faktor perkembangan seseorang individu itu sama ada dari aspek kognitif mahupun aspek-aspek yang lain bergantung kepada faktor persekitaran. Justeru, adalah wajar bagi saya untuk melakukan pemerhatian serta penyelidikan terhadap isu ini agar segala kekurangan dapat diatasi manakala penambahbaikan dapat juga kita amati. Pemerhatian terhadap bagaimana cara seseorang guru itu mengajar serta pendekatan yang digunakan sudah pasti akan saya lakukan. Sebagai seorang guru

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

pada masa yang akan datang, adalah amat wajar sekiranya kita mengambil contohcontoh akan guru-guru yang sudah lama berkecimpung dalam dunia pendidikan. Hal ini kerana, setiap guru mempunyai cara yang berlainan dari segi cara guru tersebut mengajar dan menyampaikan ujaran. Justeru, saya mengambil langkah untuk memerhati akan bagaimana seseorang guru itu menyampaikan apa yang diajarkannya dengan berkesan dan efektif. Pemerhatian dari segi budaya yang diterapkan dalam kalangan murid di sekolah itu turut saya jalankan di mana budaya-budaya seperti memberi salam, cintai alam sekitar dan sebagainya adalah merupakan suatu perkara yang wajar di amal dan diterapkan dalam diri kanak-kanak terutamanya kepada mereka yang berada di bangku persekolahan. Hal ini kerana, nilai-nilai murni seumpama ini seharuslah di pupuk sejak kecil lagi agar para pelajar ini menjadi manusia yang berguna pada masa yang akan datang. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Segala maklumat yang diperoleh melalui kaedah ini, saya rekodkan dalam bentuk gambar dengan menggunakan kemudahan kamera yang ada. Maklumatmaklumat sampingan yang diperoleh akan dimuatkan dalam sudut lampiran pada akhir tugasan ini.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Gambar-gambar semasa sesi pemerhatian sedang dijalankan

Rajah 1 : Kaedah P&P yang digunakan oleh guru prasekolah

Rajah 2 : Suasana serta persekitaran sekolah yang kondusif

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Kaedah 2 : Temubual Kaedah kedua yang saya gunakan dalam usaha untuk memperolehi maklumat berkenaan dengan tugasan yang diberikan adalah merupakan kaedah temubual. Semasa menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), kaedah temubual ini seringkali saya aplikasikan terutamanya dalam usaha untuk memperoleh maklumat berkenaan dengan sistem pengurusan sekolah. Kaedah temubual ini bukan sahaja termaktub kepada suatu sesi temuduga bahkan ianya mempunyai satu skop yang luas. Dalam usaha untuk memperlengkapkan borang kolaborasi, saya telah mengadakan temubual dengan pelbagai pihak. Bermula dari pihak pengurusan hinggalah ke kakitangan sekolah. Melalui kaedah ini juga, ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi kita dengan betul di mana nada suara untuk kita mengadakan suatu temubual hendaklah berada pada tahap yang sederhana dan tidak terlalu kasar. Justeru, kaedah ini juga secara tidak langsung dapat membentuk personaliti seseorang individu itu menjadi lebih baik dan progressif. Dalam usaha untuk menghuraikan isu-isu yang tedapat dalam sekolah, saya telah mengadakan temubual bersama dengan pelbagai pihak. Sebagai contoh, saya telah mengadakan satu sesi temubual bersama dengan staf di sekolah itu yang bekerja sebagai pembersih kawasan sekolah. Sewaktu sesi temubual di jalankan, isu yang kami bicarakan adalah berkenaan dengan isu kebersihan. Justeru, ianya telah memudahkan saya dalam membuat analisis berdasarkan isu yang telah dikemukakan. Segala maklumat yang diperoleh, akan saya rekodkan dalam borang kolaborasi yang akan dimuatkan dalam tugasan pada akhir sesi mengemaskini tugasan dan portfolio peribadi.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Temubual bersama Guru Besar

Pn Nurlia bt Mohamad Dalam usaha untuk memperolehi maklumat berkenaan dengan keperluan tugasan, saya telah mengadakan temubual ringkas bersama dengan guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya. Antara soalan yang dikemukakan sewaktu temubual berlangsung adalah seperti isu-isu yang ada di dalam sekolah ini yang boleh saya huraikan, pengalaman beliau sebagai seorang guru dan sebagainya. Di samping itu juga, saya turut bertanyakan kepada beliau serba sedikit berkenaan dengan perjalanan sistem pentadbiran sekolah dan meminta pendapat beliau tentang bagaimana untuk menjadi seorang guru yang professional di samping mempunyai kualaiti kerja yang mantap. Temubual kami tidaklah termaktub kepada urusan-urusan formal, Puan Nurlia ini adalah merupakan rakan sejawat ibu saya pada suatu masa dahulu, justeru disamping mengadakan temubual kami juga turut bercerita berkenaan dengan hal-hal keluarga secara tidak langsung.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Temubual bersama Guru Penolong Kanan 1

Pn Hjh Sauma bt Mohamed Dalam usaha untuk memperolehi maklumat bagi memenuhi keperluan tugasan, saya telah mengadakan satu tembual ringkas bersama dengan guru Penolong Kanan 1 iatu Puan Hjh. Sauma bt. Mohamed. Antara soalan yang saya ajukan kepada beliau sewaktu sesi temubual berlangsung adalah seperti peranan beliau dalam memastikan kelangsungan sistem pentadbiran, peranan hal ehwal kurikulum, dan pengalaman beliau dalam bidang pendidikan. Selain itu, segala butir-butiran mengenai sistem pengurusan sekolah turut saya peroleh daripada beliau sewaktu sesi tembual di jalankan. Perbualan kami ini tidaklah termaktub kepada urusan pemerolehan maklumat dan sebagainya, malahan beliau juga turut bertanyakan serba sedikit berkenaan dengan latar belakang keluarga saya. Untuk pengetahuan semua, Puan Sauma ini adalah merupakan salah seorang daripada guru saya pada suatu ketika dahulu. Setelah sekian lama tidak bersua, maka banyaklah perkara yang dibicarakan antara kami berdua.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Temubual bersama Guru Penolong kanan HEM

Pn Raamah bt Amri Dalam usaha untuk memperolehi maklumat bagi memenuhi keperluan tugasan, saya telah mengadakan satu tembual ringkas bersama dengan guru Penolong Kanan HEM iatu Puan Raamah bt. Amri. Antara soalan yang saya ajukan kepada beliau sewaktu sesi temubual berlangsung adalah seperti peranan beliau dalam memastikan kelangsungan sistem pentadbiran, peranan hal ehwal pelajar, dan pengalaman beliau dalam bidang pendidikan. Selain itu, segala butir-butiran mengenai sistem pengurusan sekolah turut saya peroleh daripada beliau sewaktu sesi tembual di jalankan seperti bilangan pelajar mengikut bangsa, program-program yang dianjurkan di bawah kelolaan unit HEP dan sebagainya. Melalui temubual yang telah dijalankan saya juga secara tidak langsung mengetahui serba sedikit berkenaan dengan isu-isu pendaftaran pelajar yang tidak memiliki kewarganegaraan Malaysia. Justeru, ini adalah merupakan suatu pengetahuan yang baru kepada saya berkenaan dengan kes-kes seumpama ini.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Refleksi kendiri Alhamdulillah dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya menyempurnakan tugasan yang telah diberikan dengan jayanya. Sebaik sahaja menerima soalan tugasan, saya merasakan agak sukar bagi saya untuk memahami kehendak soalan. Hal ini kerana tugasan yang diberikan melibatkan penelitian berkenaan dengan perancangan menu pemakanan bagi kanak-kanak prasekolah. Oleh kerana ini adalah merupakan kali pertama kami menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, kami merasa bingung untuk melaksanakannya. Namun, setelah berjumpa dengan pensyarah pembimbing iatu Puan Salina Binti Pit dan melakukan sedikit perbincangan bersama rakan, akhirnya dapatlah juga saya memahami sedikit sebanyak berkenaan dengan kehendak soalan. Terdapat pelbagai input serta maklumat baru yang telah saya peroleh melalui tugasan ini. Antaranya ialah dari segi cara atau etika berpakaian sebagai seorang guru. Sebelum ini, saya seringkali mengambil remeh apabila ditegur berkenaan dengan cara saya berpakaian sewaktu hendak pergi ke kuliah. Namun setelah menjalani program PBS ini akhirnya permasalahan seumpama itu telah dapat saya atasi. Bukan sahaja dari aspek pemakaian, bahkan ianya juga dari aspek pertuturan. Saya adalah merupakan seseorang yang jarang sekali bergaul bersama dengan kanak-kanak kecil. Tambahan pula, saya adalah merupakan anak bongsu dalam keluarga. Jadi saya tidak berkesempatan untuk merasakan bagaimana perasaan apabila mempunyai seorang adik. Program PBS ini telah mengajar saya tentang cara berkomunikasi dengan menggunakan nada yang sederhana terutamanya tatkala berdepan dengan kanakkanak kecil seperti prasekolah. Justeru, dapatlah saya simpulkan bahawa program ini sememangnya mempersiapkan diri saya dalam usaha untuk menjadi seorang guru yang berjaya pada masa yang akan datang. Selain itu, melalui pemerhatian yang telah saya jalankan, terdapat banyak pendekatan baru yang dapat saya perhatikan. Pendekatan ini merujuk kepada bagaimana cara seseorang guru itu, mengajar di dalam kelas di samping menggunakan alat bantu mengajar yang pelbagai. Sememangnya, program ini banyak meninggalkan kenangan manis dalam hidup saya sebagai seorang bakal guru.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Saya berpendapat bahawa, tugasan ini adalah merupakan suatu tugasan yang mencabar minda dan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam usaha untuk menyempurnakannya terutama sewaktu penghasilan portfolio individu di mana kami harus mencari maklumat yang sebanyak mungkin untuk dimuatkan dalam kandungan portfolio. Namun semua itu, dapat diatasi dengan adanya jadual perancangan yang sistematik. Justeru, tugasan ini sememangnya mendatangkan pelbagai faedah di samping membentuk satu perkembangan kendiri yang positif. Saya berharap agar tugasan seumpama ini dijalankan lagi pada masa yang akan datang agar lebih ramai lagi guruguru yang berkualiti dapat dilahirkan.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Ilmu Pengetahuan Baru Pengalaman Berasaskan Sekolah ini adalah merupakan suatu aktiviti yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan disamping membentuk nilai-nilai norma yang positif dalam diri seorang guru pelatih. Terdapat banyak ilmu pengetahuan baru yang telah saya peroleh daripada pelbagai aspek. Antaranya ialah : Pemerhatian Soal Selidik Temubual Senarai semak

Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, terdapat pelbagai perkara baru yang telah dapat saya amati. Antaranya adalah seperti penggunaan pelbagai jenis pendekatan sewaktu mengajar. Sebagai seorang guru, kita hendaklah senantiasa berusaha dengan berfikir secara kreatif dalam mengatur langkah-langkah yang sewajarnya untuk menarik minat murid untuk belajar. Pelbagai pendekatan harus digunakan bagi menarik minat pelajar di samping apa yang diajarkan itu dapat diterima dengan jelas oleh para pelajar. Sepertimana yang telah saya perhatikan, guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi ini menggunakan pelbagai jenis pendekatan sewaktu mengajar. Antaranya adalah seperti, menggunakan latar belakang muzik tatkala sesi pembelajaran berlangsung. Perkara ini saya perhatikan ketika menjalankan penelitian di prasekolah. Guru menggunakan latar belakang muzik sebagai iringan kepada sesi perbualan pagi bersama pelajar. Kanak-kanak kelihatan gembira apabila mendengar muzik yang dimainkan oleh guru, dan ada dalam kalangan mereka yang menari sambil tertawa. Disamping itu, saya juga dapat mempelajari sedikit sebanyak berkenaan cara untuk mengawal kelas daripada bising di mana pengolahan pelbagai aktiviti sampingan itu adalah merupakan suatu kewajipan dalam proses pengawalan kelas terutamanya

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

bagi kelas-kelas yang berada pada urutan yang hujung. Ilmu serta perkara baru yang saya perolehi rata-ratanya menjurus ke arah pembentukan sahsiah saya sebagai seorang guru pada masa yang akan datang. Justeru, setinggi rasa kesyukuran saya panjatkan ke-hadrat Illahi kerana mengatur perjalanan hidup saya ke arah bidang pendidikan. Selain itu, program PBS ini sedikit sebanyak telah memberi gambaran asas kepada saya berkenaan dengan cara bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan. Hal ini ekoran daripada sistem pengurusan sekolah yang sangat efisyen. Saya begitu kagum dengan sistem pengurusan Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya yang jelas sistematik dari segi pelaksanaan aktiviti dan program di dalam sekolah. Tiada sebarang permasalahan yang dapat saya analisis berkenaan dengan setiap program yang telah dianjurkan dek kerna sistem pengurusan yang begitu kemas dan teratur. Kini saya lebih mengerti akan cara atau etika pemakaian seorang guru. Guru haruslah senantiasa berpakaian kemas dan bersih sepanjang masa. Begitulah senario yang dapat saya perhatikan di dalam sekolah ini terutamanya bagi golongan guru-guru lelaki. Kesemuanya menunjukkan etika pemakaian seorang guru yang kemas. Tidak lupa juga kepada guru-guru wanita yang kemas berbaju kurung bagi yang menganut agama Islam dan sopan memakai pakaian tradisi bagi yang bukan penganut ajaran Islam.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Temubual Terdapat pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan baru yang saya peroleh sepanjang seminggu berada di Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya melalui sesi temubual. Antara maklumat serta informasi baru yang diperoleh adalah seperti pengagihan laptop e-book kepada pelajar tahun 5 yang dilengkapi dengan pelbagai perisian buku-buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan seperti Al-Quran, doadoa dan amalan solat yang boleh diamal dan digunakan oleh semua murid di negeri ini. Rata-rata guru di sekolah ini berpendapat bahawa, pengagihan laptop kepada para pelajar ini adalah merupakan suatu langkah interaktif yang diorak oleh pihak kerajaan dalam menaikkan semangat murid untuk belajar di samping melahirkan individu yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik tetapi juga dari sudut ICT dan teknologi. Selain itu, melalui temubual yang telah saya jalankan bersama dengan golongan pentadbir dan pihak pengurusan, barulah saya mengetahui akan keteberkaitan antara satu unit dengan satu unit yang lain. Sebagai contoh unit HEM sebenarnya mempunyai perkaitan dengan unit disiplin dan kuanseling di dalam sekolah itu. Seperti yang sedia maklum, HEM berperanan dalam menguruskan apa jua hal yang melibatkan pelajar. Justeru, sekiranya terdapat apa-apa permasalahan yang melibatkan disiplin pelajar, ketiga-tiga unit ini akan bekerjasama antara satu sama lain dalam menangani permasalahan yang ada. Di samping itu juga, melalui temubual yang telah saya jalankan telah membuatkan diri saya lebih sedia maklum akan peranan setiap unit dalam pentadbiran. Sebagai contoh peranan unit Hal Ehwal Pelajar dan sebagainya. Temubual yang telah saya jalankan bersama dengan guru pendidikan khas sudah cukup membuatkan saya begitu terkejut akan wujudnya penyakit yang dipanggil Disleksia yang mana ianya tergolong dalam salah satu daripada masalah

pembelajaran. Temubual yang berlangsung dalam tempoh jangka masa yang agak lama sudah cukup membuatkan saya lebih sedia maklum akan perkara berkenaan dengan Disleksia ini. Sayu sungguh hati apabila mengenang akan nasib para pelajar yang menghidap penyakit di mana sehingga kini pakar perubatan masih lagi tidak dapat mencari penawar akan permasalahan ini.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Pengalaman Di bilik Darjah Semasa menjalankan program Pengalaman Berasaskanj Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi, saya berpeluang menggantikan beberapa orang guru yang mempunyai urusan di luar sekolah. Secara kebetulan, pada masa itu adalah merupakan musim peperiksaan. Justeru, saya berpeluang menjadi pengawas peperiksaan yang bertugas untuk mengawas para pelajar itu tatkala peperiksaan sedang dijalankan. Dengan memanfaatkan kesempatan yang ada, saya mengambil peluang untuk mendalami situasi semasa berada di dalam kelas dengan berinteraksi secara telus bersama dengan para pelajar di situ. Barulah saya mengerti akan mengapa saya seringkali di marahi oleh guru tatkala di bangku persekolahan rendah dahulu. Saya juga sempat menegur beberapa orang murid yang berbual semasa menjawab peperiksaan. Tertawa saya seketika apabila mengenangkan perbuatan yang sama pernah saya lakukan pada masa dahulu dan di marahi oleh guru. Sepanjang beradanya saya di sekolah itu, saya juga berkesempatan untuk memberikan motivasi ringkas kepada para pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah tidak lama lagi. Perkongsian berkenaan dengan teknik-teknik menjawab soalan di samping memberi sedikit nasihat kepada para pelajar membuatkan saya terkenang kembali pada saat di mana saya hendak mengambil peperiksaan pada masa lalu. Sesungguhnya, pengalaman berada di dalam bilik darjah semasa

berlangsungnya program PBS ini adalah merupakan suatu perkara yang amat indah dalam hidup saya. Meskipun kenangan pada masa lalu telah membuatkan saya berasa sedih, namun saya tetap berbangga kerana kini saya bakal bergelar seorang guru yang bakal melahirkan lebih ramai insan-insan jauhari pada masa yang akan datang. InsyaAllah.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Laporan Akhir Hari ini adalah merupakan hari pertama saya berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi bagi menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Seawal jam 7.00 pagi saya sudah menjejakkan kaki ke perkarangan sekolah. Sebaik sahaja tiba, saya terus melaporkan diri di pejabat. Alhamdulillah, ketibaan saya disambut dengan baik dan salam mesra dari warga sekolah dan juga murid-murid. Pelbagai perasaan berbaur sewaktu menunggu ketibaan guru besar. Perasaan takut, gementar dan juga gelisah senantiasa berada di dalam jiwa dan pemikiran. Namun pada masa yang sama, perasaan gembira juga timbul secara tidak langsung dalam diri kerana pada ketika inilah saya dapat merasakan pengalaman atau gaya hidup sebagai seorang guru. PBS pada kali ini menyaksikan saya sebagai satusatunya guru pelatih dari Maktab Perguruan yang melakukan PBS di sekolah itu. Hal ini kerana, saya adalah merupakan satu-satunya pelajar yang berasal dari Johor Bahru. Justeru, hanya saya seorang sahaja yang melakukan PBS di sini dan tidak sepertimana rakan-rakan yang lain yang melakukan program PBS ini secara berpasangan dan sebagainya. Pada jam 7.20 pagi, bertempat di dataran sekolah, satu perhimpunan mingguan telah diadakan. Seperti biasa, para pelajar diarahkan untuk berkumpul mengikut kelas dan mendengar amanat yang akan disampaikan oleh guru besar dan guru penolong kanan yang lain. Pada masa yang sama, saya diminta untuk memperkenalkan diri di depan khalayak murid dan guru-guru. Sememangnya, saat apabila nama saya dipanggil untuk naik ke atas pentas adalah merupakan saat yang paling mendebarkan kerana adalah amat jarang sekali untuk saya berucap atau berkata-kata di hadapan khalayak ramai. Namun, berkat azam yang tinggi, akhirnya dapatlah juga saya berucap sepatah dua kata di samping menceritakan serba sedikit berkenaan dengan latar belakang diri saya dengan jayanya. Selepas berakhirnya perhimpunan pada pagi itu, saya terus pergi ke pejabat untuk melaporkan diri secara rasmi kepada guru besar. Proses menandatangani borang perjanjian telah dilaksanakan dan saya juga telah memberi penerangan serba sedikit berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang akan saya jalankan sepanjang saya berada di sekolah itu. Pihak sekolah telah melantik salah

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

seorang dari guru di sekolah sebagai guru pembimbing saya sepanjang proses pelaksaan program PBS ini. Hal ini sememangnya telah memudahkan urusan saya di mana jikalau saya mempunya sebarang masalah, maka saya hanya perlu merujuk guru pembimbing untuk mencari solusi kepada permasalahan itu. Sebaik sahaja selesai melaporkan diri, saya pergi meninjau kawasan persekitaran sekolah. Ternyata, sekolah ini sememangnya lengkap dengan pelbagai prasarana yang lengkap di samping pengolahan pelbagai sudut ilmiah yang menarik. Lokasi pertama yang saya lawati adalah Prasekolah. Semester ini mewajibkan syaa untuk melakukan penyelidikan yang menjurus kepada bidang major saya iatu Prasekolah. Hal ini kerana, kami kurang didedahkan dengan pengetahuan berkenaan dengan prasekolah sewaktu berada pada peringkat persediaan. Justeru, di kesempatan inilah saya gunakan untuk mengenal serba sedikit di samping menimba pengalaman tentang bagaimana untuk menjadi seorang guru prasekolah yang berjaya pada masa yang akan datang Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, Prasekolah di SKB sememangnya lengkap dengan pelbagai prasarana yang menjurus kepada pembentukan

perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek. Bentuk-bentuk hiasan di dalamnya ternyata menggambarkan bahawa guru prasekolah tersebut adalah merupakan seorang yang kreatif di samping mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang prasekolah dan perkembangan kanak-kanak. Pengolahan sudut-sudut yang berpandukan tunjangtunjang dalam KSPK sememangnya adalah merupakan satu langkah yang interaktif dalam membantu pihak kerajaan kearah tercapainya matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Saya juga turut berkesempatan untuk memerhatikan cara guru mengajar pada murid-murid prasekolah ini. Mata pelajaran pada masa itu adalah subjek Agama Islam. Cikgu Rohani Binti Musa iatu guru Pendidikan Islam yang khususnya mengajar murid prasekolah menggunakan kaedah pengajaran yang sangat menarik disamping bertanyakan soalan-soalan yang mampu menguji minda kanak-kanak. Pengguanaan objek-objek maujud atau objek nyata, ternyata mampu menarik minat kanak-kanak

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

untuk belajar. Pendekatan yang digunakan oleh Cikgu Rohani ternyata berkesan di mana kanak-kanak kelihatan gembira tatkala bermain dengan cop-cop yang berbentuk huruf jawi itu. Sekitar jam 12.00 tengahari, sebaik sahaja selesai mengiringi kanak-kanak prasekolah pulang, saya menggunakan masa yang ada untuk melengkapkan dokumendokumen penting dimana ianya perlu diserahkan semula kepada pihak maktab sebaik sahaja program ini selesai dan pada masa yang sama saya juga turut menganalisis akan isu-isu yang boleh saya huraikan berdasarkan kepada persekitaran sekolah dan prasarana yang ada. Jam sudah menunjukkan angka 1.15 petang. Saya mula mengemas segala kelengkapan yang dibawa dan bersedia untuk pulang. Selepas menandatangani buku rekod guru praktikum saya terus memulakan perjalanan untuk pulang. Hujan merintis dengan renyai. Suasana dingin menyebabkan saya berasa kurang bersemangat untuk ke sekolah ditambah pula dengan selsema dan batuk kecil. Akan tetapi saya gagahkan diri untuk melangkah ke sekolah dengan wajah yang ceria. Setiap salam yang diberikan oleh murid-murid saya jawab dengan senyuman yang paling manis. Apatah lagi disini panggilan cikgu bermula dalam diri saya. Tatkala berada di IPG, panggilan cikgu tidak begitu terasa tetapi apabila murid-murid yang mengucapkannya saya berasa begitu teruja. Seawal jam 7.15 pagi saya sudah sampai ke perkarangan sekolah. Seperti biasa saya terus ke pejabat untuk menandatangani buku rekod guru praktikum sebagai tanda saya hadir menjalani PBS di situ. Selepas bacaan doa pagi dan program sudut ilmu bestari yang dikelolakan oleh guru bertugas, saya terus bergerak ke pusat sumber sekolah untuk melakukan rujukan berkenaan dengan tugasan yang telah diberikan oleh unit praktikum kepada kami. Disamping itu juga, saya menyusun tugasan-tugasan yang telah dilaksanakan mengikut susunan dengan berpandukan senarai semak yang telah dibekalkan kepada kami sebelum menjalani program PBS ini untuk diletakkan dalam portfolio. Saya juga turut membuat catatan refleksi hasil daripada maklumat yang telah saya capai sepanjang beradanya saya di sekolah ini. Mengikut perancangan aktiviti berfokus yang telah dilakar, hari ini saya sepatutnya menjalankan sesi temubual bersama guru-guru dan

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

juga kakitangan di sekolah ini di samping mengambil gambar-gambar persekitaran dan melengkapkan borang kolaborasi sebagai bahan bukti kepada temubual yang telah saya jalankan. Sebaik sahaja selesai sahaja sesi bacaan doa pagi dan program sudut ilmu, saya bercadang untuk mengadakan satu temubual ringkas bersama dengan guru penolong kanan 1 Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi iatu Pn Hjh Sauma bt Mohamed, namun beliau tiada di bilik pada masa itu. Jadi saya bercadang untuk bertemu dengannya selepas waktu rehat nanti. Jadual perancangan saya pada hari ini tidak begitu padat seperti semalam. Justeru , saya bercadang untuk besiar-siar sekitar perkarangan sekolah sambil mengambil gambar sebagai lampiran untuk portfolio individu. Sekitar jam 10.30 pagi, saya pergi menemubual salah seorang daripada kakitangan sekolah ini. Beliau bertugas sebagai pembersih kawasan sekolah. Beliau yang lebih dikenali sebagai Puan Rozi yang lebih mesra di panggil Kak Rozi telah memberikan kerjasama yang padu dalam menjawab pelbagai persoalan yang saya kemukakan. Isu berkenaan dengan kebersihan sememangnya adalah merupakan perkara yang acap kali dibicarakan di setiap buah sekolah. Berdasarkan temubual yang telah di jalankan, Kak Rozi menyatakan bahawa rata-rata kelas yang mempunyai tahap kebersihan yang tinggi adalah merupakan kelas-kelas yang terdiri daripada kelas-kelas yang berada di bawah mengikut susunan. Hal ini berbeza dengan murid-murid bijak yang berada di kelas satu di mana mereka hanya menumpukan sepenuhnya kepada pembelajaran hingga mengabaikan kebersihan bilik darjah. Temubual yang telah dijalankan sekadar mengambil masa selama 10 minit kerana Kak Rozi mempunyai kerja yang perlu diselesaikan sebelum beliau pulang. Selepas itu, saya sempat juga meninjau keadaan di prasekolah di mana kanak-kanak pada ketika itu sedang melakukan latih tubi berkenaan dengan apa yang telah dipelajari pada hari itu. Pelbagai gelagat dan celoteh yang dapat saya perhatikan sewaktu kanakkanak itu menyempurnakan tugasan yang telah diberikan oleh guru. Malahan saya turut bersama mereka sewaktu saat untuk mereka pulang. Di sinilah saya dapat mempelajari perkara baru di mana sebagai seorang guru prasekolah, aspek keselamatan kanak-

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

kanak adalah merupakan suatu perkara yang harus dijadikan keutamaan. Adalah merupakan tanggungjawab seseorang guru prasekolah itu untuk mengiringi kanakkanak hinnga ke pintu pagar sekolah selepas habis sesi persekolahan.

Sebelum pulang, kira-kira jam 12.30 tengahari, saya sempat bertemu dengan guru penolong kanak 1 iatu Pn Hjh Sauma bt Mohamed untuk mengadakan satu sesi tembual ringkas. Temubual yang saya jalankan adalah menjurus kepada apakah peranan-peranan guru penolong kanan pentadbiran dalam memastikan kelancaran pentadbiran sekolah. Berikut adalah merupakan respon beliau daripada sesi temubual yang telah saya jalankan di mana beliau menyatakan bahawa guru penolong kanan 1 berperanan dalam : I. Melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar semasa ketiadaannya di sekolah. II. Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang ditetapkan dari semasa ke semasa. III. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubungkait dengan kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan masyarakat dan juga keselamatan. IV. Membantu Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang. V. Memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah. VI. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program dan projek sekolah. Hari kedua pelaksanaan program PBS ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang permasalahan yang berlaku. Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada saya dalam usaha untuk memperlengkapkan kandungan portfolio individu dan menyempurnakan tugasan yang telah diberikan oleh unit praktikum.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Hari ini lebih baik dari hari semalam. Itulah harapan saya semasa menjejakkan kaki ke SKB pada hari ketiga ini. Diharap saya diberi kekuatan untuk menempuh hari yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini. Seperti biasa, seawal jam 7.15 pagi saya sudah tiba di perkarangan sekolah bagi meneruskan program Pengalaman Berasaskan Sekolah di hari yang ketiga ini. Selepas menandatangani buku rekod kehadiran guru praktikum di pejabat, saya berehat di kerusi batu yang disediakan sebentar untuk membuat persediaan sebelum berjumpa dengan guru penolong kanan kokurikulum Puan Aazizah Binti Mohamed bagi mendapatkan butiran mengenai struktur perjalanan kokurikulum di sekolah itu. Hal ini kerana, sub tugasan untuk PBS pada kali ini adalah berkenaan dengan sejauhmanakah penglibatan pelajar dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Justeru segala butiran mengenai perjalanan kokurikulum di sekolah ini adalah amat penting dalam usaha untuk menyempurnakan tugasan ini. Sekitar jam 8.30 pagi, setelah selesai menyusun segala dokumen yang perlu saya terus mengorak langkah ke pejabat bagi mengadakan temubual ringkas bersama dengan Puan Aazizah Binti Mohamed selaku guru penolong kanan Kokurikulum. Setibanya saya di pejabat beliau, kelihatan beliau sedang sibuk melayan tetamu dari luar. Saya mengambil langkah untuk bersiar-siar mengirup udara segar di sekitar perkarangan sekolah sementara menunggu kelapangan beliau. Justeru, saya memilih untuk melawat ke prasekolah seketika. Saya

berkesempatan untuk memerhatikan cara guru mengajar pada murid-murid prasekolah ini. Mata pelajaran pada masa itu adalah subjek Bahasa Melayu. Rusminah Ramlan iatu guru Prasekolah Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi. Beliau adalah merupakan seorang yang sangat berpengalaman dalam mengajar kanak-kanak prasekolah. Justeru, tidak hairanlah jika saya katakan bahawa kaedah pengajaran yang digunakan oleh beliau ssangat pelbagai dan mampu menarik minat kanak-kanak tanpa ada sebarang masalah di samping mampu mengawal kelas dengan efektif. Saya terpegun melihat kredibiliti cikgu Rusminah yang menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik seperti patung puppet yang direka dengan sendirinya di samping memainkan melodi iringan dengan menggunakan kibod. Sememangnya, guru

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

seumpama inilah yang sewajarnya untuk kita contohi disamping di salami segala cara dan pendekatan yang dibawa oleh beliau. Jam menunjukkan angka 9.45, di mana kini tibalah masa untuk kanak-kanak ini berehat bagi menjamu selera di ruang makan yang di sediakan dalam prasekolah. Saya juga turut dijemput makan bersama dengan cikgu Rusminah dan pembantu, perasaan malu dalam diri saya pada ketika itu sememangnya tidak dapat saya bayangkan. Setelah selesai menjamu selera, saya terus berganjak ke pejabat bagi meneruskan aktiviti yang tertangguh sebentar tadi. Akhirnya, dapatlah juga saya bersua dengan Puan Aazizah Binti Mohamed bagi mengadakan suatu sesi temubual ringkas. Pelbagai persoalan telah saya ajukan kepada beliau berkenaan dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang seringkali dijalankan di sekolah ini. Beliau menjelaskan serba sedikit berkenaan dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang seringkali dijalankan di sekolah. Untuk pengetahuan semua, sekolah ini mempunyai empat buah unit beruniform yang terdiri daripada pengakap, pandu puteri, puteri islam, dan persatuan bulan sabit merah. Pada setiap hari rabu, semua pelajar di wajibkan untuk memakai baju beruniform sebagaimana ianya tergolong dalam salah satu aktiviti kokurikulum yang telah dirancang oleh pihak sekolah dan unit kokurikulum. Setiap unit beruniform akan mengadakan perjumpaan sebanyak dua kali dalam satu bulan di mana pada ketika itu mesyuarat unit beruniform tersebut akan dikendalikan oleh guru penasihat bagi unit beruniform yang berikut. Pihak sekolah juga turut mengadakan perkhemahan tahunan di mana ianya diadakan pada pertengahan tahun agar tidak menggangu pelajar tahun 6 yang sedang melakukan persediaan untuk menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ). Pihak sekolah juga seringkali menggalakkan para pelajar untuk melibatkan diri secara altif dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan sama ada di peringkat zon, daerah mahupun di peringkat negeri kerana ianya semua membawa sejumlah markah yang besar kepada korikulum pelajar. Hal ini adalah merupakan suatu perkara yang amat penting terutamanya kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah di mana ianya secara tidak langsung mempengaruhi halatuju mereka pada masa yang akan datang.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Setelah selesai menjalankan temubual ringkas bersama Puan Aazizah, saya mengambil sedikit masa yang ada untuk menjamu selera di kantin sekolah secara berseorangan. Perasaan kekok itu jelas terasa apabila panggilan salam dan Selamat pagi cikgu seringkali diungkapkan oleh para pelajar di sini kepada saya. Angka pada jam tangan sudah menunjukkan bahawa waktu pulang sudah hampir tiba. Tanpa melengahkan masa, saya terus ke pejabat untuk mendapatkan butiran-butiran lanjut berkenaan dengan sekolah. Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah menginjak ke hari yang keempat saya berada di SKB bagi melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah sesi pertama. Hampir 80 peratus kerja yang telah disenaraikan siap dan ada yang masih dalam proses untuk disiapkan. Masa yang tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum saya kembali ke IPG Ipoh yang tercinta. Jadual harian berjalan seperti biasa. Tiba di sekolah, terus ke pejabat untuk menandatangani buku rekod kedatangan, mengikuti bacaan doa, melibatkan diri dalam sesi Sudut Ilmu dan masuk ke kelas bagi menjaga peperiksaan. Walaupun perkara tersebut tidak terkandung dalam diari harian, tetapi perkara seumpama inilah yang seringkali berlaku dan ianya menjadi rutin dalam diri seorang guru. Akan tetapi selepas seharian berada di sekolah pada hari pertama, saya berasa seperti sudah berada di sekolah ini dalam suatu jangka masa yang lama. Harapan saya agar saya dapat bersabar dalam mengharungi apa jua rintangan dan dugaan yang bakal mendatang. Memandangkan kerja yang diberi sudah hampir siap dan disempurnakan. Saya bercadang untuk bersiar-siar di perkarangan sekolah meskipun perkara ini seringkali di lakukan oleh saya pada hari-hari yang lepas. Merujuk jadual aktiviti berfokus yang telah dirancang, hari ini saya seharusnya pergi ke pejabat untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan system pengurusan sekolah di samping cuba untuk mendapatkan pelan sekolah yang asli. Hal ini kerana, butiran-butiran ini semua akan saya muatkan dalam portfolio sebagai bahan bukti saya telah menjalankan penyelidikan. Namun, hasrat untuk pergi ke pejabat terpesong seketika dek kerna tertarik dengan sebuah kelas Pendidikan Khas yang khususnya bagi murid-murid yang mempunyai masalah Disleksia. Sejujurnya, saya tidak pernah mengetahui apa-apa maklumat berkenaan

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

dengan penyakit Disleksia ini. Untuk pengetahuan semua, Disleksia adalah merupakan salah satu daripada masalah pembelajaran yang dialami oleh seseorang individu. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia. Kebetulan pada masa itu adalah waktu di mana mereka para pelajar disleksia sedang menduduki peperiksaan. Justeru, saya berpeluang melihat bagaimana rupanya seseorang kanak-kanak disleksia itu menulis, di mana kanak-kanak yang menghidapi penyakit ini dikatakan menulis dengan cara terbalik. Sayu sungguh rasa hati bila melihat akan gelagat kanak-kanak itu. Terdapat juga antara mereka yang langsung tidak dapat menulis dan membaca. Saya juga sempat menemu ramah guru Pendidikan Khas yang bertugas menjaga kanak-kanak ini iatu Puan. Arbaenah Binti Jumain yang merupakan seorang guru Pendidikan Khas yang berpengalaman di negeri Johor. Pelbagai persoalan telah saya ajukan kepada beliau berkenaan dengan Disleksia ini dan ternyata beliau adalah seorang yang amat mahir dalam mengendalikan kanak-kanak yang mempunyai permasalahan ini. Beberapa keping gambar sempat saya tangkap semasa berada di bilik itu. Sebaik sahaja selesai melawat bilik Pendidikan khas, saya terus menuju ke pejabat bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan sistem pengurusan sekolah dan pelan pembinaan asal sekolah. Kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan dan pembantu tadbir sekolah ternyata telah memudahkan kerja saya dalam proses pengumpulan maklumat. Dalam usaha untuk mendalami berkenaan dengan sekolah tersebut disamping memperbanyakkan kolaborasi antara saya dan juga guru-guru serta kakitangan

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

sekolah, saya telah memilih untuk melakukan temuduga bersama dengan Pn Raamah bt Amri selaku guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah ini. Pelbagai persoalan telah saya ajukan kepada beliau dan antaranya adalah berkenaan dengan peranan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dalam memastikan kelangsungan aktiviti-aktiviti sekolah disamping menjaga kebajikan pelajar. Berdasarkan temubual ringkas yang telah dijalankan, dapat saya huraikan dalam istilah yang mudah, pengurusan HEM adalah proses-proses yang berhubungkait dengan: Perancangan kerja atau program bagi murid/pelajar Pengelolaan murid/pelajar dan program secara berkesan Pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi Penyeliaan dan penyelarasan aktiviti-aktiviti Pengawalan, penilaian prestasi murid/pelajar dan penilaian program Beliau juga turut menyatakan bahawa terdapat pelbagai program yang telah dirancang dalam usaha untuk menjaga kebajikan dan juga keselamatan para pelajar sama ada di dalam mahupun diluar bilik darjah. Antaranya adalah program 3K iatu keselamatan, keceriaan dan kesihatan. Pelbagai aktiviti turut dijalankan bagi memeriahkan kempen ini, antaranya ialah pertandingan kelas terbersih mengikut aliran tahap 1 dan 2. Hari keempat saya di sekolah ini menyaksikan bahawa terdapat banyak perkara baru yang telah saya pelajari. Antaranya adalah pengenalan berkenaan dengan masalah pembelajaran Disleksia, peranan Hal Ehwal Pelajar dan sebagainya. Hari ini adalah merupakan hari terakhir untuk saya berada di sekolah ini bagi menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Perasaan sedih muncul dalam diri kerana sepanjang seminggu saya berada di sekolah ini, terdapat pelbagai kenangan serta ilmu pengetahuan yang baru telah saya peroleh. Namun, kehidupan mesti diteruskan dan saya harus bangun dan menoleh kehadapan. Seawal jam 7.15 pagi saya sudah tiba di perkarangan sekolah dengan menaiki motosikal. Dengan pakaian lengkap berbaju batik, semua guru-guru seakan-akan terpesona melihat kelibat saya masuk kedalam pejabat untuk menandatangani buku rekod kehadiran guru praktikum.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Pada pagi kamis yang indah ini, saya dan juga guru-guru yang lain sama-sama berhimpun bagi mengikuti program Membudayakan Amalan Al-Quran di mana semua murid-murid yang beragama Islam diwajibkan untuk berkumpul di dataran perhimpunan untuk sama-sama membaca yassin dan tahlil. Program ini adalah merupakan program yang wajib di mana ianya telah dimuatkan dalam takwin sekolah sebagai salah satu aktiviti yang harus dijalankan. Setelah selesai mengikuti bacaan yassin dan tahlil, saya pergi ke pusat sumber sekolah untuk mengemaskini segala dokumen-dokumen yang perlu di samping menyiapkan tugasan yang belum lagi diselesaikan. Sekitar jam 10.30 pagi, saya pergi melawat kanak-kanak di prasekolah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada mereka dan juga kepada guru prasekolah di situ yang juga turut bertindak sebagai guru pembimbing saya sepanjang beradanya saya di sekolah itu. Sebelum pulang, saya pergi ke pejabat untuk mendapatkan pengesahan terhadap beberapa dokumen rasmi yang dibekalkan oleh pihak maktab sebagai bahan bukti untuk saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah di sini. Malahan, tanpa saya duga pihak sekolah juga turut menganugerahkan sijil penghargaan kepada saya sebagai tanda terima kasih kerana memilih sekolah mereka sebagai destinasi untuk saya melaksanakan kajian. Saya juga turut pergi ke bilik guru untuk mengucapkan terima kasih disamping bersalam-salaman sebagai tanda penghargaan dari saya kerana sudi menerima kehadiran saya di sini. Saya melangkah keluar sekolah dengan sejuta perasaan yang saya sendiri tidak dapat gambarkan. Harapan saya agar program seumpama ini dijalankan lagi pada masa yang akan datang agar lebih ramai lagi guruguru yang berdedikasi dapat dilahirkan seterusnya membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara yang seimbang.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Refleksi Pengalaman Berasaskan Sekolah Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah merupakan satu program bagi pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk merasai pengalaman berada di sekolah sebagai seorang guru di samping mengenali serba sedikit berkenaan dengan institusi pentadbiran di sekolah dan secara tidak langsung mengetahui dengan lebih teliti berkenaan dengan peranan seorang guru tatkala berada dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian, dokumentasi, refleksi dan interaksi dengan kominiti yang berada di sekolah. Saya telah ditugaskan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu bermula dari 27 Ogos hingga 9 Ogos 2012. Ini adalah merupakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang kedua bagi kami guru pelatih PISMP ambilan Januari 2012. Kami diberi kebebasan untuk memilih mana-mana sekolah yang ingin kami kunjungi. Bagi PBS yang kedua kalinya ini, saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Bandar Kota tinggi, Johor sebagai tempat untuk saya melakukan penelitian dan pemerhatian disamping menyempurnakan tugasan yang diberi. Sekolah ini terletak berhampiran dengan rumah saya di mana ianya hanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk saya ke sekolah ini. Hal ini secara tidak langsung telah memudahkan saya terutamanya dari segi pengangkutan di mana saya hanya perlu berjalan kaki sahaja ke sekolah. Justeru, penjimatan dari pelbagai aspek terutamanya dari segi kewangan dapat dicapai. Sekolah Kebangsaan Bandar adalah merupakan sekolah gred A yang memiliki jumlah murid yang ramai. Justeru, satu organisasi pentadbiran yang mantap harus dibentuk dalam usaha untuk memastikan segala urusan sekolah berjalan dengan lancar. Adalah merupakan salah satu dari ambisi hidup dalam diri saya untuk menjadi seorang yang mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi. Jadi, saya merasakan bahawa dengan berkunjungnya saya ke sekolah ini, ianya secara tidak langsung dapat memberikan gambaran kepada saya bagaimana caranya untuk kita membentuk sebuah organisasi pentadbiran yang sistematik dalam usaha untuk mentadbir sesebuah sekolah.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Sebelum berangkat pulangnya kami untuk menjalani PBS, satu taklimat ringkas telah diberikan oleh unit praktikum sebagai gambaran awal untuk kami berkenaan degan program PBS ini. Pada masa yang sama, pengagihan dokumen-dokumen

penting yang perlu untuk di bawa ke sekolah juga telah dijalankan. Pelbagai persoalan berkenaan dengan PBS ini telah diajukan oleh mahasiswa dan mahasiswi yang lain sewaktu sesi taklimat ini dijalankan. Alhamdulillah dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya menyempurnakan tugasan yang telah diberikan dengan jayanya. Sebaik sahaja menerima soalan tugasan, saya merasakan agak sukar bagi saya untuk memahami kehendak soalan. Hal ini kerana tugasan yang diberikan melibatkan penelitian berkenaan dengan beberapa aspek perkembangan kanak-kanak terutamanya dari sudut pemakanan khususnya bagi kanak-kanak pada peringkat umur 6 tahun yakni kanak-kanak prasekolah. Oleh kerana ini adalah merupakan kali pertama kami menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, kami merasa bingung untuk melaksanakannya. Namun, setelah berjumpa dengan pensyarah pembimbing iatu Encik Jalallulail Abd. Manab dan melakukan sedikit perbincangan bersama rakan, akhirnya dapatlah juga saya memahami sedikit sebanyak berkenaan dengan kehendak soalan. Terdapat pelbagai input serta maklumat baru yang telah saya peroleh melalui tugasan ini. Antaranya ialah dari segi cara atau etika berpakaian sebagai seorang guru. Sebelum ini, saya seringkali mengambil remeh apabila ditegur berkenaan dengan cara saya berpakaian sewaktu hendak pergi ke kuliah. Namun setelah menjalani program PBS ini akhirnya permasalahan seumpama itu telah dapat saya atasi. Bukan sahaja dari aspek pemakaian, bahkan ianya juga dari aspek pertuturan. Saya adalah merupakan seseorang yang jarang sekali bergaul bersama dengan kanak-kanak kecil. Tambahan pula, saya adalah merupakan anak bongsu dalam keluarga. Jadi saya tidak berkesempatan untuk merasakan bagaimana perasaan apabila mempunyai seorang adik. Program PBS ini telah mengajar saya tentang cara berkomunikasi dengan menggunakan nada yang sederhana terutamanya tatkala berdepan dengan kanakkanak kecil seperti prasekolah. Justeru, dapatlah saya simpulkan bahawa program ini

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

sememangnya mempersiapkan diri saya dalam usaha untuk menjadi seorang guru yang berjaya pada masa yang akan datang. Selain itu, melalui pemerhatian yang telah saya jalankan, terdapat banyak pendekatan baru yang dapat saya perhatikan. Pendekatan ini merujuk kepada bagaimana cara seseorang guru itu, mengajar di dalam kelas di samping menggunakan alat bantu mengajar yang pelbagai. Sememangnya, program ini banyak meninggalkan kenangan manis dalam hidup saya sebagai seorang bakal guru. Saya berpendapat bahawa, tugasan ini adalah merupakan suatu tugasan yang mencabar minda dan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam usaha untuk menyempurnakannya terutama sewaktu penghasilan portfolio individu di mana kami harus mencari maklumat yang sebanyak mungkin untuk dimuatkan dalam kandungan portfolio. Namun semua itu, dapat diatasi dengan adanya jadual perancangan yang sistematik. Selepas sahaja tamat program PBS ini, saya harus mempersediakan diri dalam usaha untuk menyempurnakan tugasan yang telah diberikan terutamanya berkenaan dengan port folio individu pelajar. Saya berharap agar segala maklumat yang diperoleh mencukupi agar folio yang bakal saya hasilkan mendapat markah yang tinggi dan cemerlang. Justeru, tugasan ini sememangnya mendatangkan pelbagai faedah di samping membentuk satu perkembangan kendiri yang positif. Saya berharap agar tugasan seumpama ini dijalankan lagi pada masa yang akan datang agar lebih ramai lagi guruguru yang berkualiti dapat dilahirkan.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

BANGUNAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SK. BANDAR KOTA TINGGI

Anda mungkin juga menyukai